Jumaat, 6 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Orang Asal Kuala Krau tetap perjuangkan hak tanah mereka

Posted: 06 Jan 2012 08:56 AM PST

Kalau hari semalam, 5hb Januari 2012, say pergi ke semua perkampongan Orang Asal didalam DUN Jenderak, Kuala Krau, Pahang untuk bertemu dengan Ketua-Ketua dan Anggota-Anggota Jawatankuasa Ranting, pada hari ini saya sekali lagi pergi ke perkampongan Orang Asal tetapi sasaran saya adalah penduduk-penduduk kampong.

Kalau hari semalam saya membawakan risalah 901 untuk diedarkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Ranting kepada penduduk kampong masing-masing, namun pada hari ini saya membawakan risalah mengenai Isu Tanah Orang Asal untuk saya sendiri sampaikan kepada penduduk-penduduk kampong.

Oleh kerana saya hanya berbekalkan dengan 500 keping risalah sahaja, maka saya hanya sempat edarkan kepada penduduk di 7 buah perkampongan sahaja, dan 3 buah kampong lagi perlu saya edarkan di hari yang lain.

Risalah ini akan saya paparkan melalui blog ini kemudian dan intipati kepada risalah itu ialah tuntutan dari Orang Asal untuk tanah komunal mereka diwartakan.

Dari kampong ke kampong, sasaran saya adalah tempat penduduk berkumpul. Ada ramai yang berkumpul di rumah Tok-Tok Batin, dan dengan izin Batin-Batin, saya edarkan risalah itu kepada anak buah mereka.

Ada yang berkumpul di tepi-tepi gelanggang futsal dan padang bolasepak dan bolatampar. Anak-anak muda memberikan respon paling positif kepada isi kandungan didalam edaran itu dan ada yang membuat komen spontan seperti, "Ibu bapa kita selama ini telah tertipu, kita jangan lagi tertipu."

Ada yang terus melaungkan, "HIDUP PKR, REFORMASI!"

Di sepanjang jalan dari Penderas ke Kg Terbol, saya berhenti dan terus mengedarkan risalah ini di kedai-kedai minuman mereka, di veranda-veranda rumah, di halaman-halaman rumah, dan di waqaf-waqaf, di padang bolasepak, di padang futsal, di gelanggang sepaktakraw, di gelanggan bola tampar, di tepi-tepi jalan. Di mana-mana sahaja dimana ada tempat penduduk berkumpul, maka disitulah tempat saya berhenti dan membuat edaran.

Ada yang terang-terangan berkata, "Haji ni lebih rajin dari Wakil Rakyat, hari-hari datang melawat kita."

Didalam surat khabar Suara Keadilan yang diedarkan bersama-sama dengan edaran 901 semalam, ada pelbagai berita mengenai kedudukan Orang Asal, dan yang mereka paling minati ialah mengenai cerita Kim Kasim yang diterbitkan dengan gambar beliau yang berjanggut panjang itu. Mereka memuji Suara Keadilan yang sentiasa menempatkan berita Orang Asal dan perjuangan Orang Asal terhadap tanah mereka.

Edaran hari ini pula memperincikan perjuangan Orang Asal mengenai tanah mereka dan kedudukan mereka yang semakin terhimpit.

3 buah kampong lagi belum selesai pengedarannya iaitu Kg Rekoh, Kg Berdut dan Kg Paya Pelong.

Jalan-jalan untuk pergi ke kampong-kampong ini adalah begitu rosak, berlubang-lubang dan begitu sukar untuk laluan kereta melainkan kereta pacuan empat roda.

Kemudahan awam di perkampongan Orang Asal disini amatlah terbiar dan kedudukan mereka adalah sama seperti kedudukan kampong orang-orang Melayu sebelum Merdeka.

Tidak ada Orang Asal di Dun Jenderak pada hari ini yang tidak bercakap mengenai masalah tanah mereka. Ada sesetengah mereka menjadi ahli UMNO tetapi apabila berbicara mengenai hak tanah, tidak ada Orang Asal yang menyokong dasar tanah yang ditegakkan oleh UMNO.

Maka tersebutlah kisahnya seorang Ketua Cawangan UMNO yang kini begitu aktif dialam badan NGO Orang Asal yang memperjuangkan hak tanah Orang Asal. Beliau begitu aktif melawat kampong-kampong Orang Asal di DUN Jenderak membawakan berita yang diperjuangkan oleh NGO-NGO Orang Asal, dan tanpa sega silu mempertikaikan dasar tanah yang ditegakkan oleh UMNO sebagai dasar yang merugikan Orang Asal.

Acap kali didalam seminggu Ketua UMNO Cawangan ini menghubungi saya melalui handphone untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perjuangan menuntut hak tanah bagi Orang Asal. Dia menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan dasar tanah UMNO yang merugikan Orang Asal itu.

Hari ini apabila saya pergi di kebanyakan kampong, orang-orang kampong juga mengesahkan berita bahawa Ketua UMNO Cawangan ini pergi ke kampong-kampong berkempen supaya Orang Asal bersatu memperjuangkan hak tanah bagi mereka dan terang-terang beliau memberikan sokongan kepada dasar tanah yang dibawakan oleh Parti Keadilan Rakyat.

UMNO kini tersepit kerana semua badan NGO Orang Asal bersatu hati menentang dasar tanah yang ditegakkan oleh UMNO dan dasar NGO-NGO itu adalah sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat, justeru itu mendapat sokongan yang meluas.

Orang Asal Kuala Krau tetap perjuangkan hak tanah mereka, dan bersama dengan Parti Keadilan Rakyat akan berjuang hingga menang!


Tiada ulasan: