Sabtu, 3 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


KEADILAN Ucapkan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul Yang Meninggal Dunia di Somalia

Posted: 03 Sep 2011 01:50 AM PDT

Kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dalam insiden
tembakan di Mogadishu, Somalia telah mengejutkan kita semua. Apatah
lagi tragedi ini berlaku ketika umat Islam meraikan Hari Raya
Aidilfitri.

Wartawan Aji Saregar Mazlan juga dimaklumkan cedera dalam insiden sama.

Tragedi kemanusiaan kebuluran di Somalia menjadi bertambah dasyat
dengan cengkaman pihak militia. Yang menyedihkan, sekiranya wujud
kesungguhan di kalangan masyarakat antarabangsa, masalah ini dapat
dikurangkan jika tidak diatasi sekalipun.

Kematian Allahyarham berlangsung ketika beliau cuba memainkan
peranannya untuk membantu mangsa tragedi kemanusiaan Somalia.

Saya mewakili KEADILAN ingin mengucapkan takziah kepada keluarga
Allahyarham Noramfaizul dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di
kalangan mereka yang soleh, apatah lagi beliau pulang ke rahmatullah
pada bulan Hari Raya fitrah yang mulia ini dan ketika menjalankan
kerja-kerja kebajikan dengan penuh dedikasi dan keberanian.

Al-fatihah.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: