Isnin, 1 Ogos 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


TANAH ORANG ASAL DICEROBOH ATAS NAMA PEMBANGUNAN

Posted: 01 Aug 2011 10:11 PM PDT

Semasa penjajahan Inggeris dahulu tanah-tanah Orang Asal telah direzabkan sebagai Rezab Orang Asal dibawah Warta Kerajaan bagi melindungi dan menjaga hak dan kepentingan Orang Asal keatas tanah mereka.

Rezab Tanah Orang Asal itu telah diwartakan tetapi selepas Merdeka dibawah pemerintahan UMNO/Perikatan/BN, Warta Kerajaan itu telah ditarik balik dan semua Tanah Rezab Orang Asal telah menjadi tanah Kerajaan Negeri yang tidak lagi memberikan hak kepada Orang Asal.

Maka Orang Asal kehilangan semua hak keatas tanah termasuk tanah Adat, Kawasan Rayau, Tanah Kubur, Tanah Ladang, dan Tanah Kampong mereka.

Tanah-tanah Orang Asal itu mula diceroboh atas nama pembangunan oleh syarikat-syarikat swasta dan syarikat-syarikat milik kerajaan yang tidak memberikan sebarang menfaat kepada Orang Asal.

Kawasan-kawasan hutan disekitar perkampongan mereka dijadikan ladang-ladang termasuk FELDA dan ladang-ladang swasta; Orang Asal tidak diberikan kesempatan untuk menyertai ladang-ladang itu khususnya rancangan-rancangan Felda yang dibangunkan diatas tanah-tanah yang dahulunya menjadi hakmilik nenek moyang mereka.

Pencerobohan yang diizinkan oleh Kerajaan UMNO/BNitu masih diteruskan sehingga kawasan perkuburan mereka pun turut dicerobohi.

Pencerobohan ini mesti dihentikan. Orang Asal tidak lagi dapat berlindung kepada Kerajaan UMNO/BN bagi melindungi tanah mereka dan segala tuntutan yang dikemukakan oleh badan-badan NGO Orang Asal dipandang sepi oleh Kerajaan UMNO/BN.

Parti Keadilan Rakyat dianggap sebagai benteng mempertahankan tanah Orang Asal. Didalam Forum mengenai Dasar Tanah Orang Asal di Seremban anjuran Parti Keadilan Rakyat pada 7hb Julai 2011 telah merumuskan bahawa semua tanah Orang Asal iaitu tanah adat, tanah rayau, tanah kubur, tanah ladang, tanah kampong dan tanah untuk kemudahan sosial, kebajikan dan awam/asas, diwartakan itu adalah kesalahan jenayah yang berat.

Parti Keadilan Rakyat memikul amanah bagi menjaga kepentingan dan hak Orang Asal dan perjuangan yang adil dan besar ini hendaklah disokong oleh semua Orang Asal.

DASAR TANAH ORANG ASAL

Posted: 01 Aug 2011 09:57 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah menganjurkan Forum mengenai Dasar Tanah Orang Asal pada 7hb Julai 2011 di Seremban sebagai tuntutan Orang Asal bagi menyelesaikan dasar yang jelas dari Parti Keadilan Rakyat mengenai tanah mereka.

Forum itu telah membuat rumusan yang dipersetujui oleh asemua kelompok Orang Asal seperti berikut:

1. Orang Asal menolak dasar tanah UMNO/BN seperti yang dinyatakan didalam Akta 134 kerana dasar itu merugikan Orang Asal dari segi jangka pendek dan jangka panjang;

2. Semua tanah Orang Asal iaitu merangkumi Tanah Adat, Kawasan Rayau, Tanah Kubur, Tanah Ladang, Tanah Kampong dan Tanah Untuk Kemudahan awam dan asas hendaklah digazetkan dibawah Warta Kerajaan (yang tidak boleh dibatalkan); sebarang pelanggaran/pencerobohan oleh mana-mana pihak keatas tanah yang diwartakan ini adalah satu kesalahan yang berat;

3. Mana-mana Orang Asal yang berhajat mendapatkan geran tanah untuk tanah kampong dan tanah ladang mereka di kawasan yang digazetkan itu boleh membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa; hanya Orang Asal sahaja yang layak dan berhak untuk membuat permohonan tersebut; mana-mana Orang Asal yang berhajat membuat permohonan tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membuat bayaran yang dikenakan akan diberikan kemudahan memuat bayaran secara beransur-ansur.

Rumusan ini hendaklah dimasukkan kedalam Manifesto Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat/Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan hak Tanah Orang Asal.

BENARKAH PENEROKA BERHUTANG DENGAN FELDA?

Posted: 31 Jul 2011 11:13 PM PDT

Didalam dialog diantara Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat ke Felda Palong 6, Jempol, Negeri Sembilan, pada 30hb Julai 2011 dengan peneroka-peneroka, persoalan telah ditanyakan oleh seorang peneroka Felda mengenai mekanisme pengiraan hutang peneroka yang dibuat oleh Felda.

Seorang peneroka, Sdr Razali, telah mengemukakan Penyata Hutang tanpa Penyata Kira-Kira yang lengkap yang menyebutkan hutangnya sudah menghampiri RM95,000.00.

Beliau tidak puas hati bagaimanakah hutangnya sudah meningkat begitu tinggi. Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh 3 tahun pertama semasa proses tanam semula dijalankan, mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan dan Felda telah menyediakan elaun sara hidup yang dikira hutang.

Untuk kerja-kerja tanam semula itu, beliau menyatakan bahawa Felda telah menggunakan wang yang terkumpul hasil dari caruman darinya yang disimpan oleh Felda sejumlah RM17,000.00 dan Felda juga menggunakan wang cess dari RISDA.

Apabila tanaman mereka (getah) mula mengeluarkan hasil setelah tempoh tiga tahun, mereka diberikan elaun sara hidup yang dikira hutang sebanyak RM1500.00 sebulan.

Maka hutang yang mereka tanggung melibatkan elaun sara hidup, wang baja dan wang racun.

Peneroka tertanya-tanya bagaimanakah hutang mereka boleh melambung hingga RM95,000.00. Dengan pengiraan yang mudah, peneroka-peneroka boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM8,000.00 setiap bulan selepas tahun ke-3 tanam semula.

Dengan pengiraan ini, peneroka-peneroka boleh berpendapatan sebanyak RM8000.00 sebulan x 12 bulan x 5 tahun (iaitu 5 tahun selepas kebun mereka boleh mengeluarkan hasil) berjumlah RM480,000.00 dan jika sebenarnya hutang mereka kepada Felda adalah berjumlah RM95,000.00, maka dalam tempoh 5 tahun selepas pengeluaran hasil, masih ada lebihan RM385,000.00 (Pendapatan sebenar tolak perbelanjaan).

Maka sebenarnya bukan Peneroka yang berhutang dengan Felda tetapi Feldalah yang berhutang dengan jumlah hutang sebanyak RM385,000.00.

Peneroka-peneroka di Felda Palong 6 dan di Felda Pasoh 1 bersetuju untuk melantik seorang akauatan bagi menyediakan kira-kira terperinci mengenai segala kos pembangunan yang dikeluarkan oleh Felda bagi tujuan tanam semula dan elaun sara hidup bagi tempoh 3 tahun kebun-kebun peneroka belum mengeluarkan hasil, dan kos-kos lain termasuk elaun sara hidup yang dikira hutang setelah kebun-kebun mereka mengeluarkan hasil, dan jika didapati benar bahawa Felda terhutang dengan peneroka-peneroka, maka proses rundingan akan dibuat dengan Felda untuk pembayaran kembali lebihan pendapatan peneroka-peneroka dan jika Felda enggan berunding, maka peneroka-peneroka akan memulakan proses saman terhadap Felda bagi pengembalian wang lebihan tersebut.



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kerajaan Diminta Tangguh Program Pemutihan

Posted: 01 Aug 2011 03:00 AM PDT


Pertubuhan majikan dan pekerja hari ini menggesa kerajaan supaya menangguhkan segera program pengampunan bagi 1.2 juta pekerja tanpa izin yang bermula hari ini.

Ini kerana langkah yang sedang dilaksanakan untuk mendaftar pekerja sah menggunakan sistem biometrik adalah tidak lengkap dan dipenuhi masalah.

"Pelaksanaan kedua-dua langkah ini secara serentak adalah tugas besar yang tidak berupaya dikendalikan oleh pihak berkuasa," kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan.

Cadangan asal adalah untuk memulakan program pengampunan pada 11 Julai namun ditangguhkan kerana Kementerian Dalam Negeri berdepan masalah untuk melantik ejen dan jentera untuk pendaftaran pula belum ditempatkan.

Sebaliknya kementerian memutuskan untuk melaksanakan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, bermula dua minggu lalu dan masih dalam pelaksanaan dengan tiada tarikh akhir ditetapkan untuk menyiapkan proses itu.

Shamsuddin berkata pendaftaran pekerja yang sah menggunakan sistem biometrik yang sedia ada mengandungi terlalu banyak masalah dan ia perlu diatasi segera sebelum proses itu boleh diselesaikan.

Sehingga kini hanya 600,000 pekerja sah daripada anggaran kira-kira 1.2 juta pekerja yang telah didaftarkan.

"Memandangkan terlalu banyak perubahan dibuat kepada program itu dalam masa lebih kurang sebulan, semua pemegang kepentingan - majikan, pekerja, perwakilan asing, malah beberapa pegawai imigresen yang ditugaskan - menjadi keliru," kata Pengarah Eksekutif Tenaganita Dr Irene Fernandes.

"Melainkan perancangan rapi dijalankan, keseluruhan usaha ini akan menemui kegagalan," katanya.

Irene mengesyorkan agar Kementerian Dalam Negeri menyediakan garis panduan yang jelas mengenai program pengampunan dan memastikan ia mempunyai keupayaan untuk memantau proses pendaftaran supaya pekerja serta majikan tidak tertipu.


Sumber: Bernama

Isteri Baharuddin Fail Permohonan Siasat Punca Kematian

Posted: 01 Aug 2011 01:40 AM PDT


KUALA LUMPUR 1 OGOS : Isteri kepada peserta himpunan aman Bersih 2.0 yang meninggal dunia ketika menyertai himpunan itu, Allahyarham Baharuddin Ahmad, hari ini memfailkan permohonan agar diadakan siasatan khas bagi merungkai misteri kematian suaminya.

Rosni Malan, 55 tahun menjelaskan, permohonan tersebut terpaksa dilakukan ekoran pihaknya sehingga kini masih belum menerima apa- apa maklum balas daripada majistret dan Jabatan Peguam Negara berhubung tuntutan penjelasan punca kematian allahyarham bulan lalu.

"Tujuan saya ikhlas, Ketentuan Allah saya terima. Tetapi saya dan keluarga perlu mengetahui bagaimana cara kematian beliau. Ini akan memberi pengajaran kepada kita," kata Rosni di hadapan wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Rosni ditemani dua anaknya serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza, Patrick Dass dan Chaan Chew Weng memfailkan permohonan kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau turut merayu orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantunya mencari kebenaran dan keadilan terhadap suaminya.

"Saya harap jika orang ramai ada bukti berkaitan suami saaya bolehlaah kemukakan kepada peguam saya atau hadir di Mahkamah nanti untuk beri keterangan," katanya lagi.

Baharudin meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan Kuala Lumpr City Center (KLCC) pada 9 Julai lalu.

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas menghidu gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Bagaimanapun, pihak polis kemudiannya menafikannya dan mendakwa, Baharudin mati kerana komplikasi jantung.

Namun, Rosni dan keluarganya menafikan arwah menghidap sebarang penyakit kronik.

"Terdapat banyak tuduhan yang dibuat mengenai kematian suami saya tetapi apa yang saya tahu berbeza dengan maklumat yang diterima. Suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius," kata Rosni lagi.

Susulan itu, pada 17 Julai lalu, satu laporan Polis telah dibuat keluarga arwah bagi mendesak agar kenyataan mengenai punca kematian Allahyarham tidak dimainkan oleh pihak tertentu tanpa kebenaran dan pengetahuan dari keluarganya.


Sumber: TVSNEWS

PRU13 Sengit Di Negeri Sembilan

Posted: 01 Aug 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 1 OGOS: Simulasi pilihanraya Umno bukan sahaja meramalkan BN tewas di Perak, tetapi juga di Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke menjangkakan Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertembungan hebat dalam PRU akan datang.
Beliau bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati bagi mengelak termakan perangkap psikologi Barisan Nasional.

"Kita menjangkakan ada persaingan sengit dikedua-dua negeri ini. Apa-apapun saya rasa, dipihak kita dalam Pakatan Rakyat kita jangan termakan dengan propaganda ini," tegas Anthony.

Beliau juga berharap agar semua ahli parti akan terus bekerja keras selagi pilihanraya ke-13 masih belum diadakan.

"Mungkin seolah-olah mereka nak membuat kenyataan ini untuk kita berasa selesa dan supaya tidak perlu bekerja kuat untuk berkempen. Jadi saya tidak perlulah berasa terkejut ataupun berasa gembira dengan kenyataan seperti begitu," jelas Anthony.


Sumber: TVSNEWS

PR Yakin Tambah Kerusi DUN Johor

Posted: 01 Aug 2011 01:30 AM PDT


SHAH ALAM, 1 OGOS: Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng yakin Pakatan Rakyat mampu memenangi lebih dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan simulasi pilihanraya Umno seperti yang dilapor The Malaysian Insider hari ini.
"Pakatan Rakyat di Johor daripada anggaran kita mungkin dapat lebih daripada 15. Kita mahu mewar-warkan perkara ini, dan Pakatan Rakyat sudah buat persediaan dan kali ini kita lebih bersedia berbanding PRU 12," kata beliau.

Johor Darul Takzim mempunyai 56 kerusi Dun, dimana PR memenangi 6 kerusi dalam PRU lepas. Chua yakin PR mampu mencatatkan kejutan dalam PRU-13 melihat kepada momentum sokongan rakyat.

"Kita tahu PR ada potensi untuk juga mendapat balik Perak. Isu rampas kuasa itu diketahui oleh orang Perak dengan itu, kemarahan undi-undi atas pagar telah menambah," tegas Chua.

BN telah mentadbir Johor sejak lebih 50 tahun. Negeri itu mencatatkan kos kehidupan antara yang tertinggi di negara ini.


Sumber: TVSNEWS

Simulasi P'raya Umno Ramal Tewas Di Perak

Posted: 01 Aug 2011 01:25 AM PDT


SHAH ALAM 1 OGOS: Perak diramal kembali kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum akan datang, lapor The Malaysian Insider. Laporan itu dibuat berdasarkan kepada maklumat dalaman sumber portal mengulas simulasi pilihanraya Umno yang diadakan baru-baru ini.
Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, hakikatnya rakyat Perak menolak rampasan kuasa lalu dan mahu kerajaan Pakatan Rakyat yang dilantik secara sah dipulihkan.

"Itulah hakikatnya. InsyaALLAH. Rakyat di negeri Perak tidak setuju kepada rampasan kuasa dan lain-lain faktor. Tapi kalau keputusannya mereka akan hilang perak. InsyaALLAH," tegas beliau.

PRU-12 lepas menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi 31 dari 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak. Kerajaan yang ditubuhkan tidak sampai setahun itu bagaimana digulingkan selepas tiga ADUN PR menjadi wakil rakyat bebas menyokong BN.

Sumber dalaman Umno memberitahu The Malaysian Insider bahawa BN kehilangan beberapa kerusi di Perlis dan Johor dalam simulasi pilihanraya itu.


Sumber: TVSNEWS

Kota Raja Kenalpasti Lebih Pengundi 'Import'

Posted: 01 Aug 2011 01:20 AM PDT


PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.

Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.


Sumber: Malaysiakini

Nik Aziz: 'Perbincangan Rahsia' Hanya Jenaka

Posted: 01 Aug 2011 01:15 AM PDT


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.

Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.

"Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13.


Sumber: Malaysiakini

'Kelulusan Diberi Bagi Bina 11 Ribu Rumah Mampu Milik'

Posted: 01 Aug 2011 01:10 AM PDT


Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan bahawa ia gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada 2008.

Sebaliknya, menurut ketua menteri, Lim Guan Eng sejak menumbangkan BN, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah membina 11,596 rumah yang berharga antara RM42,000 (kos rendah) dan RM72,500 (kos sederhana).

Pada sidang akhbarnya hari ini, Lim berkata kerajaan negeri juga bercadang membangunkan semula beberpa projek perumahan yang akan membabitkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana.

"Setakat ini kami amat bersabar dengan dakwaan pembangkang (BN) yang menuduh kami tidak meluluskan rumah mampu milik dan rumah kos sederhana.

"Di sini, kami ingin mengemukakan bukti bahawa selepas 2008, kita telah meluluskan pembinaan rumah-rumah itu walaupun dana kita terhad kerana tidak murah bagi membina rumah-rumah berkenaan," kata Lim.

Beliau kemudian mengedarkan risalah dan gambarajah bagi membuktikan hujahnya dan berkata perkara tersebut juga telah dijelaskan di dewan undangan negeri.

"Ini adalah fakta. Kenyataan pembangkang bersifat fitnah menuduh kami tidak membina sebuah pun rumah ( kos rendah dan sederhana) amat jahat," katanya.

Beliau merujuk kenyataan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman yang membidas kerajaan negeri kerana didakwa tidak membina sebarang rumah mampu milik untuk golongan miskin sejak tahun 2008.


Sumber: Malaysiakini

Pakatan Janji Permit Teksi Individu

Posted: 01 Aug 2011 01:05 AM PDT


Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai "bakal perdana menteri" dalam pertemuan pemandu teksi itu.

"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku.

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso) serta meminda perjanjian sewa beli di antara pemandu dan syarikat teksi.
Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

'100 permit untuk bekas menteri'

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi disemak semula agar sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya pihak syarikat tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mendakwa seorang bekas menteri juga telah diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup.

"Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkeanaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatirao.


Sumber: Malaysiakini

Kadar Tanah PKFZ Dinaikkan Dari RM18 Ke RM21

Posted: 01 Aug 2011 01:00 AM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa penilaian kadar tanah di Mukim Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah sebanyak RM18 sekaki persegi sebelum dinaikkan kepada RM21 sekaki persegi.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah berkata jumlah tersebut adalah jumlah yang dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan (JPPH) setelah mengambilkira infrastruktur asas dan bayaran pendahuluan tahun pertama sebanyak 5 peratus.

Tun Abd Majid menerusi ucapan pembukaan di hari pertama perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berkata penilaian kadar itu (RM18) juga mengambil kira kadar kupon 6 peratus, tempoh bayaran balik 10 hingga 15 tahun, tiada faedah untuk tahun pertama dan kedua serta bayaran faedah sahaja untuk tahun ketiga dan keempat.

"JPPH turut mengambil kira bayaran balik secara tahunan baki termasuk faedah untuk selama enam tahun atai 11 tahun serta tempoh baki 10 atau 15 tahun dengan menggunakan kaedah 'discounted cash flow' dimana target rate ditetapkan 8.25 peratus, kadar kupon 6 peratus dan terma bayaran balik 10 tahun, nilaian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi boleh dipertimbangkan untuk maksud keluaran bon walaupun nilai tanah hanya RM21," katanya.

Tambah Tun Abd Majid ia merupakan kadar yang diperaku dan dipersetujui oleh JPPH dan pihak pendakwaan akan membuktikan kadar nilai faedah sebanyak 7.5 peratus setahun sebenarnya tidak diperaku dan dipersetujui oleh JPPH.

"Sehubungan itu pihak pendakwaan akan menunjukkan bahwa tidak sepatutnya ada kadar nilai 7.5 peratus tambahan kepada harga tanah tersebut. Pihak pendakwaan juga akan membuktikan bahawa penilaian ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan oleh JPPH dan seterusnya kepada tertuduh.

"Keterangan akan dibawa untuk menunjukkan bahawa tertuduh (Dr Ling) telah menulis surat kepada Perdana Menteri (ketika itu) yang memaklumkan bahawa rundingan di antara LPK dan KDSB telah diadakan mengenai pembelian tanah tersebut berdasarkan syarat dan terma-terma telah dipersetujui oleh JPPH seperti di lampiran surat berkenaan dan diterima oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK)," katanya.

Tambah Tun Abd Majid, pihak pendakwaan juga akan membawa keterangan yang menunjukkan pada 6 Nov 2002, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan pembelian tanah tersebut atas dorongan oleh tertuduh yang menyatakan syarat dan terma-terma pembelian tanah tersebut diperku dan dipersetujui oleh JPPH sedangkan tertuduh tahu dan sedar perkara ini adalah tidak benar dan tertuduh juga tidak mendedahkan atau menjelaskan bahawa kadar faedah 7.5 peratus itu adalah tambahan kepada nilai yang diperaku dan dipersetujui oleh JPPH.

"Pihak pendakwaan akan membuktikan beliau (Dr Ling) bertanggungjawab ke atas LPK yang terletak di bawah seliaan kementeriannya dan beliau terikat di sisi undang-undang untuk melindungi kepentingan Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kadar faedah/kupon tambahan tersebut, telah menipu kerajaan Malaysia dengan sengaja," katanya.

Beliau menambah bukti-bukti akan dikemukakan melalui keterangan lisan dan dokumen bagi menunjukkan kesemua intipati pertuduhan terhadap tertuduh melampaui tahap keraguan munasabah.


Sumber: Bernama

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kota Raja Kenalpasti Lebih Pengundi 'Import'

Posted: 01 Aug 2011 02:00 AM PDT

PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, mereka pada awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.

Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.

PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.


Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.

Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.

"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.


Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Amid Political Struggles in Malaysia, Anwar Calls On SBY To Protect Reforms

Posted: 01 Aug 2011 03:31 AM PDT

Jakarta Globe
By Nivell Rayda

He praised former presidents B.J. Habibie, Abdurrahman Wahid and Megawati Sukarnoputri for their roles in helping the democratization process in his country, but Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim stopped short of adding incumbent President Susilo Bambang Yudhoyono to the list.

Speaking at a public lecture at the Indonesia Jentera School of Law on Saturday, Anwar noted the Yudhoyono administration's silence on the Malaysian government crackdown on the July 9 opposition-backed rally for electoral reform in Kuala Lumpur.

On that day, about 8,000 protesters defied riot officers in the Malaysian capital to push toward a stadium where they had initially planned to hold the rally, prompting the government to seek to seal off parts of the city.

Police descended upon the rally, firing teargas canisters.

Malaysian police said 1,667 people were arrested during the protest. As police stations became overwhelmed with detainees, the government began rounding up protesters in sports facilities.

Anwar himself was injured in the protests and his bodyguard hit in the face with a teargas canister.

Human Rights Watch, Amnesty International and other rights groups condemned Malaysian Prime Minister Najib Razak's approach to the rally, organized by a group calling itself the Coalition for Clean and Fair Elections, or Bersih 2.0, and his heavy-handed policing.

Despite being this year's chair of the Association of Southeast Asian Nations (Asean), Indonesia's leaders remained silent on the issue.

"I understand that Indonesia is engrossed in domestic problems," Anwar said in response to a question posed by an audience member about Indonesia's role in promoting democracy in Malaysia.

Anwar said that without directly intervening in Malaysian politics, the Yudhoyono administration could make an impact on the region and the Muslim world by safeguarding the outcomes of the reformasi movement that ousted President Suharto.

"Indonesia is a fine example of how a regime change can happen and democracy [can be] established without bloodshed, military intervention or foreign pressure," he said.

He expressed regret that 13 years since the fall of Suharto, many Indonesians felt the reform movement was straying from its purpose of clean government, and were beginning to think life was better under Suharto's 32-year rule.

"Indonesia owes it to the people who poured their tears and sweat and blood for democracy. They also owe it to many developing countries who see Indonesia's struggle for democracy as an inspiration," he said.

Teuku Faizasyah, the president's spokesman for international affairs, said Indonesia was focused on domestic issues.

"Indonesia does not want to interfere other countries' internal problems. There is also a lot going on domestically [in Indonesia] and they are our main priorities," he said.

The president, as chairman of Asean, had only been engaged in issues in other countries that had potentially damaging implications for the region, such as the border dispute between Thailand and Cambodia and promoting democracy in Burma, he said.

Hariyadi Wirawan, an international relations expert from the University of Indonesia, said recent tensions between Indonesia and Malaysia had forced Indonesia to take a neutral stance.

"Local politics is always a very sensitive issue and intervening could see relations between the two countries further deteriorate," Hariyadi said.

Indonesia's ties with Malaysia have fluctuated over the years, dating back to the time of the country's first president, Sukarno, who protested the establishment of then Malaya in 1961, calling it "a puppet country of the British empire."

In recent years, the ill-treatment of Indonesian migrant workers by their Malaysian employers, as well as border spats and Malaysian claims to items of Indonesian cultural heritage have fanned the flames.

Last year, a survey by the Indonesian Survey Circle found that 59 percent of respondents in 100 villages across Indonesia disliked Malaysia, higher than the 46 percent who harbored negative views of the United States.

But Anwar said he believed the international community would support Malaysia's struggle for electoral reform.

"The principle of justice is universal. I believe that for the same reason I have supported people like Aung San Suu Kyi [in Burma] and Nelson Mandela [in South Africa], the international community will not tolerate injustice, anywhere in the world," he said.

Despite the violent crackdown on anti-government rallies, Anwar said Bersih would not give up its struggle.

"The crackdown is a turning point and more people are considering that political reforms are the only way forward. That is what people in Malaysia are saying on social media," he said.

"I believe in the people of Malaysia. The Malaysian media and the government may have labeled me as a threat to the country and accused me of being a pawn for Zionists and the United States, but I believe the people can't be fooled."

Najib Terperangkap Soalan Mahasiswa

Posted: 01 Aug 2011 12:28 AM PDT

Keadilan Daily

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terperangkap dengan soalan yang dikemukakan mahasiswa ketika menghadiri Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.

Tindakan Najib  mengelak dari menjawab persoalan 'Melayu dahulu, Malaysia kemudian' oleh mahasiswa yang hadir persidangan itu, menunjukkan beliau tidak mempunyai gagasan pemikiran yang jelas, kata Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda KEADILAN,Saifullah Zulkifli.

Saifullah berkata, Najib cuba mengelak dari menjawab soalan itu dengan alasan tidak mahu ia dikaitkan dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedangkan rakyat pada umumnya tahu hubungan yang renggang antara mereka.

"Najib cuba 'playsafe' tentang soal 'Melayu dahulu, Malaysia kedua'. Sepatutnya Najib wajib menjawab persoalan yang dilontarkan. Anak muda mahu tahu pandangannya tentang itu,"

"Dalam masa yang sama, Najib cuba menunjukkan kononnya tiada konflik yang ketara di antara mereka. Sedangkan semua orang tahu tentang itu. Pemimpin Umno sekarang berusaha untuk menaikkan Muhyiddin," kata Saifullah.

Dalam pada itu katanya, Najib juga terperangkap dengan soalan mahasiswa apabila ditanya mengenai perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), 9 Julai lalu.

Saifullah berkata, jawapan Najib bahawa beliau menawarkan Stadium Shah Alam dan bukan Stadium Merdeka kepada gabungan itu,  menunjukkan  sikapnya yang diumpamakan seperti 'lidah bercabang'.

"Dia sendiri yang menyatakan – jika mahu berhimpun pergi ke stadium. Ini diucapkan oleh Najib sendiri semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri  (JPM) 4 Julai lalu.

"Sedangkan, dia tidak kata mana-mana stadium secara spesiifik. Mungkin benar kata orang-orang Umno. Sikap seperti ini yang menyebabkan mereka mahu cepat-cepat menurunkan Najib," kata Saifullah.

Rizal Doesn’t Deserve This

Posted: 31 Jul 2011 10:23 PM PDT

By Jarius Bondoc (The Philippine Star)

A Twitter message caused a stir in Kuala Lumpur political circles last week. Two reasons. It sullied the Philippine national hero Jose Rizal. And it allegedly was tweeted by Dato Zainab, wife of Malaysian envoy to Manila Dr. Ibrahim Saad.

Translated from Bahasa Twitter-speak, it went "That's usual. Anwar Ibrahim is clearly pro-Christian, an admirer of Jose Rizal the infidel Malay! Oh yes, don't forget…"

(Original: "@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa…" See http://twitter.com/datozainab/status/92163428017373184)

The tweet spoke of Anwar Ibrahim, former deputy prime minister, now Malaysia's Opposition head. He is visiting Manila to lecture Friday at the University of the Philippines-Diliman. Topic: the influences of Rizal and Ninoy Aquino on ASEAN leadership. The event is timed with the yearlong celebration of Rizal's 150th birth anniversary. August marks the martyrdom of Ninoy (1983) and the passing of wife President Cory (2009).

Prime Minister Najib Razak's long-ruling party loathes Anwar so, and is striving to deflate his political clout. In 1999 Razak's mentor, PM Mahathir Mohamad, charged Anwar with corruption and sodomy. In jail Anwar was so inspired by Rizal's Noli Me Tangere and El Filibusterismo that he read the novels twice. The court acquitted him in 2004, but with a caveat to shun politics for five years. He sat out the 2008 federal election, yet his party won unprecedented five of 13 states. Weeks later he was indicted anew for sodomy.

Witnesses have flip-flopped; still trial is to begin this August 8. In 2010 Anwar won a special parliament poll, and came close to snatching the PM post by seven votes. Meanwhile, Razak is under fire for hundred-million-euro kickbacks as defense minister in a 2002 submarine purchase, and the murder of a Mongolian model. Three weeks ago riot squads broke up a protest in Kuala Lumpur, aiming teargas canisters at Anwar's head. One hit an aide marching beside him in the eye.

Calling Rizal an "infidel Malay" is insolent, to say the least. He is honored in Malaysia, Indonesia and the Philippines as "The First Malay." In the late 1800s long before independence revolutions, he had advocated equal treatment by British colonialists of Malays, the Dutch of Indonesians, and Spaniards of Filipinos. Shrines, parks and halls dedicated to Rizal abound in Malaysia (and Indonesia, Hong Kong, China, Sri Lanka, North and South America, Germany, Belgium, England, Russia and Spain).

Rizal is described as the "pride of the Malay race" for his prolific works. He was a painter, sculptor, sportsman, educator, doctor, biologist, novelist, essayist, diarist and poet. He spoke many languages, mostly European, but also Malay, Chinese, Hebrew, Arabic, and his native Tagalog.

Though born a Catholic, Rizal fought the Spanish friars, calling "a double-faced Goliath" the corrupt religionists and abusive colonialists. Extremist Muslims use "kafir" derogatorily to refer to non-Muslims, as in, "all infidels must die." Overzealousness breeds Islamist terrorists, like the Abu Sayyaf in Sulu-Basilan, who in turn incite Christian right-wingers like the recent Norway massacrer. If true that a diplomat's wife is defiling the memory of Rizal as "infidel," then it not only drives a fanatical religionist wedge in Southeast Asian ties. It also derides global peace efforts through interfaith dialogue.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


BALU ALLAHYARHAM BAHARUDDIN AKAN FAILKAN USUL DI MAHKAMAH TINGGI

Posted: 31 Jul 2011 10:05 PM PDT

Balu Arwah Baharudin bin Ahmad akan memfailkan Notis Usul di Mahkamah Tinggi esok jam 1.30 petang 1/8/2011 untuk memohon satu siasatan khas di adakan berhubung dengan kematian suaminya kerana sehingga hari ini pihak Mahkamah Majistret /Jabatan Peguam Negara masih tidak memberi maklum balas terhadap surat peguam yang memohon suatu siasatan khas di jalankan menurut Kanun Prosedur Jenayah. 


Satu sidang akhbar akan diadakan juga nanti.

harap maklum

Ahmad Jufliz bin Dato Faiza
Peguambela dan Peguamcara bagi keluarga Arwah Baharudin bin Ahmad

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Bahagian BN diminta kemuka nama calon kepada Najib

Posted: 31 Jul 2011 11:22 PM PDT

dipetik dari Malaysiakini.com



Semua parti komponen BN pada peringkat bahagian di semua 222 kawasan pilihan raya parlimen telah diminta mengemukakan nama calon yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin atasan secepat mungkin.

Akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada tajuk utamanya yang memetik sumber berkata semua bahagian menerima arahan itu sejak dua atau tiga bulan lalu yang meminta mereka mengemukakan senarai calon berdasarkan agihan kerusi yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka.

Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan.

Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat.

Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk "menyaring" calon menjelang pilihan raya umum akan datang.

Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja.

"Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya," kata ahli parlimen itu.

Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen.

"Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya," kata sumber itu sambil menambah 'kerusi sasaran' itu kini 'dijaga' oleh menteri dan timbalan menteri BN.

Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan.

Pulau Ketam yang pertama guna dakwat kekal

Posted: 31 Jul 2011 07:25 PM PDT

Pulau Ketam di Selangor mencatatkan dua sejarah di Malaysia dalam pilihan raya ketua kampung hari ini - sebagai negeri pertama menghidupkan semula amalan itu selepas 46 tahun, dan yang pertama menggunakan dakwat kekal untuk proses mengundi bagi mengelakkan penipuan.

NONEExco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang
menjadi perintis dalam usaha memulihkan pilihan raya ketua kampung di tiga buah kampung, menjelaskan bahawa pilihan raya tempatan telah dibekukan pada tahun 1965.

Perkampungan Cina di Klang ituadalah yang pertama dalam inisiatif kerajaan negeri untuk menghidupkan semula amalan tersebut, walaupun PKR Perakpernah menimbang idea itu sewaktu mentadbir sekejab negeri itu sebelumnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ean Yong berkata pilihan raya itu menggunakan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda.

Menurutnya, dalam proses pengundian hari ini, ibujari setiap penduduk yang menerima kertas undi, ditandakan dengan dakwat kekal.

Menjawab soalan, Ean Yong berkata semuanya berjalan lancar dan beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung dasar baru itu.

pulau ketam village head election 310711 indelible inkPenggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan utama BERSIH 2.0 yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam pilihan raya negara. Ia dikatakan murah dan berkesan dan mudah dilaksanakan, berbanding dengan sistem berteknologi tinggi biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan.