Sabtu, 8 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan ke Kg Orang Asli, Bangas, Maran

Posted: 07 Oct 2011 05:04 AM PDT

Dari kiri: Razali Ithnain, Naib Ketua PKR Cabang Maran; Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran; Pak Jabit (Man Kadir) Timbalan Ketua pkr Cabang Temerloh
Siti Rohana, Ketua PKR Ranting Kg Bangas membuat ucapan alu-aluan, dan Sdr Man Kadir
Penduduk yang hadir
Penduduk Kg Bangas
Hadirin di Kg Bangas
Hadirin
Penduduk Kg Bangas di Majlis anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di Kg Bangas


Bandar Jengka, Maran, 7hb Oktober 2011: Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengadakan lawatan kerja ke perkampongan Orang Asal di Kg Bangas, Maran petang tadi dengan mengadakan jamuan makan beramai-ramai dan pengedaran pakaian kepada penduduk.

Man Kadir atau yang lebih dikenali dengan nama Pak Jabit telah berucap dengan panjang lebar dengan membuat perbandingan diantara kemudahan-kemudahan yang diperolehi di Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat dengan yang diperolehi di Negeri Pahang.

Turut berucap didalam Majlis itu adalah Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran dan Naib Ketuanya, Sdr Razali Ithnain.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Haji Suhaimi Said, turut hadir tetapi tidak berucap kerana beliau masih didalam keadaan yang kurang sihat.

Turut hadir adalah pimpinan Wanita PKR Pahang diketuai oleh Hendon Jaafar, Naib Ketua Wanita PKR Negeri Pahang dan pimpinan wanita PKR Cabang Kuala Krau terdiri daripada Noryati Abd Ghani, Naib Ketua; Anita Karim, Setiausaha, dan Pn Zaleha, Ahli Jawatankuasa.

Tiada ulasan: