Sabtu, 7 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


CERAMAH PKR DI KUALA KRAU 7.1.12 BERGAMBAR

Posted: 07 Jan 2012 07:37 PM PST














Anwar di Kuantan 7.1.12 bergambar

Posted: 07 Jan 2012 07:26 PM PST















MARI BERAMAI-RAMAI KITA BERHIMPUN DI PERKARANGAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR 7.00 PAGI 9.1.12.

Lawan Tetap Lawan!

Posted: 07 Jan 2012 05:14 PM PST

Anwar adalah manusia yang sangat istimewa. Ucapannya di hari-hari terakhir menjelang 9.1.12 adalah ucapan perjuangan dan dedikasi.

Dengan jelas Anwar menyatakan bahawa jika keputusan Mahkamah memihak kepadanya mesej beliau adalah Lawan Tetap Lawan; jika keputusan Mahkamah tidak memihak kepadanya tetapi diberikan bail (jaminan), mesejnya adalah lawan tetap lawan; dan jika keputusan Mahkamah tidak memihak kepadanya dan bail tidak dibenarkan, mesejnya adalah lawan tetap lawan.

Begitulah mesej yang jelas darinya semasa memberikan taklimat kepada pimpinan PKR Pahang di Ibu Pejabat PKR Pahang di Kuantan pada 7hb Januari 2012.

Beliau memberi taklimat sebagai seorang pemimpin agung, tidak ada kegentaran, mesejnya terang, jelas; persoalannya bukan Anwar,"Kalau Anwar dipenjara, adakah isu rasuah di negara ini selesai? Kalau Anwar dipenjara adakah isu kronyism di Malaysia selesai? Kalau Anwar dipenjara, adakah isu Orang Asal selesai? Kalau Anwar dipenjara adakah harga barang akan turun?"

Ini bukan isu Anwar. Ini adalah isu rakyat. "Kamu boleh lakukan semahumu keatas Anwar, tetapi jika isu rakyat tidak kamu selesaikan, rakyat akan bangun, bangkit menentang kamu."

Anwar jelas menyatakan bahawa dengan sistem kehakiman yang ada di Negara ini di mana apa juga keputusan boleh dimanipulasi mengikut kehendak pemimpin Negara, beliau akan menerima apa juga keputusan Mahkamah, tetapi rakyat menentukan keputusan sebenar.

Erdogan berada di penjara semasa partinya memenangi Pilihanraya Umum di Turkey. Dan beberapa minggu selepas itu Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turkey.

Anwar mengajak seluruh anggota parti memberikan komitmen untuk kemenangan PR sebagai suatu kemenangan rakyat yang bermakna.

Lawan Tetap Lawan!

Kalau saya letih, Anwar jauh lebih letih

Posted: 07 Jan 2012 04:36 PM PST

Hari semalam adalah hari yang benar-benar meletihkan bagi saya dan rakan-rakan. Ini adalah leltih bersambung kerana pada hari yang sebelumnya saya sudah lasakkan diri dengan melawat dan mengedarkan risalah kepada penduduk perkampongan Orang Asal di Kuala Krau dan pada hari sebelumnya juga begitu.

Pada 6hb Januari tu, saya memberikan kursus PACABA kepada mereka dari JDM Kg Dato Shariff Ahmad dan Kg Jenderak bermula dari jam 9.00 malam setelah selesai lawatan dari perkampongan Orang Asal.

Pada 7hb Januari pula saya memberikan Kursus Pidato kepada rakan-rakan pimpinan Cabang Kuala Krau yang berminat untuk melatih diri menjadi tenaga penceramah berhadapan dengan PRU-13 nanti.

Saya beri kursus secara "crash" untuk mereka mendapatkan idea awal sekurang-kurangnya boleh menjadi Pengerusi majlis-majlis ceramah kelompok untuk mereka biasakan dan sesetengah mereka nanti boleh diketengahkan sebagai tenaga penceramah.

Kursus itu berjalan dari jam 8.00 pagi hingga hampir 10.00 pagi di Pejabat PKR Kuala Krau; kemudian saya mengadakan perbincangan dengan Sdr Rebin Birham dan Sdr Zabidie Abas yang sampai ke pejabat PKR Kuala Krau lebih kurang jam 9.00 pagi.

Perbincangan itu adalah pengaturan program-program Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dengan program terdekat pada 21hb Januari 2012 jam 10.00 pagi untuk perjumpaan Wanita bagi Biro tersebut di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban; juga program Konvensyen Peneroka Felda dan Orang Asal yang akan dianjurkan oleh Task Force Felda Negeri Selangor yang akan diadakan pada 26hb Januari 2012 di Dewan Serbaguna Salak Tinggi, Sepang, Selangor serta yang terdekat adalah Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah pada 14hb Januari 2012. Telah diputuskan untuk kami bertemu dengan Sdr Rafizi Ramli pada 11hb Januari 2012 dan dengan YB Elizabeth Wong mengenai beberapa tindakan yang melibatkan isu tanah di Felda Sungai Tengi dan juga di Felda Sg Buaya.

Selesai perbincangan Sdr Rebin kembali ke Negeri Sembilan dan Sdr Zabidie kembali ke Johor; saya dan rakan-rakan dari Kuala Krau pula berlepas ke Kuantan untuk menyambut lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dijangka tiba jam 3.00 petang di Lapangan Kuantan dan taklimat penting dari beliau di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di Beserah.

Selesai taklimat itu Dato Seri Anwar Ibrahim terus dibawa ke Balok dan diberitakan ribuan manusia menanti beliau disana. Saya tidak menghadiri Majlis Ceramah Anwar di Balok kerana saya terpaksa pulang ke Kuala Krau untuk program PKR Cabang Kuala Krau iaitu Majlis Ceramah yang disampaikan oleh Siti Aishah Sh Ismail, Ketua Seri Kandi AMK Pusat; YB Manickavasagam, Anggota MPP dan juga MP bagi kawasan Parlimen Kapar; Bob Manolan selaku Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat; Tan Ah Kow Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dengan Pak Jabit menjadi pengerusi Majlis; suatu ceramah yang sangat berjaya walaupun cuba disabotaj oleh puak-puak penjahat dari Kuala Krau.

Selesai Majlis Ceramah itu, bersama rakan-rakan membersihkan semula Pejabat dan kawasan tempat ceramah.

Saya kembali ke rumah di Temerloh jam lebih kurang 2.00 pagi. Saya pandu kereta sendiri dan Kak Hendon pandu kereta lain. Didalam perjalanan dari Kuala Krau ke Temerloh itu Kak Hendon kerap kali bunyikan "horn", saya terlelap semasa memandu dan kereta saya, kata kak Hendon sudah mulai "ketengah dan ketepi".

Allah masih menyelematkan saya.

Begitulah kepenatan saya, tapi jika saya penat dan letih, betapa penat dan letihnya Sdr Anwar Ibrahim, merentasi Negeri demi Negeri setiap hari, dan hanya sampai ke rumahnya di Segambut lewat-lewat pagi setiap hari.

Kalau pimpinan kita sanggup berbuat demikian, ada kah lagi sesiapa diantara kita yang masih berpeluk tubuh?


Tiada ulasan: