Khamis, 28 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib PM Terakhir Umno

Posted: 28 Jul 2011 04:24 PM PDT

Dari JalanTelawi.com
Oleh Hasmi Hashim

"Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan".

~ A. Samad Said, Sasterawan Negara.

Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang 'sebenarnya' terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, "pengkhianat" yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.

Tuduhan "pengkhianat" mahupun "al-Qaeda" tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri.

Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.

Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden.

Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai "golongan bangsawan".

Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.

Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.

Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata…

Memandang kepada susur-galur Dato' Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato' Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato' Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.

Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa 'gerun' di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa 'lusuhnya' Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, "Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh."

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa.

Dr Jeyakumar Lancar Mogok Lapar Sehingga Semua Tahanan EO Dibebas

Posted: 28 Jul 2011 12:35 AM PDT

KeadilanDaily

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar  yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), hari ini melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Mohanarani Rasiah ketika menemui suaminya itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurut Moharani, suaminya itu sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai lalu.

"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM 6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah.

"Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," kata Mohanarani dalam satu kenyataan hari ini

===

KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28
Julai 2011

Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan

Apabila saya jumpa suami saya Dr
Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya
yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam
aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.

Menurutnya, polis enggan berganjak
dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab
kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak
dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau
pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada
agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .

Maka Dr
Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk
mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6
dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak
berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu
meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

1. Walaupun tuduhan keatas mereka
adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis
sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini
2. Walaupun sudah berkali-kali
dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan
fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan
transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu
keatas PSM 6
3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini
hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat "frame-up"
tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke
luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah
bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.
Dr. Jeyakumar
menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk
mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan
kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13
tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan
jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.

Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah
memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3
laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah
sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau
tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai
sia-sia sahaja. Polis masih 'menembak secara liar' (shooting wildly).

Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang
kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau
menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau
hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.

Najib Harus Diundurkan

Posted: 28 Jul 2011 12:07 AM PDT

Malaysian Insider
Mohd Rashidi Hassan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk "Mubarak Model", apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan "Malaysia's Najib Must Abandon The Mubarak Model".

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan "serba tak kena" kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

Imej 3D Kecederaan Tulang Muka Saudara Fayyadh Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 28 Jul 2011 12:00 AM PDT

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Jakarta

Posted: 27 Jul 2011 08:17 PM PDT

Adalah dimaklumkan Dato’ Seri Anwar akan menyertai forum publik berjudul Akses Kepada Keadilan: Pengalaman Malaysia. Forum tersebut dianjurkan Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia, Jakarta. Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia merupakan antara organisasi swadaya masyarakat(NGO) yang berpengaruh di Indonesia. Berikut merupakan butiran acara Dato’ Seri Anwar bersama Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia:

Tarikh: Hari Sabtu, 30 Julai 2011
Masa: 10 pagi – 12 Tengahari
Tempat: Ruang Indonesia Jentera School of Law, Puri Imperium Office Plaza UG 15, Jalan Kuningan Madya Kav. 5-6, Jakarta Selatan 12980

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


SAYA HANYA SEORANG RAKYAT MALAYSIA - PM ITU MILIK RAKYAT.

Posted: 28 Jul 2011 02:23 AM PDT

AMPANG JAYA 28 JULAI : Pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan menafikan sekeras-kerasnya beliau antara yang berniat mahu mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri itu semalam.
"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat,"katanya.
Pada satu sidang media yang diadakan hari ini, Fareez berkata, ekoran penahannya semalam beliau dihentam di Twitter, Facebook dan blog pro Umno kerana didakwa cuba mensabotaj program edaran Jalur Gemilang semalam.

PEMIMPIN BN DAYUSDAN MENGKHIANATI ASPIRASI RAKYAT SELANGOR

Posted: 28 Jul 2011 02:09 AM PDT

GENTING 27 JULAI : Pihak tidak bertanggungjawab dikesan cuba mensabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Perkara ini didedahkan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada sesi temu rapat Menteri Besar bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pentadbir Tanah/Daerah Negeri Selangor di Hotel Awana, Genting Highland.
Beliau berkata, pihak berkenaan menghasut penduduk dengan mendakwa program MES yang diperkenalkan Kerajaan Selangor tidak membawa manfaat kepada rakyat.
Tanpa berselindung, Nor Hisham mendedahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor bertanggungjawab memburuk-burukkan program MES di kalangan penduduk di daerah itu.
Sehubungan dengan itu, Nor Hisham mencadangkan Kerajaan Negeri memperhebatkan promosi dan hebahan program MES supaya tiada lagi pihak tertentu yang memutar belitkan fakta tentang kebaikan MES.
Mengulas pendedahan itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, sikap pemimpin membuktikan mereka dayus dan mengkhianati aspirasi rakyat yang mahukan lebih banyak program kebajikan.
Beliau berkata, walaupun berbeza fahaman politik, wakil rakyat BN berkenaan sepatutnya membantu rakyat mendapat bantuan kebajikan yang ditawarkan kerajaan negeri.
"Bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor diagihkan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik. Amat tidak adil rakyat diberikan fahaman yang salah mengenai bantuan kebajikan ini sedangkan mereka berhak menerima bantuan yang disediakan," katanya.
Faekah menasihatkan wakil rakyat berkenaan supaya berhenti memainkan politik kotor dan memanipulasikan rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan pada masa yang sama menjadikan rakyat tidak bersalah sebagai mangsa.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Felda fails to evict settler

Posted: 28 Jul 2011 03:30 AM PDT

dipetik dari FMT

SEREMBAN: A Felda settler scored a landmark victory at the Seremban High Court today when the judge declared that the land authority had committed an unlawful act in evicting him from the Palong 9 resettlement scheme.

Felda ordered Che Hashim Che Long out of the scheme in April last year on the ground that his son had attacked the manager of the scheme during a quarrel, his lawyers told FMT.

Judge Zulkifli Bakar, who gave his verdict in chambers, said Felda had violated the Land (Group Settlement Areas) Act in its failure to give notice of the eviction. In so doing, it had denied Che Hashim his rights under natural justice, lawyer Abdul Nasir Abdul Aziz quoted the judge as saying.

Felda was ordered to pay RM5,000 in costs, he added.

Che Hashim was not the first settler that Felda had evicted, but the first to challenge the action in court.

"There had been a few cases of Felda settlers being evicted for various reasons, but they never stood up for themselves," said lawyer T Kumar, who also represented Che Hashim.

"Che Hashim's courage to fight to the end definitely makes this is as a landmark victory. This case sets a precedent."

Kumar, who is PKR's deputy secretary general, has won several cases for Felda settlers in recent months.

The lawyer representing Felda refused to comment on the judgment or give her name to FMT.

The manager of Felda Palong 9 also refused to comment.

Bantu Fakir Miskin Di Seremban (Dun Sikamat)

Posted: 27 Jul 2011 08:02 PM PDT



KEADILAN Cabang Seremban dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat mengalu-alukan sumbangan anda untuk menjayakan program bantuan kepada fakir miskin di kawasan itu.

Pada Ramadhan lalu, mereka menyumbangkan keperluan makanan asas kepada kira-kira 122 warga miskin di kawasan itu.

"Pada tahun ini, kami mensasarkan untuk mengumpulkan pakej sumbangan makanan kepada 150 keluarga miskin di kawasan ini.

"Sehubungan itu, saya merayu sokongan semua teman dan masyarakat bagi menjayakan program ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.com.

Program Sumbangan Makanan Asas adalah seperti berikut :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak Botol
6. Sardin Tin
7. Teh / Kopi / Milo
8. Biskut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Khalid – Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sikamat, Tel : 017-6199275
Hj Khidir – Bendahari cabang Seremban, Tel: 013-3687695
atau Aminuddin Harun : 019-6510167 , Blog http://aminuddinharun.blogspot.com/

Sumbangan melalui bank :
Nama akaun Parti Keadilan Rakyat Seremban
Bank : Bank Islam (Cawangan Port Dickson)
No akaun : 05-049-01-0013694

Pakatan kata SPR mengaku pengundi hantu wujud

Posted: 27 Jul 2011 07:57 PM PDT

dipetik dari Malaysiakini.com

Pakatan Rakyat hari ini berkata langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik, secara tidak langsung, mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulangkali memang wujud dalam amalan pilihan raya di negara ini - satu isu yang sering dibangkitkan oleh gabungan pembangkang.

NONEBagaimanapun, gabungan itu menentang pelaksanaannya
kerana ia hanya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan pelbagai dakwaan penipuan yang berlaku selama ini.

Dalam satu kenyataan bersama melalui sekretariat Pakatan, ia menganggapnya "pengakuan tidak langsung" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menyokong cadangan pelaksanaan sistem tersebut, adalah ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli; setiausaha antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Langkah SPR mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulangkali adalah bukti bahawa pimpinan BN sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai (kumpulan pembaharuan pilihan raya) BERSIH 2.0.

"Maka kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH 2.0 dan turun ke himpunan aman pada 9 Julai baru-baru ini.

"Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan BN akan terus menafikan bahawa penipuan ini wujud," kata mereka.

Namun begitu, kata mereka, penerimaan terbuka SPR dan BN
itu, diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah - bukannya menyelesaikan pelbagai dakwaan penipuan yang berlaku selama ini.

"Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

voter registration campaign 110707 registration"Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem.

"Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan," tambah mereka.

Lebih penting lagi, tegas mereka, ialah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah.

"Iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13," tegas mereka.

Justeru, kata mereka, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat, apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan.

"Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi.

"Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi dan ejen pengiraan dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama.

"Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi," tambah mereka.

Menurut mereka lagi, kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.

"Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH 2.0," tambah mereka.

Oleh itu, tegas mereka, SPR wajib kembali kepada lapan tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH 2.0, terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

"Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat," tambah mereka.