Khamis, 5 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 05 Jan 2012 03:09 PM PST



Dari Penderas ke Paya Pelong

Posted: 05 Jan 2012 02:44 AM PST

Leman Bilal dan anaknya bergambar di depan rumahnya yang beliau buat sendiri.
Inilah jalan kebanggaan UMNO/BN di Kg Paya Pelong
Ini tanda protes penduduk Kg Paya Pelong,Rekoh dan Berdut (dulunya dikenali sebagai Lakum) kerana tanah adat yang dulunya menjadi milik orang Asal kini sudah dijadikan Rezab Perhilitan.
Sepanjang jalan yang teruk ke Kg Paya Pelong
Inilah Bungalow yang dipuja-puja oleh UMNO/BN sebagai tanda kekayaan Orang Asal!
Bandingkan rumah ini dengan sebentuk cincin Rosmah bernilai RM24 juta!
Kediaman Chim bin Ni di Penderas.
Semasa di rumah Sdr Wan Kisam di Kg Pian, sempat juga saya mengambil gambar tulisan yang tertera di pintu kedainya
Ini adalah dua buah bungalow di Kg Lubok Wong
Ini bungalow di Kg Beredut
Sepanjang jalan ke Kg Paya Pelong, beginilah keadaan jalannya.
Ini adalah Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi



Setelah berkumpul di Pejabat PKR Cabang Kuala Krau sejak jam 9.00 pagi tadi, kami dapat berbincang mengenai program pada 6hb, 7hb, 8hb dan 9hb Januari 2012.

Sdr Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi menerangkan bahawa undi beliau dan keluarga beliau tidak boleh dijual beli.

Saya adalah generasi ke-5 di Kg Seboi. Apa yang kami ada? Tanah kami semakin sempit, ahli keluarga semakin ramai. Di mana kami nak cari makan. Hutan kami sudah ditebang menjadi balak dipunggah keluar oleh kroni-kroni pemerintah.

Tanah kami sekangkang kera itu bukannya ada geran. Kebun getah kami di kampong semuanya tidak ada geran. Bila-bila masa sahaja boleh dirampas oleh Kerajaan. Hidup di kampong semakin sukar.

Pada tahun 2007 mereka tanam paip di kampong kami, tapi baru 4 bulan lepas barulah dimasukkan air, itu pun bukan untuk semua rumah di kampong kami. Hampir 50 tahun barulah ada api (elektrik); tak senonoh betul kerajaan UMNO/BN ni. Mereka langsung tidak memperdulikan kehidupan Orang Asli, kami dilayan lebih teruk dari binatang. Binatang ada rezabnya di bawah Rezab Perhilitan dan menjadi kesalahan jika kami masuk ke hutan itu.

Kalau ada lagi Orang Asli nak sokong UMNO/Barisan Nasional, saya anggap mereka itu manusia paling bodoh. Tak tahu menilai langsung!

Kita cuba dulu. Belum cuba belum tau. Kita undilah Pakatan Rakyat. Tengok di Selangor, Orang Asli disana mendapat berbagai menfaat daripada Kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan takut untuk kita mencuba.

Lihatlah jalan ke Kampong kami. Baik sikit dari jalan untuk binatang hutan. Lihat padang bola di kampong kami, baik sikit dari kubang kerbau. Itulah layanan untuk kami Orang Asli. Habis nak pilih lagi UMNO. Bodohlah kalau gitu.

Itulah luahan hati Sdr Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi semasa dia mencurahkan rasa hatinya dihadapan Sdr Hj Mohd Saludin Omar, mantan Wakil Rakyat UMNO yang kini menjadi Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau.

Saya tinggalkan Bakar Panjang dan meneruskan perjalanan saya ke rumah Chim Ni di Kg Penderas, rumahnya masih ada tanda tertentu di tangga memberi isyarat bahawa rumahnya masih belum boleh dinaiki oleh orang luar kerana ada orang sakit didalam rumah.

Saya tinggalkan Suara Keadilan di rumahnya dan edaran 901.

Saya meneruskan perjalanan ke rumah Ahmad Dagu, Timbalan Ketua Ranting. Beliau tidak ada dirumah, tetapi kesemua anak-anak remajanya berada di rumah. Terlihat saya anak-anak muda itu menyatakan bahawa mereka belum bersedia lagi untuk mengadakan perlawanan bolasepak dengan mana-mana tim dari luar. Masih berlatih kata mereka.

Saya tinggalkan Suara Keadilan dan edaran 901 kepada mereka yang kesemuanya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat.

Saya terus ke rumah Kim Kasim. Beliau ada di rumah. Baru pulang dari kerja. Dia bertanya kepada saya samada boleh menumpang kereta untuk pergi ke Kuantan menyambut Dato Seri Anwar Ibrahim yang akan tiba di lapangan terbang Kuantan jam 3.00 petang pada 7hb Januari 2012.

Saya pinta dia berkumpul di sebelah pagi di Pejabat PKR Kuala Krau. Kebetulan sebelah pagi itu ada Kursus Ringkas Pidato kepada pimpinan PKR Kuala Krau yang ada potensi untuk menjadi penceramah.

Beliau sangat senang melihat berita mengenai dirinya terselit didalam Suara Keadilan keluaran terbaru itu dan saya juga tinggalkan edaran 901 untuk beliau edar-edarkan.

Perjalanan saya seterusnya membawa saya ke Kg Pasu ke rumah Basri Hok, Ketua Ranting; beliau tidak ada di rumah, menziarahi seorang rakannya yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Saya tinggalkan Suara Keadilan untuk Basri di rumah kakaknya bersebelahan dengan rumahnya serta edaran 901.

Saya pergi ke rumah Mustafa Sik, AJK PKR Ranting Kg Pasu. Beliau baru pulang dari kerja dan sedang melayan anak-anaknya.

Beliau juga bercerita tentang anak muda yang meninggal kerana kemalangan jalanraya itu. Beliau mengatakan bahawa anak muda itu mabuk. Mustafa melahirkan kemarahan kepada kedai di Kg Pasu yang menjual arak. Katanya dah ramai penduduk Kg Pasu, Penderas dan Pian yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya kerana mabuk.

Beliau berkata bahawa penduduk kampong sudah membuat laporan kepada JAKOA tetapi langsung tidak ada tindakan diambil. Kedai itu tidak ada permit untuk jual arak, tetapi Pihak Berkuasa semacam tidak ambil peduli.

Setelah meninggalkan Suara Keadilan untuknya, saya terus pergi ke Kg Lubok Wong ke rumah Ketua Ranting PKR di situ, tetapi Sdr Nazmi Majid tidak ada di rumah. Saya tinggalkan Suara Keadilan dan edaran 901 kepada anak-anaknya.

Saya pergi pula ke rumah Alias Abdullah, seorang pengampu UMNO di Kg Lubok Wong. Dia ini sangat berhajat menjadi Tok Batin, tetapi apabila jawatan itu dilantik kepada seorang yang lain, beliau kurang bergaul dengan masyarakat.

Bagaimana pun, saya sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali saya sampai ke Kg Lubok Wong, dan kepadanya saya juga serahkan Suara Keadilan.

Saya kemudian meneruskan perjalanan saya ke Kg Pian, dapat bertemu dengan Sdr Wan Kisam Daud, Ketua PKR Ranting kampong itu.

Beliau menyerahkan kepada saya senarai PACABA untuk JDM Kg Pian, 6 orang dari Kg Pian, 3 orang dari Kg Lubok Wong dan 2 orang dari Kg Terbol, senarai Sukarelawan untuk ketiga-tiga kampong itu menghampiri 50 orang.

Kami telah tetapkan tarikh untuk diadakan Kursus Ringkas Ulangan bagi mengingatkan lagi tugas-tugas PACABA ini.

Saya tinggalkan kepadanya Suara Keadilan dan edaran 901.

Saya kemudian terus ke rumah Zainal Cok; Ketua Ranting PKR, di Kg Terbol dan beliau menyerahkan kepada saya 5 orang nama PACABA dari kampong itu untuk JDM Kg Pian.

Saya juga tinggalkan Suara Keadilan dan edaran 901.

Selesai di Terbol, saya terus pergi ke Kg Berdut, lebih kurang 20 km dari Terbol. Saya diberitahu bahawa Mat Abu, Ketua Ranting Kg Berdut tidak ada di rumah.

Saya singgah di rumah anak Batin lama. Dia malu nak beritahu namanya walaupun rumahnya telah banyak kali dia benarkan PKR mengadakan program. "Panggil saya Entah ajalah" katanya. Kalau nak juga nama, katanya, panggil dia anak Tok Batin Lama.

Melaluinya saya tinggalkan Suara Keadilan untuk bacaan mereka di rumah itu; masa itu ramai juga penduduk kampong sedang rehat-rehat di rumahnya; dan saya juga tinggalkan Suara Keadilan untuk Mat Abu serta edaran 901.

Saya terus ke Kg Rekoh ke rumah Rosli Panjang, ketua PKR Ranting Kg Rekoh, rumahnya berkunci, tidak ada sesiapa di rumah. Saya tinggalkan Suara Keadilan di serambi rumahnya dan juga edaran 901. Kemudian saya terus ke rumah Ramli Saad, dia baru pulang dari kerja. Dan saya tinggalkan Suara Keadilan dan edaran 901 untuk edarannya.

Didalam perjalanan pulang ke Kuala Krau, saya singgah di rumah Nawi Ralit di Felda Jenderak Selatan. Nawi memberitahu bahawa beliau dapat kumpulkan 6 orang PACABA di Jenderak Selatan dan jumlah itu akan digabungkan dengan PACABA dari Berdut dan Rekoh untuk bertugas di SK Felda Jenderak Selatan semasa PRU-13 nanti.

Pada waktu itu jam sudah menunjukkan hampir jam 3.00 petang, perut dah "keroncong" belum diisi waktu tengah hari.

Lebih kurang 10 minit saya sudah sampai di Kedai Makan Sdr Mahmud, anggota PKR di pekan Kuala Krau. Saya makan disana.

Semasa makan itu ada laungan ceramah ugama: "Tuan-Tuan dan Puan-Puan, silalah datang beramai-ramai ke Dewan Sekolah Menengah Kuala Krau untuk mengikuti ceramah ugama anjuran UMNO Bahagian Kuala Krau diatas tajuk Hudud dan Kebajikan jam 3.00 petang."

Waktu laungan itu jam sudah pun menunjukkan hampir 3.20 petang. Mahmud dan saya tertawa akan laungan itu. "Tak ada oranglah tu di Dewan, sebab itu masih buat laungan, dah 3.20 masih ajak orang datang dengar ceramah jam 3.00 petang," kata Mahmud.

Hampir 3.40 petang datang lagi kereta yang buat laungan itu mengajak orang Kuala Krau mendengar ceramah ugama itu jam 3.00 petang. Saya dan Mahmud tertawa berdekah-dekah.

Saya kata kepada Mahmud, "Kenapa tak buat selepas Isya?"

"Oh..Oh..lepas Isya tentu ada karaoke," Mahmud berjenaka.

Saya terus ke Kerdau untuk pergi ke Kg Paya Pelong, dan singgah di Pekan Kerdau untuk solat Zohor di Masjid pekan itu. Selepas Solat saya meneruskan perjalanan saya ke Kg Paya Pelong.

Didalam perjalanan saya bertemu dengan Roslan Bilal yang menunggang motoskal bersama isterinya, dia dalam perjalanan untuk menebas di kebunnya. Dia memberitahu bahawa Leman Bilal, abangnya yang juga Ketua Ranting PKR Kg Paya Pelong ada di rumah. Saya tinggalkan Suara Keadilan dan edaran 901 kepada Roslan.

Saya terus ke rumah Leman Bilal, dan berbincang dengannya untuk Kursus Ringkas PACABA di rumahnya sebagai ulangan kepada kursus yang terdahulu, dan tarikhnya akan ditetapkan kemudian.

Habis berbincang dengan Leman, saya keluar menuju Kerdau untuk kembali ke Temerloh
dan setiba di Kg Songsang, kak Hendon menalipon saya untuk terus ke Pejabat Temerloh kerana ada dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani segera.

Selepas Maghrib, saya dan Kak Hendon pergi ke rumah Arwah Pokde Berahim (Ibrahim Chik) untuk Majlis Tahlil Arwah.

Esuk bermula hari yang lain, episod lain, ada program yang sudah dijadualkan, dan ada yang belum dijadualkan, Insya Allah, 6 Januari adalah satu hari yang lain yang sibuk juga untuk perjuangan!

Tiada ulasan: