The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 17 Aug 2011 08:10 PM PDT Tidak lama sebelum saya ditahan di bawah ISA, saya telah menulis sebuah booklet bertajuk SAYA SEORANG PENEROKA sebagai buku kecil tambahan kepada buku asal yang saya tulis bertajuk MASLAH POLITIK PENEROKA FELDA. Saya tidak gabungkan kedua-dua booklet itu kerana buku kecil MASALAH POLITIK PENEROKA FELDA itu menyentuh perkara-perkara yang berhubung dengan Undang-Undang dan Surat Perjanjian Peneroka Felda disuatu pihak dan Felda di pihak yang lain, serta masalah-masalah yang diujudkan oleh Felda dan UMNO terhadap politik Pembangkang didalam rancangan-rancangan Felda. "Saya" yang dimaksudkan didalam booklet SAYA SEORANG PENEROKA FELDA itu bukanlah diri saya sendiri, bukan juga diri seseorang peneroka tertentu, tetapi adalah petikan keluhan, rintihan dan aspirasi peneroka-peneroka Felda digabungkan dan dilahirkan dalam bentuk isihati seorang peneroka Felda. Walaupun buku ini ditulis didalam tahun 1984, fakta-fakta yang didedahkan didalamnya masih lagi relevan dan jika ada pihak ingin mengeluarkan semula buku kecil ini, saya bersedia untuk mengeditkannya semula untuk disesuaikan dengan fakta-fakta terkini, dan buku kecil ini boleh digabungkan dengan booklet MASALAH POLITIK PENEROKA FELDA. Kedua-dua buah booklet ini terjual semasa dikeluarkan pada Julai 1984 dan diedarkan dipertengahan Ogos 1984 semacam "goreng pisang", pada waktu itu tidak ada buku atau risalah yang dibuat oleh mana-mana pihak sekali pun untuk mendedahkan isu dan masalah yang dihadapi oleh Peneroka Felda. Pada waktu itu, saya memang begitu produktif mengeluarkan buku-buku kecil seperti APAKAH PILIHAN UMNO? RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1983, KENAPA PAS MENENTANG PINDAAN PERLEMBAGAAN 1983 dan ORANG MELAYU DISISI PERLEMB AGAAN dan lain-lain lagi. Pada waktu itu saya menjelajah rancangan-rancangan Felda di seluruh Negara; saya dibantu oleh Sdr Man Kadir, dan Sdr Shuib Harun; saya ada sebuah van Ford khusus untuk kerja-kerja politik, dan didalam van itulah tempat kami tidur setelah mengadakan ceramah atau dialog di mana-mana. Dan banyak kisah yang berlaku didalam van itu semasa kami tidur didalamnya; seumpama Man Kadir mengigau, dan bagaimana disesetengah tempat kami tidak dibenarkan tidur disitu dengan alasan yang kadang-kadang tidak munasabah. Selaku penceramah pada waktu itu saya tidak ada sumber kewangan, dan saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun; maka saya buka sebuah kedai Buku di Sg Gau tidak jauh dari Darul Amin, kedai itu saya bukakan untuk keahlian; bayaran keahlian adalah RM2.00 dan dengan menjadi anggota, mereka boleh meminjam apa-apa buku yang mereka suka selama tempoh 2 minggu dengan tidak lebih 3 buah buku sekali pinjam. Ramai-ramai juga yang membeli buku-buku di kedai buku saya itu yang dinamakan Penerbitan Ujud, dan saya juga buka syarikat enterprise untuk mengeluarkan buku-buku atas nama Penerbitan Ujud itu. Ke mana-mana saya berceramah, van saya akan dipenuhi dengan buku-buku untuk jualan, dan dari pendapatan jualan itulah saya, Man Kadir dan Shuib menyara makan minum kami. Saya tuliskan booklet Saya Seorang Peneroka dan Masalah Politik Peneroka Felda sebagai booklet bacaan ringan agar tidak menjemukan, dan berapakah harga jualan yang saya tawarkan? Hanya RM1.00 sahaja, dan bagi setiap buku itu, saya, Man Kadir, dan Shuib dapatlah untung 30 sen dan dari 30 sen itulah kami buat untuk perbelanjaan kami. Alhamdulillah, dengan untung yang kecil itu kami dapat mengalas perut dan mengisi minyak untuk van kami. |
SAMBUTAN HARI ORANG ASAL PERINGKAT DAERAH ROMPIN Posted: 17 Aug 2011 02:46 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan