Rabu, 17 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


"SAYA SEORANG PENEROKA" 1984

Posted: 17 Aug 2011 08:10 PM PDT

Tidak lama sebelum saya ditahan di bawah ISA, saya telah menulis sebuah booklet bertajuk SAYA SEORANG PENEROKA sebagai buku kecil tambahan kepada buku asal yang saya tulis bertajuk MASLAH POLITIK PENEROKA FELDA.

Saya tidak gabungkan kedua-dua booklet itu kerana buku kecil MASALAH POLITIK PENEROKA FELDA itu menyentuh perkara-perkara yang berhubung dengan Undang-Undang dan Surat Perjanjian Peneroka Felda disuatu pihak dan Felda di pihak yang lain, serta masalah-masalah yang diujudkan oleh Felda dan UMNO terhadap politik Pembangkang didalam rancangan-rancangan Felda.

"Saya" yang dimaksudkan didalam booklet SAYA SEORANG PENEROKA FELDA itu bukanlah diri saya sendiri, bukan juga diri seseorang peneroka tertentu, tetapi adalah petikan keluhan, rintihan dan aspirasi peneroka-peneroka Felda digabungkan dan dilahirkan dalam bentuk isihati seorang peneroka Felda.

Walaupun buku ini ditulis didalam tahun 1984, fakta-fakta yang didedahkan didalamnya masih lagi relevan dan jika ada pihak ingin mengeluarkan semula buku kecil ini, saya bersedia untuk mengeditkannya semula untuk disesuaikan dengan fakta-fakta terkini, dan buku kecil ini boleh digabungkan dengan booklet MASALAH POLITIK PENEROKA FELDA.

Kedua-dua buah booklet ini terjual semasa dikeluarkan pada Julai 1984 dan diedarkan dipertengahan Ogos 1984 semacam "goreng pisang", pada waktu itu tidak ada buku atau risalah yang dibuat oleh mana-mana pihak sekali pun untuk mendedahkan isu dan masalah yang dihadapi oleh Peneroka Felda.

Pada waktu itu, saya memang begitu produktif mengeluarkan buku-buku kecil seperti APAKAH PILIHAN UMNO? RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1983, KENAPA PAS MENENTANG PINDAAN PERLEMBAGAAN 1983 dan ORANG MELAYU DISISI PERLEMB AGAAN dan lain-lain lagi.

Pada waktu itu saya menjelajah rancangan-rancangan Felda di seluruh Negara; saya dibantu oleh Sdr Man Kadir, dan Sdr Shuib Harun; saya ada sebuah van Ford khusus untuk kerja-kerja politik, dan didalam van itulah tempat kami tidur setelah mengadakan ceramah atau dialog di mana-mana.

Dan banyak kisah yang berlaku didalam van itu semasa kami tidur didalamnya; seumpama Man Kadir mengigau, dan bagaimana disesetengah tempat kami tidak dibenarkan tidur disitu dengan alasan yang kadang-kadang tidak munasabah.

Selaku penceramah pada waktu itu saya tidak ada sumber kewangan, dan saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun; maka saya buka sebuah kedai Buku di Sg Gau tidak jauh dari Darul Amin, kedai itu saya bukakan untuk keahlian; bayaran keahlian adalah RM2.00 dan dengan menjadi anggota, mereka boleh meminjam apa-apa buku yang mereka suka selama tempoh 2 minggu dengan tidak lebih 3 buah buku sekali pinjam.

Ramai-ramai juga yang membeli buku-buku di kedai buku saya itu yang dinamakan Penerbitan Ujud, dan saya juga buka syarikat enterprise untuk mengeluarkan buku-buku atas nama Penerbitan Ujud itu.

Ke mana-mana saya berceramah, van saya akan dipenuhi dengan buku-buku untuk jualan, dan dari pendapatan jualan itulah saya, Man Kadir dan Shuib menyara makan minum kami.

Saya tuliskan booklet Saya Seorang Peneroka dan Masalah Politik Peneroka Felda sebagai booklet bacaan ringan agar tidak menjemukan, dan berapakah harga jualan yang saya tawarkan? Hanya RM1.00 sahaja, dan bagi setiap buku itu, saya, Man Kadir, dan Shuib dapatlah untung 30 sen dan dari 30 sen itulah kami buat untuk perbelanjaan kami.

Alhamdulillah, dengan untung yang kecil itu kami dapat mengalas perut dan mengisi minyak untuk van kami.

SAMBUTAN HARI ORANG ASAL PERINGKAT DAERAH ROMPIN

Posted: 17 Aug 2011 02:46 AM PDT



Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


BBC Akui Siarkan Propaganda kerajaan Malaysia

Posted: 17 Aug 2011 09:26 AM PDT

Malaysiakini

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa “FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia”.

“Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC seperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu,” kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah.

Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Esok

Posted: 17 Aug 2011 08:07 AM PDT

Makluman Media

Dato Seri Anwar Ibrahim akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur esok,jam 10 pagi,18 Ogos 2011,Khamis.Beliau hadir untuk menandatangani Afidavit menolak Zainul Rijal bagi mewakili Pendakwa Raya Syriah,Ketua Pengarah JAWI dan juga Dato Jamil Khir.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Dan Kini – Pengundi Dengan MyKad Tidak Wujud

Posted: 17 Aug 2011 12:03 AM PDT

Malaysiakini

Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam.

NONEPenemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan
beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud.

Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada ‘Pengundi PAS Kedah’.

Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai ’00 ‘. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod ’00 ‘tidak wujud.

Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Semakan dengan portal JPN – yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka – menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.

Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN.

Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia di belakang Indonesia – Rafizi Ramli

Posted: 16 Aug 2011 11:59 PM PDT

KeadilanDaily

Walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) menggambarkan seolah-olah ekonomi negara masih di tahap selesa namun rakyat masih tidak sedar pertumbuhan ekonomi telah terkebelakang dari Indonesia.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, prestasi ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5 peratus pada suku yang lalu dan dijangka mencecah 7 peratus tahun depan.

"Kadar unjuran ekonomi negara 2 peratus di belakang jika dibandingkan dengan negara jiran (Indonesia). Dasar pentadbiran Umno-BN yang melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilihat gagal mencapai sasarannya pada tahun pertama,"

"Jika tahun pertama pun dah tidak mencapai sasaran, bagaimana dengan 10 tahun yang akan datang? Adakah ia mampu mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020?," soalnya ketika dihubungi Keadilandaily.

Rafizi sebelum ini menyebut tentang keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5 peratus bagi tahun 2011, tersasar dari 6 peratus unjuran sebenar.

Jika dibandingkan dengan Indonesia, rakyat Malaysia kini berdepan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, manakala negara jiran itu pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu.

Sementara kadar kenaikan gaji di Malaysia hanya menokok 2.6 peratus sepanjang sedekad yang lalu, sedangkan pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10 peratus sejak tahun 2006.

Beliau juga turut menyatakan kegagalan ETP mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI).

Beliau juga mendedahkan 77 peratus daripada 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta tidak benar.

Menurutnya, isu ekonomi bukan isu politik dengan menawarkan pelbagai dasar yang bersifat retorik semata-semata, tetapi kerajaan perlu komited untuk menggandakan pendapatan negara dengan sistem ekonomi yang berkesan.

"Kerajaan diamanahkan adalah untuk menggandakan pendapatan negara dan membangunkan ekonomi tapi ujian pertama yang dilihat pada dasar ekonomi yang dibuat Najib telah gagal dan dasar ini patut dimasukkan ke bakul sampah sahaja," katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata Buku Jingga iaitu satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang memberi alternatif dari sudut ekonomi akan diteruskan dan disebarkan kepada rakyat.

Selepas sambutan Hari Raya, penjelasan serta penerangan yang lebih terperinci akan dilakukan kepada rakyat, termasuk edarkan risalah secara berterusan, kempen melalui video dan sesi ceramah.

"Rakyat perlu membuka mata untuk melihat dan menilai dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Umno-BN yang telah menunjukkan kegagalan mencapai sasaran walau pada tahun pertama," tegasnya.

Bekas Tentera Dakwa Pangkah Undi ‘Sampai Lenguh’

Posted: 16 Aug 2011 11:46 PM PDT

Malaysiakini

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan “sehingga lenguh tangan” dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana “sekadar menurut perintah.”

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Khazanah: Who are the business partners of Tony in AsiaAsia X, a private limited company?

Posted: 17 Aug 2011 04:46 AM PDT

In the Inquire Business report 0n 7-8-2011 quoted Tan Sri Tony Fernandes and his partner to have said in a joint statement that "As the major shareholders of AirAsia Bhd and AirAsia X Sdn Bhd (which operates long-haul budget flights), we are committed to increasing shareholder value in both our core investments by continuously exploring [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mismah boleh jadi Perdana Menteri, Pemuda Umno tak kisah

Posted: 16 Aug 2011 07:52 PM PDT



Tidak mustahil orang seperti Mismah satu hari nanti boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Apa ke tidaknya, rakyat Malaysia sendiri, terutama orang Melayu, lebih-lebih lagi pemuda Umno tidak berminat untuk mendaftar jadi pengundi. Sedangkan Mismah dan ramai lagi seperti Mismah bersusah payah mendaftar menjadi pengundi. Lu fikirlah sendiri !

MISMAH SEDIH TIDAK DAPATKAN PENJELASAN

KUALA LUMPUR 13 Ogos 2011 - Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap.

Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata, dia berasa sedih dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

"Saya dan suami, Mawasi Mawardi, 51, telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

120,000 AHLI PEMUDA UMNO TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

GEORGETOWN 22 Mei 2011 : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti.

http://www.bharian.com.my/articles/120_000ahliPemudaUMNOtidakmendaftarsebagaipemilih/Article/

Melayu mesti perjuang tulisan Jawi di mesin ATM

Posted: 16 Aug 2011 06:25 PM PDT



Bangsa India di Malaysia memperjuangkan tulisanTamil. Tak salah, ini negara 1Malaysia yang demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Persatuan bank di Malaysia telah bersetuju secara prinsipal untuk menambah bahasa Tamil di mesin ATM. Orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu yang lebih 14 juta tak nak perjuangkan ke tulisan Jawi dalam mesin ATM?

Bukankah kehebatan Kesultanan Islam Melayu Melaka bangkit dek tulisan Jawi, bukan tulisan Rumi?

Wednesday August 17, 2011
Group wants banks to use Tamil in ATMs

MAKKAL Osai has reported that the Malaysian Tamil Pavalar Council has said that the Association of Banks in Malaysia has agreed in principal to use Tamil in automated teller machines (ATMs).

Its president A.R. Subramaniam said that although many requests had been made for Tamil to be included in banking transactions in the past, no positive reply had been received from the relevant banks.

He said ATMs currently used three languages - Bahasa Malaysia, English and Mandarin.

He said that many banks were reluctant to include Tamil as they did not have Indian officers proficient in Tamil and they would have a problem in verifying particulars written in Tamil.

He said the association had agreed to look into the possibility of getting the banks to include Tamil in the daily banking operations.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F17%2Fnation%2F9311559

EMPAT BULAN GURU TAK DE GAJI, KERAJAAN BN ZALIM

Posted: 16 Aug 2011 06:03 PM PDT



Tuntutan gaji daripada PPDKMY


Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan keperluan harian lain. meskipun telah dilaporkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan, namun tiada sebarang tindak balas dan dilayan hambar.

Pernah juga jawapan yang diterima menyatakan bahawa pihak mereka tiada peruntukan dan meminta kami untuk bersabar.yang menjadi tanda tanya kepada kami ialah mengapa mengambil kami sebagai guru ganti KGSK sekiranya telah ternyata tiada peruntukan untuk membayar gaji kami. adakah kami guru KGSK ini tidak memerlukan duit untuk hidup?

kesabaran kami ada hadnya juga. bukan kerana tidak mampu bersabar lagi, namum gaji tersebut benar-benar diperlukan. Perkabaran semua pegawai kerajaan bakal menikmati bonus sebulan gaji,sedangkan kami guru KGSKhanya m,ampu berharap agar gaji kami dilunaskan segera. segelintir daripada kami telahpun berumahtangga dan mempunyai tanggungjawab besar.

Kami cuma berharap agar gaji kami dapat dijelaskan dengan kadar segera.

By: CIk Embun Ali,
Aduan Rakyat , 9 Ogos 2011

http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy


SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI

SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.

Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak PPD.

Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima.

Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD. Pihak PPD menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha memohon peruntukan daripada pihak KPM.

Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD.

Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah.

Saya sangat kecewa. Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum menerima gaji. Kenapa begini?

YANG KECEWA
Gombak, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=\Forum&pg=fo_03.htm

Kementerian Pelajaran HANCUR, Muhyiddin tak kisah

Posted: 16 Aug 2011 05:59 PM PDT



Semakin hancur pengurusan Kementerian Pelajaran sekarang ini. Dari skim kenaikan pangkat yang tidak adil, dah boleh pula ajar balik Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat macam orang Malaysia ni tak pandai ajar BI, sistem SAPS yang mendera guru, 6 bulan guru ganti tak dapat gaji, sekolah bocor lebih 2 tahun belum baiki, ramai guru sakit jiwa dan macam-macam masalah.

TAK SANDANG GPK JADI GURU BESAR

17 Ogos 2011 - SAYA Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah. Mula dilantik pada 2002 dengan Gred DGA32 Hakiki. Tahun 2003/4 mengikuti kursus Pengurusan (NPQH) selama setahun di IAB. Tahun 2005 hingga 2008 mengikuti Ijazah Pengurusan Pendidikan di UPSI. Sehingga sekarang 2011 masih GPK di sekolah rendah.

Manakala seorang guru DGA29, 2/3 tahun menjawat DGA32(KUP), tidak pernah memegang jawatan GPK kini dilantik Guru Besar DGA34. Persoalannya apakah ini KPI yang betul memperkasakan pengurusan sekolah? Adakah saya akan terus menjadi GPK sampai pencen? GPK 41 (KUP), Kepong.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TaksandangGPKjadigurubesar/Article

SYOR SEKOLAH DIBERI PILIHAN AJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

16 Ogos 2011 - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0817&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

300 GURU PAKAR BAHASA INGGERIS DIBAWA MASUK: MUHYIDDIN

6 Mei 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pakar Bahasa Inggeris itu akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang diletakkan dalam kategori Band 6 dan 7.
"Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini.
http://www.bharian.com.my/articles/300gurupakarBahasaInggerisdibawamasuk_Muhyiddin/Article/

KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA !
11 Ogos 2011 -Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato' Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.

Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia

TIADA LAGI ELAUN PERPINDAHAN BAGI CIKGU !

10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka.

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html

SISTEM KOMPUTER KEMENTERIAN PELAJARAN MENDERA GURU

5 Ogos 2011 - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/5/mstar_berita/20110805133144&sec=mstar_berita

SISTEM SAPS BANYAK MASALAH

6 Ogos 2011 - SAYA bersetuju dengan komen oleh 'Norhisham Mohamad, Alor Setar' mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk 'kewujudan SAPS bebankan guru'.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article

EMPAT BULAN GURU TAK DE GAJI, KERAJAAN BN

9 Ogos 2011 - Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan keperluan harian lain.
http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy


SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI

SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=\Forum&pg=fo_03.htm

TERENGGANU KAYA, NOTEBOOK PERCUMA TAPI SEKOLAH BOCOR

15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan bumbungnya LEBIH DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan keadaannya yang terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN PERUNTUKAN, keadaannya semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan bertakung.

Berikutan masalah itu, LEBIH 100 MURID TAHUN DUA, TIGA DAN J-QAF TERPAKSA DITEMPATKAN KE KELAS LAIN TERMASUK DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KH) serta muzik di sekolah yang pernah merangkul anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

RAMAI GURU SAKIT JIWA

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Pembongkaran Penyelewengan Pusat Pengumpul Getah Felda Bersia Gerik Perak

Posted: 17 Aug 2011 05:32 AM PDT

Oleh: Generasi Kedua Felda Bersia

Saya anak Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda Bersia amat kesal dengan sikap Pengurusan Pusat Pengumpulan Getah (PMG) Felda Bersia yang melibatkan kerugian beribu ringgit.

Pekerja-pekerja berkenaan telah membuat penyelewengan dan penipuan yang di rancang secara rapi sehingga mereka langsung tidak mempedulikan nasib peneroka-peneroka Felda Bersia yang akan menanggungnya.

Perkara ini sudah tiga kali berlaku dan pihak peneroka juga telah membuat laporan Polis tetapi dengan hanya budi bicara sahaja oleh pihak yang berada didalam Pusat Pengumpul Getah Felda Bersia ianya didiamkan begitu sahaja hanya kerana hendak menjaga kepentingan orang-orang tertentu dan tiada tindakan yang di ambil keatas mereka sehingga sekarang. Sebaliknya pihak peneroka terus menderita dan sengsara menanggung hutang yang makin bertambah disebabkan penyelewengan ini.

Saya sebagai anak Peneroka Felda Bersia, yang merupakan Generasi Kedua Felda Bersia terpaksa mengambil inisiatif menulis disini setelah mendapati pekerja-pekerja Pusat Mengumpul Getah Felda Bersia yang telah diberikan amanah telah melakukan penyelewengan dan penipuan serta khianat yang saya anggarkan berjumlah ribuan ringgit terhadap Peneroka Felda Bersia, melalui sistem pembayaran kupon yang di laksanakan di Pusat Pengumpul Getah.

Pekerja-pekerja Pusat Pengumpul Getah Felda Bersia tidak dikawal oleh Pegawai Felda dan ini menyebabkan pekerja-pekerja ini mudah membuat penyelewengan sesuka hati mak bapak mereka.

Dan baru-baru ini setelah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Tiga beberapa anak peneroka telah membuat intipan, setelah membuat semakan mereka berjaya mengesan sememangnya ada peyelewengan di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Ketiga dimana nilai susut penghantaran getah agak tinggi sedangkan hasil penghantaran getah tidak ada dan sekiranya ada pun penghantaran getah hanya sedikit namun nilai wang yang dikeluarkan tertulis diatas kupon agak besar.

Akhirnya kerja mereka selama ini mengambil hasil yang tidak sepatutnya mereka ambil yang bukan hak mereka berjaya dibongkarkan dan berjaya ditangkap oleh anak peneroka dengan beberapa saksi.

Orang-orang yang bersekongkol dalam hal ini sanggup menunggu seawal-awal pagi lagi di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Ketiga yang belum dibuka untuk memgambil kupon sedangkan hasil getah tiada.

Saya juga diberitahu nama-nama mereka juga berada didalam senarai teratas jualan harian getah di Pusat Mengumpul Getah Peringkat Ketiga dan peneroka-peneroka yang menjual hasil getah dengan cara betul nama mereka terletak di senarai yang berikutnya.

Mereka-mereka ini hidup selesa dan kantung poket mereka tidak pernah kosong sehingga ada yang boleh berbelanja dengan mewah setiap hari dari hasil penyelewengan dengan cara kotor ini.

Jadi persoalan nya siapakah yang akan membayar kembali wang-wang yang telah diselewengkan samada mereka sendiri ataupun diletakkan diatas kepala semua peneroka Felda Bersia.

Sekali lagi saya tegaskan disini bahawa perkara ini adalah satu isu besar dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dimana ianya melibatkan kerugian ribuan ringgit kepada Peneroka Felda Bersia sejak beberapa tahun tetapi satu 'keuntungan besar 'kepada pengkianat-pengkianat ini kepada peneroka-peneroka Felda Bersia .

Diharap masalah ini mendapat perhatian dari Dato' Dzulkifli Abd Wahab selaku Pihak Pengarah Besar Felda dan Pengurusan Felda Bersia dapat membuat satu tindakan yang bijak kepada mereka-mereka ini demi menjaga kebaikan masa depan khasnya Felda dan juga kepada semua Peneroka-Peneroka Felda Bersia.

Sekian Terimakasih

Salam Dari

Generasi Kedua Felda Bersia

Email kepada
Pengurus Besar Felda


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Jom dengar ceramah Chegu Bard

Posted: 16 Aug 2011 09:07 PM PDT

Ramai kawan-kawan bertanya bila chegu bard nak datang Bkt Gantang lagi. Dah lama chegu bard tak mai ceramah dkt sini. Untuk maklumat kawan-kawan, Amk Bkt Gantang sedang berusaha berurusan dengan chegu bard untuk menbawa beliau ke Bkt Gantang lagi.

Jika tiada aral, Isya Allah Amk Bkt Gantang akan mengadakan program ceramah chegu bard di Bkt Gantang selepas kita semua menyambut Aidilfitri.

Untuk melepaskan rindu, jom kita layan video ketika beliau berceramah di Markas Pas Pasir Panjang Laut, Lumut pada 14/8/11 lepas.


  Ceramah Chegu Bard Di Pasir Panjang Ahad Lepas