Jumaat, 30 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Bukan senang nak jadi orang yang merendah diri!

Posted: 30 Sep 2011 05:30 PM PDT

Setelah perjumpaan saya dengan beberapa orang Pemuda PAS dan anggota-anggota PKR di Temerloh semalam dan sambil minum-minum teh petang semalam saya benar-benar rasa teruja untuk menuliskan "borak-borak" petang sambil bersantai.

Permulaan ceritanya mudah sahaja. Salah seorang mereka bertanya saya: "Haji bertanding dimana kali ni?" Saya jawab saya tidak bertanding kali ni. Saya dah beritahu Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri, dan Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Negeri, dan saya sudah sms kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

"Kenapa?" tanya dia. Soal peribadi saya tentulah memainkan peranan kenapa saya tidak lagi mahu bertanding, umur sudah lanjut, dan kemampuan kewangan pun amat kurang.

Tetapi selebih dari itu, saya sudah kurang yakin dengan sistem Pilihanraya di Malaysia ini. Penipuan, manipulasi, penindasan, salah guna kuasa, rasuah, pendatang asing menjadi pengundi, semua itu mempengaruhi saya untuk tidak mahu bertanding. Tetapi itu adalah keputusan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan Parti, dan selagi parti tidak memboikot Pilihanraya, maka saya juga terikat dengan keputusan parti itu.

Akhirnya mereka menyatakan sikap kurang senang mereka dengan 2 orang pemimpin satu dari PKR dan satu lagi dari PAS, dan jika kedua-dua ini dijadikan calon oleh PKR dan PAS, mereka menyatakan bahawa mereka tidak akan keluar mengundi, bahkan mereka menyatakan bahawa jika YB Saifuddin Abdullah dikekalkan oleh BN sebagai calon, mereka akan mengundi Saifuddin.

Pandangan mereka mendapat tentangan dari saya. Saya katakan bahawa kita kena akur dengan keputusan parti, PKR dan PAS; dan jika mereka dijadikan calon parti, kita wajib kena memberikan sokongan kita samada kita setuju atau pun tidak kerana keputusan parti mengikat ahli-ahli dan kalau betul-betul tidak bersetuju maka perlulah kita mengundur diri dari parti.

Mereka menyatakan bahawa mereka tetap sayang kepada parti dan jika parti meletakkan calon yang lain, mereka tetap akan menyokong calon itu.

Diantara perkara yang mereka usik adalah perkara yang mudah-mudah sahaja. "Tengoklah Haji 2 orang tu, mereka tu tak pandang kami ni, kalau Haji ada minum bersama kami, mereka pasti akan duduk bersama; tetapi kalau kami minum dengan ahli-ahli bawahan ini, mereka pandang kami macam kucing kurang. Itu namanya sikap sombong," kata mereka.

"Lihat pulak peribadi mereka, lepas bertukar daripada kereta mewah, bertukar lagi kepada kereta mewah. Kami taulah mereka tu banyak duit, tapi mereka itu nak helo ajak kami minum teh sebulan sekali pun tak mau. Mereka berkawan dengan orang-orang yang ada kelas sahaja, kami ni kelas rendah. Dengan Haji mereka berkawanlah sebab Haji peguam."

"Orang Temerloh ni kadang-kadang tak tau Haji ni seorang Peguam, sebab cara hidup Haji sangat sederhana; di warong mana-mana pun sanggup minum dengan kami, dan Haji boleh hu hah dengan sesiapa saja, kami senang dengan Haji. Pemimpin PKR dan PAS itu tidak ada kesanggupan buat begitu.

Kami tahu pemimpin PKR tu kuat membodek, dia pandai membodek pemimpin atasan, dan pemimpin atasan pun suka dengan bodek dia, dan memberikan pujian kepada dia.

Dari segi kerja parti, hapah pun dia tak buat. Ranting-ranting yang kami buat dulu mampus semuanya kerana dia tidak mahu ambil tahu.

Dia ada 2, 3 orang kroni. Dengan kroni itulah dia sampai kemana-mana; dia tidak peduli kepada ahli-ahli lain; kalau pergi Kongres dia tak peduli samada kami ni ada tempat tidur atau pun tidak, dia tidur Hotel, kami ni terpaksalah menumpang rumah PKR Terengganu atau lain-lain Negeri yang masih ada kosong.

Kami sayang kepada PKR kerana kamilah anggota-anggota yang awal semasa penubuhan PKN dulu dan pada waktu itu kami seronok buat kerja di bawah Haji selaku Ketua Bahagian, tapi bila Haji dah pergi kedudukan parti menjadi semakin malap......"

Macam-macam mereka timbulkan, dari jam 2.30 petang hingga jam 6.00 petang sembang semalam tu. Mereka minta saya menegur pemimpin itu supaya berubah sikap, supaya menjadi humble, supaya aktif dalam parti, supaya merendah diri, supaya bergaul dengan ikhlas dengan orang ramai dan bukan memilih bulu dari kalangan orang yang ada "standard" saja.

Senang mereka cakap begitu, tapi bukan senang untuk saya menyampaikan teguran mereka itu. Saya katakan kepada mereka, "Kenapa tidak panggil pemimpin itu dan bersemuka, kan itu lebih baik, mungkin dia sendiri tidak sedar bahawa tindak-tanduknya itu tidak disenangi oleh orang-orang bawah."

Menghampiri 6.00 petang, saya pinta diri dari mereka kerana saya belum lagi solat Asar, tetapi saya keluar dari Sembang Petang itu dengan hati yang sangat sugul dan berdukacita. Saya katakan kepada diri sendiri, tegur mati emak, tak tegur mati ayah; kedua-duanya mendukacitakan saya.

Saya harap melalui tulisan ini, kepada pihak yang berkenaan itu, cuba-cubalah tukar sikap, jika kita mahu parti kita kuat.

Mereka memberitahu saya bahawa mereka sangat takut calon kita itu menang. Kalau kalah tak apa, kata mereka, tapi kalau menang, rosak PKR dipandangan umum.

Kenapa PKR tidak melatih jentera sendiri?

Posted: 30 Sep 2011 02:24 PM PDT

Saya tertarik membaca entri didalam blog PDO: Pahang Daily Online yang menyatakan bahawa Pembangkang (bermaksud) PKR masih bergantung kepada jentera PAS untuk menghadapi Pilihanraya.

PKR walaupun baru diwujudkan tetapi kebanyakan pimpinan mereka sudah mempunyai pengalaman yang luas didalam parti-parti yang mereka pernah sertai sebelum ini, samada dari UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan juga mempunyai pengalaman yang luas dari gerak-kerja mereka didalam NGO.

Untuk menyertai Pilihanraya, perkara utama yang mesti ada ialah keanggotaan secukupnya. Kemudian mesti ada jentera Pilihanraya. Wang juga menjadi faktor utama. Tetapi lebih dari itu pengaruh dikalangan masyarakat.

Pilihanraya bukan sekadar perlawanan diantara Parti A dengan Parti B dengan kekuatan orgnaisasi dan wang, tetapi lebih dari itu.

Tidak dinafikan bahawa jentera memainkan peranan yang sangat besar. Tidak ada makna bagi sesebuah parti itu menyertai Pilihanraya dengan tidak mempunyai jentera yang secukupnya kalaupun tidak jentera yang kuat.

Setidak-tidaknya untuk sesuatu kawasan Parlimen yang mempunyai 3 kawasan Dewan Undangan Negeri, sesuatu parti itu memerlukan sekurang-kurangnya 300 orang petugas-petugas umum; dan disetiap saluran JDM pula, paling minima mempunyai 6 orang petugas; 4 untuk PACA dan 2 untuk BA (PACABA).

Ini bererti bahawa keanggotaan parti itu mestilah mencukupi, dan mencukupi bukan bererti ramainya ahli sahaja. Tidak ada guna ahli yang ramai, tetapi semuanya menghilangkan diri untuk dibawa untuk bertugas.

Ada keahlian PKR di sesetengah Cabang di Pahang mempunyai ribuan ahli, tetapi apabila dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat agung tahunannya, hanya sekadar cukup koram sahaja yang hadir. Ini tidak membayangkan parti itu mantap.

Bahkan keahlian parti itu entah berada dimana, dan entahkan masih menganggotai parti atau pun sudah terlepas ke parti lain termasuk UMNO.

Faktor calon juga amatlah penting. Ada calon-calon merasakan diri mereka sangat berpengaruh, sedangkan diperingkat bawah memandang bahawa calon itu adalah sombong, tidak suka bergaul dengan orang peringkat bawah, mengada-ngada dengan kelebihan kewangan, dan tidak bersikap mudah dengan orang ramai. Ertinya, tidak mesra rakyat.

Mereka menjadi calon kerana pandai menjolok pimpinan Pusat, membodek dan terus terang bahawa sebagai pemimpin rakyat mereka langsung tidak berwibawa.

Mereka sudah bertanding sebelum ini, dan merasakan bahawa kerusi tertentu itu menjadi hak mereka, walaupun rakyat diperingkat bawah sudah meluat dengan mereka. Usahkan rakyat yang ramai, bahkan anggota-anggota parti pun tidak keluar mengundi seperti pengakuan ramai ahli-ahli parti terhadap calon parti didalam PRU-12 dulu.

Mereka sangat bimbang jika calon parti mereka menang. Mereka telah saksikan cara kehidupan calon itu. Mereka mengenali calon itu lebih mementingkan diri daripada perjuangan dan membela nasib rakyat. Mereka takut calon itu menang dan kemenangan kepada calon itu akan mendatangkan mudharat kepada Parti.

Mereka ini tidak berupaya dan tidak berdaya untuk menghampiri pimpinan Pusat Parti. Mereka tidak ada saluran untuk menyatakan perasaan mereka. Mereka tidak mampu untuk menghubungi Anwar Ibrahim atau Azmin Ali. Yang mereka mampu lakukan hanyalah untuk berkecuali didalam Pilihanraya. Mereka tidak mengundi UMNO kerana perbuatan itu adalah pengkhianatan kepada parti; tetapi mereka tidak pula mengundi calon Parti kerana untuk berbuat demikian mereka akan mengkhianati amanah rakyat.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan PDO supaya semua kawasan-kawasan yang tidak mampu mengadakan keanggotaan yang mencukupi dan jauh sekali mengadakan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya diserahkan kepada parti-parti sahabat, mungkin disana ada kebijaksanaanya agar parti-parti sahabat dapat memberikan khidmat yang lebih baik untuk memenangi Pilihanraya itu.

Dan ini tidak bererti bahawa PKR sahaja yang menyerahkan kawasan-kawasannya, bahkan PAS dan DAP juga di tempat-tempat yang ia kurang mampu, atau pun ditempat yang ia mampu, tetapi tidak mempunyai pengaruh yang melebar dikalangan rakyat juga turut berbuat demikian.

Kemenangan didalam Pilihanraya bukan sekadar ditentukan oleh keanggotaan atau jentera parti, faktor pengaruh yang melebar dikalangan anggota-anggota parti lawan dan orang ramai yang tidak berparti juga penting. DAP terbukti mempunyai keanggotaan yang kecil, tetapi dengan moot pengundi-pengundi bukan Melayu pada waktu ini dengan DAP meletakkan semua calonnya dikawasan bandar memberikan kesempatan kepada parti itu memenangi kawasan-kawasan itu.

Demikian juga dengan kedudukan PKR. PKR mempunyai pengaruh yang lebar diluar jumlah keanggotaannya terutama sekali didalam kawasan-kawasan "mixed area" iaitu kawasan-kawasan yang hampir seimbang diantara pengundi Melayu dan bukan Melayu. Calon-calon PKR yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu juga mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan pengundi-pengundi bandar dan memungkinkan mereka menang di kawasan-kawasan itu seperti yang telah dibuktikan didalam PRU ke-12.

Namun, jika parti itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan samada dari segi bilangan ahli atau jentera dan juga tidak mempunyai kekuatan kewangan, ada lebih baik parti itu menyerahkan kawasan yang biasa ditandinginya itu kepada parti-parti sahabat.


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Rumah Terbuka Raya Pakatan Rakyat Subang

Posted: 30 Sep 2011 08:16 AM PDT

YB Sivarasa menjadi tuan rumah dalam program Rumah Terbuka Pakatan Rakat Subang yang telah diadakan pada 24hb September 2011 bersamaan dengan 26hb Syawal 1432 H. Lebih 4000 tetamu-tetamu telah hadir memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan meraikan bersama Hari Raya Aidil Fitri.


Pesta Tanglung 2011

Posted: 30 Sep 2011 07:47 AM PDT

Pesta Tanglung atau Pesta Bulan Purnama tahun ini jatuh pada 12hb September. Persatuan-persatuan penduduk beserta dengan Ahli-Ahli Majlis dan Pejabat ADUN telah meraikan pesta ini dengan pelbagai aktiviti yang turut disertai oleh YB Sivarasa.



Banjir Kilat di Bandar Baru Subang dan Kpg Paya Jaras

Posted: 30 Sep 2011 07:34 AM PDT

Beberapa kawasan di sekitar Parlimen Subang telah dilanda banjir kilat baru-baru ini. Sebagai wakil rakyat yang prihatin, Sivarasa telah sempat turun melawat kawasan terbabit dan memastikan segala yang perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenyataan DSAI Membidas Pembantaian Orang Utan di Kalimantan

Posted: 30 Sep 2011 05:03 PM PDT

Adalah difahamkan keberadaan orang utan di Kalimantan Timur diancam perusahaan kelapa sawit. Menurut beberapa sumber antaranya dari organisasi seumpama Balai Konservasi Sumber Daya Alam dan Centre for Orang Utan Protection, puluhan bukti orang utan ditemui mati sekitar kawasan yang diusahakan PT Khaleeda, usahasama Metro Kajang Holdings Berhad (Malaysia) dan PT Anugerah Urea Sakti.

Menurut organisasi- organisasi tersebut sungguhpun terdapat bukti yang meyakinkan kebanyakan orang utan itu dibunuh secara terancang, berkemungkinannya oleh perusahaan-perusahaan kelapa sawit, pihak berkuasa di kawasan berkenaan masih belum berjaya menahan mana-mana individu atau menetapkan pihak yang bersalah. Ini menyebabkan spesis orang utan di sekitar kawasan tersebut masih terdedah kepada bahaya kepunahan akibat dari ketamakan pihak-pihak tertentu.

Saya tuntas mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab membunuh spesis orang utan itu dan ianya mestilah dihentikan segera. Perbuatan jelik itu sekiranya benar ternyata mencalar nama baik pembangunan yang sebenarnya berniat membantu penduduk serta kawasan sekitar. Saya juga berharap pihak yang terbukti bersalah agar segera dihadapkan ke muka pengadilan manakala Kerajaan Malaysia perlulah mengambil tindakan segera serta menuntut penjelasan jika benar ada syarikat dari Malaysia terlibat membunuh orang utan.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mata Lebam Anwar: 29 Sept Detik Hitam Sejarah Negara

Posted: 29 Sep 2011 08:08 PM PDT

Keadilan Daily

Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa.

Ketika Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam selepas ditangkap polis pada malam 20 September 1998, Mahathir menuduh Anwar  memukul dan mencederakan dirinya sendiri.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, sejak tragedi penangkapan Anwar dan insiden mata lebam itu, imej polis terus menjunam  dan sehingga kini ia tidak berjaya dipulihkan.

"Kalau orang tulis tentang sejarah polis, 29 September merupakan titik hitam sejarah polis kerana pada masa itu kredibiliti mereka menjunam, sehingga lah sekarang," kata beliau.

Tahun 1998 katanya merupakan tarikh keramat perjuangan  menuntut reformasi, menyaksikan kebangkitan rakyat segenap lapisan, terutama golongan muda menentang pemerintahan diktator Mahathir.

"Kempen secara terbuka banyak dilakukan tentang perjuangan hak asasi dalam menentang undang-undang yang zalim. Peristiwa mata lebam secara langsung memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus berjuang," kata beliau.

Rafizi merupakan pengendali laman web Free Anwar Campaign- sebuah laman yang aktif pada era reformasi mendesak pembebasan Anwar- ketika semua media dikawal ketat oleh pemerintah.

Sejak itu katanya, rakyat mula sedar tentang makna demokrasi, kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan kebebasan media.

"Selepas peristiwa mata lebam Anwar, informasi di internet bercambah dengan cepat dan mendapat tempat, termasuk laman-laman web reformasi yang menjadi perintis kepada blog sekarang,"

"Selama 50 tahun, tiada orang mengambil berat tentang kebebasan media, namun rakyat sedar akan penipuan (media) dan sampai sekarang kredibiliti media telah jatuh. Beberapa pihak  mengasaskan media alternatif seperti Malaysiakini," katanya.

Katanya lagi, peristiwa pemecatan Anwar sehingga  dipenjarakan kemudian telah menyatukan NGO seperti Adil dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999.

"Dan dari situ tertubuh Keadilan (Parti Keadilan Rakyat)  dan  wujud satu pakatan alternatif  antara parti pembangkang yang menentang Umno-BN dan terbentuklah Pakatan Rakyat seperti sekarang," katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Datuk Seri  Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah '98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan itu dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dan ketua pasukan pendakwa raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar kini berdepan satu lagi konspirasi kedua, yang diteruskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan menggunakan skrip hampir sama pada 1998.

Pada hari ini juga, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memohon mengenepikan sepina ke atas mereka, supaya hadir sebagai saksi dalam kes berkenaan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

365 Peneroka Felda Pahang Tuntut Ganti Rugi RM200 Juta

Posted: 29 Sep 2011 08:04 PM PDT

Merdeka Review

Seramai 365 peneroka dari 19 Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran.

Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.

Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10, Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16, Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23, Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21.

Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit yang perlu dibayar kepada plaintif.

"Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan, ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB," kata pernyataan tuntutan.

Peneroka terbabit juga mendakwa defendan pertama telah berkonspirasi dengan defendan kedua untuk menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan dan defendan kedua membeli dan defendan pertama dan/atau defendan kedua menjual buah sawit plaintif-plaintif di bawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.

Malah kata mereka, defendan pertama membuat representasi yang salah tentang hak plaintif-plaintif berkenaan dengan hasil jualan sawit tersebut, defendan pertama telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh plaintif gagal melindungi kepentingan dan kebajikan plaintif.

Di samping itu, defendan pertama dan defendan kedua telah secara bersesama dan berasingan dan atau bertanggungan untuk menipu plaintif dan atau berkonspirasi untuk menipu plaintif-plaintif dalam urusan jual beli hasil sawit dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif, dan defendan kedua telah membuat representasi yang salah bahawa buah-buah yang ditolak dari hantaran plaintif telah ditahan untuk dilupuskan tetapi telah diproses dan hasil minyak dari pemprosesan tersebut telah dijual dan hasil pendapatan dari penjualan tersebut itu tidak dibayar kepada plaintif.

Plaintif mendakwa, berdasarkan susut nilai Kadar Perahan Asas (OER) 8.5 peratus bagi buah atau hasil sawit sejumlah 120 tan setahun, dan berdasarkan kerugian RM257.60 setan pada 2008, bermakna setiap peneroka mengalami kerugian sebanyak RM30,912.

Bagi buah yang ditahan tetapi tidak dilupuskan, berdasarkan harga purata pada 2008, setiap peneroka yang terdiri telah kehilangan pendapatan RM1,345.63.

Berdasarkan perkiraan tersebut, plaintif akan membuktikan bahawa kerugian kesemua mereka telah mengalami kerugian lebih kurang RM11,774,034.95 pada 2008.

Oleh itu, plaintif memohon defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi khas berdasarkan jumlah keluaran dan harga BTB sawit untuk setiap tahun bermula dari 1995.

Malah mereka juga memohon defendan pertama dan kedua ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah.

Peneroka-peneroka itu diwakili R Sivarasa, Latheefa Koya dab T Kumar.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting

Posted: 30 Sep 2011 02:27 AM PDT



Harakahdaily

LUMUT, 30 Sept 2011 : Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera.

Ini kerana, akibat kegagalan pembinaan 27 buah kapal tentera itu, ia telah menyebabkan lebih 1,000 pelatih TLDM yang dipersiapkan untuk bertugas dengannya sudah teraniaya.

Inilah yang diajukan para lulusan Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM) yang kini terus terkontang-kanting dan tidak tentu hala kedudukan mereka.

Semua masalah ini berpunca dari rasuah dan pecah amanah dari skandal pembinaan 27 kapal NGPV ini.

Skim DTM yang dimulakan pada tahun 1996 dijalankan di KD Pelandok yang berpangkalan di Lumut dengan kerjasama pihak UTM Skudai.

Pembelajaran mereka dijalankan di bawah pengawasan Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Penganugerahan diploma pula dibuat di UTM Skudai, Johor.

NGPV

TLDM merancang pembinaan 27 kapal ronda dalam program Kapal Ronda Generasi Baru NGPV (New Generation Patrol Vessel) pada hujung 1990an.

Namun Jawatankuasa Perakaunan Awam mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan semua kapalnya yang dianugerahkan dengan kontrak sejumlah RM5.35 billion ringgit kepada media massa.

Dari 27 buah, hanya dua sahaja berjaya disiapkan.

Selepas pasukan pengurusan baru ditubuh, projek ini berjalan semula namun hingga kini hanya empat buah sahaja berjaya diselesaikan.

Dua kapal pertama dalam kelas ini, 171 KD Kedah dan 172 Pahang akhirnya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Jun dan Ogos tahun 2006.

Kapal ketiga, KD Perak (gambar atas) dan kapal keempat KD Terengganu baru sahaja diserahkan kepada TLDM baru-baru ini.

Akibat kegagalan pembinaan ini, lebih 1,000 anggota tentera laut yang dilatih untuk berkhidmat dengan kapal-kapal ini dan memiliki DTM ini terkontang kanting.

Mereka tiada tempat untuk diperjawatkan setelah habis kursus DTM dan memakai pangkat Laskar Kanan.

"Maka terjadilah lebihan anggota tetapi perjawatan tiada kerana kapal PV ini gagal disiapkan mengikut jadual," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Kini, mereka mula menghadapi akibat dari penyakit rasuah yang menyelubungi pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ini.

Antara masalah yang mereka hadapi adalah penyambungan perkhidmatan, pemberhentian sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan tanpa pembelaan nasib anggota yang sewajarnya selepas berhenti di samping pemberian gaji yang tidak telus, adil dan saksama.

"Untuk pengetahuan tuan, hanya cawangan kami (skim DTM) sahaja yang mengalami masalah yang dinyatakan. Nyatalah kami telah didiskriminasi berbanding cawangan kelasi, bekalan dan teknikal biasa," kata sumber itu.

Mereka juga menghadapi pencabulan perjanjian pangkat cepat yang dijanjikan kepada mereka.

Teraniaya

"Skim kami dijanjikan pangkat cepat selepas lima tahun tamat kursus skim DTM, pakai pangkat Laskar Kanan selama setahun, selepas itu dinaikan ke pangkat Bintara Muda (petty officer).

"Tetapi janji ini telah ditarik balik oleh bekas panglima tentera laut," kata sumber itu.

Skim perantis DTM ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan dihentikan pengambilan anggota sejak tahun 2009.

Pengambilan terakhir iaitu intake 2001 paling junior sekarang masih dalam on job training untuk melengkapkan kursus DTM mereka.

Mulai tahun lepas, mereka mula ditawarkan pemberhentian awal secara sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan yang tidak pernah diamalkan dalam tentera laut.

Mereka hanya dibayar pampasan mengikut tahun berkhidmat.

Kini, kira-kira 200 orang dari kesemua 1,000 anggota telah berhenti dari perkhidmatan melalui pendekatan ini.

Yang menyedihkan mereka juga, akibat rasuah dan kegagalan projek ini merekalah yang menjadi mangsa.

Bayangkan selama 5 tahun berkhidmat, gaji mereka masih RM1200.00 sebulan iaitu sama dengan anggota dari cawangan lain yag baru berkhidmat dalam setahun dua sahaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai cara telah mereka buat termasuk berbincang secara langsung dengan Panglima Angkatan Tentera tetapi gagal.

Bahkan ada antara mereka telah cuba berbincang secara langsung dengan Perdana Menteri melalui facebooknya, namun pegawai ini telah diambil tindakan tatatertib oleh TLDM.

Bagi mereka, inilah jalan terakhir untuk membela nasib mereka iaitu ke media.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5702-akibat-pecah-amanah-1000-perantis-dtm-terkontang-kanting

Adakah tentera kita guna kereta perisai tua di Lubnan?

Posted: 29 Sep 2011 08:21 PM PDT



Sebanyak 31 buah kereta perisai akan dihantar untuk memperkuatkan lagi pasukan Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) di Lubnan mulai 18 Oktober 2011. Persoalannya kereta perisai jenis apa? Adakah jenis Condor yang digunakan sejak tahun awal 80an yang Panglima Tentera Darat kata Condor ini sudah terlalu tua dan tidak ekonomik untuk dibaik pulih.

Adakah ahli politik kita, pembela bangsa kita prihatin akan tahap kesiapsiagaan anggota tentera kita yang bertugas demi negara di wilayah yang bergolak, yang memerlukan persenjataan yang baik dan tahap perlindungan kereta perisai yang boleh menghadapi serangan bom jalanan yang semakin canggih iaitu IED atau Improvised Explosive Device yang begitu mudah dapat merobek dinding Condor?


ATM HANTAR 31 KERETA PERISAI PERKUAT MALBATT 4 DI LUBNAN

PORT DICKSON 29 Sept. 2011 - Sebanyak 31 buah kereta perisai akan dihantar untuk memperkuatkan lagi pasukan Batalion Malaysia 4 (Malbatt 4) yang menyertai misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mulai 18 Oktober.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm









Condor rempuh lori, anggota tentera cedera
KUANTAN 29 Jun - Seorang pemandu lori getah sekerap terkejut apabila mendapati kenderaannya yang tiba-tiba meluncur laju adalah akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm&arc=hive

Seorang Anggota Malcon Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Lubnan
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera dalam kemalangan jalan raya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokabah, Lubnan, pada Jumaat.
http://beritamalaysiakini.wordpress.com/2008/05/18/

Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh
PORT DICKSON, 7 Nov (Bernama) -- Kegawatan ekonomi dunia dan kekurangan dana menyebabkan program penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas Tentera Darat ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

KATANYA KERETA PERISAI YANG DIGUNAKAN SEJAK DARI 80AN ITU SUDAH TIDAK EKONOMIK LAGI UNTUK DIBAIK PULIH KERANA SUDAH TERLALU TUA.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=370025

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Mengapa Najib, Rosmah Mesti Jadi Saksi

Posted: 29 Sep 2011 09:25 PM PDT

Malaysiakini Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat. Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah [...]

Mata Lebam Anwar: 29 Sept Detik Hitam Sejarah Negara

Posted: 29 Sep 2011 09:04 PM PDT

Keadilan Daily Tanggal 29 September 2008 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri [...]

伐木威胁霹州森林生态 国际透明组织拉响警报

Posted: 29 Sep 2011 08:44 PM PDT

国际透明度组织(Transparency International)马来西亚分会指出,霹雳州政府允许州内进行伐木活动,恐影响当地原始森林保护区和野生动物生态。同时,该组织担心霹雳州的森林覆盖区如今只剩49%,不达国家平均目标的50%。 谷歌卫星图显示,霹雳州天猛莪湖一带伐木情况严重,伐木道清晰可见。 国际透明度组织马来西亚分会今天针对《星报》在9月18日的报道发表文告。有关报道指出,霹雳州的州属森林内有74公顷地段正在进行伐木活动,以转变成油棕园。 有关地点是在Mendelum河范围,处于频临绝种的野生动物活动范围,连系着柏隆(Belum)皇家公园和天猛莪(Temenggor)森林保留区。 国际透明度组织在文告中提到,霹雳州政府允许州属地段内进行伐木活动,却没有降低伐木对森林可能造成的影响范围。该组织表示,虽然其中或许没有出现合法问题,但在一个环境敏感的土地如柏隆山谷进行清理活动,极可能存有环境破坏风险。 这些清理土地可能带来的风险包括威胁现有州内森林的野生动物天堂、开发森林作种植用途同等于走向更大范围的清除活动,以及避免在柏隆山谷内开发森林,因为可能造成土地松弛和阻塞河流,且毒性种植化学流入河内造成威胁。 霹州每年失1500公顷森林 国家透明度组织也指出,根据林业局的年度报告,霹雳州在过去十年内,每年失去大约1500公顷的森林地段,其中有1000公顷以上是永久保留森林区。 "州政府应该拿下位于柏隆山谷中剩余的森林州属地段,并保护和发布在宪报(gazetted)为永久保留森林区。" 迄今,霹雳州只有49%是覆盖着森林,稍微低于政府设定的全国平均超过50%的目标。因此,进一步在环境敏感的地方展开清除土地活动,无疑会降低森林覆盖区的巴仙率。 他们认为,柏隆山谷的事件显示出在森林课题和土地规划上,部门与部门之间缺乏沟通。 因此,该组织呼吁,有关州属部门应该在这方面采取更多协调和固定报告的机制,同时也得确保监管过程中的透明度。 考虑进行森林观察计划 国际透明度组织马来西亚分会今天推介森林廉政管理报告(Forest Governance Integrity Report),其中就有提到管制问题如森林划分变动和割出永久保留森林区。 他们点出,转化乔林应该要符合环境影响的评估,同时需要考虑可能对大自然的未来造成何种影响。 除此之外,该组织也倡议使用科技应对非法砍伐森林活动和监督森林覆盖变化。他们考虑使用自动感应科技如"Google earth",展开三至五年的森林观察计划(Forest Watch Project),监督森林覆盖范围。 这计划将让人民加入森林监督的行列,并可能帮助相关机构监督敏感森林区的活动。   Merdekareview