PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar
- Anwar Di Bebaskan, Hakim Meragui Bukti DNA
- PERHIMPUNAN AMAN 901: SYARAT DIBERIKAN SELEPAS RUNDINGAN DAN MUAFAKAT
Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar Posted: 08 Jan 2012 09:08 PM PST Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23. "Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful. "Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya. Terima kasih Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar. Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya. |
Anwar Di Bebaskan, Hakim Meragui Bukti DNA Posted: 08 Jan 2012 05:28 PM PST KUALA LUMPUR 9 JAN : Laporan awal dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta mengumumkan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim bebas dan tidak bersalah. Hakim Zabidin Muhd Diah sebaik bersidang tidak membuang masa dan berkata pihak mahkamah meragui kesahan bukti DNA yang dikemukakan pendakwaraya. Keputusan dibuat pada 9.20 pagi. Sebaik sahaja mendapat keputusan itu, keheningan pagi di kompleks mahkamah gegak-gempita dengan suara 6,000 penyokong. Sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan laungan keramat "Reformasi" menyambut kehadiran Anwar yang tiba pada jam 8.35 pagi, yang tiba bersama isteri, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak. Dari seawal jam 6.30 pagi lagi, keadaan di pintu masuk utama mahkamah sesak dibanjiri orang awam sebagai selesai solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. Perhimpunan 901 pagi ini dipantau 21 trak polis yang dikerahkan ke lokasi dari jam 3 pagi lagi. Helikopter PDRM berligar-ligar merakam kehadiran tanpa putus orang-ramai dari segenap penjuru mahkamah. "Saya meminta agar rakyat tenang menghadapi sebarang kemungkinan. Perhimpunan mesti berjalan dalam keadaan aman, baik sebelum mahupun setelah mahkamah putuskan keputusan," pesan Anwar kepada hadirin yang resah. "Saya doakan yang terbaik! Saya mengharap pihak penghakiman menghormati undang-undang dan tidak dipengaruhi pemimpin-pemimpin korup," Anwar berkata kepada wartawan di ruang legar mahkamah. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba pada 8.43 pagi, disusuli Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang |
PERHIMPUNAN AMAN 901: SYARAT DIBERIKAN SELEPAS RUNDINGAN DAN MUAFAKAT Posted: 08 Jan 2012 05:06 PM PST Sebagai salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya. Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak. Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN. Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis. KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara. N SURENDRAN Naib Presiden KEADILAN 8 Januari 2012 |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan