Isnin, 24 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Songkok saya pernah berlawan dengan Calon BN di kawasan Parlimen Temerloh

Posted: 24 Oct 2011 03:23 AM PDT

Saya menyertai PAS pada tahun 1982. Sebelum menyertai PAS saya berguru dengan Ustaz Ishak Abdullah, Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh, dari segi kekeluargaan, pangkat pupu dengan saya, orang Berhala Gantang iaitu kampong aki saya sebelah ibu saya.

Ustaz ini berkelulusan Agama dari sebuah Universiti di Indonesia dan beliau menjadi tenaga pengajar bebas mengajar di surau-surau dan masjid-masjid.

Ilmu agamanya sangat tinggi. Seminggu hampir 5 hari saya akan bersama Ustaz Ishak, saya memandunya ke mana sahaja kuliah yang dia pergi mengajar. Dia mengajar Tafsir Al-Quran, Aqidah, dan juga kelas Bahasa Arab.

Kemudian disuatu hari datanglah Tuan Guru Haji Hadi Awang memberikan Ceramah di Balai Islam disini, dan saya berpeluang buat kali pertama mendengar ceramahnya. Saya benar-benar tertawan. Selepas ceramah itu saya bertanya kepada Tuan Guru samada beliau ada membuat kuliah di mana-mana, dan dia memberitahu saya bahawa beliau mengajar di setiap Malam Jumaat di Masjid Rusila, Marang.

Mulai hari itu, saya sampai ke Rusila setiap hari Khamis malam Jumaat. Saya mengikuti Kuliah Tuan Guru Haji Hadi.

Pada tahun itu saya mengerjakan Haji dan sekembali saya dari Mekah, saya membuat keputusan menyertai PAS. Lantas saya dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.

Saya ubah gerakan PAS Temerloh daripada label parti Tok Lebai kepada parti yang politik yang berjuang untuk rakyat. Saya susun PAS Temerloh dan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja massa dan penubuhan cawangan-cawangan baru. Serta merta keahlian PAS melonjak kepada 500 orang, suatu bilangan yang sangat kecil jika berbanding UMNO/BN yang secara kumpulan mempunyai hampir 25,000 ahli.

Sejak itu saya memberikan tumpuan kepada pembelaan kepada peneroka-peneroka Felda kerana sebahagian besar dari pengundi di kawasan Parlimen Temerloh pada ketika itu adalah peneroka-peneroka Felda dengan dua gugusan Felda iaitu gugusan Bukit Mendi dan gugusan Sebertak.

Disamping itu, kami memperkukuhkan kedudukan parti di kampong-kampong tradisi.

Malangnya, pembaharuan yang saya cuba bawa ke dalam PAS kawasan Temerloh tidak dapat saya teruskan kerana pada tahun 1985 di bulan Februari, saya ditahan dibawah ISA dengan tuduhan besarnya memecah-belahkan masyarakat Peneroka Felda, saya dipinta oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk tidak meneruskan Simposium Kebangsaan Peneroka-Peneroka Felda di Sg Gau, dan saya tidak memperdulikan tuntutan daripada Kerajaan BN Negeri Pahang itu sehinggalah saya dipanggil oleh DYMM Sultan Pahang ke Istana Pahang di Kuala Lumpur yang memberitahu saya bahawa Kerajaan akan menahan saya dibawah ISA dan Sultan meminta saya mengendurkan gerak kerja politik saya kalaupun saya tidak boleh menyertai UMNO.

Degil saya. Tak lama selepas itu saya ditahan dibawah ISA, dan semasa saya ditahan itu, Pilihanraya Umum berlangsung pada tahun 1986. Ustaz Hassan Syukri, Setiausaha Agung PAS pada waktu itu meminta saya bertanding di kawasan parlimen Temerloh walaupun saya ditahan dibawah ISA.

Saya akur, dan Sdr Man Kadir, seorang sahabat, seorang yang telah bersumpah setia dengan saya bahawa beliau adalah adik kepada saya, mengepalai gerakan mewakili saya didalam Pilihanraya itu.

Saya dibebaskan tetapi dibuang daerah ke Melaka dan tidak dibenarkan pulang ke Temerloh. Man Kadir terpaksa berulang alik dari Pejabat PAS di Taman Melewar untuk urusan dengan Setiausaha Agung, ke Melaka dan ke Temerloh. Saya diisytiharkan sebagai calon PAS di kawasan Parlimen Temerloh.

Kawasan Parlimen Temerloh tidaklah sama dengan kawasan yang ada sekarang. Semasa itu, kawasan di Kuala Krau dan di Bera adalah sebahagian dari kawasan parlimen Temerloh bersama-sama dengan kawasan Sanggang dan Kuala Semantan. Kawasan Lanchang termasuk didalam kawasan parlimen Bentong.

Walaupun keanggotaan parti PAS di kawasan ini adalah kecil, tetapi saya mempunyai rangkaian rakan-rakan. Saya pernah memimpin Gerakan Belia 4B Daerah Temerloh dan mempunyai jaringan cawangan yang begitu banyak jauh melebihi cawangan UMNO sendiri. Rakan-rakan saya yang memimpin Belia 4B pada waktu itu kebanyakanya menjadi ketua-ketua UMNO di peringkat cawangan.

Dengan kekuatan 4B itu, kami telah menguasai Persatuan Bolasepak Daerah Temerloh yang mempunyai team bolasepak di hampir setiap kampong, dan dengan kekuatan itu juga kami menubuhkan Persatuan Berbasikal Daerah Temerloh, yang menjadi sukan favourite pada waktu itu kerana buat kali pertamanya, pelumba-pelumba dari Derah ini yang datangnya dari kampong-kampong bejaya memenangi pertandingan-pertandingan di peringkat nasional. Dan di peringkat nasional pula saya adalah Naib Presiden Persatuan Berbasikal Malaysia dan Presiden Mountainbike Malaysia.

Rangkaian rakan-rakan saya cukup ramai dan dikalangan mereka itu masih bersetia dengan saya walaupun kami berbeza parti politik. Di waktu itu saya jadikan satu kepastian bahawa setiap kampong diwujudkan rangkaian Belia Niaga dan Belia Tani dengan bantuan daripada Jabatan Belia dan Sukan Daerah Temerloh.

Dalam waktu yang sama saya mempastikan setiap kampong menghantar para belia untuk mengambil kursus-kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan dengan itu melayakkan mereka membuat pinjaman daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan. Temerloh pada waktu itu menjadi contoh untuk kaum belia terlibat dengan Belia Niaga dan Belia Tani.

Temerloh adalah kampong saya sendiri. Dari kecil lagi saya sudah melibatkan diri dengan gerakan politik. Semasa Pak Sako bertanding di kawasan Parlimen Temerloh pada tahun 1959, saya adalah diantara "budak kecil" yang ke hulu ke hilir berkempen untuknya dan merayau ke seluruh kampong didalam kempen Fron Sosialis pada waktu itu. Pak Sako kalah tak sampai 2000 undi di kawasan parlimen Temerloh.

Saya masih ingat bahawa saya telah memanjat Pasar Besar Temerloh dan menampalkan poster Fron Sosialis dengan perkataan VOTE SOCIALIST FRONT.

Untuk membantu Pak Sako, saya dan rakan-rakan muda tak pulang ke rumah, kami tidur diwarong-warong, dan makan di Markas Parti Rakyat di Jalan Ibrahim Temerloh. Pulang ke rumah hanya apabila sangat perlu menukar seluar dan baju. Saya memimpin lebih kurang 30 rakan muda berbasikal dan diatas basikal kami dilekatkan bendera Fron Sosialis.

3 bulan saya tidak bersekolah iaitu sepanjang kempen Pilihanraya itu. Dan apabila selesai Pilihanraya, saya pergi semula ke sekolah, hanya untuk ditampar oleh Guru Besar, Abu Bakar School, Temerloh dan pada hari Isninya saya diberikan public canning dihadapan semua murid-murid. Tetapi saya berbangga kerana di umur sekecil itu saya sudah terlibat dengan politik.

Saya sudah mempunyai rakan-rakan dari setiap kampong sekitar Temerloh terdiri daripada orang-orang dewasa. Saya mempunyai kawan-kawan di Kampong Lebak, Pengkalan Cina (Pengkalan Jaya), Kg Pengkalan Manggis, Kg Tengah, Kg Buntut Pulau, Kg Pangsenam, Kg Bangau, apatah lagi Lubok Kawah, Kg Paya Banir, Kg Paya Jejawi, Kg Sanggang, Kg Songsang, Kg Chatin, Kg Sanggang Seberang, Kg Bintang Hulu, Kg Bintang, Kg Bali, Kg Berhala Gantang, Kg Telok Mengkuang, Kg Telok Ira, Kg Tebal dan Seberang Temerloh, Kg Lebak Seberang, Kg Paya Pulai (kubu PRM), Kg Paya Luas, Kg Paya Kechik, Kg Belengu, Kg Paya Ara, Kg Bukit Kelulut, dan sehingga sekarang ramai diantara mereka yang sebaya dengan saya yang masih hidup masih lagi berkawan dengan saya.

Rangkaian ini dikesampingkan pula dengan rakan-rakan bekas ketua-ketua Cawangan Gerakan Belia 4b di seluruh Daerah Temerloh, menjadikan rankaian kawan-kawan saya yang sangat besar, ditambah lagi dengan rangkaian kekeluargaan saya yang sangat luas di Mukim Mentakab, Mukim Songsang, Mukim Sanggang, Mukim Bangau dan Mukim Perak.

Walaupun kekuatan parti pada waktu itu sangat lemah, saya mempunyai rangkaian rakan-rakan dan keluarga yang luas dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Maka didalam Pilihanraya Umum tahun 1986 itu saya telah memecahkan rekod untuk Pembangkang di kawasan Parlimen Temerloh. Sebelum ini PAS sentiasa kalah didalam lingkungan antara 8000 hingga 12000 undi di Temerloh dan semasa saya bertanding majoriti BN itu susut kepada lebihkurang 4000 sahaja, dan undi yang saya dapat kumpulkan jauh melebihi undi dari rakan-rakan calon PAS dan DAP yang bertanding di Triang, Kuala Semantan, Kuala Krau dan Sanggang.

Siapa yang berlawan dengan calon UMNO/BN itu? Adalah songkok Haji Suhaimi Said sahaja kerana Haji Suhaimi Said dibuang daerah ke Melaka dan tidak dibenarkan pulang selepas dibebaskan dari ISA.

Bertemu rakan-rakan lama di Stesyen Bas (lama) Temerloh

Posted: 24 Oct 2011 02:37 AM PDT

Jam 4.00 petang tadi saya turun ke Stesyen Bas (lama) Temerloh untuk bertemu dengan Ahmad Bila Adam. Biasanya dia akan berada di Stesyen itu jam 4.00 hingga 5.00 petang untuk trip terakhirnya dari Temerloh ke Felda Jenderak Utara.

Saya pergi ke kounter bas di stesyen itu dan diberitahu bahawa beliau bercuti pada hari ini, dan esuk dia akan kembali bertugas.

Kemudian didalam perjalanan ke kereta saya yang diparkir diluar kawasan Stesyen Bas itu, saya ternampak rakan dari Kuala Krau sedang menunggu bas, dia adalah tukang gunting di Kuala Krau, dan saya ajak dia minum teh petang.

Kemudian Cikgu Nan melaung ke arah saya: "Oik peguam, nak kemana tu?" Saya terus mengajak dia minum teh bersama iaitu di warong di Stesyen Bas. Terkena pulak taukeh warong itu adalah anak buah saya penunggang basikal semasa saya aktkif dengan Persatuan Berbasikal dahulu, dia adalah penunggang/pelumba yang saya bimbing mewakili Temerloh untuk team wanita.

Rupa-rupanya dah ramai anak dia. Saya order 3 cawan teh tarik untuk Cikgu Nan, Abang Taih dan saya sendiri.

Abang Taih kata dia dah sewakan kedainya di Kuala Krau tu "RM600.00 sebulan. Tak mampu dah nak buat kerja menggunting rambut ni, ni saya sedang tunggu bas untuk pergi ke Taman Temerloh Jaya ke rumah anak yang tinggal disana." katanya. Abang Taih ni memang orang kuat PAS Kuala Krau, beliau bukan pemimpin PAS, tapi orang kuat PAS. Tak usah nak lenturlah semangat dia. "Kawan akan undi PR dan nak tengok sangat UMNO terpukang di Pahang ni." katanya.

Lepas itu seorang demi seorang daripada pemandu teksi itu datang dan minum bersama kami. "Nak rasa belanja Peguam," kata mereka.

Borak punya borak, semuanya menentang UMNO/BN. "Tak usah nak cakap apalah. Kami pemandu teksi ni hingga cukup makan ajer, kadang-kadang tak cukup pun, harga barang dah melampau-lampau naik." kata salah seorang mereka.

Ana, pemilik warong pun mencelah. Ada orang UMNO datang ke warong ni suruh saya masuk UMNO dan saya jawab: "Tak hingin."

Mereka kata nanti susah dapat lesen niaga kalau tak sokong UMNO. Saya jawab, "Saya jual goreng pisang ngan air teh ajer, ada orang UMNO tolong saya? Ingat orang UMNO ke yang tolong saya dapatkan lesen dan warong ni?" Dan orang UMNO pun tak ada yang datang nak minum sini, kalau harap kepada orang UMNO, mati keringlah saya."

Cikgu Nan kata bahawa dah lebih 10 tahun dia bawa teksi. "Kalau macam hari biasa begini, langsung tak ada pendapatan. Kami ni betul-betul bergantung kepada Hari Kebesaran dan Hari Raya, bolehlah dapat sikit duit, menghantar orang Indonesia yang kadang-kadang nak berjumpa dengan saudara maranya di Johor atau Ipoh, mereka sanggup bayar satu teksi sampai RM700.00. Bolehlah buat belanja raya dan beli sehelai dua baju raya untuk anak-anak," kata Cikgu Nan.

Semua pemandu teksi yang minum bersama saya tu mengeluh dengan keadaan yang ada pada hari ini. Pendapatan mereka tak berubah tetapi harga barang melampau-lampau naik. Harapkan Menteri, orang Temerloh, hapah tak ada guna. Asyik-asyik kata, harga barang di Malaysia ni lebih rendah dari Negara lain, dan asyik-asyik kata kenaikan harga barang tak membebankan rakyat, "Kepala hotak dia." Mereka cabar Menteri tu supaya terima gaji macam pendapatan pemandu teksi, tengok mengeluh atau tidak dia. Menteri kita ni bodoh, kata mereka.

Ini adalah keluhan orang bawahan, keluhan rakyat. "Tak apalah, kita tunggu ajer Pilihanraya yang dah dekat ni, kita nak ajar puak-puak UMNO ini tinggi-rendahnya langit tu."

Di akhir perbualan mereka bertanya kepada saya dimana saya akan bertanding. Saya jawab kalau pun saya bertanding, saya akan bertanding di DUN Jenderak, tetapi kemungkinan besarnya saya tidak bertanding.

Mereka melahirkan rasa keciwa terhadap saya. "Kenapa Haji tak bertanding disini. Di sini kampong Haji, semua orang sini kawan Haji. Jarang boleh jumpa orang macam Haji ni, boleh bergaul dengan orang-orang bawah dan jalanan."

Saya jawab bahawa saya mewakili parti. Di mana-mana pun, kalau saya bertanding, saya mewakili parti. Dan yang akan bertanding di sini pun adalah orang yang mewakili parti.

"Betul," jawab mereka, "tapi Haji orang sini, dari kecik lagi Haji bergerak disini, kawan-kawan Melayu, Cina ramai dan saudara mara Haji pun ramai." Kta seorang yang kebetulannya juga seorang pemandu teksi pangkat pupu dengan saya. "Cuba bayangkan bahawa orang Telok Ira, Berhala Gantang, Bintang, Chatin, Songsang, Sanggang semuanya ada hubungan keluarga dengan Haji."

Saya tidak dapat nak layan percakapan begitu kerana saya sendiri sudah memutuskan bahawa saya tidak akan bertanding didalam Pilihanraya ini, dan seterusnya.

Setelah saya membayar harga minuman, saya pergi ke Kedai Obat, perut saya memulas-mulas, senak dan sebu. Sampai di rumah saya terus solat Asar dan mengambil Obat yang saya beli. Terasa kurang senak perut saya. Dan saya pun lakarkan pengalaman sebentar tadi di Stesyn Bas (lama) Temerloh.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Laporan Audit: Salahguna Kuasa Dan Rasuah Berterusan

Posted: 24 Oct 2011 05:53 PM PDT

Malaysia Chronicle

Di sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.

Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.

Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.

Namum demikian, kerajaan BN yang di bawah pimpinan Najib telah gagal menunjukkan ketegasan mereka di dalam memerangi perbuatan yang tidak bermoral ini. Ini adalah kerana, jelas kontraktor-kontraktor Umno yang mempunyai pelbagai kepentingan di dalam berbagai-bagai bentuk saluran pembekalan kepada kerajaan turut terlibat sama di dalam memperluaskan perbuatan yang keji ini yang boleh juga dikatakan hampir pada setiap tahun, wang yang selalu kita bayar sebagai cukai pendapatan dihabiskan dengan begitu sahaja.

Oleh kerana itulah, para kontraktor-kontraktor dan pemimpin Umno menjadi semakin kaya raya, manakala masyarakat Melayu pada amnya terus hidup di dalam serba kemiskinan yang sungguh memeritkan bahkan masih ada banyak lagi orang-orang Melayu yang masih miskin melarat sehingga tidak mampu membeli makanan, masih buta huruf, tidak mempunyai kediaman, kebuluran dan sebagainya.

Jadi adakah Umno ini benar-benar memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu seperti yang didakwanya selama ini? Dan jika sekiranya Umno benar-benar memperjuangkan nasib bangsa tersebut, kenapa pula masih terdapat sebahagian besar kaum tersebut hidup menderita dengan keadaan yang tak terhingga?

Telan berjuta-juta Ringgit

Kita tengoklah laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) telah membelanjakan lebih daripada RM5.66 juta untuk membeli 23 ekor kuda baka khas. Adalah difahamkan juga bahawa kuda-kuda berbaka yang dibeli oleh MSN itu kesemuanya telah dibayar melebihi harga pasaran.

Sementara dalam laporan audit yang seterusnya turut mendedahkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810 peratus di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan kajian lautan yang langsungnya tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Selain daripada itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib orang-orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain telah membelanjakan lebih daripada RM54 juta untuk membeli pelbagai peralatan dan peralatan yang kebanyakannya langsung tidak mempunyai kaitan dengan usaha-unsaha jabatan tersebut untuk membantu masyarakat Melayu yang miskin dan daif.

Dan jika kita meneliti laporan audit tersebut seterusnya, kita akan dapati lebih banyak jabatan-jabatan kerajaan yang asyik berbelanja besar ke atas pembelian dan perolehan barangan, peralatan dan bahan-bahan yang langsung tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat jelata.

GLC lagi rugi teruk

Dalam pada itu, banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC turut mengalami kerugian yang berterusan dan ianya berlaku pada setiap tahun.

Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Kerugian yang berterusan oleh beberapa GLC yang besar ini telah menunjukkan bahawa kesemua syarikat-syarikat tersebut tidak belajar daripada kesilapan yang terdahulu dan tidak ada usaha yang menyeluruh daripada para pengurusan GLC ini untuk memperbetulkan keadaan yang semakin meruncing ini.

Hasilnya, wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.

Rakyat akan terus diabai

Di dalam saat-saat yang memerlukan, kita tidak melihat SPRM bertindak tegas menyiasat kerugian yang dialami oleh banyak jabatan-jabatan kerajaan dan beberapa GLC ini.

Apa yang SPRM tahu, hanyalah membabitkan diri mereka di dalam kancah politik dengan hanya memerangi para pemimpin pembangkang dengan kononnya mereka ini telah melakukan "rasuah".  Yang benar-benar rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka di dalam kerajaan tidak pula diendahkan kerana mereka ini adalah ahli-ahli dan para pemimpin Umno.

Jadi, adakah SPRM ini benar-benar profesional atau sebaliknya?

Oleh yang demikian, selagi BN dan Umno masih berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan terus dipertaruhkan seperti suatu perjudian dengan tidak mengendahkan kerugian dan kehilangan wang.

Adakah rakyat memperoleh apa-apa faedah, hasil daripada pertaruhan tersebut?

Laporan Audit: Harga Teropong 2,805 Peratus Lebih Tinggi

Posted: 24 Oct 2011 04:57 AM PDT

keadilan daily

Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan  di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

"Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

"Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

"Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran," kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap satu.

Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga asal.

Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.

Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.

Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.

Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.

Beating The War Drums On UMNO

Posted: 23 Oct 2011 08:04 PM PDT

HIMPUN? Bagaimana Kisah Petani Miskin Dengan Anak Menteri?

Posted: 23 Oct 2011 07:58 PM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

"Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan," katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

NONEPada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah

"Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana," kata Anwar.

china chinese farmer farming 061008 02Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

"Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin," katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

riceBernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

"Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

"(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka," kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

himpun rally hasan ali speaking 2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

"Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin," katanya lagi.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rahsia kenapa Final Piala Malaysia 2011 di Shah Alam TERBONGKAR

Posted: 24 Oct 2011 12:20 AM PDT



Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh - KUALA LUMPUR, 24 Okt 2011 - Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Semakan Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini.

"Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.

Katanya, masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Selain Stadium Nasional, Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.'

Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini, Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh.

Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu.

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Ia mempunyai tempat duduk berbumbung untuk 100,000 penonton.

Maklumat sebelum ini menunjukkan ia mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga dan telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.

Ambrin berkata pihak Audit berpendapat berlaku kelewatan melaksanakan kerja-kerja penukaran bumbung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah tamat tempoh jaminan kerana peruntukan yang dimohon semenjak 2006 tidak diluluskan.

"Ini boleh menjejaskan keselesaan pengguna kerana terdesah kepada hujan serta membahayakan pengguna sekiranya berlaku bumbung runtuh terutamanya bagi penganjuran acara dan kejohanan peringkat antarabangsa.

"Selian itu, PSM perlu membuat perancangan rapi untuk kerja penukaran bumbung tersebut supaya kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Ini bagi memastikan hasil penyewaan stadium tidak terjejas sekiranya berlaku kelewatan penukaran bumbung," kata beliau.

Laporan itu menyebut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan memohon peruntukan bagi mengatasi masalah itu dengan membuat enam permohonan dan telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mulai 2006 hingga 2010

PSM telah membuat dua permohonan tahun lalu, RM40 juta pada 8 Februari dan RM35 juta 20 September di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Bagaimanapun kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada bulan Disember 2010.

"PSM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium kepada Jabatan Kerja Rayat pada April 2011 kerana PSM tidak mempunyai kepakaran teknikal," katanya lagi.

Ambrin berkata kelewatan bukan disebabkan pihak PSM kerana perbadanan telah memulakan tindakan awal mulai 2006 bagi mengatasi masalah yang timbul.

"Kelewatan juga adalah berpunca daripada pihak lain dan disebabkan kekangan kewangan kerajaan adalah faktor utama kelewatan ini berlaku. PSM selaku pengurus dan pentadbir Kompleks Sukan Negara telah melaksanakan tugas dengan melaporkan masalah yang dihadapi," katanya lagi.

Malah katanya, semakan lanjut mendapati PSM telah memohon peruntukan bagi menukar bumbung Stadium Putra sebanyak empat kali, antara 2006 dan 2010, tetapi tidak diluluskan.

"Pada Mac 2010, PSM sekali lagi telah memohon peruntukan sejumlah RM6 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan telah meluluskan permohonan sejumlah RM6 juta pada Januari 2011," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-beri-amaran-selengara-segera-bumbung-stadum-nasional-elak-runtuh/

HEBAT, N.Sembilan ada Jambatan Berkembar

Posted: 24 Oct 2011 12:04 AM PDT



Mana negara atau mana negeri dalam dunia ini boleh kita tengok jambatan berkembar yang pelbagai guna dan serba canggih ini melainkan di Negeri Sembilan. Ya, memang hebat jurutera dan perancang bandar di Negeri Sembilan ini. Jambatan ini harus dijadikan mercu tanda dan tempat pelancongan yang ekslusif di negeri ini.

Tapi cuma satu masalah. Di mana lokasi jambatan ini ya, yang pasti ianya masih baru dan berada dalam Negeri Sembilan.

Untuk melihat gambar Jambatan Berkembar berkenaan sila ke pautan berikut http://www.maarofkassim.com/2011/10/kenapa-tak-rancang-awal-awal.html

Zalim kerajaan BN, tak bayar hutang RM150 kena penjara

Posted: 23 Oct 2011 07:51 PM PDT



Beginilah undang-undang di Malaysia. Lewat bayar hutang RM150 saja, mahkamah arahkan orang Melayu ini dipenjarakan. Geram betul baca berita di bawah ini. Melayu bernama Suradi ni bukan kaki rasuah, bukan kaki betina, bukan perompak, bukannya murtad. Beliau ditimpa kemalangan menyebabkan beliau terpaksa menjual kereta, tetapi ditipu. Namun beliau tetap berusaha membayar hutang, isteri beliau juga bekerja, berlapar untuk membantu suami. Tapi mahkamah Kerajaan BN Malaysia tetap memenjarakan beliau. GERAM, GERAM, GERAM, MARAH, MARAH, MARAH !!!

Agak-agaknya orang susah macam Suradi ni dan beribu-ribu lain yang muflis macam Suradi ni layak tak dapat RM500 yang Najib umumkan dalam Bajet 2012. Orang Muflis boleh ke ada akaun bank, boleh dapat bantuan kerajaan? Ke Pendatang Asing diutamakan !!!

RAYU BEBAS SUAMI MUFLIS DARI PENJARA
Berita Harian 17 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.

Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis. "Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu," katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.

Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.

Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank.

Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rayubebassuamimuflisdaripenjara/Article/index_html

SUDAH DIISYTIHAR MUFLIS, DIPENJARA PULA SEBULAN
Berita Harian 24 Okt 2011

SURADI Darius, berusia 43 tahun diisytiharkan bankrap pada 2004 akibat kegagalan melangsaikan hutang pinjaman kereta. Suradi diarahkan Pejabat Insolvensi Malaysia untuk membayar ansuran RM50 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang selari dengan perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005.

Isteri Suradi, Rosnah Mohd @ Sailan sebagai penjamin juga diisytihar bankrap. Suradi terpaksa membayar hutang isterinya RM50 sebulan menjadikan ansuran bulanannya ialah RM100.

Suradi tidak mempertikaikan keputusan mahkamah pada 27 September lalu kerana berdasarkan undang-undang. Namun, adalah keterlaluan dan tidak setimpal jika beliau dipenjarakan sebulan hanya kerana gagal membayar baki RM150.

Jika Suradi hidup mewah dan enggan mematuhi perintah mahkamah, wajar tindakan memenjarakannya dilaksanakan. Kes Suradi ialah yang pertama di Malaysia dengan tindakan memenjarakan si bankrap dilaksanakan sejajar dengan lunas undang-undang. Namun, persoalannya, adakah wajar dan patut beliau dipenjarakan sebulan?

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sudahdiisytiharmuflis_dipenjarapulasebulan/Article

1,086 PENJAWAT AWAM MUFLIS
Berita Harian 3 Mac 2011

Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran

PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit. "Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_086penjawatawammuflis/Article/

41 BELIA MUFLIS SETIAP HARI GAGAL URUS KEWANGAN
Utusan Malaysia 12 Okt 2011

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1012&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

Kerajaan BN abai hak pengguna rakyat Johor

Posted: 23 Oct 2011 06:06 PM PDT



Bukan 1 atau 2 bulan rumah terbengkalai di Johor ni. Tapi dah lebih 10 tahun, dah 2 kali pilihanraya umum dan dah nak masuk pilihanraya umum yang ke3, pun tak siap-siap lagi projek perumahan terbengkalai di Johor Bahru ni. Bukan di Johor saja, malahan di seluruh Malaysia , dua kali lima macam ni lah juga. Yang digembar-gemburkan PPRT, PR1MA, SPNB. Yang disenyapkan projek perumahan terbengkalai.

Beberapa laporan projek perumahan terbengkalai di beberapa negeri lain di http://terbengkalai.blogspot.com/

Rumah terbengkalai 10 tahun
Utusan Malaysia 24 Okt 2011

JOHOR BAHRU 23 Okt. - Kira- kira 100 pembeli rumah Taman Desa Kempas mengadakan demonstrasi aman menuntut penjelasan daripada pihak pemaju berhubung projek perumahan tersebut yang terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu.

Beberapa pembeli mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian termasuk kos bayaran rumah sewa dan ansuran pinjaman perumahan kepada pihak bank setiap bulan sejak 2003.

Salah seorang pembeli, Chan Hwa Nong, 38, berkata, dia membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM22,000 pada 2000 semasa tawaran pembelian di sebuah pusat beli-belah di sini.

''Rumah itu sepatutnya siap pada 2003 tapi sampai sekarang tak siap-siap lagi dan disebabkan itu saya terpaksa menyewa rumah lain dengan sewa RM350 sebulan.

''Saya juga terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan kira-kira RM40 setiap bulan pada bank sejak rumah itu dibeli," katanya ketika ditemui di tapak projek perumahan tersebut di sini hari ini.

Difahamkan, projek pangsapuri Taman Desa Kempas dibangunkan pada 2001 dijual pada harga RM22,000 hingga RM100,000 bagi setiap unit. Ia dijadual siap sepenuhnya pada 2004 tetapi sehingga hari ini hanya fasa satu dan dua berjaya disempurnakan.

Seorang suri rumah, Ari Hasni Arifin, 33, dan seorang pegawai keselamatan, R. Lingam, 56, turut melahirkan rasa kecewa kerana masih belum dapat mendiami rumah idaman mereka biarpun pembayaran ansuran sudah mula dibuat sejak 2001.

Kedua-dua mereka masing-masing membeli sebuah pangsapuri berharga RM88,000 dan membayar ansuran pinjaman di antara RM350 hingga RM380 setiap bulan.

''Kami kecewa dan kesal. Sudahlah berhabis puluhan ribu ringgit malah terpaksa pula membayar sewa rumah yang diduduki sekarang. Kami berharap kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya ," ujarnya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Teruknya akidah pelajar sekolah rendah di Kulim Bandar Baharu

Posted: 23 Oct 2011 05:04 PM PDT



Sebaiknya Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu YB Zulkifli Noordin mengambil perhatian serius perkara di bawah ini. Betapa teruknya akhlak, akidah, perangai para remaja diperingkat umur sekolah rendah lagi. Malu sungguh nak terjemahkan berita di bawah ini ke dalam Bahasa Melayu.

The Star
Monday October 24, 2011
Four youngsters rape and sodomise seven-year-old girl

KULIM: They are young boys – not old enough to carry identity cards. And their victim is much younger.

One of the lads bragged in class that he and some friends had lured the seven-year-old girl into a hut and sexually assaulted her.

She screamed in pain but they continued to sodomise and rape her.

The matter was reported to their teacher who in turn told the mother of the 10-year-old braggart what had happened.

Police said they have picked up three boys – aged 10 to 11 – in connection with the alleged incident that occurred in Bandar Baru, near here, on Oct 13.

The boys are out on bail after having their statements recorded.

It is learnt the girl was playing near her house when the boys invited her to follow them to the hut, about 2km from her home, at 10am on that day.

In the hut, the victim claimed she was forced to strip.

The boys, after raping her, warned her not to tell her parents about the incident.

The victim only blurted out the story after her mother, 33, questioned her.

A medical examination confirmed the victim was raped and sodomised.

The angry parents want the police to conduct a thorough investigation and take action against the suspects.

The 36-year-old father, a lorry driver, said he would take legal action against the families of the young suspects.

Kedah CID chief Asst Comm Zakaria Ahmad confirmed the incident and said investigations were underway and police hoped to wrap up the investigation soon.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/10/24/nation/9759316&sec=nation

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Lebih 3000 pelajar SPM bersemangat tinggi di Program Pecutan Akhir Perdana Selangor di Stadium Melawati Shah Alam

Posted: 23 Oct 2011 09:21 PM PDT



Lebih 3000 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini dari pusat tuisyen rakyat selangor (PTRS) bersemangat tinggi setelah mengikuti program Pecutan Akhir SPM Perdana yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada hari Sabtu 22 Oktober 2011 lepas.
Program ini telah dianjurkan oleh pejabat Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di bawah Yang Berhormat Hjh Dr Halimah Ali memerangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan konsultan PTRS, Imtiaz Consultant. 
 
Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan SPM dam menaikkan semangat dan motivasi pelajar agar lebih bersedia menduduki peperiksaan dan berjaya mencapai keputusan terbaik.
 
Di dalam program ini, seorang pakar motivasi, Osman Affan menerap dan memberikan tip-tip peperiksaan termasuklah persediaan minda yang positif, santapan roh, teknik menjawab soalan dan hala tuju selepas SPM kelak.

Menurut pengajur program, Hamdan Safar dari Imtiaz Konsultan, program seumpama ini yang telah memasuki tahun ketiga diadakan telah membabitkan pelajar dari semua Dewan Undangan Negeri seluruh negeri Selangor khususnya peserta-peserta yang mengikuti pusat tuisyen rakyat negeri Selangor atau PTRS yang majoritinya datang dari golongan keluarga dibawah tahap kemiskinan berpendapatan RM1500 sebulan.

Salah seorang Koordinator PTRS (KPMI), Shaiful Anuar Sulaiman,dari DUN Batang Kali berkata kebanyakan pelajar-pelajar tersebut sangat teruja dapat menyertai program yang diadakan dalam bentuk bengkel seperti ini pengisian motivasi dan emosi demi untuk kecemerlangan masa depan pelajar-pelajar itu sendiri dan bersama menghayati apa ertinya kejayan yang hebat bersama keluarga dan masyarakat dan rakan-rakan pelajar. .

Pelajar-pelajar telah menunjukkan minat, semangat dan komitmen yang tinggi dalam slot dan sesi yang dianjurkan walaupun agak keletihan kerana aturcara yang padat. Mereka kelihatan begitu ceria dan gembira sepanjang program berjalan. Rata-rata semua pelajar sangat berpuas hati dengan modul yang telah mereka jalani dengan tunjuk ajar serta bimbingan ikhlas dari penceramah jemputan.

Program berakhir dengan ucapan penutup dari Yang Berhormat Hjh Dr Halimah Ali, dan diantara nya menyentuh tentang keperluan sikap mesra bersifat sifat kasih sayang, sedia berkorban dan contoh akhlak baik yang menjadi teras setiap program anjuran kerajaan negeri ini bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat merasai kelainan luar biasa dan bertambah yakin untuk memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam SPM serta kehidupan berpandukan pegangan agama dengan lebih kukuh.

Dr Halimah Ali juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan terus berusaha memberi khidmat pendidikan dan kebajikan terbaik kepada masyarakat warga negeri Selangor. Masalah kewangan bukanlah menjadi halangan untuk mengadakan sesuatu program kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM5.4 juta untuk program tuisyen rakyat ini sendiri, dan dengan itu beliau menambah sekiranya kita ikhlas dan berusaha lebih nescaya Allah SWT akan membantu mempermudahkan urusan kita.

s

s


SUMBANGAN DEEPAVALI 2011 DUN BATU CAVES

Posted: 24 Oct 2011 04:22 AM PDT

SERAMAI HAMPIR 600 PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI DUN BATU CAVES BAGI TAHUN 2011. INI TERMASUK SUMBANGAN DARI PIHAK YB. DR.XAVIER JAYAKUMAR, YB.AMIRUDIN SHARI, PEKAWANIS DAN PROGRAM JOM SHOPPING. BANTUAN DISAMPAIKAN DI SELAYANG MAKMUR, KG.LAKSAMANA DAN FLET PUTRI LAKSAMANA


















GELANGGANG FUTSAL

Posted: 24 Oct 2011 04:03 AM PDT


Sebanyak 4 gelanggang Futsal sedang dalam pembinaan di Dun Batu Caves bagi memenuhi keperluan 
anak-anak muda. Ini semua adalah hasil dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Ianya mendahului apa yang dinyatakan oleh Najib dalam belanjawan 2012 yang lalu.


Kg.Laksamana

Kg.Sungai Tua Tanah Gantian

Kg.Mahkota


Kg.Laksamana

Kg.Nakhoda

Kg.Sg.Tua Tanah Gantian

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Posted: 24 Oct 2011 03:53 AM PDT