The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Inikah erti kemerdekaan?
- Apa kata kalau 1 hari ditambah lagi 10 jam menjadikannya 34 jam, cukup masa tak?
- Anwar Bebas
- Anwar Bebas
- ANWAR BEBAS
Posted: 09 Jan 2012 05:37 PM PST |
Apa kata kalau 1 hari ditambah lagi 10 jam menjadikannya 34 jam, cukup masa tak? Posted: 09 Jan 2012 05:09 PM PST Saya merasakan bahawa jumlah jam yang ada pada satu hari itu terlalu kurang untuk sempurnakan kerja-kerja dan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Tapi takkanlah nak tambah lagi tempoh 24 jam itu menjadi 34 jam? Tuhan sudah jadikan 24 jam cukup untuk buat kerja, rehat dan tidur, ada waktu solatnya untuk semua manusia. Hanya manusia perlulah mengaturkan kerja-buatnya agar 24 jam itu dapat digunakan dengan baik. Kalau dulu memang saya perlukan 8 jam untuk tidur supaya badan betul-betul rasa sihat tetapi 8 jam itu kini sukar dicari. Maka saya gunakan 4 jam, maknanya, separuh dari masa yang dahulu itu, memanglah terasa letih sedikit, tetapi dengan mengurangkan waktu tidur, banyak tugas-tugas dan tanggungjawab dapat disempurnakan dalam tempoh 24 jam itu. Tetapi ada juga ketikanya tugas-tugas tidak begitu banyak dalam satu-satu hari, maka saya gunakan lebih sedikit masa untuk rehat dan tidur sehingga 8 jam. Rata-rata, jika kita aturkan betul-betul masa kita, apa yang nak kita lakukan dalam tempoh 24 jam itu adalah mencukupi. Banyak masa yang tak berfaedah kita kena kurangkan. Masa berborak kosong, kurangkan. Masa yang dibuang di kedai-kedai kopi, kurangkan, bukan tak boleh, ada masanya masa di kedai kopi itu penting, ada perbincangan serius, ada pertemuan penting dan sebagainya, tetap kalau semata-mata nak berborak kosong tanpa tujuan, kurangkan. Masa untuk exercise adalah penting, beri masa untuk beriadah, bukan 8 jam sehari, tetapi dalam seminggu tu, berilah masa satu dua jam, terutamanya berjalan kaki, itu penting untuk kesihatan serta kekuatan otot; tapi kadang-kadang ada lebih baik masa untuk berjalan kaki itu digunakan untuk menyampaikan risalah dari rumah ke rumah; exercise dapat dan kerja politik juga boleh diselesaikan. Untuk berjuang, kesihatan itu penting. Jadi kawan-kawan, buanglah tabiat merokok; tidak ada gunanya; bukan sahaja kesihatan menjadi rosak bahkan membazirkan wang; dan pembaziran itu adalah saudara rapat dengan syaitan! Untuk perjalanan ke tempat-tempat program, sila atur dengan baik; janganlah tergopoh-gapah; kalau perjalanan itu patut sampai dalam tempoh 2 jam, maka bertolaklah dengan masa yang ditentukan; jangan bertolak untuk sampai dalam masa 1 jam, kalau itu sentiasa dibuat, alamatnya, cukup cepat sampai ke singgahsana 6 kaki dalam. Jangan lewatkan tugas, tugas yang boleh buat sekarang, buatlah sekarang; kalau tugas hari ini, buatlah hari ini, jangan tangguh hari esuk kerana pada hari esuk dah banyak tugas lain. Adakan masa juga untuk membaca. Seeloknya selepas Suboh itu, bacalah Quran, 10 - 15 minit tu tak rugi; dapat pahla dan dapat pengajaran; adakan juga masa untuk membaca buku-buku politik, sejarah, ekonomi dan lain-lain pengetahuan; banyak faedahnya. Jadual-jadual ini kalau boleh dijadikan jadual kekal, supaya menjadi perkara yang lazim. Membaca Quran umpamanya, jika ditinggalkan, kadang-kadang setahun pun tak baca satu ayat pun; membaca buku-buku, kalau tak didisiplinkan, langsung tak baca walaupun bertahun-tahun, kepala hotak jadi bengap, kurang pengetahuan dan langsung tidak ada visi. So, tak usahlah pinta tambah 10 jam lagi kepada 24 jam yang sudah ada. 24 jam itu sudah cukup untuk tidur, makan, solat, rehat, bekerja untuk keluarga, bertugas untuk masyarakat, dan lain-lain keperluan seperti menziarahi orang sakit, melawat orang mati, kenduri-kendara dan sebagainya. Yang penting, buat jadual harian; lama kelamaan tak perlu buat jadual tapi sudah lazim dan biasa maka kehidupan kita menjadi kehidupan yang berjadual dan berdisiplin. Ok, boleh? |
Posted: 09 Jan 2012 04:58 PM PST |
Posted: 09 Jan 2012 04:58 PM PST |
Posted: 09 Jan 2012 08:01 AM PST ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS ANWAR BEBAS |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan