Jumaat, 27 Januari 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Gaji terlalu rendah, ramai warga Terengganu hijrah

Posted: 26 Jan 2012 07:00 PM PST



27 Jan 2012 , KUALA TERENGGANU: Faktor gaji terlalu rendah sehingga ada ditawarkan RM400 sebulan menyebabkan warga tempatan terutama golongan muda tidak berminat bekerja di negeri ini, sebaliknya berhijrah ke tempat lain terutama Kuala Lumpur dan Johor untuk mencari pendapatan lebih baik.

Keadaan itu sekali gus memberi peluang kepada majikan menempatkan warga asing bagi mengisi kekosongan jawatan ditawarkan dengan memberikan kadar upah rendah.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu, Mohd Azmi Muhammud berkata, daripada 14,538 jawatan kosong ditawarkan sektor swasta tahun lalu, hanya 6,000 kekosongan diisi warga tempatan.

Menurutnya, statistik itu menunjukkan warga tempatan tidak begitu berminat mengisi kekosongan jawatan ditawarkan berikutan faktor upah yang kecil.

"Jika dilihat garis kadar pendapatan miskin tegar di negara ini di bawah RM440 sebulan manakala kadar pendapatan miskin pula di bawah RM750 sebulan.

"Saya meminta kerjasama majikan menaikkan kadar upah bersesuaian dengan taraf hidup semasa sekurang-kurangnya melebihi kadar kemiskinan bagi mengurangkan beban ditanggung penduduk," katanya. Selain itu, beliau menyeru sektor swasta di negeri ini mengurangkan pengambilan warga asing, sebaliknya memberi keutamaan warga tempatan mengisi kekosongan jawatan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RamaihijrahgajicumaRM400/Article/index_html

Tiada ulasan: