Khamis, 16 Jun 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SIVARASA's Press Conference at Parliament re: Radiation Leak

Posted: 16 Jun 2011 03:31 AM PDT

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


ULAMAK KARTUN?

Posted: 16 Jun 2011 03:51 AM PDT

(Memperkartunkan agamawan yang memperkartunkan diri mereka)

Salam 2 all.

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama', yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A'raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan 'ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para 'ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab "kami tak tau!!!".

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan 'ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan 'ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!

Kepada jaguh-jaguh kampung yang tetiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka tu dulu. Cuba mike pikio sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang mike dok buat selama ini tidak menghina Islam, menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, dan sebenarnya menghina diri sendiri!

1. mike meredhai penyalahgunaan kalimah ALLAH untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan kristian juga berhak menggunakan nama ALLAH walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh ALLAH yop. Mike tau pasal apa, pasal mereka menolak ALLAH Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti. Bukan sahaja mike meredhai kristian mensyirikkan kalimah ALLAH, mike putar habis ayat Quran hadis Nabi saw untuk menghalalkan kekufuran itu. Dan yang lebih teruk, mike maki hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah ALLAH ini. Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

2. mike meredhai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan, dan dia beri amaran "langkah mayat dia dulu" kalau nak buat negara Islam. Belum pun sikafir harbi ni mati, mike semua mematikan perjuangan negara Islam mike. Dan mike hina ALLAH dan Rasulullah saw dengan mendakwa rupa-rupanya dalam Al Quran tak ada sebut tentang Negara Islam. Mike hina kawan mike sendiri Almarhum Ustadz Ibrahim Libya yang mike fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Mike hina ulama' besar Dato' Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab "Ciri-Ciri Negara Islam". Hari ini mike nak kata kartun tu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

3. mike meredhai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihanraya DUN Sarawak dari PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi kesekolah. Bukan sahaja mike tetiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu mike maki hamun, sampai ada yang diancam! Kalu dulu mike akan melompat lebih dulu dari teman sambil cabut pedang mengisytihar jihad fisabilillah kepada mereka yang murtad. Hari ni mike dah jadi tak lebih macam tepong custard. Dan hari ni mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

4. mike meredhai orang yang menganut aqidah pluralisma. Terang-terang mereka kata "semua agama sama, menuju kearah yang sama". Sedangkan mike semua diberi 'ilmu oleh ALLAH, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. ALLAH tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir. Tetapi tetiba mike jadi syaitan bisu bila rakan sekutu mike mengisytiharkan ALLAH milik semua orang, samada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ni mike nak kata kartun itu tidak Islamik! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

5. mike meredhai seorang penentang Islam menjadi pemimpin mike untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang mike sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum "Masuk Islam". Dulu mike bersama teman sebaris dihadapan Majlis Peguam menentang. Dulu mike satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Mike rempuh forum IFC sehingga ada diantara mike masuk penjara. Mike isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini mike angkat kaum itu sebagai ketua mike untuk berhimpun secara haram. Dan mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

6. mike menentang fahaman syi'ah. Mike umum bahawa orang yang berfahaman syi'ah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika/ Yahudi dan kafir Barat la'natullah, mike marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian. Tetiba mike mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Mike kompangkan inilah pemimpin-pejuang yang menjadi "kabinet perang" ke Putrajaya. Mike telan habis apa yang mike ludahkan selama ini. Tetiba kartun itu mike fatwakan menghina Islam!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

7. mike bertakbir jihad bila isu videoklip VK Lingam meletus. Mike desak VK Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, mike tanpa sebarang keraguan, dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim Thamby Chik wajib dihukum. Bila muncul videoklip Chua Soi Lek, mike tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Chua Soi Lek wajib letak jawatan, dan dihukum. Bile si Balasubramaniam buat SD dengan bayaran RM5-00 tu memfitnah PM berkaitan Altantuya, mike terus hunus pedang menghukum PM.

Tapi bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol liwat, tanpa sedikit keraguan, tanpa bertanya Saiful dan tanpa menyiasat, terus mike hukum qazaf keatas Saiful, mike tuntut dia disebat 80 kali. Dan tetiba bila muncul videoklip manusia yang mike taqsubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang turut bersama; terus mike fatwakan videoklip itu besi, tidak boleh jadi saksi. Mike terus fatwakan ini isu qazaf, mike putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga mike fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat jugak kena bawak 4 orang saksi. Tetiba bila kartun itu melakar-kartunkan apa yang mike fatwakan; mike kata ia menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

Teman nak tutup yop dengan peringatan ALLAH didalam surah Yaasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:

"Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tertengadah keatas. Kami jadikan (ketaqsuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang dihadapan, dibelakang mereka, dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat. Sama sahaja bagi mereka, samada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman)".

Dibulan Rejab penuh sejarah, dari Isro' wal Mi'raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan mike semua supaya bertaubat dan beristghfarlah kepada ALLAH, pohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredhaan dan keberkatan, dan mohonlah dimasukkan kedalam golongan yang beriman. Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi tadi sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah juga digerhanakan ALLAH swt.

Janganlah kita ni muncul sekadar menjadi mujahiddin dan ulama' kartun je yop!!! Sebenarnya mike yamg telah menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, DAN mike juga sebenarnya telah memperkartunkan diri sendiri yop! Jadi bila orang memperkartunkan sikap kartun mike, janganlah marah yop. Sebab sebenarnya, hakikatnya, memang mike telah memperkartunkan agama dan diri mike sendiri!

Mereka sekadar melakarkannya kekartunan perangai mike tu sebagai peringatan kepada mike. Ambillah itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan. Sepatutnya mike semua bersyukur masih ada lagi dikalangan umat yang mahu menegur, dan ALLAH swt masih memberi peluang dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Rejab 1432
16 Jun 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


RAPAT ANAK MUDA 13.0

Posted: 16 Jun 2011 07:11 PM PDT


Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan mengajurkan program "Rapat Anak Muda 13.0″ pada 18 Jun ini di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam.

Program khas itu akan menghimpunkan anggota AMK seluruh negara bagi menjayakan aktiviti yang disediakan.

Menurut Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman, AMK mengerahkan semua pimpinan khususnya ketua AMK negeri dan barisan exco untuk mengumpul anggota bagi menyertai program itu.

"Semua pimpinan AMK khususnya Ketua-ketua AMK negeri dan Exco-exco adalah diarahkan untuk mobilisasi anggota AMK untuk hadir ke program ini seramai mungkin.

"Semua arahan mobilisasi telah dikeluarkan kepada ketua-ketua AMK negeri dan exco-exco terlibat. Kerjasama semua exco adalah sangat penting untuk menjayakan rapat ini," kata Syed Badli dalam kenyataannya hari ini.

Program tersebut dijadualkan bermula jam 8 hingga 12 tengah malam manakala pendaftaran peserta bermula seawal jam 6 petang.

Katanya, bagi peserta yang datang dari jauh akan disediakan tempat penginapan.

"Penginapan disediakan, tempat adalah terhad dan diutamakan kepada mereka yang jauh," ujarnya.


- Pimpinan/Ahli AMK di seluruh negeri Johor wajar mengambil kesempatan untuk hadir bersama-sama bagi mendengar amanat pimpinan tertinggi parti sebelum kita berdepan dengan PRU-13 nanti.

APA BEZANYA KARTUN UTUSAN MALAYSIA DENGAN KENYATAAN PIMPINAN UMNO/BN

Posted: 16 Jun 2011 06:15 PM PDT


(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'. MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".



(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA' (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Karikatur: Utusan Malaysia Sudah Jadi ‘Denmark Malaysia’, Kata Nik Aziz

Posted: 16 Jun 2011 03:11 AM PDT

Dari Malaysian Insider

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkanUtusan Malaysia milik Umno sebagai "Denmark Malaysia" ekoran penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.

Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.

"Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam.

"Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut," kata Nik Aziz (gambar) pada laman sosial Facebook beliau hari ini.

Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Tindakan itu mendapat kecaman  hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka.

Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi "Bagus . . . Alat itu pun boleh jadi bukti!".

Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.

Karikatur itu muncul ketika isu video seks yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih menjadi bahan perbualan.

Golongan ulama termasuk PAS mengecam penggunaan video seks itu yang turut didakwa bertujuan menyebarkan fitnah dan mengaibkan individu tertentu.

Kecaman itu turut dibuat dalam bentuk usul pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 awal bulan ini.

Pakar: RM1.8 juta Untuk Laman FB ‘Agak Tinggi’

Posted: 15 Jun 2011 11:59 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pakar media sosial Dave Duarte berpendapat harga RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi laman Facebook Pelancongan Malaysia tidak menjamin akan membawa kejayaan besar.

Pengarah urusan Huddlemind Labs di Afrika Selatan itu berkata kempen media sosial yang berjaya harus melabur lebih banyak dalam pengiklanan seperti Google Ads, bagi menarik lebih ramai pengunjung berbanding membangunkan platfom.

Katanya RM300,000 adalah ‘agak tinggi’ bagi setiap aplikasi Facebook.

"(Laman Facebook) sepatutnya dihubungkan kepada perkara lain seperti, mungkin TV," katanya ketika diwawancara selepas hadir pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur pagi ini.

Duarte berkata harga yang dibayar Pelancongan Malaysia itu jauh lebih tinggi daripada kos purata kempen media sosial Facebook yang berlegar di sekitar US$30,000 setahun.

Beliau yang pernah mengetuai beberapa kempen media sosial berkata berdasarkan pengalamannya bahawa bajet yang kecil boleh diterjemahkan kepada perniagaan yang besar.

Dewan Rakyat: Anwar Kembali Ke Gelanggang

Posted: 15 Jun 2011 11:13 PM PDT

Dari KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat kembali semula ke Dewan Rakyat selepas digantung selama enam bulan kerana mendedahkan khidmat firma perunding antarabangsa, APCO Worldwide dalam kerajaan.

Anwar bersama Azmin Ali (Gombak),  Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor) disambut dengan meriah ketika tiba di parlimen.

Kehadiran Anwar dan tiga lagi ahli parlimen berkenaan turut mencuri tumpuan media. Mereka dilihat turut dihadiahkan jambangan bunga oleh penyokong Pakatan di lobi parlimen.

Anwar yang diiringi pegawai peribadinya, kelihatan bersemangat dan dilihat berbual mesra sambil bertanya khabar dengan ahli-ahli parlimen yang menunggu ketibaan beliau.

Dalam masa yang sama, beliau sempat bertemu dan dilihat berbual dengan Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Karpal Singh yang sebelum ini menerima nasib yang sama.

Ketika media cuba mengajukan beberapa soalan, Anwar dengan nada bergurau menyatakan tiada apa yang perlu diulas.

Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan.

Ia berhubung pendedahan Anwar mengenai konsep 1Malaysia, yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meniru konsep One Israel yang diilhamkan oleh APCO Worldwide, sebuah syarikat pro Israel.

Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana menghina dewan apabila menyokong Anwar dan menuntut speaker membenarkan Ketua Umum KEADILAN itu mempertahan diri.

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 15 Jun 2011 09:23 PM PDT

16hb Jun 2011

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.

Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby.

Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.

 

Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.

Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.

Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.

Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan.

Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.

Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu.

Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Dato ‘Seri Najib Tun Razak.

Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato ‘Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato’ Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato ‘Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.

Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Dato ‘Seri Najib Tun Razak, Mustapha OmarOng, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadapFelda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?

Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.

 

ANWAR IBRAHIM

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Ceramah Perdana Hari Ini

Posted: 15 Jun 2011 04:58 PM PDT

Ceramah Perdana
16 Jun 2011 /Khamis
9.00 malam
Kg Jawa, Bukit Pelandok, Chuah Port Dickson.
Penceramah utama:
YB Dato' Johari Abdul, YB Suhaimi Shafie, YB Ng Sue Lim & YB Dato' kamarul Baharin Abbas.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Wabak penyakit Tibi sedang menular di Malaysia

Posted: 15 Jun 2011 10:57 PM PDT



Tibi: Kementerian Kesihatan perlu bertindak segera

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

Pihak kementerian juga digesa mengadakan gerak kerja pengesanan penyakit itu di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini.

Menurut beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu.

Katanya, oleh itu, satu kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit yang merbahaya itu.

"Pihak kementerian juga mesti mengadakan gerak kerja pengesanan di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing seperti di Kampung Pandan, Pandan Mewah dan Lembah Jaya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Adun Chempaka menjelaskan, menurut beberapa pihak, penyakit Tibi itu telah dibawa masuk ke negara ini oleh pendatang-pendatang asing.

Katanya, penyakit Tibi telah hampir pupus di negara kita, tetapi kini telah muncul kembali apabila berlaku kebanjiran pendatang asing.

"Kementerian Kesihatan mestilah memandang serius perkara ini dan tidak menunggu sehingga lebih ramai penduduk Ampang Jaya dijangkiti penyakit tersebut," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/3738-tibi-kementerian-kesihatan-perlu-bertindak-segera

Kes Penyakit Tibi Meningkat
April 1, 2011

KUALA LUMPUR – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit http://mynewshub.my/bm/2011/04/01/kes-penyakit-tibi-penduduk-malaysia-meningkat/

Tuberculosis Rises Again In MalaysiaMedia Summary
22/08/2010
Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries.
http://www.demotix.com/news/416648/tuberculosis-rises-again-malaysia

Sunday October 24, 2010
Knowing the disease
UNLIKE diseases that attack the lungs such as SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), not everyone infected with the tuberculosis (TB) bacteria becomes sick.
"We are facing a silent spread of the disease, because if I infect you, you only have a 5-10% of chance of becoming sick," says World Health Organisation (WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van Weezenbeek.
http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2010/10/24/health/7230369&sec=health

Tibi tidak mengenal mangsa
Utusan Malaysia
KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.
Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Jual kereta terpakai kena periksa aircond, gila ke?

Posted: 15 Jun 2011 07:25 PM PDT



Kerja gila ke, penjual kereta atau mana-mana rakyat yang nak jual kereta lama mereka perlu periksa pendingin udara di Puspakom. Senang cerita, tutup saja bisnes kereta terpakai ni. Rakyat pakai kereta sampai buruk, lepas tu jual sebagai besi buruk. Beli kereta baru lagi senang, tambah hutang lagi 9 tahun. Itu baru dinamakan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan.

Kisah sebelum ini, Tak lakulah kereta terpakai, kerajaan UMNO/BN tambah lagi beban rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/04/tak-lakulah-kereta-terpakai-tambah-lagi.html

PENGUSAHA KERETA TERPAKAI TERUS BERDEMO
Malaysiakini 15 Jun 2011

Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa hari ini.

Mereka mendakwa ia akan mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan di negara ini.

Menurut Naib Presidennya, Raymond Choo, akta berkenaan akan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos jauh lebih tinggi bagi perlaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, mengikut pindaan itu, semua kereta terpakai terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru.

"Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu atau dikenali sebagai B7 tidak termasuk pemeriksan wajib 4 perkara iaitu disebut B5.

"Sebelum ini hanya bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5 namun ia meningkat kepada RM90 untuk pemeriksaan B7 sebaik akta itu berkuatkuasa," katanya ketika menyertai demonstrasi aman bersama lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai bagi menbantah pindaan itu di Melaka hari ini.

Pendingan udara

Beliau berkata, sebelum ini B5, hanya membabitkan pemeriksaan enjin, badan, cermin dan penyambungan kenderaan tetapi dengan terlaksananya B7 akan melalui syarat yang lebih ketat.

"Perlaksanaan syarat tambahan itu antaranya turut mewajibkan semua kenderaan terpakai di pasang pendingin udara sebelum membolehkan ia dipindah milik.

"Untuk memenuhi semua syarat berkenaan, sudah pasti akan melibatkan kos lebih tinggi sehingga akan menjejaskan harga kenderaan terbabit.

"Jikalau sebelum ini, kami perlu memperuntukkan masa sekurang-kurang 3 hingga 4 jam di Puspakom tetapi dengan pemeriksaan tambahan ini akan mengambil masa yang lebih lama," katanya.

Raymond mendakwa, perlaksanaan tersebut sudah pasti akan menyebabkan harga kereta terpakai menjadi lebih rendah sehingga pengguna akan lebih suka memilih untuk terus menggunakan kereta berkenaan daripada ditukar baru.

"Yang turut menerima kesan, sudah pasti industri perbankan kesan dari kelembapan penjualan kenderaan terbabit.

"Malah kalangan pengusaha yang kekurangan modal juga akan merasa lebih terimpit apabila perlaksaan akta tersebut turut mensyaratkan kedai kereta melangsaikan segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum dijual kepada membeli baru," katanya yang mendakwa ramai pengusaha akan gulung tikar selepas ini.

http://malaysiakini.com/news/167022

Ceramah Perdana 16 Jun 2011 di Port Dickson

Posted: 15 Jun 2011 07:24 PM PDT

CERAMAH PERDANA
16 Jun 2011 /Khamis
9.00 malam
Kg Jawa, Bukit Pelandok, Chuah Port Dickson.
Penceramah utama:
YB Dato' Johari Abdul, YB Suhaimi Shafie, YB Ng Sue Lim & YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/06/ceramah-perdana-hari-ini.html

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Memorandum: Salahguna Kuasa Polis

Posted: 16 Jun 2011 12:58 AM PDT

Ketua Polis Negeri Perak YDH DCP DATO’ MOHD SHUKRI BIN DAHLAN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Jalan Sultan Iskandar 30000 Ipoh, Perak Tel: 05-2451222  Fax: 05-2533911 Salahguna Kuasa Polis terhadap Manivanan A/L Poonga Kami dari pihak Parti Keadilan Rakyat negeri Perak ingin membawa kes ini ke perhatian pihak tuan kerana menurut maklumat yang diterima oleh [...]

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 16 Jun 2011 12:56 AM PDT

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) [...]

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Soalan Jawab Lisan 15 Jun 2011

Posted: 15 Jun 2011 10:42 PM PDT

Kementerian Sumber Manusia menyifatkan peruntukkan sebanyak RM90 juta yang diluluskan pada tahun 2009 adalah tidak mencukupi serta menjelaskan peruntukan ini hanya dapat menampung 7,000 pelatih sahaja dari jumlah pelatih yang diunjurkan.

Menteri Sumber Manusia yang soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas yang mahukan penjelasan dari kerajaan berhubung atas alasan apakah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) meluluskan pinjaman sebanyak RM145.4 juta pada tahun 2009 sedangkan kerajaan hanya meluluskan RM90 juta.

Dalam pada itu Kementerian Sumber Manusia menjelaskan PTPK telah meluluskan penggunaan dana pusingan (Pungutan bayaran Balik) bagi menampung sebahagian keperluan tersebut iaitu sebanyak RM55.4 juta sebagai memberi peluang kepada 12,205 pelatih iaitu 50 peratus daripana unjuran untuk meneruskan latihan kemahiran yang diikuti pada tahun 2009.

PTPK yang diwujudkan pada tahun 2001 dan telah diperbadankan pada tahun 2006 melalui Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 adalah bagi membantu pelatih latihan kemahiran mengikuti latihan di 296 Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK, mereka ini akan mengikuti kursus Persijilan Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5 yang meliputi 12 kemahiran.

Berdasarkan unjuran dan kapasiti Penyedia latihan, sekurang-kurangnya sebanyak RM350 juta adalah diperlukan oleh 296 Penyedia Latihan berdaftar dengan PTPK untuk membiayai 25,000 pelatih latihan kemahiran setiap tahun khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kementerian juga memjelaskan dana pusingan tidak mampu menampung keperluan pembiayaan kepada pelatih yang meningkat setiap tahun disebabkan oleh pungutan bayaran balik yang masih rendah serta menegaskan kementerian masih memerlukan peruntukkan tahunan daripada kerajaan untuk menampung keperluan bagi melahirkan pekerja mahir negara.

Kesimpulan :

Kebiasaan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan adalah mengikut apa jua kertas kerja yang telah dikemukakan oleh kementerian terbabit, adakah setiap tahun kemenenterian tersebut tidak peka dengan segala kos-kos tambahan, jelas terdapat kelemahan dalam pentadbiran peruntukkan dalam Kementerian Sumber Manusia dan ini perlu pemantauan sepenuhnya dari kerajaan agar kos penggunaan wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja.