Khamis, 9 Jun 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dapatkan Kemeja Bersih (edisi SAMM)

Posted: 08 Jun 2011 11:39 PM PDT





Dapatkan baju untuk himpunan BERSIH versi SAMM dan stiker kereta BERSIH

Kemeja T pada harga kos RM 15.00 dan stiker kereta RM 3.50

Untuk pembelian/tempahan hubungi 0129781707 (Sani), 0126794707 (Yaser), 0176664084 (Azizi) dan 0102675872 (Edy)

Sumber maklumat dari http://chegubard.blogspot.com/

Khalid Samad, Eli Wong 10 JULAI 2011 di Seremban

Posted: 08 Jun 2011 11:32 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 JULAI 2011, AHAD
Masa : 8 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Sikamat, Tmn Sikamat Jaya, Seremban
Penceramah :
YB Khalid Samad, YB Elizabeth Wong, YB Loke Siew Fook, YB Aminuddin dan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)

Info lanjut Khalid 017-6199275, Khairul Anuar 013-3323777
atau di Blog ADUN Sikamat YB Aminuddin di http://aminuddinharun.blogspot.com/

Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 di Rembau tunda lepas BERSIH

Posted: 08 Jun 2011 06:54 PM PDT



Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Putrajaya bandar selamat, Percayalah, Jenayah Turun

Posted: 08 Jun 2011 06:08 PM PDT



Tolonglah wahai rakyat Malaysia semua dan para penduduk di Putrajaya , tolong percaya, Putrajaya adalah kawasan selamat dari jenayah. Tolonglah percaya indeks jenayah seluruh negara terutama di Putrajaya turun, rakyat boleh tidur dengan aman dan tenteram.

Kisah sebelum ini JENAYAH DI PUTRAJAYA MENJADI-JADI di http://amkns.blogspot.com/2011/04/jenayah-berleluasa-di-putrajaya-uitm.html

4 TAYAR, RIM KERETA LESAP
Harian Metro 9 Jun 2011

PUTRAJAYA: "Saya dan isteri tergamam dan terkejut apabila melihat keempat-empat tayar dan rim kereta hilang, hanya terdapat batu-bata yang diletakkan di tempat tayar untuk mengalas kereta," kata Azmie Usul, 28.

Kakitangan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mengalami kerugian kira-kira RM2,000 selepas keempat-empat tayarnya hilang, dipercayai dicuri ketika diletakkan di kawasan lapang berhadapan pangsapuri Fasa 5B, Presint 9, di sini.

Katanya, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 7 pagi ketika hendak ke tempat kerja bersama isteri, Sita Salwa Md Zam, 27 dan anaknya yang berusia setahun.

Katanya, dia meletakkan kereta Proton Saga berwarna hitam milik isterinya itu di kawasan terbabit kerana tidak mempunyai pilihan lain, selain menjadi tempat alternatif untuk meletakkan kenderaan.

"Saya tak ada pilihan lain, selain meletakkan kereta di kawasan berkenaan, tetapi sebelum ini kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku dan saya percaya ini kejadian pertama.

"Kali terakhir saya meletak kereta di kawasan itu kira-kira jam 7.30 petang semalam (kelmarin) dalam keadaan berkunci, saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku, lebih-lebih lagi di Putrajaya.

"Saya tak tahu nak kata apa, perasaan bercampur baur marah dan geram terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu," katanya Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya kira-kira jam 8 pagi, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4tayar_rimkeretalesap/Article/index_html

Nilai kawasan paling selamat di N.Sembilan, percayalah

Posted: 08 Jun 2011 06:07 PM PDT



Tolonglah percaya bandar Nilai adalah bandar yang paling selamat di Negeri Sembilan. Kurang jenayah, kurang gejala sosial. Orang Nilai boleh tidur nyenyak dan lena kerana indeks jenayah semakin hari makin turun dilaporkan. Tolonglah percaya. Orang mabuk tak ada, kacau anak dara dan mak dara Melayu tak ada di sini. Percayalah. Polis dan penguatkuasa memang cekap di sini.


PARANG JADI TEMAN TIDUR
Berita Harian 9 Jun 2011.

BANDAR BARU NILAI: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya.

Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan pergaduhan menakutkan.

Seorang peniaga yang tinggal di perumahan itu sejak lapan tahun lalu, Anita Mansor, 34, berkata keluarganya tertekan dengan pergaduhan yang sering berlaku.

"Banyak pergaduhan kecil berlaku di sini, tetapi tidak membabitkan polis dan orang luar, jadi tiada siapa memberi perhatian.

"Setiap kali orang bergaduh, kami trauma mengingatkan pergaduhan kumpulan pekerja Vietnam dan Indonesia lapan tahun lalu, kerana ketika itu ramai lelaki bermuka bengis keluar masuk ke kawasan asrama membawa besi dan kayu sebagai senjata.

"Penduduk ketakutan dan berkurung bersama keluarga dalam rumah kerana tidak mahu dicederakan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Dalam kejadian rusuhan kali ketiga di asrama itu malam kelmarin, 23 orang cedera akibat pergaduhan membabitkan kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.

Pergaduhan besar pertama di asrama itu pada 17 Januari 2002 apabila lebih 500 pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah.

Pada 22 September 2003 pula, kumpulan pekerja Indonesia dan Vietnam bergaduh apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul sekumpulan pekerja Vietnam yang mabuk, menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.

Sementara itu, pekerja kilang tinggal di kawasan itu sejak 17 tahun lalu, S Kannahe, 40, berkata dia berasa tidak selamat dengan kehadiran warga asing sering berkeliaran dan mabuk berhampiran rumahnya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Parangjaditemantidur/Article

Tiada ulasan: