Khamis, 9 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan Biro Masyarakat Felda ke Gugusan Keratong, Selancar dan Palong

Posted: 09 Jun 2011 06:00 PM PDT

Kerjasama dari Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, PKR Negeri Pahang, PKR Negeri Sembilan dan PKR Johor telah menjayakan lawatan Biro ini ke Keratong 5, Keratong 10, Selancar 1, Palong 5 dan Palong 9.

Jawatankuasa yang menyertai rombongan lawatan ini dari Negeri Johor adalah Sdr Zabidie Abas, Pn. Natrah Ismail, dan Pn Siti Halijah Mohamad.

Dari Negeri Pahang diturunkan Sdr Rosli Ahmad, Sdr Rosni Arshad, Sdr Rabidin Kasmawi, dan Sdr Rosni.

Dari Negeri Sembilan adalah Sdr T.Kumar dan Sdr Rebin Birham.

Sdr Zabidie Abas adalah juga Setiausaha PKR negeri Johor, Pn Natrah Ismail adalah Ketua Wanita PKR Negeri Johor, dan Pn Siti Halijah adalah Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Sdr Rosli Ahmad adalah Ketua Penerangan Biro Masyarakat Felda Negeri Pahang merangkap Ketua PKR Cabang Jerantut, Sdr Rabidin adalah Ketua Cabang PKR Rompin, Sdr Rosni Arshad adalah Naib ketua Biro Masyarakat Felda PKR Pahang, Sdr Hamsi adalah AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pahang.

Sdr T. Kumar adalah Peguam dan Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pusat sementara Sdr Rebin Birham adalah Setiausaha Biro Masyarakat Felda PKR Pusat.

Jam 3.00 petang semua tenaga ini mengadakan dialog dengan peneroka-peneroka Keratong 5 dan jam lebih kurang 4.30 petang kami berpecah. Saya bersama-sama Sdr Zabidie, Pn Natrah, Pn Siti dan Sdr Rosli Ahmad berlepas ke Keratong 10 untuk mengadakan dialog disana; manakala Sdr Rebin dan Sdr T. Kumar berlepas ke Palong 9 dan Palong 5 di Negeri Sembilan, dimana sebuah Ranting PKR di Palong 5 telah dirasmikan.

Setelah selesai di Keratong 10, saya beredar ke Keratong 5 untuk Majlis Ceramah dan Sdr Rebin dan Kumar berlepas dari Palong untuk turut berceramah di Keratong 5, manakala Sdr Wak Rabidin, Sdr Rosni dan Sdr Hamsi menemani Sdr Zabidie, Pn Natrah, Pn Siti dan Rosli ke Selancar 1 untuk berceramah disana.

Lawatan ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang sedang disusun untuk rancangan-rancangan Felda di Jerantut, Bentong, Cameron Highlands, Pekan, Paya Besar, Bera dan Temerloh setelah selesai lawatan Biro ini ke Negeri Perak dan Negeri Selangor.

Juga sedang disusun adalah lawatan kali kedua rancangan-rancangan Felda di Negeri Johor.

Semasa berada di DUN Muadzam di Pahang, Biro ini telah mengedarkan lebih dari 600 borang permohonan menjadi peneroka baru dari anak-anak peneroka Felda didalam pelaksanaan Perkara 8 didalam Buku Jingga untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


UMNO Gusar Bila Rakyat Makin Celik

Posted: 09 Jun 2011 07:17 PM PDT


NGO: Remaja Ditembak Semasa Melutut

Posted: 09 Jun 2011 12:39 AM PDT

Dari Malaysiakini

Laporan bedah siasat ke atas tiga remaja yang ditembak mati oleh polis pada tahun lalu menunjukkan mereka ditembak dari jarak dekat, dakwa NGO hak asasi Lawyers for Liberty.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati selepas dikejar pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Pihak polis sebelum ini mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

"Laporan bedah siasat bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak – yang bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan," kata peguam N Surendran.

"Bagaimanapun, menurut laporan bedah siasat sudut peluru menembusi kepala depan adalah dari 45 darjah dan keluar melalui belakang leher dan bagi tembakan di bahagian dada, (peluru) juga melalui 45 darjah di badan.

"Ini menunjukkan mangsa sedang melutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan," katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Post-Mortem Shows Teens Shot At Close Range

Posted: 08 Jun 2011 10:13 PM PDT

From Malaysiakini

Post-mortem evidence of the fatal shooting of three youths last year showed that they were gunned down by cops at close proximity, claimed civil rights NGO Lawyers for Liberty.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, and Hairul Nizam Tuah, 20, were gunned down by the police after a reported high-speed car chase in the early morning of Nov 13 in Glenmarie, Shah Alam.

The police had previously stated the youths had charged at the authorities with machetes, and were shot during the purported attack.

rights group on shooting deaths 041210 n surendran"The post-mortem contradicts the police version of the incident that they acted in self-defence and shot the boys, which means they would have been shot in the front," said lawyer N Surendran (right).

"However, the post-mortem report says the angle of the bullet was 45 degrees entering the forehead and exiting the back of the neck, and for the chest shot, (the bullet) similarly entered at a 45-degrees trajectory through the body.

"This indicates the victim was kneeling or in a lower position than the shooter," he said, referring to the autopsy report on Muhammad Syamil Hafiz.

Projek IC di Selangor: Polis Belum Siasat, Agenda Politik BN- Khalid Jaafar

Posted: 08 Jun 2011 09:56 PM PDT

Dari KeadilanDaily

Projek IC yang diperkenal semasa zaman Dr Mahathir untuk mendaftar warga asing sebagai pengundi di Sabah, sudah mula dikesan berjangkit ke negeri- negeri Pakatan Rakyat.

Bulan lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar membuat laporan polis berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Hulu Selangor.

Bagaimanapun Khalid berkata, beliau kesal kerana sehingga kini pihak berkuasa seolah-olah memejamkan mata, meskipun pihaknya mengemukakan bukti sepucuk surat yang dihantar Umno Hulu Selangor kepada Kementerian Dalam Negeri- bagi memohon kelulusan kerakyatan kepada 2,000 warga Indonesia.

"Setakat ini polis tidak mengambil tindakan kepada sesiapa walaupun kita telah melampirkan bukti kukuh berkenaan surat berhubung perkara tersebut.

"Melihat kepada situasi ini, kita harus mengambil langkah bersiap sedia dan menggerakkan jentera parti supaya tidak terlepas isu ini," tegas beliau.

Menurut Khalid, bukan lagi menjadi rahsia bahawa BN licik memberikan kad pengenalan kepada warga asing dengan tujuan memenangkan mereka ketika pilihan raya.

"Hanya satu matlamat BN memberikan kad pengenalan kepada warga asing supaya mereka dapat menambah jumlah undi untuk mendapatkan kemenangan.

"Sikap licik BN mengambil kesempatan melalui pemberian kad pengenalan itu akan memberikan mereka satu keuntungan yang tinggi dari segi penambahan pengundi," ujarnya.

Sebab itu katanya, tidak menghairankan apabila BN sanggup menjual status warganegara kepada warga asing, hanya kerana mahu mempertahankan kuasa mereka.

"Sekiranya mereka menawarkan kepada warga asing untuk dapatkan kad pengenalan, sudah pasti warga asing sama sekali tidak menolak bahkan sanggup membayar dengan kos yang mahal," katanya.

Justeru itu katanya, pendedahan yang dilakukan KEADILAN sebelum ini diharap dapat membuka mata masyarakat terhadap pengkhianatan Umno/ BN.

"Daripada siri pendedahan yang kita lakukan sekurang-kurangnya memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang projek IC mula melanda Selangor dan Kelantan," kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong sebelum ini berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget — menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek IC di Sabah.

Dr Chong mendakwa projek tersebut kini akan ditumpukan di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dapatkan Kemeja Bersih (edisi SAMM)

Posted: 08 Jun 2011 11:39 PM PDT





Dapatkan baju untuk himpunan BERSIH versi SAMM dan stiker kereta BERSIH

Kemeja T pada harga kos RM 15.00 dan stiker kereta RM 3.50

Untuk pembelian/tempahan hubungi 0129781707 (Sani), 0126794707 (Yaser), 0176664084 (Azizi) dan 0102675872 (Edy)

Sumber maklumat dari http://chegubard.blogspot.com/

Khalid Samad, Eli Wong 10 JULAI 2011 di Seremban

Posted: 08 Jun 2011 11:32 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 JULAI 2011, AHAD
Masa : 8 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Sikamat, Tmn Sikamat Jaya, Seremban
Penceramah :
YB Khalid Samad, YB Elizabeth Wong, YB Loke Siew Fook, YB Aminuddin dan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)

Info lanjut Khalid 017-6199275, Khairul Anuar 013-3323777
atau di Blog ADUN Sikamat YB Aminuddin di http://aminuddinharun.blogspot.com/

Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 di Rembau tunda lepas BERSIH

Posted: 08 Jun 2011 06:54 PM PDT



Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Putrajaya bandar selamat, Percayalah, Jenayah Turun

Posted: 08 Jun 2011 06:08 PM PDT



Tolonglah wahai rakyat Malaysia semua dan para penduduk di Putrajaya , tolong percaya, Putrajaya adalah kawasan selamat dari jenayah. Tolonglah percaya indeks jenayah seluruh negara terutama di Putrajaya turun, rakyat boleh tidur dengan aman dan tenteram.

Kisah sebelum ini JENAYAH DI PUTRAJAYA MENJADI-JADI di http://amkns.blogspot.com/2011/04/jenayah-berleluasa-di-putrajaya-uitm.html

4 TAYAR, RIM KERETA LESAP
Harian Metro 9 Jun 2011

PUTRAJAYA: "Saya dan isteri tergamam dan terkejut apabila melihat keempat-empat tayar dan rim kereta hilang, hanya terdapat batu-bata yang diletakkan di tempat tayar untuk mengalas kereta," kata Azmie Usul, 28.

Kakitangan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas keempat-empat tayarnya hilang, dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan lapang berhadapan pangsapuri Fasa 5B, Presint 9, di sini.

Katanya, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak ke tempat kerja bersama isteri, Sita Salwa Md Zam, 27 dan anaknya yang berusia setahun.

Katanya, dia meletakkan kereta Proton Saga berwarna hitam milik isterinya itu di kawasan terbabit kerana tidak mempunyai pilihan lain, selain menjadi tempat alternatif untuk meletakkan kenderaan.

"Saya tak ada pilihan lain, selain meletakkan kereta di kawasan berkenaan, tetapi sebelum ini kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku dan saya percaya ini kejadian pertama.

"Kali terakhir saya meletak kereta di kawasan itu kira-kira jam 7.30 petang semalam (kelmarin) dalam keadaan berkunci, saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku, lebih-lebih lagi di Putrajaya.

"Saya tak tahu nak kata apa, perasaan bercampur baur marah dan geram terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu," katanya Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 8 pagi, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4tayar_rimkeretalesap/Article/index_html

Nilai kawasan paling selamat di N.Sembilan, percayalah

Posted: 08 Jun 2011 06:07 PM PDT



Tolonglah percaya bandar Nilai adalah bandar yang paling selamat di Negeri Sembilan. Kurang jenayah, kurang gejala sosial. Orang Nilai boleh tidur nyenyak dan lena kerana indeks jenayah semakin hari makin turun dilaporkan. Tolonglah percaya. Orang mabuk tak ada, kacau anak dara dan mak dara Melayu tak ada di sini. Percayalah. Polis dan penguatkuasa memang cekap di sini.


PARANG JADI TEMAN TIDUR
Berita Harian 9 Jun 2011.

BANDAR BARU NILAI: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya.

Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan pergaduhan menakutkan.

Seorang peniaga yang tinggal di perumahan itu sejak lapan tahun lalu, Anita Mansor, 34, berkata keluarganya tertekan dengan pergaduhan yang sering berlaku.

"Banyak pergaduhan kecil berlaku di sini, tetapi tidak membabitkan polis dan orang luar, jadi tiada siapa memberi perhatian.

"Setiap kali orang bergaduh, kami trauma mengingatkan pergaduhan kumpulan pekerja Vietnam dan Indonesia lapan tahun lalu, kerana ketika itu ramai lelaki bermuka bengis keluar masuk ke kawasan asrama membawa besi dan kayu sebagai senjata.

"Penduduk ketakutan dan berkurung bersama keluarga dalam rumah kerana tidak mahu dicederakan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Dalam kejadian rusuhan kali ketiga di asrama itu malam kelmarin, 23 orang cedera akibat pergaduhan membabitkan kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.

Pergaduhan besar pertama di asrama itu pada 17 Januari 2002 apabila lebih 500 pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah.

Pada 22 September 2003 pula, kumpulan pekerja Indonesia dan Vietnam bergaduh apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul sekumpulan pekerja Vietnam yang mabuk, menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.

Sementara itu, pekerja kilang tinggal di kawasan itu sejak 17 tahun lalu, S Kannahe, 40, berkata dia berasa tidak selamat dengan kehadiran warga asing sering berkeliaran dan mabuk berhampiran rumahnya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Parangjaditemantidur/Article

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Rakyat Didahulukan....Apakah Yang Kita Dah Dapat ?

Posted: 09 Jun 2011 06:27 AM PDT

"Sejak slogan yang dianggap keramat oleh Najib dalam memikat hati rakyat , aku tertanya-tanya apa dia yang telah diberi oleh najib kepada rakyat sesuai dengan slogannya ini ? Rasanya tak ada apa benda pun yang kita (rakyat ) dapat untuk membukti bahwa dia (najib) mengotakan apa yang dilaungkan...RAKYAT DI DAHULUKAN.

Sebagai rakyat , sebenarnya apakah yang kita harapkan ? Pertama tentunya pendapatan kita yakni gaji. Apakah najib dah naikkan gaji kakitangan awam untuk menunjukkan bakwa dia benar-benar prihatin dengan nasib kakitangan nya ? Gaji yang kita nikmati dan elaun2 yang diwujudkan adalh sumbangan Dollah (walaupun dia tidak menjaja slogan rakyat didahulukan). Malah baru-baru ini najib menaikkan gaji guru sekolah menengah ke gred yang lebih tinggi dan buat buta bahwa yang ramai adalah guru sekolah rendah.Tetapi golongan yang ramai ini tidak diberi perhatian oleh najib. APAKAH INI RAKYAT DIDAHULUKAN?

keduanya ialah keperluan rakyat untuk menruskan kehidupannya. Makna rakyat perlu membeli keperluan hariannya untuk dirinya dan juga keluarga. Apakah najib telah menurunkan harga barang-barang keperluan harian ? Lihat saja harga minyak petrol semakin naik. Kesannya barang2 harian telah meningkat tinggi.Dia memang tak pernah meninjau harga bawang ,cili,ikan dan sayur dipasar-pasar. Lihat hargabarang ini . Hadiah kepada rakyat hanyaLAH AMARAN KEPADA PARA PENIAGA JANGAN NAIKKANHARGA BARANG.

Subsidi itulah simbol bahwa RAKYAT DIDAHULUKAN. Malang si pemukul canang RAKYAT DIDAHULUKAN telaj dan akan menarik subsidi sedikit demi sedikit. Jadi dimanakah slogannya dilaksanakan ?

Mulai bulan 1 Jun tarif elektrik dinaikkan lagi. Ingat najib naik RM40-RM50 sebulan sudah cukup membuat kita mengeluh. Nasi campur saja RM6 -RM7 sepinggan. Apa nak suruh kita makan berlaukkan garam ke ? Anehnya subsidi untuk IPP tidak diusik langsung sebaliknya subsidi untuk rakyat yang menaikkan umno jadi pemerintah , itu yang najib dengki sangat.APA BENDANYA RAKYAT DIDAHULUKAN ?

Kenaikan kos hidup menimbulkan kesan sampingan . Pertama kualiti hidup yakni dari sudut penyediaan makanan untuk keluarga akan terjejas. Majoriti rakyat tak mampu menikmatimakan2 yang berkhasiat kerana harganya mahal. Ini akan membawa rakyat kembali semula kezaman Jepun dahulu. Oleh kerana makanan tak berkhasiat kebanyakan rakyat lemah otaknya dan kemetot saiznya. Sedang si najib bukan main beranga-angan nak jadikan negara ini negara maju. TAKKAH DIA APAKAH CIRI-CIRI NEGARA MAJU ?

Kedua kesihatan majoriti rakyat akan terjejas. Ini kerana rata-rata (khususnya yang tinggal dibandar-bandar besar) akan membuat kerja tamb ahan untuk menambahkan pendapatan. Bermakna mereka kurang berehat. Balik kerja pukul 5 petang , sambung kerja sampingan hingga larut malam.Rumah tangga juga kan jadi tunggang langgang kerana anak-anak terbiar. Dan ini akan menimbulkan pula gejala sosial dikalangan remaja. INIKAH DIA RAKYAT DIDAHULUKAN ?

Yang ketiga menggalakkan kakitangan awam khususnya dikalangan penguatkuasa untuk melakukan rasuah.
Jelas slongan RAKYAT DIDAHULUKAN HANYA SLOGAN KOSONG. Ibarat memukul tin kosong , bisingnya bukan main.

Rakyat kena kelentong SOKMO.

Sumber: http://pencacai-semalaysia.blogspot.com/

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


SEMBANG MALAM - PELANCARAN TABUNG DANA PILIHANRAYA DUN SIKAMAT

Posted: 08 Jun 2011 09:57 PM PDT




Assalamualaikum w.b.k.t / salam sejahtera,

Kepada semua ahli parti pakatan rakyat dan semua para penyokong, saya meminta sokongan semua pihak bagi menjayakan program ini yang bertujuan untuk mengisi Tabung Dana Piliharaya DUN Sikamat. Bersama kita menjayakan perjuangan rakyat ini. Terima kasih. 

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN SIKAMAT

Posted: 08 Jun 2011 09:23 PM PDT


Semua dijemput menyertai dan bersama meraikan program ini .

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


EKONOMI & PEMBANGUNAN, TELUR SUDAH PECAH, ANI AROPE DEDAHKAN SKANDAL TNB RM131.3 BILLION

Posted: 08 Jun 2011 05:41 AM PDT




KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope mengenai skandal subsidi gas yang mengakibatkan negara menanggung kos sebanyak RM131.3 bilion.

"Najib harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh Ani Arope berhubung skandal subsidi minyak ini," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bekas CEO TNB itu mendedahkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Lim berkata, Ani Arope sanggup memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, nPowertek dan Malakoff semasa pentadbiran mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (Independent Power Producer – IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.

Menurut Lim, Ani Arope turut menggelar EPU sebagai 'Economic Plundering Unit' dengan menaikkan tarif elektrik sewenang- wenangnya.

Ani Arope menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

Margin simpanan elektrik tertinggi di dunia

"Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010," ujar Setiausaha Agung DAP itu.

Menurutnya lagi, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkakan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

"Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011," katanya.

Beliau berkata TNB dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut.

Katanya, 'Federation of Malaysian Manufacturers' (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa



Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

"Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi.

"Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus 'membayar' bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia," tambahnya.

APA KATA BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TENAGA NASIONAL BERHAD, TAN SRI ANI AROPE TERHADAP KEPUTUSAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Posted: 08 Jun 2011 05:29 AM PDT



Tarif Elektrik: Ani Arope selar EPU, Gelar 'Unit Penyamun Ekonomi'

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.

Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen n kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

"Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP," kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

"Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

"Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.