Jumaat, 20 Januari 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan janji SAMPAH

Posted: 19 Jan 2012 07:22 PM PST



Seorang blogger anti Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyarankan kepada orangramai termasuk orang N.Sembilan agar buang saja Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan sempena PRU ke 13 ke dalam tong sampah.

Apakah Dato Lembaga Adat, Buapak-buapak, Guru-guru KAFA, Warga Emas, Pemilik Kediaman/Tanah Pajakan, Pemilik Tanah di Negeri Sembilan ini akan mengikuti saranan blogger Tauke Ikan tersebut ?

Antara kandungan Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan ialah :
1. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
2. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.
3. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
4. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
5. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
6. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.

****************
MANIFESTO PR NEGERI SEMBILAN = JANJI SAMPAH!

Seperti biasa, bila hampir musim PRU, Pakatan Rakyat mula menabur janji-janji kosong kepada rakyat. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah pun melancarkan penipuan terbaru ini pada Ahad lepas. Seperti biasa, janji-janji yang diberikan kepada rakyat ibarat bulan dan bintang tetapi hakikatnya seperti sampah dan hanya layak dibakar!

Janji-janji sampah ini hanyalah racun sahaja. Rupanya nampak menarik tetapi jika dikaji, semuanya tidak relevan dan penipuan semata-mata. Ini dua contoh penipuan janji-janji PR.

Ini baru dua yang dihuraikan. banyak lagi yang masih perlu dihuraikan supaya rakyat tidak tertipu dengan janji manis ini. Saya menyarankan jika terjumpa buku jingga dan manifesto ini diedarkan, sila buang ke dalam tong sampah dengan segera kerana memang disitulah tempat yang layak benda seperti ini.

http://tauke-ikan.blogspot.com/2012/01/manifesto-pr-negeri-sembilan-janji.html

Pekerja Islam dilarang dari Solat Jumaat?

Posted: 19 Jan 2012 06:58 PM PST



Dari Blog PAS Miri, Sarawak - Jumaat, 20 Jan 2012 .

Baru-baru ini kita mendapat maklumat dan aduan dari orang ramai, terdapat sesetengah syarikat swasta yang melarang pekerja Islam dari mengejarkan solat jumaat. Sekiranya perkara ini berlaku terhadap pekerja Islam dalam syarikat tersebut, kita minta mereka yang mempunyai masalah yang sama, boleh melapor terus ke pejabat buruh atau kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan.

Kita juga nasihatkan kepada pekerja Islam dan bukan Islam sekiranya berlaku diskriminasi di tempat mereka bekerja, mereka boleh melapor perkara tersebut kepada pejabat buruh di tempat masing-masing.

Pihak PAS juga boleh memberi kerjasama kepada pengadu sekiranya diperlukan.

Kita tidak mahu ada pihak tertentu dalam syarikat yang lebih pentingkan urusan perniagaan dan mendapat keuntungan semata-mata, sehingga menyekat kebebasan beragama pekerja mereka dalam negara ini.

Melarang pekerja mereka dari mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah satu kesalahan terkecuali mereka melanggar displin dan peraturan syarikat yang telah ditetapkan.

Tiada siapa pun boleh menyekat dengan sewenang-wenangnya kebebasan beragama seseorang pekerja dalam negara ini kerana kalau sesiapa atau syarikat yang cuba menyekat pekerjanya dari melakukan suruhan agama mereka, maka kita mendesak pihak yang berkuasa hendaklah bertindak segera menghentikan diskriminasi kaum pekerja di negara ini.

Kita mahu semua pihak dapat bekerjasama dengan semua kaum tanpa ada sebarang perasaan prejudice antara kaum dan agama.

Pihak majikan perlu memberi sedikit kelonggaran terhadap pekerja Islam yang hendak mengerjakan solat Jumaat sebab solat Jumaat adalah wajib bagi umat Islam selagi mereka tidak ada keuzuran atau halangan.

Kita mendesak pihak kerajaan agar sentiasa memantau syarikat tempatan dan asing yang menggunakan tenaga kerja umat Islam supaya tidak berlaku kes diskriminasi di tempat kerja dimana mereka dilarang dari mengerjakan solat jumaat.

Sesiapa saja yang melanggar perlembagaan perlu di ambil tindakan sewajar agar tidak berlaku lagi unsur-unsur perkauman yang boleh mencetuskan huru hara dalam Negara ini.
PAS akan sentiasa bersama membantu menangani masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri
http://pas-miri.blogspot.com/2012/01/pekerja-islam-dilarang-dari-solat.html

Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Jelebu

Posted: 19 Jan 2012 06:48 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 24 Januari 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan (dari K.Pilah menghala ke Karak, sempadan dengan Simpang Pelangai, Bentong, Pahang)
Penceramah : Chegu Bard, Aiman Athirah, Wfauzdin NS dan pimpinan PAS N9

Semua dijemput hadir

Tiada ulasan: