Sabtu, 8 Oktober 2011

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


HELAH PILIHANRAYA PUNYA BAJET ~ DS ANWAR

Posted: 07 Oct 2011 04:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai "menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan", lapor The Malaysian Insider.
"Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar," kata Anwar.
Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.
Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang "diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN".
Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.
Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21513

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HELAH PILIHANRAYA PUNYA BAJET ~ DS ANWAR

Posted: 07 Oct 2011 04:32 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan ke Kg Orang Asli, Bangas, Maran

Posted: 07 Oct 2011 05:04 AM PDT

Dari kiri: Razali Ithnain, Naib Ketua PKR Cabang Maran; Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran; Pak Jabit (Man Kadir) Timbalan Ketua pkr Cabang Temerloh
Siti Rohana, Ketua PKR Ranting Kg Bangas membuat ucapan alu-aluan, dan Sdr Man Kadir
Penduduk yang hadir
Penduduk Kg Bangas
Hadirin di Kg Bangas
Hadirin
Penduduk Kg Bangas di Majlis anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di Kg Bangas


Bandar Jengka, Maran, 7hb Oktober 2011: Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengadakan lawatan kerja ke perkampongan Orang Asal di Kg Bangas, Maran petang tadi dengan mengadakan jamuan makan beramai-ramai dan pengedaran pakaian kepada penduduk.

Man Kadir atau yang lebih dikenali dengan nama Pak Jabit telah berucap dengan panjang lebar dengan membuat perbandingan diantara kemudahan-kemudahan yang diperolehi di Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat dengan yang diperolehi di Negeri Pahang.

Turut berucap didalam Majlis itu adalah Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran dan Naib Ketuanya, Sdr Razali Ithnain.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Haji Suhaimi Said, turut hadir tetapi tidak berucap kerana beliau masih didalam keadaan yang kurang sihat.

Turut hadir adalah pimpinan Wanita PKR Pahang diketuai oleh Hendon Jaafar, Naib Ketua Wanita PKR Negeri Pahang dan pimpinan wanita PKR Cabang Kuala Krau terdiri daripada Noryati Abd Ghani, Naib Ketua; Anita Karim, Setiausaha, dan Pn Zaleha, Ahli Jawatankuasa.