Sabtu, 3 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Apa kata jika kita menulis tanpa ilmu?

Posted: 03 Sep 2011 06:11 PM PDT

Ini persoalan yang baik. Apabila kita menulis akan sesuatu perkara dan kita tidak mempunyai ilmu mengenai perkara itu maka tulisan kita akan menjadi hambar dan tidak ada nilai bahkan orang terus dapat melabelkan kita sebagai seorang yang jahil.

Nak tulis apa kalau tak ada ilmu? Ya, memang boleh menulis, tetapi penulisan itu mendedahkan kebodohan diri sendiri, tak tahu tapi nak mengaku pandai.

Nak menulis tentang agama, nak tulis apa, kalau sepotong ayat Quran pun tak pernah dibaca, tak sepotong hadis pun pernah diketahui, tak sebuah buku pun yang ditulis oleh ulamak-ulamak muktabar pernah dibaca? Yang dibaca adalah mengenai critique agama yang ditulis oleh orientalis-orientalis Barat, dan agama difahami melalui kacamata penentang agama!

Nak tulis apa mengenai sains jika tak pernah mengaji, mengetahui, dan tak pernah membaca dan mentelaah mengenai sains, dan kalau nak tulis juga, maka apa yang ditulis itu adalah kejahilan diri sendiri!

Nak tulis apa tentang masyarakat jika tidak pernah bergaul dengan masyarakat, tidak pernah membaca mengenai buku-buku tentang masyarakat, tidak pernah mengkaji mengenai masalah-masalah didalam masyarakat. Nak tulis jugak? Tulislah tetapi apa yang ditulis menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Nak tulis tentang angkasa lepas? Tulis apa kalau tak tahu! Nak tulis tentang sejarah? Tulis apa kalau tak pernah membaca sejarah, tak pernah mengkaji sejarah, dan buta sejarah!

Orang kata tak usah nak ek lah kalau tak tahu. Macam orang tengok permainan bolasepak. Bukan main hebat menjerit ditepi padang, mengatakan kaki bangkulah, bodohlah, referee butalah, tak tahu undang-undanglah, sedangkan dia tak pernah bermain bola, dalam hidupnya tak pernah menendang sebiji bola pun, tak pernah tahu undang-undang bolasepak, taktik dan teknik permainan, nak tulis apa?

Kadang-kadang memang kita berhajat nak menulis ini dan itu, tetapi tidak ada ilmu tentang ini dan itu, apa gunanya menulis tentang perkara yang kita tidak tahu!

Eloklah kita perbaiki diri, membaca, berbincang, bertukar fikiran, mengambil pengalaman dari mereka yang berpengalaman dan libatkan diri dengan perkara-perkara yang kita ingin tahu, mungkin akan menambah ilmu. Menghadiri kelas mungkin satu alternatif yang baik.

Tulisan ini tidak memfokuskan apa-apa, hanya nak diberitahu, kalau tak ada ilmu didalam satu-satu hal tak usahlah nak memandai-mandai.

Ilmu politik? Belajarlah. Ilmu politik ni bukan sekadar sudah menjadi ahli UMNO, PAS, atau PKR, tetapi politik adalah satu ilmu yang luas, kalau hanya sekadar untuk mengadu domba, memberikan politik wang, dan bersorak ke hulu ke hilir, ada lebih elok untuk tulis perkara-perkara itu saja dengan tidak menyentuh isu-isu ideologi dan perkembangan masyarakat.

Apa mende konklusi saya nak buat ni? Nak konklusi apa? Tulislah apa yang kita tahu dan lebih elok kalau yang kita ada kemahiran. Yang kita tak tahu, eloklah kita baca tulisan orang lain! Setuju tak?

Ok, nampaknya setujulah tu...! Ah itu saja yang saya nak beritahu, boleh tak?

Kenduri Kahwin di Rumah Sdr Md Nor Jaafar

Posted: 03 Sep 2011 08:42 AM PDT

Saya bersama-sama Kak Hendon, Nieta Nasa, suami dan anak-anaknya, Sdr Hafez suami isteri dan anak-anak hari ini menghadiri Kenduri Kahwin Sdr Farid, Ketua AMK PKR Cabang Jerantut.

Farid adalah anak kepada Sdr Md Nor Jaafar, bekas Ketua PKR Cabang Jerantut yang kini telah berpindah kepada KITA.

"Ji, aku tak usik orang PKR, bini aku tetap menjadi anggota PKR, anak aku tetap didalam PKR, aku keluar PKR sorang-sorang jer." kata Sdr Md Nor.

"Insya Allah, saya akan bertanding sekali lagi di DUN Damak ini, dan jika undi yang aku perolehi pada tahun 2008 dulu kekal, dengan sedikit undi baru, aku akan menang," tegas Md Nor.

Beliau bertekad untuk bertanding semula di Damak atas Parti KITA dan yakin bahawa undi kaum Cina dan India akan berpecah kepada BN dan DAP; dan undi Melayu akan berpihak kepada KITA. Demikianlah yakinnya Md Nor.

Saya menjawab Md Nor dengan mengatakan bagus. Eloklah KITA bertanding disemua kawasan DUN Negeri Pahang jika tujuannya untuk mengetahui sejauh manakah penerimaan rakyat kepada KITA di Pahang.

Md Nor bertanya kepada saya samada akan bertanding sekali lagi di DUN Jenderak. Jawapan saya secara ringkas bahawa saya orang PKR, hanya PKR sahaja yang dapat menentukan samada saya bertanding atau tidak, dan jika saya diberikan opsyen, saya tidak lagi mahu bertanding, tetapi sekadar membantu dengan sungguh-sungguh rakan-rakan yang bertanding.

Didalam kepala saya terlintas akan kedudukan di Negeri Sembilan. Saya telah membantu rakan-rakan di Negeri Sembilan didalam rancangan Felda, dan saya mahu lihat agar calon-calon PKR didalam Rancangan Felda di Negeri 9 memperolehi kemenangan. PR hanya memerlukan 3 kerusi lagi untuk merampas Kerajaan Negeri 9, dan saya terbayang bahawa saya akan berada di rancangan-rancangan di Negeri Sembilan untuk membantu rakan-rakan saya untuk menang, dan jika mereka menang, maka Kerajaan Negeri Sembilan akan berubah tampuk pemerintahan. Saya membayangkan bahawa saya tidak akan bertanding tetapi saya dapat memainkan peranan untuk memenangkan rakan-rakan saya di Negeri Sembilan.


Berhari Raya di Perkampongan Orang Asal Kuala Krau

Posted: 03 Sep 2011 06:09 AM PDT

Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau memberi sumbangan 3 helai baju baru kepada Pn Halimah Tuin, AJK PKR Ranting Kg Penderas sempena Hari Raya Aidilfitri
Haji Suhaimi Said menyumbangkan 6 helai baju baru kepada Sdr Basri Hok, Ketua PKR Ranting Kg Pasu sempena Hari Raya dan 6 helai baju itu adalah untuk 6 orang PACABA dari Ranting tersebut.
Haji Suhaimi menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak Nazmi Majid.
Haji Suhaimi menyumbangkan 5 helai baju baru kepada Sdr Nazmi Majid, Ketua PKR Ranting Kg Lubok Wong. Beliau adalah beragama Islam dan mengucap syukur kerana beliau dan ahli keluarganya berjaya berpuasa sepanjang Ramadhan, dan Rumah Terbuka yang diadakannya pada 1 Syawal mendapat perhatian daripada penduduk Kg Lubok Wong, yang rata-rata bukan beragama Islam.
Haji Suhaimi Said memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak Sdr Nazmi Majid.
Puan Hendon Jaafar, Bendahari PKR Cabang Kuala Krau menyumbangkan sedikit kuih raya untuk keluarga Wan Kisam. Wan Kisam adalah Ketua PKR Ranting Kg Pian. Wan Kisam menceritakan pengalamannya berpuasa buat kali pertama didalam hidupnya. Beliau dan ahli-ahli keluarganya memeluk agama Islam awal tahun ini. "Mula-mula tu letihlah, lapar pun ada, dan dahaga; tetapi beliau berjaya menamatkan puasa sebulan Ramadhan. Pada 1 Syawal, beliau dan keluarganya pergi ke Masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Apabila kembali semula ke rumahnya dari Masjid, beliau mengadakan Rumah Terbuka dengan menghidangkan lemang dan rendang serta kuih muih. Lebih 60 orang kanak-kanak menghadiri Rumah Terbukanya dan beliau turut membuat sumbangan duit raya kepada kanak-kanak itu.
Lihat tu, Pn Nieta Nasa, Setiausaha Wanita PKR Cabang Kuala Krau turut menyumbangkan duit raya kepada kanak-kanak di Kg Pian.
Pn Hendon berdiri di belakang kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak di Kg Terbol.
Haji Suhaimi menyumbangkan baju baru kepada penduduk Kg Terbol

Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau bersama-sama isterinya, Pn Hendon Jaafar, yang juga Bendahari PKR Cabang Kuala Krau dan Nieta Nasa, Setiausaha Wanita PKR Cabang Kuala Krau telah meluangkan masa untuk menziarahi perkampongan Orang Asal di Kuala Krau petang tadi (3hb September 2011).

Mereka telah menziarahi Kg Terbol, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Pian dan Kg Penderas untuk menyampaikan sumbangan raya kepada penduduk Orang Asal di kampong-kampong tersebut.

Selesai di perkampongan Orang Asal, rombongan itu telah menziarahi Sdr Azmi Zainon, salah seorang Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau yang tinggal di Kg Paya Luas, dan disana mereka telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Hafez Harun untuk membahagi-bahagikan tugas untuk menyampaikan Notis MATC Cabang Kuala Krau yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


KEADILAN Ucapkan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul Yang Meninggal Dunia di Somalia

Posted: 03 Sep 2011 01:50 AM PDT

Kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dalam insiden
tembakan di Mogadishu, Somalia telah mengejutkan kita semua. Apatah
lagi tragedi ini berlaku ketika umat Islam meraikan Hari Raya
Aidilfitri.

Wartawan Aji Saregar Mazlan juga dimaklumkan cedera dalam insiden sama.

Tragedi kemanusiaan kebuluran di Somalia menjadi bertambah dasyat
dengan cengkaman pihak militia. Yang menyedihkan, sekiranya wujud
kesungguhan di kalangan masyarakat antarabangsa, masalah ini dapat
dikurangkan jika tidak diatasi sekalipun.

Kematian Allahyarham berlangsung ketika beliau cuba memainkan
peranannya untuk membantu mangsa tragedi kemanusiaan Somalia.

Saya mewakili KEADILAN ingin mengucapkan takziah kepada keluarga
Allahyarham Noramfaizul dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di
kalangan mereka yang soleh, apatah lagi beliau pulang ke rahmatullah
pada bulan Hari Raya fitrah yang mulia ini dan ketika menjalankan
kerja-kerja kebajikan dengan penuh dedikasi dan keberanian.

Al-fatihah.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat