Selasa, 10 Januari 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


GEMPAR, 3 ahli PAS N.Sembilan masuk lokap kerana poster

Posted: 10 Jan 2012 01:51 AM PST



Program Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan disabotaj
Faiz Abdullah (wartawan Harakah)

GEMAS - Program 'Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan' yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 15 Januari, 08.00 malam ini di Dataran Rakyat, Gemas, Negeri Sembilan dikatakan disabotaj oleh pihak tertentu, kata Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim.

Menurut Zakaria tiga Ahli PAS Tampin termasuk Ketua Penerangan Zainil Subuh melakukan kerja-kerja menampal poster ceramah pada malam Isnin 9 Januari, di sepanjang jalan dari pekan Gemencheh sehingga ke pekan Gemas.

"Walaubagaimanapun dalam perjalanan pulang ke Gemencheh semula mereka mendapati beberapa orang sedang mengoyakkan poster tersebut.Seterusnya Zainal dan dua lagi ahli kita menghalang tindakan mereka dan tercetus pergaduhan kecil.

"Kedua-dua pihak membuat laporan polis dan pihak polis menahan Zainal dan dua ahli PAS atas alasan mengganggu kerja-kerja menanggal poster.

"Seterusnya didapati mereka adalah Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin. Saya difahamkan mereka tidak perkenalkan diri masing-masing kepada ahli PAS dan ini punca Zainal dan sahabat beliau mengganggap mereka adalah orang-orang Umno untuk sabotaj program kita", kata Zakaria.

Zakaria berkata ketiga-tiga ahli PAS telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 10 Januari dan akan ditahan reman selama tiga hari.

"Justeru itu sebagai tanda sokongan kepada pengorbanan tiga ahli PAS ini yang meringkuk dalam lokap polis dan sebagai bukti rakyat sudah bangkit untuk membuat perubahan, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan hadir ramai-ramai ke Program Ceramah Rapat Rakyat ini.

"Rakyat Johor di sempadan Gemas, Negeri Sembilan dan rakyat Melaka di sempadan Gemencheh, Negeri Sembilan juga dialu-alukan hadir untuk mengetahui perkembangan terbaru isu politik nasional.

"Kehadiran Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Gemas ini merupakan antara penampilan paling awal beliau di khalayak umum dan kali pertama selepas beliau dibebaskan oleh Mahkamah pada 09 Januari.

"Dua lagi pemimpin Nasional Gergasi yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng", kata Zakaria.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula berkata tindakan pihak Majlis Daerah Tampin mengoyakkan poster program itu adalah satu tindakan terdesak dan untuk menggagalkan program tersebut.

"Mereka sudah menjadi alat Umno dan panas punggung apabila kemaraan Pakatan Rakyat di salah satu kubu kuat Umno meresahkan mereka.

"Saya yakin pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kita mampu menawan Negeri Sembilan dan usaha itu akan lahir di Gemas pada 15 Januari ini.

"Walaupun mereka cuba sabotaj usaha kami tetapi ini tidak akan patahkan semangat kami. Lawan tetap lawan!", tegas Mohd Taufek yang juga ADUN Paroi.

Tiada ulasan: