Khamis, 2 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Semangat Lubok Kawah

Posted: 02 Jun 2011 08:42 PM PDT

Akhir-akhir ini saya ditanyakan lagi kenapa blog saya dinamakan The Spirit of Lubok Kawah atau Semangat Lubok Kawah.

Kalau mereka membaca entri-entri saya terdahulu, tentulah mereka faham kenapa saya pilih Semangat Lubok Kawah tu.

Tetapi secara ringkasnya biarlah saya turunkan sekali lagi kenapa saya pilih nama itu. Saya dilahirkan di Kampong Lubok Kawah pada tahun 1944. Ayah dan ibu saya adalah petani di kampong itu, dan lebih dari itu, ayah saya adalah seorang pejuang Kemerdekaan Tanahair menganggotai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Dalam tahun 1948 itu ayah saya bersama-sama dengan puluhan pemuda-pemuda Lubok Kawah ditahan oleh Penjajah Inggeris dan ayah saya diletakkan didalam tahanan di Batu Gajah dan tempat-tempat lain.

Saya hanya dapat bertemu semula dengan ayah saya apabila dia dibebaskan bersyarat pada tahun 1953.

Lubok Kawah adalah kampong rebolusi. Disanalah tertegaknya Markas API yang besar, dan disana jugalah bergeraknya AWAS (Angkatan Wanita Sedar), sayap wanita kepada API dan API pada waktu itu melancarkan gerakan kemerdekaan dengan semboyan MERDEKA DENGAN DARAH.

Hampir kesemua pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan API menyinggahi Lubok Kawah didalam perjuangan mereka menentang Inggeris.

Di Lubok Kawah juga adik kepada ayah saya, Pok Da Uda, dan adik kepada emak saya Ayah Chik Mokhtar gugur ditembak penjahat-penjahat Inggeris. Saudara mara saya yang ditahan Inggeris termasuklah ayah angkat saya Pak Itam Deraman dan adik emak saya Mak Itam Saudah/Zauyah, emak saudara saya Mak Ngah Minah, Ngah Hawa, Abang Hashim, Abang Kadir, Abang Yaakub, Abang Manap, Abang Khamis dan mereka yang terlepas dari tahanan adalah Embong Zamiah, dan ramai lagi yang tak dapat saya namakan satu persatu, manakala ada yang ditangkap Inggeris dan dijatuhkan hukuman gantung adalah Abang Omar. Mereka ini kesemuanya adalah emak saudara, bapa saudara dan pupu-pupu saya.

Dimasa itu, tidak ada yang berkecuali. Kesemua penduduk Lubok Kawah mengambil sikap menentang Inggeris. Tok Ayah, iaitu seorang tokoh Ulama terkenal di Lubok Kawah yang mengepalai Sekolah Pondok disana menggalakkan penduduk Lubok Kawah berjuang untuk kemerdekaan. Menantu beliau Wan Ahmad dan anaknya Pok Him juga ditahan oleh Inggeris.

Disitulah kampong saya dilahirkan, saya dilahirkan didalam keluarga rebolusi, keluarga yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air, dan saya bangga menjadi keluarga geriliya itu, dan Malaya tidak akan Merdeka melainkan Inggeris sudah tidak berupaya lagi menentang perperangan gerila yang dilancarkan oleh kumpulan progresif rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan parti-parti politik kiri yang ditubuhkan selepas PKM dan PKMM diharamkan.

Itulah kenapa saya namakan blog saya itu dengan nama perjuangan Semangat Lubok Kawah, buka sia-sia saya mengambil nama itu.

Nostalgia Felda 1980-an - Peristiwa Berdarah Felda Lubok Merbau

Posted: 02 Jun 2011 07:52 PM PDT

Setelah saya berjaya menubuhkan Cawangan PAS untuk Felda Lubok Merbau, saya kembali ke Temerloh untuk saya lawati pula rancangan-rancangan Felda di lain-lain kawasan di Semenanjung. Tetapi didalam tempoh yang tidak lama selepas itu, Ahli Parlimen Padang Terap telah meninggal dunia, dan satu Pilihanraya Kecil berlangsung di kawasan itu.

Ustaz Fadhil Nor meminta saya bertugas dan bertanggungjawab kepada kempen PAS di Felda Lubok Merbau memandangkan saya sudah mempunyai pengalaman disana dan sudah mengenali petugas-petugas PAS di rancangan itu.

Saya telah pergi ke Felda Lubok Merbau bersama-sama Man Kadir (kini dikenali sebagai Pak Jabit) dan Pak Harun (seorang ahli veteran PAS di Temerloh yang berasal dari Kedah).

Kami telah menubuhkan Markaz PAS disebuah rumah ahli PAS di Felda Lubok Merbau, dan dari masa ke masa tidak kurang dari 50 orang dari dalam dan luar Negeri Kedah menjadi petugas PAS di kawasan Felda itu.

Kami menjalankan kempen di Felda Lubok Merbau dengan cara yang belum pernah dijalankan sebelum ini oleh PAS. Saya mengaturkan bahawa setiap hari akan dilangsungkan pengedaran risalah-risalah penerangan khususnya penerangan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda.

Setiap hari saya susun beberapa ceramah kelompok, dan sebelum ceramah-ceramah itu dilangsungkan, edaran rumah ke rumah bukan sahaja mengenai penerangan mengenai masalah peneroka-peneroka Felda bahkan juga jemputan ke ceramah-ceramah kelompok itu.

Setiap hari semasa kempen itu berlangsung, tidak kurang dari 3 ceramah sehari diadakan di Felda Lubok Merbau.

Felda Lubok Merbau adalah satu kawasan yang sangat luas dan ribuan penduduk peneroka berada disana.

Didalam semasa kempen pilihanraya kecil itu, sudah hampir 200 orang telah mendaftar sebagai ahli PAS. Walaupun bilangan itu masih kecil berbanding dengan keseluruhan penduduk dan keseluruhan ahli-ahli UMNO, tetapi jumlah itu sudah besar berbanding dengan keahlian PAS sebelum Pilihanraya itu.

Rumah Naza'ie (kalau nama itu saya tidak silap) yang menjadi Markaz PAS untuk kempen PRK Padang Terap itu tidak sunyi dengan kehadiran penyokong PAS. Ramai anggota-anggota PAS dari luar Kedah mengunjungi Markaz itu dan membantu kami menjalankan kerja-kerja kempen seperti menampal poster dan membuat edaran dari rumah ke rumah.

Ahli-ahli UMNO di Lubok Merbau bersikap seperti samseng. Poster-poster yang kami pasang, diturunkan dihadapan mata kami, dikumpulkan dan dibakar dihadapan kami.

Jika kumpulan kami yang menampal poster itu tidak berapa ramai, mereka datang mengepung kami, dan memberikan amaran bahawa jika kami tidak beredar dari situ, mereka akan serang kami.

Demikianlah setiap hari diperlakukan oleh ahli-ahli UMNO Lubok Merbau.

Kami mengambil sikap "mengalah" untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Tetapi apabila keadaan menjadi semakin tenat, maka kami dikunjungi oleh lebihkurang 20 orang pemuda-pemuda yang menamakan diri mereka sebagai P.A.S atau yang kami namakan pas titik. Mereka ini bukan ahli PAS dan ramai diantara mereka menjadi ahli UMNO dan sebahagiannya menyokong PAS.

Seorang daripadanya berjanggut panjang, tidak banyak bercakap, tetapi dia memberitahu saya bahawa kumpulannya menjaga keselamatan orang-orang PAS terutamanya pemimpin-pemimpin PAS.

Dimana saja saya pergi memberi ceramah, dia akan berada disitu, dan sesampai saya ke tempat ceramah dia akan memberitahu saya, bahawa keadaan sudah terkawal dan keselamatan saya didalam jagaan yang baik.

Kami juga jemput penceramah-penceramah dari kalangan pimpinan PAS Pusat ke Felda Lubok Merbau, dan kami cuba elakkan ceramah kami itu berdekatan dengan ceramah UMNO untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ustaz Fadhil Nor hadir ke tempat ceramah yang telah kami aturkan. Ribuan manusia menghadiri ceramah itu, dan mereka yang hadir itu bukanlah pengundi-pengundi tempatan, tetapi ramai yang datang dari luar.

Lebihkurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Kawasan Balai Raya itu tidaklah jauh dari Markaz PAS. Saya dan beberapa orang yang lain bertugas di Markaz dan beberapa orang lagi mengambil tugas untuk menjaga poster-poster yang kami pasang supaya tidak diturunkan atau dibakar oleh puak-puak UMNO yang sentiasa bersikap seperti samseng.

Semasa Ustaz Fadhil Nor sedang berceramah dan pada masa itu Ceramah UMNO sudah berakhir, kami mendengar jeritan bahawa petugas-petugas kami dipukul dan jatuh bergelimpang didalam longkang.

Dari Markaz kami berkejar ke tempat kejadian yang tidak begitu jauh dari Markaz kami, dan kami lihat 2 orang sudah terbaring, seorang berlumuran darah dan seorang lagi hanya terbaring.

Kami membawa kedua-duanya ke Markaz. Yang berlumuran dengan darah dan yang seorang lagi itu kami segera hantar ke Hospital.

Tidak berapa lama, kami mendengar perkhabaran bahawa salah seorang yang dibawa ke Hospital itu telah meninggal dunia.

Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Maka gugurlah Othman Talib sebagai seorang yang syahid, mempertahankan Islam.

Saya dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubok Merbau untuk membuat laporan polis. Kami dikawal oleh pihak Polis sepanjang masa kami berada di Balai Polis itu.

Apabila saya balik ke Markaz ribuan manusia yang menghadiri ceramah Ustaz Fadhil tadi sudah berkumpul di Markaz.

Saya telah rundingkan dengan pihak Polis untuk menyediakan pengangkutan untuk sesiapa yang mahu keluar dari Lubok Merbau, dan pihak Polis mengadakan pengangkutan yang secukupnya.

Akhirnya, tinggallah kami entah berapa kerat di Markaz itu, tetapi saya sentiasa diawasi oleh kumpulan P.A.S yang mengatakan bahawa keselamatan saya didalam jagaan mereka.

Kumpulan P.A.S yang menjaga kami itu turut berhubung dengan kumpulan mereka yang berada dipihak UMNO, dan kedua-dua pihak memberi jaminan bahawa mereka tidak terlibat dengan tindakan jahat puak-puak UMNO itu.

Pada waktu malam itu, kami berjaga di Markaz PAS, tidur secara bergilir-gilir dan kami memang bersiap sedia menghadapi apa-apa kemungkinan jika diserang oleh pengganas-pengganas UMNO itu.

Disitulah saya lihat siapa wira dan siapa pengecut, dan saya memang tidak hormat kepada golongan pengecut yang berdahulu-dahuluan meninggalkan markaz PAS itu dan yang hanya mahu menyelamatkan diri sendir.

Naza'ie meminta saya meninggalkan Markaz PAS itu untuk mengelakkan kemungkinan keselamatan saya terjejas. Tetapi saya enggan meninggalkan Markaz itu, saya berikrar bersama Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun bahawa kami akan berada di Felda Lubok Merbau sehingga selepas Pilihanraya itu untuk mempastikan Naza'ie dan keluarganya tidak diganggu oleh penjahat-penjahat UMNO, dan anggota-anggota P.A.S juga mengambil ikrar yang sama.

Setelah PRK itu saya kembali ke Temerloh dan didalam ceramah yang diadakan di Darul Amin, Temerloh, saya turut melahirkan rasa dukacita dan kesal saya dengan perangai sesetengah ahli dan pemimpin PAS yang meninggalkan kami di Felda Lubok Merbau untuk berhadapan dengan penjahat-penjahat UMNO. Apa-apa boleh berlaku kepada kami.

Sebagai mengenangkan peristiwa itu, saya tuliskan dua buah buku diatas tajuk yang sama iaitu PERISTIWA BERDARAH FELDA LUBOK MERBAU DAN PERISTIWA BERGAMBAR FELDA LUBOK MERBAU.

Kedua-dua Buku ini telah diharamkan, dan saya diberitahu tentang pengharaman buku-buku ini semasa saya berada didalam tahanan ISA.

Nostalgia Felda 1980-an - Dihalang Memasuki Felda Lubok Merbau

Posted: 02 Jun 2011 05:06 PM PDT

Didalam jelajah saya ke rancangan-rancangan Felda di seluruh Negara, saya menerima cabaran untuk memasuki Felda Lubok Merbau di Kedah. Saya diberitahu bahawa rancangan ini "sangat keras". Saya diberitahu bahawa Dato Asri Haji Muda, semasa menjadi Presiden PAS pun dihalang dari memasuki rancangan Felda ini. Tidak ada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang dapat memasuki Felda Lubok Merbau.

Begitu keras dan begitu tegas Pengurus Rancangan itu. Beliau betul-betul memainkan peranan sebagai "anjing" UMNO, setia betul dengan tuannya.

Saya sampai ke Felda Lubok Merbau jam lebihkurang 4.00 petang. Gate ke rancangan itu ditutup rapat. Apabila saya sampai di gate itu, datanglah seorang yang agak segak juga, bertanya kepada saya sesuatu, dan apabila saya nyatakan saya mahu melawat seorang kenalan saya di rancangan itu, dia terus menanyakan nama saya.

Saya jawab dengan baik: HAJI SUHAIMI SAID.

"Minta maaf Encik, saya tidak dapat benarkan Encik masuk, kerana nama Encik sudah disenarai-hitamkan oleh Felda," katanya.

Tidak ada jalan untuk saya masuk, gate itu terus ditutup semula, maka berpatahlah saya dari tempat saya mula datang. Mencari-carilah saya akan rumah ahli PAS di kampong-kampong berdekatan.

Saya ternampak bendera PAS terpasang disebuah rumah di sebuah kampong yang tidak jauh dari Felda Lubok Merbau. Setelah bertemu dengan Tuan Rumah, seorang ahli PAS, saya ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi.

Saya memohon kepada beliau untuk meminjam motorsikalnya, dan baju serta seluar kerjanya. Saya pakai baju dan seluarnya, serta topi kerjanya, dan saya pinta dia bawa kereta saya masuk ke Felda Lubok Merbau.

Menggunakan motorsikal, berpakaian seperti seorang petani, saya memasuki Felda Lubok Merbau tanpa sebarang halangan.

Di sana, saya terus mencari rumah seorang Ahli PAS yang telah diberikan nama dan alamatnya kepada saya. Saya berjumpa dengan ahli PAS itu, dan saya menyatakan bahawa saya mahu mengadakan ceramah di rumahnya. Mula-mula dia mengatakan bahawa ceramah PAS di Lubok Merbau tidak akan mendapat sebarang sambutan kerana disana hanya ada dua-tiga orang saja Ahli PAS. Tetapi apabila saya desak juga dia supaya diadakan ceramah, dia pinta izin untuk menjemput beberapa orang Ahli PAS yang ada di rancangan itu.

Datanglah seorang anak muda. Dia adalah seorang Ahli PAS, rupanya dia bertugas di Pejabat Felda. Setelah berbincang dengannya, dia bersetuju diadakan ceramah PAS.

Dia kembali ke Pejabat Felda dan dia gelek 200 naskhah jemputan ceramah kepada peneroka-peneroka Felda Lubok Merbau dan dia sendiri yang edarkan.

Malam itu lebih kurang 20-30 penduduk telah hadir ke Majlis Ceramah itu. Saya sempat berucap selama lebih kurang 1/2 jam sebelum Rumah itu dihujani dengan kayu dan batu yang dibaling oleh ahli-ahli UMNO yang berkumpul di luar rumah.

Walaupun ceramah itu terhenti begitu sahaja, tetapi kesannya amat meluas. Seorang yang hadir itu adalah Bendahari kepada salah satu cawangan UMNO di Felda Lubok Merbau. Dia menyatakan bahawa dia terasa sangat malu dengan kejadian malam itu, dan dia terus umumkan dia keluar dari UMNO dan pada malam itu juga mengisi Borang PAS bersama beberapa orang yang lain yang hadir.

Saya tinggal di Felda Lubok Merbau buat beberapa hari dan dalam tempoh itu berjaya mendapatkan beberapa orang lagi peneroka-peneroka untuk menyertai PAS. Memang mereka itu menyokong PAS tetapi mereka takut untuk menjadi Ahli PAS. Saya memberikan jaminan kepada mereka bahawa jika Felda menyingkirkan mereka dari rancangan kerana mereka itu Ahli PAS, saya memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka untuk menghalang Felda menyingkirkan mereka.

Setelah beberapa hari disana dan akhirnya berjaya menubuhkan Cawangan PAS di Felda Lubok Merbau, saya kembali ke Temerloh, Pahang.

Ditakdirkan oleh Allah swt, Ahli Parlimen kawasan Padang Terap dari UMNO meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan Ustaz Fadhil Nor meminta saya bertugas di Felda Lubok Merbau, dan episode itu akan saya catatkan didalam rencana selepas ini atas tajuk PERISTIWA BERDARAH FELDA LUBOK MERBAU.

Hutang RM72,000.00, kena bayar RM117,000.00

Posted: 02 Jun 2011 03:56 PM PDT

Perangkap "cess" untuk peneroka-peneroka Felda Jengka 22 adalah suatu mimpi ngeri yang akan ditanggung mereka selama 15 tahun. Najib Tun Razak menawarkan "bayaran cess" kepada peneroka-peneroka itu dengan syarat-syarat yang akan membebankan peneroka-peneroka, iaitu peneroka-peneroka akan dikenakan bayaran BK kepada Felda sebanyak RM650.00 sebulan jika peneroka-peneroka itu menerima bayaran cess sebanyak RM13,000.00.

Kesemua dari peneroka-peneroka Felda Jengka 22 menanam semula ladang mereka melalui Felda Plantation dari getah kepada kelapa sawit. Mereka berhak mendapat RM18,000.00 daripada pihak RISDA.

Jika mereka menanam sendiri, wang itu akan diserahkan oleh RISDA kepada peneroka mengikut kemajuan, dan wang itu tidak dikenakan bayaran kembali kerana wang cess adalah wang yang terkumpul dari jualan hasil getah mereka selama 20-25 tahun untuk tujuan tanam semula. Wang cess ini diperuntukkan kepada semua pekebun kecil getah, samada pekebun kecil di kampong atau di dalam rancangan Felda.

Apabila sesuatu agensi seperti Felda melaksanakan tanam semula bagi pihak peneroka, wang cess itu dibayar terus kepada Felda sebagai kos tanam semula. Inilah yang berlaku kepada peneroka-peneroka di Felda Jengka 22.

Tetapi apabila Felda mengembalikan wang cess dengan syarat peneroka-peneroka itu membayar kembali hutang mereka (BK) kepada Felda diatas kadar RM650.00 sebulan, ada beberapa persoalan yang perlu ditanya dan perlu dijawab.

(a) Tidakkah Felda sudah menggunakan wang cess itu sebagai menampung kos tanam semula?
(b) Jika wang cess itu digunakan untuk kos tanam semula, maka hutang peneroka-peneroka Jengka 22 itu daripada Felda untuk kos tanam semula hendaklah mengambil kira bayaran RM18,000.00 ini.
(c) Peneroka-peneroka juga membayar sebanyak RM4.00 bagi setiap ekar sebulan untuk dana tanam semula dan Felda memperakukan bahawa bayaran ini dikiran RM17,000.00 (untuk 10 ekar) untuk tujuan tanam semula.
(d) Ini bererti peneroka sudah pun menjelaskan RM17,000.00 + RM18,000.00 = RM35,000.00 untuk kos tanam semula.
(e) Ini juga bererti bahawa Felda tidak lagi perlu mengenakan sebarang hutang kepada peneroka Felda apabila peneroka menyerahkan ladang mereka untuk ditanam semula oleh Felda atau agensinya Felda Technoplant.
(f) Jika wang cess ini telah digunakan untuk tujuan tanam semula, dan wang itu sudah dibayar oleh RISDA kepada Felda, maka tidak timbul lagi masalah wang cess itu dikembalikan kepada peneroka-peneroka kerana sudah pun digunakan untuk tanam semula dan dengan itu mengurangkan kos tanam semula yang perlu dibebankan kepada peneroka-peneroka.

Maka bayaran cess kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 22 semasa Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dahlulu adalah satu manipulasi politik, suatu rasuah politik oleh Barisan Nasional untuk membeli undi daripada peneroka-peneroka.

Disamping itu pula, bayaran cess itu menjadi perangkap kepada peneroka-peneroka untuk dibebankan dengan hutang yang bertambah.

Sehingga bulan Januari 2011, hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sudah meningkat kepada RM72,000.00 dan peneroka-peneroka dikenakan BK kepada Felda sebanyak RM250.00 setiap bulan.

Tetapi dengan menerima RM13,000.00 daripada Felda kononnya untuk pengembalian wang cess, peneroka-peneroka itu dikenakan membayar BK diatas kadar RM650.00 sebulan, maka dengan sendirinya hutang peneroka-peneroka itu ditambah dari RM72,000.00 kepada RM117,000.00.

Apa-apa pun peneroka-peneroka Felda Jengka 22 telah diperangkap oleh Felda dengan beban hutang yang jauh lebih besar semata-mata kerana mereka "makan umpan" bayaran wang cess.

Tanggungan hutang itu terbeban keatas peneroka-peneroka. Jalan keluar bagi peneroka-peneroka itu ialah bersatu untuk menolak hutang baru yang dikenakan hasil dari menerima "wang cess" itu.

Dari segi prosedurnya, wang cess tidak dikenakan bayaran kembali, dan apabila Felda mengenakan bayaran kembali kerana bayaran wang cess itu, maka itu adalah satu penipuan yang jelas dan nyata.

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Blok A, B Medan Maju Jaya juga ingin Ceriakan Kawasan

Posted: 02 Jun 2011 02:50 AM PDT

Bersama penduduk Medan Maju Jaya


Mei 2011 – Perjumpaan antara ADUN Tmn Medan dan penghuni pangsapuri Medan Maju Jaya Blok A dan B. Pertemuan tersebut bagi membincangkan cara menaiktarafkan blok A dan B. Kedua-dua blok yang mengalami kerosakan dan terbiar tanpa penyelenggaraan oleh pihak pemaju atau ‘management company’.

Malam tersebut telah mendapat persetujuan daripada penduduk untuk menaiktarafkan blok A dan B dengan berkongsi kos antara penghuni dan pemaju (akan berbincang dengan pemaju).

Perkara lain yang dibangkitkan; membaikpulih salur air hujan yang sudah rosak, bumbung yang bocor dan masalah pembentungan. Aduan lain, terdapat aktiviti penagihan dadah yang dilakukan di dalam bangunan flat semasa penghuni flat keluar kerja di siang hari.

Semua pandangan dan cadangan telah diambil maklum. ADUN meminta seluruh penghuni memberi kerjasama dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan kawasan sekitar. Pihak Rukun Tetangga boleh mainkan peranan dalam mengendalikan rondaan bagi menjaga keselamatan kawasan sekitar.


Skim Pemilikan Kediaman Persendirian

Posted: 02 Jun 2011 02:19 AM PDT

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah meluluskan 'Skim Pemilikan Kediaman Persendirian' yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel.

Skim yang berkuatkuasa hari ini 1 Jun 2011 adalah hasil kajian bersama pejabat tanah dan galian, pejabat daerah, dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijangka dapat melengkapkan Skim Pemberian Geran yang bermula sejak tahun lepas.

Kajian telah dibuat setelah Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ramai rakyat Selangor dapat menikmati sepenuhnya skim pemberian geran kerana tidak mampu membayar premium.

Melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000. Mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindahmilik, dipajak atau digadai.

Skim ini juga memberi peluang kepada mereka yang membayar premium penuh dalam tempoh enam (6) bulan daripada tempoh notis dikeluarkan untuk diberikan diskaun sebanyak 30% secara automatik.

Skim ini boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah. Bagaimanapun pindahmilik melalui mahkamah, turunmilik dan perwarisan adalah dibenarkan.

Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik kediaman persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil.

Inisiatif ini adalah satu reformasi oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi menyelesaikan masalah rakyat dalam pemilikan hartanah. Ini adalah kali pertama sebuah kerajaan negeri di Malaysia memperkenalkan skim mudah bayar demi menggalakkan pemilikan harta persendirian.

Kerajaan negeri berharap ianya dapat menolong mengurang beban rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang makin meningkat, terutamanya dengan peningkatan harga minyak dan elektrik.

Skim ini juga akan menggalakkan rakyat menjelaskan bayaran premium khususnya bagi mereka mengekalkan pemilikan apabila mereka memperbaharui pemilikan atau menyambung pajakan tanah mereka.

Ini akan meningkat bilangan pemilikan hartanah di Selangor sekaligus menaikkan pendapatan negeri melalui hasil cukai tanah yang perlu dijelaskan setiap tahun.

Skim ini akan dilancarkan sepenuhnya pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Skim ini merupakan satu usaha yang dibuat untuk menyenangkan rakyat dalam urusan hartanah bersama Kerajaan Negeri Selangor serta menjadikan pejabat tanah dan galian negeri Selangor lebih "mesra rakyat".

Sebelum ini, kita telah memperkenalkan skim pemberian geran dengan memperbaiki sistem pemilikan tanah di mana pejabat daerah akan mengenalpasti rakyat yang tinggal di tanah TOL (temporary occupancy license) lebih dari 10 tahun untuk diberi hakmilik kekal dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pusat maklumat tanah bersepadu yang membolehkan pemilik tanah memeriksa dan mengemaskini status, lokasi dan hal-hal lain yang berkaitan urusan tanah.

Kerajaan Negeri komited dengan agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' bagi memastikan hasil negeri di nikmati oleh semua rakyat.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR


AMK KEDAH

AMK KEDAH


PERTEMUAN RINGKAS AMK KEDAH BERSAMA EXCO BELIA DAN SUKAN KERAJAAN NEGERI KEDAH

Posted: 02 Jun 2011 12:39 AM PDT


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangau & Bintulu, Sarawak

Posted: 02 Jun 2011 05:32 PM PDT

Gayu Guru, Gerai Nyamai / Selamat Hari Gawai

4 Jun 2011 (Sabtu)

Program 1
3.00 ptg – Ceramah Sempena Sambutan Hari Gawai

Lokasi : Rumah Panjang Lipu , Bawang, Selangau

Program 2
5.30 ptg – Ceramah Sempena Sambutan Hari Gawai

Lokasi : Rumah Panjang James, Tatau, Selangau

Program 3
8.00 – 11.00 Mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Mandarin Restaurant,
Medan Central Commercial Centre, Bintulu

Penceramah:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Baru Bian
YB Ali Biju
YB Ling Sie Kiong
YBhg Abdul Jalil Bujang

Scorpene Scandal: ‘Show Us Your Passport, Najib’

Posted: 02 Jun 2011 12:54 AM PDT

Dari Malaysiakini

PKR today called on Prime Minister Najib Abdul Razak to “come clean” on his travels in 2002, following claims of a “mysterious third person” jet-setting with at least one of his known associates in connection with the controversial Scorpene submarine deal.

Party secretary-general Saifuddin Nasution said the onus was on Najib to prove he did not have a hand in the negotiations, since as mounting evidence being revealed in the French courts narrows the focus down to the premier himself.

Saifuddin (right) said it has now been established that the estimated RM6.27 billion deal between the Malaysian government and French company DCNS was brokered by Najib’s close associates, including his one-time adviser Abdul Razak Baginda and Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) chief Lodin Wok Kamaruddin.

Suaram, he said, had revealed that Razak, along with murdered Mongolian translator Altantuya Shariibuu and an unknown third person, had travelled to Macau in connection with the submarine deal.

“One of them is already dead, one has been charged in court. One more is still alive and could be holding a high position… we don’t know, but we will know when the trial starts,” Saifuddin said at a press conference at the PKR party headquarters in Petaling Jaya.

Suaram revealed last week that a French probe onto the submarine the deal had unveiled that an unknown third person had travelled with Razak and Altantuya in 2002, in connection with the submarine purchase.

However, Suaram did not disclose the places the trio visited, nor did it indicate who the mystery third person could be. Suaram director Cynthia Gabriel said it was “still too early” to determine the individual’s identity.
Who’s the mystery Male-Y?

PKR vice-president Tian Chua, who was also present, said Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi may not be the right person to testify on the identity of the mystery "third person", since Najib was defence minister at the time of the submarine purchase and would therefore be privy to the details at the time.

"I don’t think Zahid was privileged to know the travellers. The then defence minister is in the best position (to identify) this mysterious person… we could call him Male Y if you like," Tian Chua (left) said, jokingly referring to the Male Y DNA strain highlighted in PKR adviser Anwar Ibrahim’s on-going second sodomy trial.

Saifuddin also urged the government to clarify contradictions in its own explanations on the 114 million Euro (RM495.9 million) payout to Perimekar for services rendered.

He said that Amaris, a subsidiary of DCNS, revealed during the probe by the French that the Malaysian government paid out the sum as commission to Perimekar – totally opposite of the government’s announcement in 2006 that Amaris paid the money for Perimekar’s coordination and support services in the deal.

Tian Chua pointed out that the people have every right to know who made the payment to Perimekar and the purpose of the payment, since this aspect of the deal had nothing to do with national security.

"This is not a national security issue in terms of the functions of the Scorpene submarines. We are not dealing with the security aspects, we are dealing with the finance part, which is of public interest," he said.

PRU-13 Tahun Ini Untuk Selamatkan Malaysia!

Posted: 01 Jun 2011 10:47 PM PDT

Dari Merdeka Review

Oleh Ooi Heng

Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)?  Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini.

Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian.  Namun saya berpendapat, tidak kira sebesar mana kesan kenaikan tarif elektrik kepada rakyat jelata, Perdana Menteri Najib (gambar kiri) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 dalam masa singkat – seawal bulan Jun tahun ini – ya, seawal bulan ini!  Malahan saya menjangkakan dan berharap, PRU Ke-13 diadakan seawal bulan Julai tahun ini dan selewat-lewatnya akhir tahun ini juga.

Saya masih ingat, semasa teka-teki tarikh PRU Ke-12 mula menjadi hangat, pendapat sesetengah pihak adalah bahawa Parlimen ke-11 hanya akan dibubarkan selepas “projek koridor Pak Lah” menampakkan hasil pada peringkat awal yang dapat meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Pak Lah berkemampuan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik dan berkesan.  Maka PRU Ke-12 tidak akan diadakan seawal Mac 2008 seperti yang umum sedia maklum.

Sebagai imbasan ingatan, apa yang berlaku pada ketika itu adalah Parlimen ke-11 dibubarkan sejurus selepas pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) di Bintulu Waterfront Prominade oleh Pak Lah.  Dengan kata lain, Parlimen ke-11 dibubarkan pada 13 Februari 2008, dua hari selepas Pak Lah (gambar kanan) ”menyempurnakan” pusingan pelancaran projek koridor selama dua tahun bermula dengan pengumuman Koridor Iskandar Malaysia pada 30 Julai 2006.  Bukan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan.

Hari ini, kita telah menyaksikan pengumuman satu per satu pelan transformasi yang kononnya dapat mentransformasi ekonomi negara khususnya menaik-taraf Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.  Adakah Parlimen ke-12 hanya akan dibubarkan selepas laporan kemajuan secara keseluruhan diumumkan?  Saya rasa tidak.  Meskipun laporan satu per satu terus dipaparkan melalui akhbar harian mengenai apa yang bergelar “pencapaian KPI” pelan transformasi, kemajuan sebenar yang bermakna masih tidak kelihatan.  Laporan akhbar sedemikian lebih merupakan propaganda daripada menonjolkan transformasi.

Rintangan transformasi datang dari UMNO-Putra

Semenjak krisis kewangan 1997/98, masalah struktur ekonomi negara terus diabaikan dan kitaran ekonomi sering dibangkitkan sebagai sesuatu yang semula jadi dalam arena ekonomi.  Maka tiada kaitan langsung dengan rejim pemerintah yang korup.  Setelah “khayalan wawasan 2020″ berkecai dan rakyat jelata bangun dari “mimpi 2020″ atau lebih tepat “jampi 2020″, kedua-dua Perdana Menteri yakni Pak Lah dan Najib sedar bahawa transformasi ekonomi negara hanya akan terjadi apabila perubahan besar dilakukan.  Namun, rintangan besar yang menghalang perubahan atau transformasi datang dari dalaman UMNO itu sendiri, khususnya golongan UMNO-putra dan kroni mereka.

Hari ini, apa yang menjadi rebutan golongan UMNO-putra ialah keterlibatan mereka dalam proses bergelar transformasi supaya projek-projek dan kontrak-kontrak diberikan kepada mereka, bukan pelaksanaan dasar ekonomi berdasarkan saranan awal Model Ekonomi Baru (MEB).  Respons Pengerusi UDA Holdings Bhd Nur Jazlan Mohamed terhadap dakwaan berhubung projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) jelas memperlihatkan betapa ghairah dan tidak sabarnya golongan UMNO-putra dalam mengumpul kekayaan sebelum ketibaan PRU Ke-13.

Nur Jazlan mempersoalkan mengapa pemimpin PERKASA dan UMNO menuduh UDA Holdings mengetepikan keperluan syarikat Bumiputera dalam membangunkan projek bernilai RM6.7 bilion itu walaupun keputusan rasmi masih belum dibuat.  Antara ungkapan Nur Jazlan seperti “saya juga ahli UMNO, ini bukan pembangkang yang serang kita, tapi ahli UMNO sendiri” dan “agenda Bumi ada kosnya dan UDA tidak boleh lagi untuk menanggung kos-kos ini”, jelas membuktikan betapa tidak yakinnya golongan UMNO-putra dalam soal kemenangan PRU Ke-13 oleh UMNO-Barisan Nasional, khususnya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Dalam konteks ini, Najib berhadapan dengan dilema yang sama dengan Pak Lah.  Meskipun Pak Lah berjaya melancarkan senarai projek koridor dan Najib berjaya mengumumkan senarai pelan transformasi satu per satu, mustahil mereka yang merupakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa kelemahan struktur ekonomi negara tidak akan dapat ditangani selagi mentaliti golongan UMNO-putra masih memegang kuat kepada kuota Bumiputra demi kepentingan peribadi.

Dengan kata lain, jikalau PRU Ke13 tidak diadakan dalam tahun ini, apa yang akan dipertikaikan tahun depan bukan lagi sekadar soal inflasi tetapi termasuk kemajuan sebenar ekonomi dan pembangunan negara yang tidak dapat dijawab oleh Perdana Menteri melainkan jika politik talam dua muka diteruskan.

Bayangkan perasaan dan tekanan hidup golongan berpendapatan kurang daripada RM2,300 khususnya orang Melayu pada tahun depan apabila harga barangan utama dan harian semakin tidak terkawal sementara golongan UMNO-putra teruskan gaya hidup mewah selagi kuota Bumiputra dikekalkan untuk mengayakan mereka dan saranan asal MEB diketepikan.

Tarif elektrik di negara ini bakal dinaikkan setiap enam bulan.  Ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia lebih besar pada tahun depan.  Kerajaan Najib bukan sahaja berdepan dengan tekanan kenaikan harga minyak dan inflasi, tetapi juga berdepan dengan hutang negara dan defisit fisikal yang semakin tidak terkawal akibat keghairahan golongan UMNO-putra yang tidak terhingga dan tata kelola yang lemah.

Pengiraan kasar MerdekaReview pada akhir tahun 2010, mendapati bahawa “Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.”

UMNO-putra ada masa untuk kaut kekayaan

Lantaran itu, jika sekiranya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada tahun depan, golongan UMNO-putra mempunyai masa yang lebih untuk mengumpul kekayaan yang lebih sementara lubang hutang negara akan menjadi lebih besar.  Kemarahan rakyat tidak akan diredakan biarpun PRU Ke-13 dilewatkan kepada tahun depan.

Jangan lagi Najib mimpikan perubahan pola pengundian bandar!  Undi akan kekal diberi kepada Pakatan Rakyat.  Jangan juga Pakatan Rakyat sekadar mimpikan perubahan pola pengundian desa tanpa gerak kerja seluas-luasnya dalam kawasan kampung Melayu, rumah panjang Iban dan Kadazan.

Sesungguhnya, persoalan “Bilakah PRU Ke-13 akan diadakan?” patut ditukar kepada “Bilakah PRU Ke-13 wajar diadakan?”  Sebab satu sahaja: jangan kita biarkan kekayaan negara dikaut habis-habisan baharu didesak diadakan PRU Ke-13!

Ekonomi negara lemah kerana golongan UMNO-putra dan dasar UMNO yang mementingkan kepentingan peribadi.  Golongan sedemikian juga mahukan PRU Ke-13 dilewatkan.  Ayuh kita bangkit mendesak agar PRU Ke-13 dijalankan tahun ini!  Biar kita menyelamatkan negara yang berada di ambang bahaya!  Demi rakyat, demi generasi akan datang dan demi masa depan yang lebih cerah.

Segera kita bangun dari “jampi 2020″!  Tanpa perubahan dan pembaharuan besar, Malaysia tidak akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi.  Perubahan dan pembaharuan besar bermula dengan pertukaran rejim di peringkat Persekutuan.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Minta maaf Najib, saya tak dapat undi awak

Posted: 02 Jun 2011 02:08 AM PDT

Najib, saya minta maaf
Saya tak mampu semua kos ini …
Pinjaman rumah selama 30 tahun, pinjaman kereta 7 tahun,
Perbelanjaan pelajaran anak-anak selama 20 tahun.
Harga petrol dan kos sara hidup meningkat.
Tapi pendapatan saya tetap sama ….
Minta maaf Najib, saya tak dapat undi awak.

Demikianlah ayat di atas yang terdapat pada poster kempen pilihanraya DAP, berlatarbelakangkan seorang lelaki di kedai kopi, keseorangan, yang sedang memegang dahi, merenung sambil mengacau secawan kopi.

Pakatan Rakyat perlukan bahan kempen sebegini terutama untuk pengundi Melayu.

Ianya amat mudah difahami dan menusuk jiwa para pengundi.

Masih ada kawasan Datuk Seri Najib tiada elektrik

Posted: 01 Jun 2011 08:34 PM PDT



Masih Ada Penduduk Kawasan Datuk Seri Najib Tidak Dapat Bekalan Elektrik
Aduan Rakyat Online , June 1st, 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Aduan ini entah ke berapa kali diajukan mengenai masalah tidak mendapat bekalan elektrik melalui bermacam-macam saluran termasuklah kepada E-Sistem Maklumbalas Kepada PM dan KKLW.

Kawasan yang dimaksudkan ialah Kg. Permatang Jerik, Merchung yang terletak di Parlimen Pekan DUN Bebar Pahang. Kg. ini telah dibuka lebih daripada 20 tahun yang lalu iaitu sekitar tahun 1989.

Hampir keseluruhan penduduk telah menikmati bekalan air dan elektrik tetapi masih terdapat sebilangan penduduk yang kemungkinan terlepas pandang oleh pihak berwajib.

Bermacam-macam projek kerajaan telah dijalankan di kawasan ini tetapi meliputi kawasan berhampiran dengan jalan raya sahaja termasuklah projek BALB dari KKLW dan projek E-Kasih dari KPWKM. Projek-projek ini disalurkan melalui JKKK tetapi tidak disampaikan dan diagihkan secara telus.

Di kampung saya ini, Kg. Permatang Jerik masih terdapat 6 buah rumah yang belum mendapat bekalan elektrik dan air. Kontraktor yang mendapat tender memasang paip dan tiang elektrik hanya masuk sehingga 1 KM sahaja sedangkan Kg. ini memanjang melebihi 2 KM. Tidak dapat dipastikan adakah masalah ini berpunca dari pihak kontraktor yang mahu untung lebih atau bajet kerajaan hanya untuk 1 KM sahaja.

Kami semua amat berharap dapat merasai kemudahan seperti insan-insan lain juga. Harap pihak berwajib menyegerakan bantuan ini. Usah tunggu hingga musim pilihanraya saja baru nak menjenguk sampai ke dapur.

Terima kasih.

By: Wakil Penduduk Permatang Jerik

http://www.aduanrakyat.com.my/masih-ada-penduduk-kawasan-datuk-seri-najib-tidak-dapat-bekalan-elektrik

Adakah Anda Pembeli Perumahan Terbengkalai ?

Posted: 01 Jun 2011 08:34 PM PDT



Sekiranya anda adalah mangsa Projek Perumahan Terbengkalai yang tidak mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya, sila luahkan kekecewaan anda dalam ruangan komen di http://terbengkalai.blogspot.com/

Di bawah ini beberapa komen dari pembaca blog sebelum ini :

Tiada harapan bagi saya untuk menduduki rumah yang diidamkan selepas berpencen dari perkhidmatan Tentera pada Jul 2011 memandangkan rumah yang dibeli telah terbengkalai. Hendak dikesalkan membuat jiwa rasa terseksa, namun apakan daya hidup mesti diteruskan walau terpaksa menumpang rumah ibubapa atau menyewa. Sebenarnya menjadi tanda tanya mengapa mudah pemaju menjadikan orang lain sengsara sedangkan pembeli telah membayar dengan kaedah pinjaman bank atau sebagainya. Wahai pihak yang berkaitan renung2 masalah projek perumahan Bandar Utama Tampin yang telah terbengkalai..mengapa jadi begini pasti ada yang tidak kena. Harapan saya dan pembeli yang lain adalah impiana untuk menduduki rumah yang diidamkan itu menjadi kenyataan...AMIN
By WARISN9 on 600 Rumah Bandar Utama Tampin 6 tahun tak siap on 8/17/10

salam... saya pun salah seorg drpd pembeli perumahan pinggiran felda. saya pun tidak berpuas hati dan sgt kecewa kerana rumah yang dinanti tidak jua siap. saya ada menghubungi lawyer, tetapi hampa dia seolah-olah melepas tangan dan tidak mahu campur tangan dlm permasalahan ini...saya akan bersama2 menyokong sebarang usaha utk menuntut hak kita....
By fendy5479 on PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN RASAH INDAH DA... on 1/30/10

saya jugak salah sorang pembeli.terima kasih kerana ketengahkan masalah kami.sewa rumah kena bayar load lagi.harap pihak berwajib ambil tindakan
By yan_gemas on Pembeli berang pemaju 'ghaib' on 9/16/09

BeEND mendabik dada maju dalam pembangunan tapi nampaknya, dalam bab pembangunan mereka tidak begitu pandai seperti yang diuar-uarkan..... buat malu boleh lah!!!
By Kuda Perang on Perumahan Terbengkalai di Bagan Pinang , N.Sembila... on 9/15/09

Anwar kata Umno jadikan SPNB lubuk duit

Posted: 01 Jun 2011 08:30 PM PDT



Umno jadikan SPNB lubuk duit - Anwar
2 Jun 2011 - Keadilan Daily

SELAYANG: Campur tangan politik Umno dalam pengurusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menjadikannya pusat membuat keuntungan untuk parti itu, kata Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, SPNB yang diwujudkan pada awalnya untuk menyediakan rumah mampu milik kian tidak relevan apabila peranannya umpama pemaju swasta lain.

"Campur tangan politik dalam pengurusan syarikat tersebut menjadikan SPNB sebagai pusat membuat keuntungan oleh pemimpin Umno. Kerajaan Umno BN mungkin baru tersedar dengan krisis perumahan. Namun malangnya, kekal gagal memahami intipati permasalahan ini.
"Skim Rumah Pertama yang ditawarkan hanyalah memberi kelonggaran kepada orang muda meminjam tetapi gagal menangani masalah sebenar iaitu ketiadaan rumah pada harga berpatutan," katanya dalam Wacana Ekonomi Visi Perumahan Rakyat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Anwar menegaskan kerajaan seharusnya berperanan aktif memberi imbangan kepada pasaran perumahan yang dikuasai pemaju.

"Kerana itu Pakatan Rakyat dengan jelas di dalam Buku Jingga mencadangkan Perbadanan Perumahan Negara yang bertanggungjawab membina dan mengawal selia penawaran rumah pada harga yang sesuai untuk rakyat," katanya yang juga bekas menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut memberitahu, beberapa projek perumahan terbengkalai peninggalan Umno BN di Selangor berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat termasuk isu perumahan di Bukit Botak bernilai RM79 juta dan Alam Perdana, RM120 juta.

"Penduduk di Bukit Botak turut diberikan pilihan membeli rumah yang dibina semula pada harga diskaun RM99,000 berbanding harga sebenar RM170,000.

"Ketelusan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan pendekatan bersepadu semua pihak dari semasa ke semasa membolehkan lebih banyak projek terbengkalai akan diselamatkan," katanya.

Bagi menangani masalah harga rumah terlalu tinggi katanya, kerajaan Selangor melancarkan Rumah Mampu Milik dengan lebih 2,000 unit akan dibina di pelbagai lokasi di negeri itu.

"Ianya Berteraskan konsep mampu dari segi kos dan keselesaan untuk didiami, reka bentuk kondusif dengan keluasan 750 kaki persegi hingga 850 kaki persegi akan ditawarkan dengan kos maksima hanya RM100,000.

"Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini dengan keutamaan dikhaskan kepada pembeli berumur 35 tahun dan ke bawah," katanya.

Sumber http://www.keadilandaily.com/?p=14524

Layari Blog Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


BUKU JINGGA SELESAI MASALAH EKONOMI RAKYAT- NIK NAZMI

Posted: 01 Jun 2011 09:38 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Buku Jingga yang diperkenal Pakatan Rakyat (PR) mampu dijadikan panduan bagi pengurusan ekonomi yang lebih baik.

Menurutnya, Buku Jingga juga berupaya menyelesaikan beban yang dihadapi rakyat rentetan kenaikan harga barang keperluan seperti minyak, gula dan terbaru peningkatan tarif elektrik yang diumum kerajaan.

"Semua yang terkandung dalam Buku Jingga kita sudah jelaskan secara terperinci bagaimana mahu mengagihkan sumber ekonomi supaya tidak berlaku bebanan kepada rakyat dengan menaikkan harga barang keperluan.

"Langkah yang kita drafkan meliputi kesan jangka pendek dan jangka panjang untuk memberikan kesempurnaan kepada rakyat. Dalam buku itu kita boleh lihat ada dinyatakan bagaimana kemakmuran melalui pengagihan ekonomi yang adil akan dilakukan sekiranya PR memerintah," kata Nik Nazmi kepada Keadilandaily.com.

Buku Jingga merupakan satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tahun lalu.

Ia bagi menangani krisis ekonomi, kerosakan institusi negara, ketegangan masyarakat berbilang kaum, bebanan rakyat, hak rakyat yang dinodai dan gejala rasuah yang berleluasa.

Buku Jingga turut menggariskan agenda 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang menerajui negara.

Antaranya merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun.

Nik Nazmi berkata, agenda Buku Jingga itu sendiri akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam dasar bersama PR.

"Bagi mengurangkan bebanan rakyat daripada dihimpit pembayaran tol, Buku Jingga telah menyatakan langkahnya di mana akan menyelaraskan badan-badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

"Kita juga akan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM 19 bilion kepada penjana bebas," katanya yang juga Adun Seri Setia.

Dalam pada itu beliau memberitahu Buku Jingga yang disifatkan sangat digeruni Barisan Nasional (BN) berjaya menarik perhatian rakyat kerana menawarkan program yang mengutama dan membela mereka.

"Kita berjaya kerana Buku Jingga diterima rakyat dengan diberi penerangan dan pengedarannya sehingga ke pelosok kampung.

"Setiap kali ceramah, kita juga memberi taklimat dan penerangan kepada penyokong mengenai agenda yang tertulis di dalam Buku Jingga. Jentera parti di peringkat Cabang dan Ranting turut bekerja keras memperkenalkan Buku Jingga kepada rakyat," ujarnya.