The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- TANAH ORANG ASAL DICEROBOH ATAS NAMA PEMBANGUNAN
- DASAR TANAH ORANG ASAL
- BENARKAH PENEROKA BERHUTANG DENGAN FELDA?
TANAH ORANG ASAL DICEROBOH ATAS NAMA PEMBANGUNAN Posted: 01 Aug 2011 10:11 PM PDT Semasa penjajahan Inggeris dahulu tanah-tanah Orang Asal telah direzabkan sebagai Rezab Orang Asal dibawah Warta Kerajaan bagi melindungi dan menjaga hak dan kepentingan Orang Asal keatas tanah mereka. Rezab Tanah Orang Asal itu telah diwartakan tetapi selepas Merdeka dibawah pemerintahan UMNO/Perikatan/BN, Warta Kerajaan itu telah ditarik balik dan semua Tanah Rezab Orang Asal telah menjadi tanah Kerajaan Negeri yang tidak lagi memberikan hak kepada Orang Asal. Maka Orang Asal kehilangan semua hak keatas tanah termasuk tanah Adat, Kawasan Rayau, Tanah Kubur, Tanah Ladang, dan Tanah Kampong mereka. Tanah-tanah Orang Asal itu mula diceroboh atas nama pembangunan oleh syarikat-syarikat swasta dan syarikat-syarikat milik kerajaan yang tidak memberikan sebarang menfaat kepada Orang Asal. Kawasan-kawasan hutan disekitar perkampongan mereka dijadikan ladang-ladang termasuk FELDA dan ladang-ladang swasta; Orang Asal tidak diberikan kesempatan untuk menyertai ladang-ladang itu khususnya rancangan-rancangan Felda yang dibangunkan diatas tanah-tanah yang dahulunya menjadi hakmilik nenek moyang mereka. Pencerobohan yang diizinkan oleh Kerajaan UMNO/BNitu masih diteruskan sehingga kawasan perkuburan mereka pun turut dicerobohi. Pencerobohan ini mesti dihentikan. Orang Asal tidak lagi dapat berlindung kepada Kerajaan UMNO/BN bagi melindungi tanah mereka dan segala tuntutan yang dikemukakan oleh badan-badan NGO Orang Asal dipandang sepi oleh Kerajaan UMNO/BN. Parti Keadilan Rakyat dianggap sebagai benteng mempertahankan tanah Orang Asal. Didalam Forum mengenai Dasar Tanah Orang Asal di Seremban anjuran Parti Keadilan Rakyat pada 7hb Julai 2011 telah merumuskan bahawa semua tanah Orang Asal iaitu tanah adat, tanah rayau, tanah kubur, tanah ladang, tanah kampong dan tanah untuk kemudahan sosial, kebajikan dan awam/asas, diwartakan itu adalah kesalahan jenayah yang berat. Parti Keadilan Rakyat memikul amanah bagi menjaga kepentingan dan hak Orang Asal dan perjuangan yang adil dan besar ini hendaklah disokong oleh semua Orang Asal. |
Posted: 01 Aug 2011 09:57 PM PDT Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah menganjurkan Forum mengenai Dasar Tanah Orang Asal pada 7hb Julai 2011 di Seremban sebagai tuntutan Orang Asal bagi menyelesaikan dasar yang jelas dari Parti Keadilan Rakyat mengenai tanah mereka. Forum itu telah membuat rumusan yang dipersetujui oleh asemua kelompok Orang Asal seperti berikut: 1. Orang Asal menolak dasar tanah UMNO/BN seperti yang dinyatakan didalam Akta 134 kerana dasar itu merugikan Orang Asal dari segi jangka pendek dan jangka panjang; 2. Semua tanah Orang Asal iaitu merangkumi Tanah Adat, Kawasan Rayau, Tanah Kubur, Tanah Ladang, Tanah Kampong dan Tanah Untuk Kemudahan awam dan asas hendaklah digazetkan dibawah Warta Kerajaan (yang tidak boleh dibatalkan); sebarang pelanggaran/pencerobohan oleh mana-mana pihak keatas tanah yang diwartakan ini adalah satu kesalahan yang berat; 3. Mana-mana Orang Asal yang berhajat mendapatkan geran tanah untuk tanah kampong dan tanah ladang mereka di kawasan yang digazetkan itu boleh membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa; hanya Orang Asal sahaja yang layak dan berhak untuk membuat permohonan tersebut; mana-mana Orang Asal yang berhajat membuat permohonan tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membuat bayaran yang dikenakan akan diberikan kemudahan memuat bayaran secara beransur-ansur. Rumusan ini hendaklah dimasukkan kedalam Manifesto Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat/Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan hak Tanah Orang Asal. |
BENARKAH PENEROKA BERHUTANG DENGAN FELDA? Posted: 31 Jul 2011 11:13 PM PDT Didalam dialog diantara Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat ke Felda Palong 6, Jempol, Negeri Sembilan, pada 30hb Julai 2011 dengan peneroka-peneroka, persoalan telah ditanyakan oleh seorang peneroka Felda mengenai mekanisme pengiraan hutang peneroka yang dibuat oleh Felda. Seorang peneroka, Sdr Razali, telah mengemukakan Penyata Hutang tanpa Penyata Kira-Kira yang lengkap yang menyebutkan hutangnya sudah menghampiri RM95,000.00. Beliau tidak puas hati bagaimanakah hutangnya sudah meningkat begitu tinggi. Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh 3 tahun pertama semasa proses tanam semula dijalankan, mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan dan Felda telah menyediakan elaun sara hidup yang dikira hutang. Untuk kerja-kerja tanam semula itu, beliau menyatakan bahawa Felda telah menggunakan wang yang terkumpul hasil dari caruman darinya yang disimpan oleh Felda sejumlah RM17,000.00 dan Felda juga menggunakan wang cess dari RISDA. Apabila tanaman mereka (getah) mula mengeluarkan hasil setelah tempoh tiga tahun, mereka diberikan elaun sara hidup yang dikira hutang sebanyak RM1500.00 sebulan. Maka hutang yang mereka tanggung melibatkan elaun sara hidup, wang baja dan wang racun. Peneroka tertanya-tanya bagaimanakah hutang mereka boleh melambung hingga RM95,000.00. Dengan pengiraan yang mudah, peneroka-peneroka boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM8,000.00 setiap bulan selepas tahun ke-3 tanam semula. Dengan pengiraan ini, peneroka-peneroka boleh berpendapatan sebanyak RM8000.00 sebulan x 12 bulan x 5 tahun (iaitu 5 tahun selepas kebun mereka boleh mengeluarkan hasil) berjumlah RM480,000.00 dan jika sebenarnya hutang mereka kepada Felda adalah berjumlah RM95,000.00, maka dalam tempoh 5 tahun selepas pengeluaran hasil, masih ada lebihan RM385,000.00 (Pendapatan sebenar tolak perbelanjaan). Maka sebenarnya bukan Peneroka yang berhutang dengan Felda tetapi Feldalah yang berhutang dengan jumlah hutang sebanyak RM385,000.00. Peneroka-peneroka di Felda Palong 6 dan di Felda Pasoh 1 bersetuju untuk melantik seorang akauatan bagi menyediakan kira-kira terperinci mengenai segala kos pembangunan yang dikeluarkan oleh Felda bagi tujuan tanam semula dan elaun sara hidup bagi tempoh 3 tahun kebun-kebun peneroka belum mengeluarkan hasil, dan kos-kos lain termasuk elaun sara hidup yang dikira hutang setelah kebun-kebun mereka mengeluarkan hasil, dan jika didapati benar bahawa Felda terhutang dengan peneroka-peneroka, maka proses rundingan akan dibuat dengan Felda untuk pembayaran kembali lebihan pendapatan peneroka-peneroka dan jika Felda enggan berunding, maka peneroka-peneroka akan memulakan proses saman terhadap Felda bagi pengembalian wang lebihan tersebut. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan