Khamis, 8 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perbarisan Hari Malaysia di Temerloh

Posted: 08 Sep 2011 08:34 PM PDT

Alhamdulillah, pagi ini saya menerima talipon dari Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh yang meminta kerjasama daripada Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau untuk menurunkan satu kontijen didalam perbarisan menyambut Hari Malaysia di Temerloh.

Perkembangan ini dipandang dari satu sudut merupakan perkembangan yang positif iaitu untuk menjemput semua pihak terlibat menyambut Hari Malaysia pada 16hb September 2011 ini dengan tidak mengira pegangan politik.

Disuatu sudut yang lain, ini merupakan pengakuan khusus puak-puak BN khususnya UMNO bahawa sambutan Hari Merdeka tahun ini adalah terlalu hambar dan tidak disertai oleh rakyat ramai. Rakyat tidak memperdulikan langsung sambutan Hari Merdeka kerana Hari Merdeka itu sudah dibuat sedemikian rupa seolah sambutan Hari UMNO.

Saya pernah katakan bahawa semasa Parti Keadilan Nasional mula-mula ditubuhkan di Temerloh dahulu, diatas inisiatif Pegawai Daerah Temerloh, saya yang pada waktu itu menjadi Pengerusi Parti Keadilan Nasional Bahagian Temerloh telah diundang untuk mesyuarat sambutan Hari Merdeka. Tetapi itulah mesyuarat pertama dan terakhir yang kami diundang kerana kehadiran kami di mesyuarat itu menjemput pelbagai teguran seolah-olah Hari Merdeka itu adalah hakmilik UMNO.

Kegagalan UMNO mengujudkan semangat patriotisme dikalangan rakyat yang menjadi begitu terserlah dan menjadikan sambutan Hari Merdeka lumpuh dan tidak disertai rakyat. Sambutan itu hanya kini dibuat secara paksaan keatas pegawai-pegawai kerajaan, dan kanan-kanak sekolah.

Rakyat biasa termasuk ahli-ahli UMNO sendiri nampaknya sudah tidak berminat lagi untuk menyambut Hari Merdeka.

Pakatan Rakyat Insya Allah akan menghidupkan kembali perjuangan kemerdekaan dan semangat patriotisme.

Kenapa semangat patriotisme menjadi pupus dikalangan rakyat? Semangat ini bukan sahaja pupus, tetapi dipupuskan oleh perbuatan mungkar pemimpin-pemimpin UMNO.

Rakyat melihat bahawa kekayaan Negara ini dibolot oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroni-kronis mereka. Untuk rakyat dihidangkan dengan harga barang yang tinggi, harga perkhidmatan yang tinggi dan kos kehidupan yang mengatasi pendapatan. Rakyat perlu melakukan dua tiga jenis kerja sehari untuk hidup, manakala pemimpin-pemimpin UMNO bersenang lenang dengan cara penyalahgunaan kuasa.

Kehidupan yang cukup berbeza diantara pemimpin-pemimpin UMNO dan rakyat membuatkan rakyat jelak dan menaruh kebencian kepada mereka dan kebencian ini disalurkan juga kepada perkara-perkara yang dilakukan oleh Negara seperti sambutan Hari Merdeka.

Alhamdulillah, kini pemerintah mahu membuat perubahan baru, tetapi kita juga mengintai samada perubahan ini sebenarnya hanyalah satu taktik bagi mengatasi kelemahan dan bukan suatu usaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan sambutan Hari Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia itu sebagai acara patriotisme rakyat. Marilah kita saksikan.

UMNO meang besar dalam PRU akan datang?

Posted: 08 Sep 2011 08:09 PM PDT

Ada pengkritik tulisan saya mengenai tajuk "UMNO Komunis?" menyatakan apa juga pandangan dari saya tidak memberikan apa-apa kesan kepada peluang untuk UMNO terus mengekalkan pemerintahan di Malaysia.

Katanya ideologi UMNO sangat disenangi.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa UMNO bukan sahaja boleh mengekalkan pemerintahan di Malaysia didalam PRU akan datang, bahkan saya menyatakan UMNO akan mendapat kerusi yang jauh lebih tinggi dari dulu.

Saya menyatakan demikian kerana jenis politik yang dimainkan oleh UMNO dengan bantuan SPR adalah sangat kotor dan menjijikkan. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat dengan memaparkan senarai pemilih didalam SPR adalah tidak bersih.

Warga asing dengan mudah diberikan kad pengenalan oleh JPN dan terus disenaraikan kedalam senarai SPR. Ratus ribuan warga asing dimasukkan sebagai pengundi.

Negeri-negeri yang menjadi sasaran adalah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, dan kawasan-kawasan yang kini dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Pengotoran secara sistematik dengan penambahan undi yang melampau disesetengah Negeri, perlakuan undi dua kali, pengundian pos yang dilaksanakan oleh orang lain, pengundi-pengundi pos yang ada peluang mengundi dua kali, dan belum lagi dengan tekanan dari pemerintah berhubung salahguna alat-alat serta jentera kerajaan, projek-projek mee segera yang tidak ditafsirkan sebagai rasuah (tidak ada rasuah jika dilakukan oleh UMNO), persekongkolan antara SPR, JPN dan UMNO, ini kesemuanya akan memberikan UMNO menang dengan lebih besar, satu kemenangan yang sebenarnya tidak berlandas kepada kehendak pengundi yang menjadi rakyat Malaysia, UMNO dimenangkan oleh undi warga asing yang menjadi warga Malaysia secara mee segera dan undi secara penipuan.

Penipuan beginilah yang berlaku di semua negara yang mengamalkan demokrasi separuh matang seperti di Mesir dan Tunisia, bahkan ia mendekati kedudukan negara-negara yang tidak demokratik seperti sesetengah negara di Afrika dan Timur Tengah.

Keadan ini menempah kebencian rakyat, dan walaupun UMNO akan terus menang, tetapi kemenangan secara penipuan itu akan membawa UMNO lebih dekat ke lubang kubur!

UMNO Komunis?

Posted: 08 Sep 2011 03:11 AM PDT

Saya 100% tidak bersetuju bila UMNO dikatakan komunis kerana semata-mata parti itu mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China. Banyak parti-parti yang anti-Komunis diseluruh dunia juga mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China, Parti Komunis Cuba, Parti Komunis Vietnam, tetapi mereka bukanlah Komunis.

Saya tetap mengatakan bahawa UMNO ni terjerat dengan ideologi tiga segi. UMNO adalah sebuah parti politik yang memainkan sentimen nasionalis sempit dengan ideologi menyamai fasisme; dan UMNO juga adalah sebuah parti yang mempertahankan feudalisme; dan disudut lain UMNO adalah parti yang bergerak kearah Kapitalisme.

Ketiga-tiga deskripsi mengenai UMNO itu adalah begitu jauh antara bumi dengan langit jika nak bandingkan dengan Komunisme.

Komunisme sudah tentu berlawanan dengan fasisme 100%, komunisme juga menentang feudalisma sehingga sisa-sisa feudalisme di Negeri China habis terhakis; dan sudah pasti kapitalisme menjadi musuh kepada Komunisme.

UMNO pernah diketengahkan sebagai parti pragmatis. Pragmatis ini adalah "sesumpah", dia boleh jadi merah kalau bersama kumpulan merah, dia jadi kuning kalau bersama kumpulan kuning, dia jadi biru kalau bersama kumpulan biru, dan dia boleh jadi apa-apa saja didalam kumpulan yang apa-apa saja.

Didalam istilah yang mudah difahami UMNO adalah parti oporcunis. UMNO terlihat bahawa China kini boleh menjadi rakan dagang yang boleh memberikan keuntungan. Mereka berkawan dengan Komunis China untuk merebut peluang itu.

UMNO telah memandang ke Timur untuk mendapat nikmat pengetahuan teknologi Jepun, tetapi Jepun tak semudah itu untuk mendedahkan kepakaran mereka di bidang sains dan teknologi, maka ideologi Pandang Ke Timur telah mati tanpa kubur.

Di suatu ketika, secara lahiriahnya, UMNO cuba membawa rakyatnya supaya mengurangkan hubungan dengan Amerika dibawah ideologi Mahathirisme. Tetapi tidak disangka UMNO, kalau Amerika terbersing, Malaysia sudah demam selsema yang kuat, maka Mahathirisme ditolak mentah-mentah oleh Najib, bahkan Najib lebih berani lagi dengan mengujudkan hubungan dengan kumpulan Yahudi APCO.

Jadi saya cukup jelek kalau UMNO ni nak dikatakan Komunis. Saya tetap mengatakan UMNO ini rasis, nasionalis sempit, terjerat antara feudalisme dan kapitalisme. Tetapi bukan Komunis!

UMNO Komunis?

Posted: 08 Sep 2011 03:11 AM PDT

Saya 100% tidak bersetuju bila UMNO dikatakan komunis kerana semata-mata parti itu mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China. Banyak parti-parti yang anti-Komunis diseluruh dunia juga mengujudkan hubungan dengan Parti Komunis China, Parti Komunis Cuba, Parti Komunis Vietnam, tetapi mereka bukanlah Komunis.

Saya tetap mengatakan bahawa UMNO ni terjerat dengan ideologi tiga segi. UMNO adalah sebuah parti politik yang memainkan sentimen nasionalis sempit dengan ideologi menyamai fasisme; dan UMNO juga adalah sebuah parti yang mempertahankan feudalisme; dan disudut lain UMNO adalah parti yang bergerak kearah Kapitalisme.

Ketiga-tiga deskripsi mengenai UMNO itu adalah begitu jauh antara bumi dengan langit jika nak bandingkan dengan Komunisme.

Komunisme sudah tentu berlawanan dengan fasisme 100%, komunisme juga menentang feudalisma sehingga sisa-sisa feudalisme di Negeri China habis terhakis; dan sudah pasti kapitalisme menjadi musuh kepada Komunisme.

UMNO pernah diketengahkan sebagai parti pragmatis. Pragmatis ini adalah "sesumpah", dia boleh jadi merah kalau bersama kumpulan mereah, dia jadi kuning kalau bersama kumpulan kuning, dia jadi biru kalau bersama kumpulan biru, dan dia boleh jadi apa-apa saja didalam kumpulan yang apa-apa saja.

Didalam istilah yang mudah difahami UMNO adalah parti oporcunis. UMNO terlihat bahawa China kini boleh menjadi rakan dagang yang boleh memberikan keuntungan. Mereka berkawan dengan Komunis China untuk merebut peluang itu.

UMNO telah memandang ke Timur untuk mendapat nikmat pengetahuan teknologi Jepun, tetapi Jepun tak semudah itu untuk mendedahkan kepakaran mereka di bidang sains dan teknologi, maka ideologi Pandang Ke Timur telah mati tanpa kubur.

Di suatu ketika, secara lahiriahnya, UMNO cuba membawa rakyatnya supaya mengurangkan hubungan dengan Amerika dibawah ideologi Mahathirisme. Tetapi tidak disangka UMNO, kalau Amerika terbersing, Malaysia sudah demam selsema yang kuat, maka Mahathirisme ditolak mentah-mentah oleh Najib, bahkan Najib lebih berani lagi dengan mengujudkan hubungan dengan kumpulan Yahudi APCO.

Jadi saya cukup jelek kalau UMNO ni nak dikatakan Komunis. Saya tetap mengatakan UMNO ini rasis, nasionalis sempit, terjerat antara feudalisme dan kapitalisme. Tetapi bukan Komunis!

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pertemuan Najib-Hakim Dibimbangi Pengaruhi Kes Anwar

Posted: 07 Sep 2011 08:03 PM PDT

Keadilan Daily

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

"Dari segi prinsip ketelusan undang-undang, ia dilihat satu perkara yang bercanggah dengan pemisahan dalam sistem pentadbiran negara (Eksekutif dan kehakiman).

"Ia memeranjatkan apabila ketua hakim negara telah melanggar kepada prinsip asas itu. Sangat meragukan apabila seorang hakim dilihat membuat kunjungan hormat dalam keadaan PM bakal menjadi saksi dalam kes Fitnah terhadap Anwar yang sedang berjalan," kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika perkara itu berterusan, integriti badan kehakiman akan menjadi semakin teruk dan parah.

"Saya juga menganggap ini merupakan satu indikasi bahawa Najib mungkin akan diselamatkan oleh hakim agar tidak perlu menghadiri sebagai saksi sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM Tun Mahathir di mana alasan yang diberikan tidak relevan.

"Apa relevan tindakan hakim berjumpa dengan Najib," ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Hakim Negara yang bakal bersara, Tun Zaki Azmi hari ini dilapor berkata, pertemuan tersebut bukan perkara baru kerana ia pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika  menjadi perdana menteri.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman- yang dulunya dikenali sebagai Istana Keadilan- pada petang ini.

Tun Azmi juga menyatakan pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman ke mahkamah lebih tinggi pada masa ini lebih telus kerana ia dilakukan menerusi undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


MAS Unions to protest against the secret MAS AirAsia share swap deal

Posted: 08 Sep 2011 05:23 AM PDT

PETALING JAYA: Three unions in MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BHD (MAS) representing about 15,000 employees will hold a picket over the national carrier's share swap exercise with AirAsia. Union representatives said on Thursday, Sept 8 they felt the deal would not benefit MAS, and that they believed the carrier's new management team was planning the creation [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kubur tentera British lebih baik dari Pusara Bukit Kepong

Posted: 07 Sep 2011 09:07 PM PDT

Mana pergi pejuang Melayu yang bangga dengan keris tanpa sarung, mencium keris dan sebagainya. Perhatikanlah sendiri pusara polis Melayu/Islam di Bukit Kepong umpama zon perang. Bandingkan dengan perkuburan tentera British di Cheras, Kuala Lumpur, bukan di England. Mana akhbar Bahasa Melayu yang dalam isu ini ?

Sumber : Heroes' cemetery not given the respect it deserves http://www.mmail.com.my/content/81774-heroes-cemetery-not-given-respect-it-deserves

Pusara Bukit Kepong menyedihkan, tidak terurus

Posted: 07 Sep 2011 06:29 PM PDT

Keadaan pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong adalah dalam keadaan yang amat menyedihkan. Tembok-tembok pagar yang rebah menyembah bumi dan ada yang menimpa pusara telah tidak dibaiki sejak setahun yang lalu. Waris mangsa yang terkorban ingin membaiki sendiri pusara tersebut tetapi dihalang kerana tanah pusara tersebut adalah milik kerajaan.

Heroes' graves in disgrace
September 7th, 2011

Bukit Kepong cemetery Bukit Kepong police station damaged graves in disgrace

Families upset repairs have been slow in coming to Bukit Kepong cemetery

THEY gave their lives in defence of the country against Communist insurgents.

However, the final resting place of those who died defending the Bukit Kepong police station on Feb 23, 1950, in Muar, Johor, resembled more a rubble-strewn field than a warriors' burial ground.

Even worse, family members of the slain policemen claim they were prevented from upkeeping the graves, as it was "government property".

The Malay Mail was informed that family members and relatives of the fallen policemen were upset to find part of the cemetery wall collapsed when they visited the Bukit Kepong Muslim graveyard during last week's Hari Raya celebrations.

A section of the collapsed wall bore names of those buried there following the deadly attack that left at least 25 people, including policemen, their family members, auxiliary policemen and Bukit Kepong villagers, dead.

Their graves are separated from the rest in the cemetery by a perimeter fencing painted in blue.

The Malay Mail was alerted to the deplorable state of the cemetery by Haizad Ibrahim, a grandson of the Bukit Kepong police station chief, Sergeant Jamil Mat Shah. "Is this how they respect the heroes of Bukit Kepong?" Haizad wrote in an email.

Jamil was survived by four children, including his third child, a daughter Jamilah, now 66, and who is Haizad'smother.

Haizad said the wall had collapsed for at least a year now. "We wanted to fix it but we were told to leave it alone as it was government property," he said.

According to Haizad, the family opted to take care of the graves but their requests were denied.


In bad shape: Cemetery resembles more of a 'battleground' than a pristine resting place





IN MEMORY: Family members of Jamil springkling water on his grave. Part of the collapsed wall rests on top of the grave

http://www.mmail.com.my/content/81671-heroes

keADILan Kuala Pilah

keADILan Kuala Pilah


KEADILAN KUALA PILAH IKTIRAF PERJUANGAN SHAMSIAH FAKEH

Posted: 08 Sep 2011 02:18 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Mat Indera......

Posted: 07 Sep 2011 08:00 AM PDT

PENGUMUMAN!!!!

Posted: 07 Sep 2011 07:49 AM PDT




PERHATIAN!!!! CERAMAH DSAI PADA 9/9/2011 DI PARIT 23(MARKAZ PAS DITANGGUHKAN)


1. CERAMAH KEMERDEKAAN DRP DSAI PADA 19/9/2011 DI MARKAZ PAS PARIT 23. SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!!

2. SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA MPN PERAK & DSAI DI PERKARANGAN WISMA KEADILAN PERAK PADA JAM 5 PTG. SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!

Pelajar Malaysia di Syria Dibawa Pulang Bulan Ini

Posted: 07 Sep 2011 07:48 AM PDT