Anwar Ibrahim |
Rakyat Mahu Malaysia Tanpa UMNO Posted: 13 Jan 2012 11:25 PM PST ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi. "Justeru itu, rakyat mahu 'Malaysia Tanpa Umno'," ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga. "Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi. Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat. Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat. "Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa," jelasnya. Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat. Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak. "Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring. Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. "Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala," katanya lagi. Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat. "Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno," ujarnya. Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga. "Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat," katanya. Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya. Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit. Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020. "Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang," katanya. Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno. Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan. Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik. Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal. "Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam," katanya. |
Jangkaan Pilihan Raya Mengejut, PR Tuntut Kerajaan Bersih Posted: 13 Jan 2012 11:18 PM PST ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) yang memulakan konvensyen kebangsaannya hari ini di bersedia untuk menghapuskan Malaysia dari rasuah dan pembaziran sebaik sahaja pakatan pembangkang menguasai Putrjaya. Mereka mendakwa dengan bukti-bukti penyelewengan kerajaan dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan keadaan hutang negara yang terus meningkat, kerajaan telah lama menyalahgunakan kuasa mereka. "Negara ini kotor untuk 53, 54 tahun. Ini ialah risiko besar Pakatan Rakyat," Naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberitahu sekumpulan 2,000 para perwakilan pembangkang dan penyokong-penyokong mereka. "Kita perlu bekerja bersama-sama dan menghapuskan BN dalam pilihan raya umum berikutnya membersihkan negara kami yan tercinta." Timbalan presiden PAS, Mohd Sabu berkata BN akan terus untuk mengalirkan kekayaan negara jika terus berkuasa dan menegaskan bahawa satu undi untuk PR ialah satu undi untuk satu masa depan lebih baik. "Slogan mereka ialah 'BN menang, rakyat senang', tetapi kami mengatakan 'BN menang, muflis Malaysia,'" katanya. Tetapi Mohamad, dikenali umum sebagai Mat Sabu, menyampaikan peringatan dengan menunjukkan yang kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menjadi kenyataan jika parti komponen pakatan pembangkang bekerja berganding bahu dan berpaksikan landasan bersama-sama. "Kami yakin kami boleh mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 jika kami bersatu," katanya. Menggunakan pembebasan mengejut Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sebagai batu loncatan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata walaupun ketua pembangkang sekarang bebas daripada tuduhan liwat, orang ramai belum bebas. "901 adalah satu sumber inspirasi untuk orang ramai menolak Umno dan kami akan menolak mereka dalam pilihan raya berikutnya," katanya. Konvensyen, PR ketiga, dijangka untuk fokus pada empat dasar utama untuk menarik lebiih ramai pengundi, dalam persediaan untuk pilihan raya umum akan datang. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan