Selasa, 24 Januari 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Taman Ekologi jadi gajah putih

Posted: 23 Jan 2012 03:07 PM PST

Taman Ekologi jadi gajah putih

24 Jan 2012

Oleh NASRI JAMALUDIN

mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my



JALAN masuk ke Taman Ekologi di Johor Bahru masih gagal disiapkan sehingga kini.

--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU - Taman Ekologi di Hutan Bandar di sini umpama projek 'gajah putih' berikutan masih gagal dibuka kepada orang ramai sejak dibangunkan pada 2007.

Projek usaha sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Pelancongan itu bertujuan mempamerkan hasil-hasil ekologi seperti flora dan fauna dan sepatutnya siap pada 2009.

Projek tersebut bersama dua lagi projek pelancongan lain yang dilaksanakan ketika itu menelan belanja RM7 juta.

Tinjauan Kosmo! mendapati Taman Ekologi itu sudah hampir siap dan hanya memerlukan kerja-kerja akhir seperti memasang lampu dan kemudahan lain.

Ekoran lama terbiar, keadaan bangunan berlumut, pokok-pokok hiasan mati dan semak memenuhi taman.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Perkhidmatan kereta api penumpang ke Tumpat terjejas

Posted: 23 Jan 2012 03:06 PM PST

Perkhidmatan kereta api penumpang ke Tumpat terjejas

23/01/2012 5:25pm

KUALA KRAI 23 Jan. - Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar pada kira-kira pukul 7.20 petang semalam.

Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elektrik bagi menghidupkan penghawa dingin terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fazil Ismail berkata, insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai.

Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.

"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.

"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.

Mohd. Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang.

Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat penghawa dingin yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Tiada ulasan: