Anwar Ibrahim |
- Najib PM Terakhir Umno
- Dr Jeyakumar Lancar Mogok Lapar Sehingga Semua Tahanan EO Dibebas
- Najib Harus Diundurkan
- Imej 3D Kecederaan Tulang Muka Saudara Fayyadh Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim
- Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Jakarta
Posted: 28 Jul 2011 04:24 PM PDT Dari JalanTelawi.com "Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan". ~ A. Samad Said, Sasterawan Negara. Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden. Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0. Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang 'sebenarnya' terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama. Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, "pengkhianat" yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman. Tuduhan "pengkhianat" mahupun "al-Qaeda" tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri. Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri. Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden. Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai "golongan bangsawan". Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya. Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan. Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata… Memandang kepada susur-galur Dato' Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato' Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato' Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan. Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh. Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas. Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa 'gerun' di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM. Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25? Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan… Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik. Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa 'lusuhnya' Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia. Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, "Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh." Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai. Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa. |
Dr Jeyakumar Lancar Mogok Lapar Sehingga Semua Tahanan EO Dibebas Posted: 28 Jul 2011 12:35 AM PDT Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), hari ini melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan. Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Mohanarani Rasiah ketika menemui suaminya itu kira-kira jam 11 pagi, semalam. Menurut Moharani, suaminya itu sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai lalu. "Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM 6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah. "Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," kata Mohanarani dalam satu kenyataan hari ini === KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28 Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan Apabila saya jumpa suami saya Dr Menurutnya, polis enggan berganjak Maka Dr 1. Walaupun tuduhan keatas mereka Dr Jeyakumar memberitahu polis dan Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang |
Posted: 28 Jul 2011 12:07 AM PDT Malaysian Insider Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas. Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa. Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum. Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan. Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008. Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden. Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak. Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk "Mubarak Model", apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0. Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan "Malaysia's Najib Must Abandon The Mubarak Model". Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak. Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan. Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis. Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan. Najib berada dalam keadaan "serba tak kena" kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat. Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka. Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN. Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat. Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan. |
Imej 3D Kecederaan Tulang Muka Saudara Fayyadh Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 28 Jul 2011 12:00 AM PDT
Klik disini untuk melihat :- Imej 3D tulang muka fayyad yang dikeluarkan oleh Hospital Perubatan Pantai |
Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Jakarta Posted: 27 Jul 2011 08:17 PM PDT Adalah dimaklumkan Dato’ Seri Anwar akan menyertai forum publik berjudul Akses Kepada Keadilan: Pengalaman Malaysia. Forum tersebut dianjurkan Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia, Jakarta. Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia merupakan antara organisasi swadaya masyarakat(NGO) yang berpengaruh di Indonesia. Berikut merupakan butiran acara Dato’ Seri Anwar bersama Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia: Tarikh: Hari Sabtu, 30 Julai 2011 |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan