Selasa, 27 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Tikam dari belakang....!

Posted: 27 Dec 2011 09:08 AM PST

Kalau seseorang itu dia mahu menjadi hero, dia takkan tikam orang dari belakang. Hero tak semestinya tak mati didalam perlawanan. Dia hero kerana dia gentleman, dia hero kerana dia jujur, dia ikhlas, dan dia perjuangkan yang prinsip. Mati dia tetap mati hero.

Kalau kita tengok cerita-cerita ninggrat British, mereka pertahankan honour. Pertaham melalui pedang atau pertahan melalui pistol.

Berpedang, mereka berlawan dengan salah seorangnya mati ditikam. Mati kerana mempertahankan honour adalah mati yang dihormati, mati seorang hero.

Berpistol, mereka akan melangkah berpaling ke belakang dengan beberapa langkah, cukup langkah, berpaling kepada lawan. Mati kerana mempertahankan honour adalah mati dihormati, mati seorang hero.

Yang tikam dari belakang dan tembak dari belakang adalah orang jahat, orang yang tak boleh dipakai didalam masyarakat, walaupun dia hidup tetapi pengenalannya adalah seorang yang jahat, tidak diterima didalam masyarakat, tidak diyakini, satu karektor yang dibenci.

Apa kata dalam sesuatu organisasi. Secara berdepan semuanya baik-baik belaka, saya hello anda dan gosok belakang anda, cukup mesra, tapi dibelakang, tak ada perkara yang baik dilakukan.

Habis karektor rakannya dia huraikan dengan membawa apa juga keburukan mengenai rakannya.

Dia akan membawa mulut dari satu telinga ke suatu telinga yang lain sehingga masyarakat dapat mengenali manusia yang diumpatnya itu sebagai manusia yang tak senonoh.

Siapa sebenarnya tak senonoh? Manusia yang membawa mulut itulah!

Orang macam ni tidak boleh dibuat kawan. Kalau kenal dia, eloklah dari awal lagi sekat dia dari meresap dalam organisasi jika tidak mahu organisasi itu berpecah-belah.

Orang macam ni, dia berpura-pura secara melampau untuk memuji seseorang lain secara berdepan, seolah-olah tidak ada sedikit pun keburukan orang yang dipuji itu.

Hati-hatilah dengan orang seperti ini. Kalau dia boleh memuji secara berdepan, dia juga boleh mengeji apabila di belakang. Dia akan tikam rakan dia dari belakang, hancur imej dan karektor orang yang ditikam dari belakang itu.

Insya Allah, kita sudah kenal kan? Dah kenal, ok, berhati-hati, dan jangan bawa dia kedalam organisasi kita, campak dia jauh-jauh, jika tidak akhirnya kita yang tercampak jauh.

Setuju tak?

Contohilah Semangat Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas

Posted: 27 Dec 2011 06:57 AM PST


Bukan senang dizaman ini nak cari anggota akar umbi yang mempunyai pegangan yang kukuh dan prinsip yang tidak boleh dijual beli.

Beliau adalah bekas ahli UMNO. Macam-macam dia buat semasa menjadi ahli UMNO. Dan sebagai seorang dari masyarakat Orang Asal dari Kg Penderas Kuala Krau, bukan mudah untuknya keluar dari UMNO.

Tentu ada sebab-sebab yang benar-benar mengusik jiwanya menyebabkan dia keluar dari UMNO.

Sejak dua tahun yang lalu dia menyertai Parti Keadilan Rakyat dan bersama-sama dengan lebih 60 orang penduduk Kg Penderas yang turut menyertai PKR, beliau telah menubuhkan ranting PKR di kampong itu dan beliau telah dipilih sebagai Ketua Ranting.

Bila ditanyakan kenapa dia keluar dari UMNO, sebuah parti yang memerintah kepada PKR, sebuah parti Pembangkang, jawapannya mudah: "Tak ada apa yang diperjuangkan oleh UMNO untuk menjamin masa depan Orang Asli. Setakat buat jalan, beri elektrik dan air, itu semua kerajaan boleh buat, tak perlu UMNO; elektrik tu berbayar bukan free, air itu berbayar bukan free," ujar Kin.

"Orang Asli mahu jaminan masa depan mereka, mereka mahu jaminan keatas tanah mereka. Kami penduduk kampong ini dah tengok tanah-tanah kami diceroboh, balak dikeluarkan dari hutan-hutan sekeliling kampong kami, kami hanya tengok dan dapat habuk!" katanya.

"Tanah Orang Asli semakin mengecil, tengoklah disebelah kiri kanan jalan ni, dulunya menjadi tanah kami, tetapi sekrang ini sudah menjadi Rezab Perhilitan. Kerajaan UMNO ini lebih memberikan keistimewaan kepada binatang dari manusia.

"Kami mahu tanah kami digezetkan, diwartakan dan tanah yang kami kerjakan seperti tanah kampong dan ladang kami perlu dikeluarkan geran. Kenapa tanah orang Cina, orang Melayu dan orang India ada geran, kenapa tanah kami tak ada geran?

"Kami tuntut supaya kawasan tanah kami untuk penduduk kami iaitu tanah komunal kami ini diwartakan. Tanah yang diwartakan ini tidak boleh diceroboh melainkan dikenakan tindakan jenayah yang berat." Kin benar-benar memahami perjuangan Orang Asal terhadap tanah. Beliau juga menghadiri Majlis Perbincangan mengenai hak orang Asal terhadap tanah yang diselenggarakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di Seremban beberapa bulan yang lepas.

Bukan sekali dua Kin telah dipujuk oleh Orang UMNO untuk kembali kepada UMNO. Pada suatu ketika ada pemimpin UMNO Kuala Krau menghulurkan duit RM50.00 kepadanya. Bukan nilai duit itu rendah menyebabkan Kin menolaknya tetapi dia tidak mahu dilihat bahawa nilai Orang Asal amat rendah dilihat oleh Orang UMNO.

Kin telah menyelup poketnya dan mengeluarkan wang RM50.00 dari poket seluarnya dan berkata: "Kalau encik tak cukup duit, nah ambil duit RM50.00 dari saya."

Amat tersipulah pemimpin UMNO itu.

Disuatu ketika yang lain, pemimpin UMNO Kuala Krau telah menziarahi Kin dirumahnya di Kg Penderas.

Rumah Kin yang begitu dhaif itu tidak mempunyai bekalan elektrik. Pemimpin UMNO itu menawarkan kepada Kin untuk membuat sambungan elektrik ke rumahnya, Kin bersetuju dan setelah rumahnya mendapat bekalan elektrik, pemimpin UMNO itu datang sekali lagi ke rumahnya dan mengajak Kin menyertai UMNO. Mendengar tawaran itu Kin merasa amat terhina dan terus berkata: "Kalau itulah niat awak, awak boleh tanggalkan semua wiring di rumah saya ni."

Pemimpin UMNO yang sama masih tidak puas hati untuk memujuk Kin menyertai UMNO. Dia datang lagi ke rumah Kin dan menawarkan rumah PPRT kepada Kin. Kin setuju kerana rumahnya sangat dhaif.

Syarat yang dikenakan oleh pemimpin UMNO itu ialah suapaya Kin menukar haluan pegangan politiknya daripada PKR kepada UMNO.

Kin menjawab mudah: "Kalau itulah syaratnya, jangan datang lagi ke pondok saya ni!"

Itulah semangat kental Kin. Cuba bandingkan dengan beberapa orang Wakil Rakyat PKR yang apabila mendapat habuan terus melompat parti. Alangkah malunya wakil-wakil rakyat itu!

Ada yang nak tolong dan ada yang kata dia terpaksa berehat

Posted: 27 Dec 2011 05:08 AM PST

Dari jam 10.00 pagi tadi kami dari Group 3 telah pergi menampal poster untuk ceramah pada 30hb Disember 2011 dari Kg Masjid melalui Kg Seboi, Kg Kuala Mai, Kg Gong Halt ke Kg Paya sok; dan menyeberangi Sungai Pahang melalui jambatan Kuala Krau ke Kg Rumpun Makmur, Felda Jengka 24, Jengka 25, Jengka 21, Jengka 22 dan Jengka 23.

Di setiap kampong yang kami tiba ada-ada saja yang datang mendekati kami, ada yang datang untuk membantu kami menampalkan poster dan ada pula yang pandang kami dengan gimik muka semacam tidak berkenan.

Di Felda Jengka 24, seorang anak muda telah menemui kami dan meminta kami menyerahkan kepadanya untuk dia menampalkan poster di kawasan rancangan Felda itu.

Di Jengka 22 pula, pengunjung kedai kopi yang kami lalui datang menyerbu kami meminta poster-poster untuk mereka tolong menampal, dan taukeh kedai itu berkata kepada saya; "Lah, takkan tuan Haji buat kerja ni sendiri, lain kali, tuan Haji hantar sahaja poster-poster ni disini dan kami akan tampalkan ke rancangan ini."

Beliau merasa pelik kenapa saya buat tampal poster sendiri. Dia kata dia tak pernah jumpa pemimpin parti yang tampal poster, inilah kali pertama dia tengok pemimpin PKR buat kerja sendiri.

Memang berbezalah konsep yang ada padanya bahawa pemimpin-pemimpin tidak layak menampal poster dengan konsep yang ada pada saya bahawa mana-mana pemimpin yang memilih sekadar untuk berceramah dipentas yang disediakan tidak akan tahu betapa letihnya anggota-anggota diperingkat bawah menjalankan kerja agar pemimpin-pemimpin mengerti bahawa parti dibina oleh semua pihak termasuk pihak bawahan yang memainkan peranan yang meletihkan. Jangan mereka lupa.

Sesampai kami di Gong Halt, seorang pemuda yang berketayap memberitahu saya bahawa dia sudah tidak berani lagi nak pasang poster. Apabila saya tanya kenapa, dia jawab, "kini saya dah pegang jawatan tertentu dalam kampong ini, nanti kalau saya buat kerja itu, takut saya dibuang kerja."

Apa kerja atau jawatan yang dia pangku di kampong itu? Tak payahlah saya sebut, tetapi sudah pasti dia bukan Ketua Kampong, jauh sekali dari Pengurus Ladang, dan gajinya pun hanyalah sekadar RM400.00.

Kerana jawatan yang bergaji itu, dia sudah hilang keberanian untuk menjalankan kerja-kerja parti. Dia adalah ahli dari parti sahabat.

Saya jawab, "Tak apalah asalkan semasa PRU nanti saudara masih boleh mengundi PR." Dia jawab, "Insya Allah."

Di tempat kawasan hentian keretapi Gong Halt, seorang pekedai minta poster secukupnya untuk dia tampalkan didalam Estet Sungai Mai. Dia adalah seorang pekedai yang berani. Alhamdulillah.

Saya komited untuk aktif sehingga PRU-13

Posted: 27 Dec 2011 04:27 AM PST

Ada rakan-rakan bimbang bahawa saya akan menarik diri dari bertindak aktif didalam parti kerana saya telah mengumumkan bahawa saya memilih untuk tidak menjadi calon didalam PRU-13.

Saya memberi jaminan kepada rakan-rakan didalam parti khususnya rakan-rakan didalam Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa saya tidak akan mengurangkan walau sedikit pun pengelibatan saya didalam parti khususnya di PKR Kuala Krau.

Sebelum PRU-13 ini saya akan pastikan bahawa PKR Kuala Krau akan mempunyai jentera parti yang kukuh dan kuat, dengan keanggotaan yang lelbih komited.

Saya akan pastikan semua bilik-bilik gerakan daripada Bilik Gerakan Utama kepada bilik-bilik gerakan diperingkat ranting dapat bergerak cergas dan disana akan diwujudkan pengkalan data yang lengkap bagi menentukan apa juga keputusan parti untuk kejayaan dimasukkan.

Saya puas hati bahawa sehingga kini PKR Kuala Krau sudah berjaya mengujudkan jumlah PACABA yang mencukupi untuk semua saluran mengundi dengan setiap saluran diperuntukkan seramai 6 orang PACABA.

Setakat ini DUN Jenderak sudah pun mempunyai 200 orang sukarelawan, lelaki dan wanita disamping PACABA yang akan turut menjadi sukarelawan sehingga hari mengundi.

Gerakan kerja parti semakin hari semakin ditingkatkan dengan AJK Cabang serta sukarelawan terlibat dengan kerja-kerja membuat edaran, edaran-edaran dalam Bahasa Melayu, Cina dan Tamil disediakan.

Saya berjuang untuk parti dan bukan individu,dan oleh kerana itu, saya akan memberikan sokongan saya kepada mana-mana calon yang dipilih untuk parti didalam Pilihanraya ini.

Selepas PRU-13, saya telah memberitahu rakan-rakan di PKR Cabang bahawa saya mahu melihat perubahan pimpinan di Kuala Krau dan tempat yang saya pegang sekarang perlulah dipangku oleh Timbalan Ketua Cabang sehinggalah pemilihan yang bakal dibuat didalam MATC pada tahun 2013.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Economic Transformation Program: Government Fails To Answer Issues Raised

Posted: 27 Dec 2011 05:33 PM PST

THE government's response to my speech delivered on 15th December titled Debunking ETP: Widening Income Gap has  failed to address the signifcant issues raised. As I had said, the ETP is not only an obsolete economic policy but is calculated to impoverish the nation even further by benefitting the rich minority at the expense of the poor majority.

Come 2020, seven to 8.3 million Malaysian citizens will be earning less than RM1,500 monthly and will be consigned to the urban poor category. This represents 51% of the nation's workforce in 2020, as compared to 56% for 2009 which is a dismal increase of 5%. For all the fanfare and self-serving publicity extravaganza that came with the ETP unveiling, this indeed is a serious let down for the people.

An economic program that fails to substantially improve the income of the majority while actually increasing the number of the poorest citizens is scandalous, reckless and represents an utter dereliction of duty of the government. This is the central issue that must be addressed by the Prime Minister himself and this he has failed to do so. Sloganeering and spouting sound bites may be a good PR exercise but will not deflect from the main concerns raised in my speech.

For instance, the projected annual growth in wages of 3.6% from 2010 to 2020 as compared to the decade preceding it represents a mere increase of 2.6% while the rate of increase in cost of living for the same period will far exceed it. A Labour Market Survey of 2009 involving 24,000 employers and 1.3 million workers shows that 33.8% of these workers earn less than RM 700 montly. Extrapolated against the nation's entire work force, it would be tantamount to 34% being below the poverty line. The projected figure of 3.6% is therefore not only marginal but misleading in that it fails to show the increase in real wages which is a standard indicator of economic growth.

Additionally, the projection that inflation will be around 2.8% annually till 2020 is also unrealilstic considering that the inflation rate for the last 12 months has been constantly above 3%. The target for achieving a per capita Gross National Income of RM 48,000 by 2020 will not be achieved if the inflation rate exceeeds 2.8% in the coming years.

If the average inflation rate till 2020 reaches 4% per annum, an estimated 7.6 million Malaysians will be earning a montly income of less than RM 1,500 by then, an increase of one million compared to 6.6 million for 2009. But if the average inflation rate reaches 6% per annum the number will rise to a staggering 8.3 million!

The most crucial issue that has been completely ignored is my statement that under the ETP the nation's wealth will be increasingly appropriated by the rich at the expense of the poor who will be incrementally marginalized. Prime Minister Dato' Seri Najib has failed to challenge my analysis that the ratio of wages to the Gross National Income will shrink from 40% (for 2009) to 33% (for 2020). This is a matter of grave concern. Under the ETP, the elite, the families and cronies of those in power will continue to pillage and plunder the nation's wealth while the vast majority of the people will continue to bear the cost of the self serving economic policies of a government which has no regard for accountability and transparency.

ANWAR IBRAHIM
HEAD OF OPPOSITION
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Legitimacy of the Judiciary: Political Foes, BN Businessman and You

Posted: 27 Dec 2011 07:24 AM PST

Tay Choo Foo, a Barisan Nasional friendly business man, has lost all confidence in the Malaysian judiciary. When he was sued, he was sure the Courts will throw out the case. To Tay Choo Foo, the claim was a fabrication of lies. To his horror, the Court accepted the claimant's witness hearsay evidence and threw out his testimony. The High Court ordered him to pay RM13 million. The Court of Appeal and the Federal Court upheld the High Court judgment. Tay Choo Foo feels like a victim of sexual assault, he feels violated except he does not have a video to prove it.

Tay Choo Foo now realizes from bitter experience what Alexander Hamilton warned Americans in 1787, more than 200 years earlier in the Federalist Papers, that:-

"A steady, upright and impartial administration of the laws" is essential because "no man can be sure that he may not be tomorrow the victim of a spirit of injustice, by which he may be the gainer today."

Tay Choo Foo is writing a book entitled "Lawless" to warn Malaysians of the dangers of judicial corruption and to stir citizens into action. The question is whether Malaysians having been warned will act on it. When it mattered most Malaysians did not act.

In 1988, Malaysians did not speak out when Tun Mahathir sacked the Lord President and the 5 Federal Court Judges. In 1998, many stood by when he sacked his Deputy Prime Minister and the Courts convicted and put him in jail for 6 years. The Federal Court judges, who had dedicated their entire career to the principle of upholding the Rule of Law, became victims of the Rule of Man. They suffered a grave injustice in being sacked, disgraced and robbed of their personal dignity and self-esteem. The monetary payment given twenty years later can never compensate for their pain and suffering. An even graver injustice was visited on Anwar Ibrahim when he was arrested, beaten and imprisoned for a crime he did not commit. All this was done for the purpose of destroying his political career in order to prolong that of others. It is not just heinous it is evil. The Federal Judges were sacked and the Deputy Prime Minster was imprisoned for political purposes.

Malaysians allowed political powers to exert influence over the judiciary for political ends. They did not realize that like in all usual public private initiatives, economic entities would also gain influence over the Courts. Thus were spawned judicial decisions:-

·         That interfered with the shareholding control of a public listed company such as the infamous Insas Bhd v Ayer Molek Rubber Co Bhd [1995] 2 MLJ 833;

·         That allowed multi-million ringgit defamation suits against MCG Pillay, Param Cumaraswamy, Raphael Pura, Tommy Thomas and Skrine & Co for writing about judicial corruption;

·         That allowed contempt cases to be instituted against Zainur Zakaria, Tommy Thomas, Manjit Singh and prosecution of Karpal Singh who dared to challenge the unfairness of court proceedings;

·         That allowed a forger to acquire indefeasible title to property such as the Federal Court decision in Adorna Properties v Boonsom Boonyanit [2001] 1 MLJ 241 that made our country a forger's haven for 10 years until corrected by the case of Tan Ying Hong v Tan Sian San [2010] 2 MLJ 1 FC;

·         That ordered an insurance company to pay an arsonist that set fire to his own factory to claim on his insurance policy and dismissed the insurance company's application for review in Asean Security Paper Mill v Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd [2008] 5 AMR 377

·         In Tay Choo Foo's case, the administrators of the estate of Tunku Mansur (deceased) sued him for the purchase price of 1.2 million Harrisons Holdings Berhad shares. Tay Choo Foo contended that the shares were given to him by Tunku Mansur as commission for arranging an investor to participate in the management buy-out led by Tunku Mansur. The High Court allowed the hearsay evidence of a purported conversation between the witness and Tunku Mansur to be admitted under section 32(1) (b) of the Evidence Act. Until the Federal Court upheld the High Court decision, section 32(1) (b) of the Evidence Act is accepted of only allowing a statement made by a deceased clerk in the entry of account books and records kept in the ordinary course of business. Tunku Mansur was not a deceased clerk and the statement was not an accounting entry or documents kept in the ordinary course of business. The Federal Court held that section 132(1) (b) should be given a broad and liberal interpretation. The Federal Court decision adopted a new approach that differed from what lawyers and academicians knew about section 32(1) (b). The decision may be a development of the law but it gave rise to the issue of satisfying the requirements of certainty and predictability which is so essential to the legitimacy of judicial decisions.

There are many more cases that are not reported. I have a friend who lost his family business built over several generations to a third party despite non-compliance of the clear provisions of the law. He dared not challenge the matter in the courts because the third party is well connected. If the rich are fearful to fight for their rights, the weak, the poor and the disadvantaged have no chance at all. Many are suffering in silence. This is because we did not speak up when it was needed to.

In 2008, the cycle of political interference has been repeated. The 2nd edition of the Anwar Ibrahim trials is instituted to clip the opposition's momentum after the 12thGeneral Elections. The Guardian in its editorial on 13th December 2011 described what the Courts will do to Anwar Ibrahim as an egregious travesty of justice. The last vestiges of the judiciary's legitimacy will be lost on 9th January 2012 if Anwar is convicted.

The public knows there is a clear distinction between a legitimate system of law and a mere system of commands coercively enforced. It is not necessary for the public to be lawyers or legally trained to know whether a judicial decision is legitimate or not. Each of us has a built-in antenna that can sense the truth from a lie and whether a judicial decision is fair or unjust.

The public can detect judges, who while hiding behind a veneer of fairness make intellectually dishonest decisions. They make procedural and evidential rulings to admit into evidence facts favourable to the outcome they want. They shut out facts that would make it inconvenient for them to arrive at the desired outcome. They are thus able to write impeccable decisions by adopting the applicable laws to the selected evidence.

However, to the losing litigant and the public such decisions are complied with only because of the coercive force the court can bring to bear. The decisions are not accepted as expressions of legal and valid authority. They lacked legitimacy. It is public confidence that gives legitimacy to the judiciary and its decisions. To enjoy public confidence the judiciary must honour the values and principles of consistency, coherence, legal certainty, predictability and not the least justice and objectivity. The citizens must always be vigilant and remind the Judges of their sacred duty. Sandra Day O'Connor said:

"If judges are to be independent guardians of rule of law values, they must be incorruptible. Judges are entrusted with ultimate decisions over life, freedoms, duties, rights, and property of citizens. But judges will never win the respect of the citizens if they are subject to corrupt influences. Whenever a judge makes a decision for personal gain, or to curry favour, or to avoid censure, that act denigrates the Rule of Law… If the judiciary is perceived as being corrupt, biased, or otherwise unethical, society's confidence in the legal system and its respect for the Rule of Law will crumble"

The public is aware that the Anwar Ibrahim trials lacked legitimacy:-

  • In the first Anwar Ibrahim trial for corruption, the Judge attracted adverse worldwide criticism for the manner he conducted the trial. The Judge threatened and charged defence counsel for contempt for complaining the court was not impartial and fair. The words "Irrelevant! Irrelevant! Irrelevant!" were uttered so often that it was only matched 10 years later by a subsequent refrain of "Correct! Correct! Correct!" The trial did not meet the requirement of impartiality, justice and objectivity;
  • In the second Anwar Ibrahim trial for sodomy, the High Court Judge applied the wrong law in convicting Anwar Ibrahim. It is a well established law that the court cannot convict on uncorroborated evidence of the complainant in a sexual offence. The Judge can only do so upon reminding himself of the danger of convicting on uncorroborated evidence. The Judge is required to set out in his judgment the reasons he found the complainant's evidence were sufficiently convincing to establish the case beyond reasonable doubt. The High Court Judge failed to do this and the Court of Appeal did not pick up this error. It was only after the change of Prime Ministers that the Federal Court pointed out that the complainant's evidence lacked credibility and that the confession of sodomy was extracted by torture and improper means. The second trial did not meet the standards of consistency and coherence to existing legal principles;
  • In the 2008 edition of the Anwar trials, Ragunath Kesavan, Chairman of the Malaysian Bar Council said that the Federal Court's decision to dismiss Anwar's application for access to key evidence was a regressive decision. The decision contradicted the clear language and intent of Parliament in section 51A of the Criminal Procedure Code. The section imposed on the prosecution a statutory duty to provide to the accused before the commencement of the trial the documents that the prosecution intended to use at the trial. This was made in the interest of enhancing an accused person's right to a fair trial. By barring Anwar access to CCTV footage, medical reports, chemist reports and witness statements, Anwar was severely and unfairly impaired in defending himself. The Federal Court decision did not meet the standard of coherence, consistency, certainty and predictability, impartiality and justice;
  • Anwar applied under Rule 137 of the Federal Court Rules 1995 to review the Federal Court's decision in dismissing his application for disclosure under section 51A Criminal Procedure Code. The second Federal Court dismissed the application on the ground that the Federal Court does not have jurisdiction to review an earlier Federal Court decision. NH Chan said that the decision fly in the face of the plain words of Rule 137. Rule 137 provides that nothing shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the court to hear any application or make any order as may be necessary to prevent an abuse of the process of the court. The Federal Court decision was clearly incoherent and inconsistent with the clear words of the Rule;
  • The trial was filled with rulings on procedural and evidential matters that left the public with the distinct feeling that the decisions did not satisfy the standards and values of impartiality, legality, certainty, predictability, transparency and justice;

International and domestic observers with a sense of fair play have a bad taste in the mouth at the injustice perpetrated. The New York Times in an article published on 13th December 2011 reported that human rights groups, including Amnesty International and Human Rights Watch have criticized the trial.  Condemnation has also come from Al Gore, the former US Vice President who with Paul D Wolfowitz, the former US Deputy Secretary of Defense wrote in the Wall Street Journal that the trial "threatens not just Mr. Anwar but all those who have struggled for a freer and more democratic nation."

Malaysians had twice missed the call to stand up and speak out against injustice in 1988 and 1998. If we miss the third chance on 9th January, it will be strike three and Malaysia shall be struck out. It is therefore not inappropriate to recall the famous words of Martin Niemoller who emerged as an outspoken public foe of Adolf Hitler:-

"First they came for the Socialists, and I did not speak out

Because I was not a Socialist;

Then they came for the Trade Unionists and I did not speak out

Because I was not a Trade Unionist;

Then they came for the Jews and I did not speak out

Because I was not a Jew;

Then they came for me- and there was no one left to speak for me"

Martin Niemoller's quotation reminds us that the people were complicit through their silence in the Nazi imprisonment, persecution and murder of millions of people. We will similarly by our silence be complicit in the erosion of our society's foundation.  By staying neutral, by keeping silent, we will allow the rule of law to be replaced by the rule of man, criminals to go unpunished, the innocent to be deprived of a fair trial and the poor losing out to the rich. This country has deteriorated not because of bad people but because good people did not stand up and speak out against injustice. Tay Choo Foo is now standing up and speaking out. Many more must do so otherwise, they will take Anwar, then Tay Choo Foo and when they finally come for you, no one is left to speak for you.

William Leong Jee Keen
Member of Parliament for Selayang
27th December 2011

Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Berkaitan ETP

Posted: 27 Dec 2011 04:14 AM PST

Saya meneliti jawapan kerajaan Dato' Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato' Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.
 
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Usaha Mencetuskan Huru-Hara Pada 9 Januari 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah UMNO

Posted: 27 Dec 2011 12:36 AM PST

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggotaKEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
27 DISEMBER 2011

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PKR nafi SMS huru hara 9 Jan

Posted: 27 Dec 2011 12:30 AM PST

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

NONE"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," katanya.

Dakwanya, sifat jahat memfitnah, membohong, menyebarkan berita palsu dan usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam Umno.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin (atas) menjelaskan, tujuan mengajak anggota parti dan penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti untuk menunjukkan sokongan pada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau menyeru semua pihak berhimpun secara amatan mematuhi arahan petugasparti serta tidak terjebak dengan tindakan provokatif pada hari keputusan kes liwat melibatkan Anwar diumumkan itu.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Bumbung Pej. Tanah Gerik Runtuh.

Posted: 27 Dec 2011 09:29 AM PST

Bumbung Bangunan Pej. Tanah Hulu Perak yang berada di Gerik telah runtuh pd 18hb Disember 2011 kerana tetulang besi bumbung patah. Oleh kerana bahan2 yang di guna untuk membina bangunan ini tidak mengikut spekulasi dan tidak berkualiti. Satu lagi projek kerajaan tempatan BN yang menunjuk pegawai kerajaan tidak memantau projek dengan bersungguh2 dan ada kemungkinan Rasuah berlaku antara kontraktor dan pegawai kerajaan.

Gambar-gambar menunjuk bumbung bangunan Pejabat Tanah Hulu Perak yang runtuh telah di tutup kain plastik warna biru. Tempat kejadiaan telah di sekat dan tiada sesiapa dibenarkan masuk.

Drpd: bekas calon D.U.N. Pengkalan Hulu - Lee Sing Long.