Jumaat, 2 Disember 2011

blog.yusmadi.com

blog.yusmadi.com


Kenyataan Media : Tarik Balik Pengharaman Lagu Panik Bunkface

Posted: 01 Dec 2011 09:17 PM PST

Saya merujuk beberapa laporan di media baru yang mengatakan bahawa pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan penyiaran sebuah lagu dari kumpulan anak muda, Bunkface yang berjudul Panik baru-baru ini.

Saya bersimpati dengan kumpulan anak muda ini yang telah bekarya dengan begitu baik, walaubagaimanapun kerana satu perkataan iaitu Reformasi, dalam lirik, lagu ini telah dipandang serong dan diharamkan oleh pihak kerajaan.

Mengikut takrif Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam Kamus Dewan Edisi Empat, Reformasi ialah perubahan atau pem­baharuan yg mengarah kepada keadaan yang lebih baik, misalnya dalam sistem sosial, politik, dan ke­budayaan sesebuah masyarakat.

Bagi saya, perkataan Reformasi bukan monopoli pemerintah atau mana-mana individu, perkataan Reformasi ini adalah hak rakyat atau sesiapa sahaja yang berjuang untuk pembaharuan sama ada dalam bidang politik, seni atau sosial.

Saya juga mendesak agar RTM menarik balik pengharaman yang dilakukan oleh pihak mereka. Karya asli anak muda yang membawa kearah kebaikan dan perubahan harus didokong oleh sesiapa sahaja demi mengembangkan lagi industri seni tanah air.

Yusmadi Yusoff

Ahli Parlimen Balik Pulau

Laporan Media

RTM Haramkan Lagu Bunkface?

KUALA LUMPUR – Kumpulan punk rock tempatan, Bunkface terpaksa akur apabila semua saluran radio dan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengharamkan penyiaran sebuah lagu nyanyian mereka yang berjudul Panik baru-baru ini.

Menurut penyanyi dan gitaris Bunkface, Sam biarpun dia kecewa dengan pengharaman Panik tetapi dia dan anggota-anggota kumpulannya pada masa sama kurang faham mengapakah lagu itu yang tidak mempunyai sebarang unsur negetif menerima nasib malang sebegitu.

"Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan 'reformasi'. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

"Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang," katanya kepada MyNewsHub sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor malam kelmarin.

Pada pertemuan itu, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum dan Bunkface telah diangkat sebagai pemenang anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP).

Jelas Sam, 24, yang merupakan anak kacukan Melayu dan Inggeris menambah, lagu-lagu Bunkface bukan sahaja tidak terbabit dalam mana-mana kepentingan parti politik, sebaliknya kesemua lirik mereka berkisar tentang pengalaman hidup anggota-anggota kumpulannya.

"Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM terlalu mudah untuk mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik," komennya lagi.

http://mynewshub.my/2011/12/01/rtm-haramkan-lagu-bunkface/

Tiada ulasan: