Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 2 Disember 2011

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Sabah

Posted: 02 Dec 2011 02:48 AM PST

DEMI RAKYAT

3 Disember 2011 (Sabtu)

Program 1) 3.00 ptg – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Kampong Tuavon, Penampang

 Program 2) 4.30 ptg – Ceramah Perdana 2

Lokasi : Sek Jenis Keb Chung Hwa, Kota Belud

 Program 3) 7.30 mlm – Ceramah Perdana 3

Lokasi: Kampong Pantai MAS, Kota Belud

 Program 4) 9.30 mlm – Perjumpaan Dengan NGO Islam

Lokasi: Yaho Hotel, Sembulan, Kota Kinabalu

 —-
4 Disember 2011 (Ahad)

Program 5) 8.00 pagi – Perjumpaan Dengan MPN Sabah

Lokasi: STAR Hotel, Tanjung Aru

Program 6) 9.00 Pagi – Sidang Media

Lokasi: STAR Hotel, Tanjung Aru

blog.yusmadi.com

0 ulasan
sumber :-

blog.yusmadi.com


Kenyataan Media : Tarik Balik Pengharaman Lagu Panik Bunkface

Posted: 01 Dec 2011 09:17 PM PST

Saya merujuk beberapa laporan di media baru yang mengatakan bahawa pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan penyiaran sebuah lagu dari kumpulan anak muda, Bunkface yang berjudul Panik baru-baru ini.

Saya bersimpati dengan kumpulan anak muda ini yang telah bekarya dengan begitu baik, walaubagaimanapun kerana satu perkataan iaitu Reformasi, dalam lirik, lagu ini telah dipandang serong dan diharamkan oleh pihak kerajaan.

Mengikut takrif Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam Kamus Dewan Edisi Empat, Reformasi ialah perubahan atau pem­baharuan yg mengarah kepada keadaan yang lebih baik, misalnya dalam sistem sosial, politik, dan ke­budayaan sesebuah masyarakat.

Bagi saya, perkataan Reformasi bukan monopoli pemerintah atau mana-mana individu, perkataan Reformasi ini adalah hak rakyat atau sesiapa sahaja yang berjuang untuk pembaharuan sama ada dalam bidang politik, seni atau sosial.

Saya juga mendesak agar RTM menarik balik pengharaman yang dilakukan oleh pihak mereka. Karya asli anak muda yang membawa kearah kebaikan dan perubahan harus didokong oleh sesiapa sahaja demi mengembangkan lagi industri seni tanah air.

Yusmadi Yusoff

Ahli Parlimen Balik Pulau

Laporan Media

RTM Haramkan Lagu Bunkface?

KUALA LUMPUR – Kumpulan punk rock tempatan, Bunkface terpaksa akur apabila semua saluran radio dan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan penyiaran sebuah lagu nyanyian mereka yang berjudul Panik baru-baru ini.

Menurut penyanyi dan gitaris Bunkface, Sam biarpun dia kecewa dengan pengharaman Panik tetapi dia dan anggota-anggota kumpulannya pada masa sama kurang faham mengapakah lagu itu yang tidak mempunyai sebarang unsur negetif menerima nasib malang sebegitu.

"Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan 'reformasi'. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

"Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang," katanya kepada MyNewsHub sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor malam kelmarin.

Pada pertemuan itu, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum dan Bunkface telah diangkat sebagai pemenang anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP).

Jelas Sam, 24, yang merupakan anak kacukan Melayu dan Inggeris menambah, lagu-lagu Bunkface bukan sahaja tidak terbabit dalam mana-mana kepentingan parti politik, sebaliknya kesemua lirik mereka berkisar tentang pengalaman hidup anggota-anggota kumpulannya.

"Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM terlalu mudah untuk mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik," komennya lagi.

http://mynewshub.my/2011/12/01/rtm-haramkan-lagu-bunkface/

MEDIA Rakyat MALAYSIA

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Penduduk Matau Mengadakan Perhimpunan Aman Hari ini

Posted: 01 Dec 2011 05:53 PM PST

Penduduk Matau mengadakan Perhimpunan Aman pada hari ini diperkampongan mereka bagi menentang tindakan Kerajaan UMNO/BN melalui Majlis Daerah Maran yang akan merobohkan rumah-rumah kediaman dan kedai-kedai mereka.

Matau terletak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau didalam DUN Jengka. Penduduk disini telah menghuni kawasan ini dan sesetengah mereka telah mendiami disini lebih dari 40 tahun yang lampau. Mereka membina rumah-rumah kediaman dan kedai-kedai perniagaan.

Matau adalah pekan pertama yang didirikan oleh penduduk Melayu sebelum wujudnya pekan-pekan lain yang kini dikenali sebagai Bandar Tun Razak Jengka, sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, kemudian ditukarkan kepada Bandar Jengka sehinggalah nama baru diperkenalkan untuk mengingatkan nama Allahyarham Tun Abdul Razak.

Kesemua penduduk di kampong ini adalah Orang Melayu, mereka telah bangunkan pekan Matau ini dengan membayar sendiri apa juga jenis kemudahan yang didapati disini.

Sejak berpuluh tahun mereka memohon untuk mendapatkan geran tanah tetapi tidak pernah dilayan oleh pentadbiran UMNO/BN melalui Pejabat Tanah Maran, dan mereka dianggap sebagai penghuni tanpa izin "haram".

Ini cukup berbeza dengan Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Di Selangor diperkenalkan dasar bahawa penduduk yang menghuni tanah Kerajaan melebihi 10 tahun diberikan geran tanah untuk mereka mendirikan rumah kediaman masing-masing.

Matau terletak di kawasan yang strategik menghubungkan Daerah Temerloh dengan Daerah Jerantut di kawasan yang pesat membangun di Daerah Maran.

Tanah ini menjadi liuran kepada kroni-kroni UMNO. Mereka mahukan tanah ini untuk mencari laba. Dan inilah dasar Kerajaan Negeri Pahang yang tidak mesra rakyat. Mereka lebih senang memberikan tanah kepada towkay-towkat besar seperti beribu ekar tanah di Bukit Tinggi kepada korporat kroni Vincent Tan hanya dengan permohonan entah berapa bulan sahaja, tetapi enggan memberikan tanah yang dipinta oleh rakyat walaupun permohonan mereka dibuat sejak berpuluh tahun yang lampau.

Inilah sebuah Kerajaan UMNO/BN yang menzalimi rakyat!

Pada hari ini, marilah kita beramai-ramai berhimpun bersama penduduk Matau bagi mempertahankan hak mereka. Tarikh 2hb Disember 2011 jam 2.30 petang, berhimpun di hadapan stesyen petrol Shell, Matau.

Tidak ada perjuangan yang lebih mulia dari perjuangan mempertahankan rakyat yang dizalimi.

Felda berhadapan dengan perubahan dan pembaharuan apabila PR mentadbirkan Putrajaya

Posted: 01 Dec 2011 07:41 AM PST

Felda dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat setelah PRU ke-13 akan berhadapan dengan perubahan dan pembaharuan.

Pertamanya, Pakatan Rakyat akan membawa kembali Felda kepada tujuannya yang asal iaitu membasmi kemiskinan luar bandar dan membimbing warganya kearah masyarakat yang berdikari.

Berdikari membawa erti bahawa peneroka-peneroka dan warga mudanya akan mengambil alih pentadbiran Felda dari peringkat yang tertinggi kepada peringkat paling bawah iaitu diperingkat rancangan-rancangan.

Anak-anak Peneroka yang berpendidikan tinggi dan yang kini bertugas di syarikat-syarikat perniagaan dan korporat mampu menjadi pentadbir Felda dan membawa Felda menjadi organisasi yang kukuh dan kuat apabila mereka dibawa bertugas didalam organisasi Felda.

Felda dan warganya tidak lagi akan dimanipulasi oleh orang-orang politik yang memperalatkan mereka untuk tujuan yang tidak ada kaitan dengan kepentingan peneroka tetapi kepentingan bagi membuncitkan perut-perut politikus-politikus yang rakus.

Tidak ada lagi ladang-ladang yang dikuasai semata-mata untuk kepentingan pihak berkuasa dengan menafikan hak dan kepentingan peneroka dan warga Felda; ladang-ladang milik Felda akan menempatkan penghuni-penghuni baru sebagai peneroka terdiri daripada golongan besarnya anak-anak peneroka.

Tanaman semula ladang-ladang peneroka akan diuruskan semata-mata dengan mengambil kira kepentingan peneroka; mereka tidak akan dibebankan dengan hutang-hutang malah mereka akan memperolehi pendapatan sejajar dengan pengeluaran daripada ladang mereka, bertentangan dengan amalan kini bahawa setiap peneroka dibebankan dengan hutang sehingga RM100,000.00 seorang.

Didalam ertikata yang lain, pendapatan mereka tidak lagi dimanipulasikan sehingga peneroka-peneroka hanya mendapat kuah manakala Felda memperolehi isinya.

Geran tanah untuk peneroka-peneroka akan dikeluarkan secara otomatik kepada setiap peneroka Felda dan tidak dijadikan habuan parti pemerintah mengaut undi apabila geran tanah itu diberikan kepada peneroka-peneroka dengan kehadiran pihak Menteri.

Peneroka-peneroka bebas samada mahu menjalankan tanam semula secara persendirian atau melalui Felda. Bagi mereka yang tanam sendiri, wang caruman mereka yang dipotong daripada pendapatan mereka dan terkumpul sejumlah RM17,000.00 itu akan dikembalikan kepada mereka tanpa perlu mereka merayu untuk mendapatkannya atau terpaksa menuntut di Mahkamah.

Peneroka-peneroka yang tanah mereka diuruskan melalui Felda akan memperolehi pendapatan seimbang dengan pengeluaran mereka setelah ditolak kos pembangunan dan pengurusan, dan tindakan sebegini akan menyaksikan bahawa mereka boleh berpendapatan tidak kurang dari RM5000.00 sebulan dan tidak lagi dihina seperti sekarang bilamana mereka dinafikan sebarang pendapatan tetapi diberikan elaun sara hidup yang dikira hutang.

Pendapatan mereka akan setanding dengan mereka yang menguruskan ladang secara bersendirian yang boleh berpendapatan jauh melebihi RM5000.00 sebulan.

Sistem ugutan kononnya peneroka akan disingkirkan atau akan diambil pelbagai tindakan disiplin oleh Felda akan dihentikan, dan akan wujud hubungan dua-hala yang mesra diantara Felda sebagai agensi pengurusan dengan peneroka-peneroka sebagai Tuan Tanah.

Pembaziran dan salahguna kuasa oleh bos-bos politik seperti yang berlaku pada hari ini akan dengan serta-mertanya dihentikan.

Pendek kata, tugas yang menanti Pakatan Rakyat vis-a-vis Felda adalah tugas yang berat dan mencabar untuk akhirnya menjadikan Peneroka Felda seperti yang dicita-citakan oleh Allahyarham Tun Razak, bukan sahaja kekdudukan mereka akan mengatasi paras kemiskinan, mereka juga akan menjadi warga negara boleh berdikari, dan membina hidup mereka dengan cara yang lebih tersusun dibawah suatu sistem yang adil dan saksama; manakala Felda akan mengambil peranan yang terpikul kepadanya dibidang pengurusan dan bukan bos kepada peneroka-peneroka (seperti yang diimpikan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussain).

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang