Isnin, 9 Januari 2012

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


Posted: 08 Jan 2012 10:19 PM PST



KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejutkan dengan pengumuman bahawa beliau tidak Bersalah.

Perbicaraan akhir yang sedang bermula sebelum menanti pengumuman keputusan Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful," jelas hakim tersebut.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah dilihat menangis sambil memeluk suami beliau tanda gembira dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, hampir kesemua Pemimpin Pakatan termasuklah dari PAS telah tiba di perkarangan Mahkamah bagi mendengar keputusan Kes tersebut.

Antara yang dilihat hadir termasuklah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Mohamad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), YB. Dr. Nasir Hashim.

Ada diantara mereka yang mengepalai penyokong masing-masing dengan memberi laungan Bebas Anwar dan Reformasi.

Menurut sumber, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diberi kebenaran untuk masuk ke dalam dewan bagi mendengar keputusan Kes Ketua Umum Pakatan tersebut.

Tiada ulasan: