Ahad, 22 Mei 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda mulai akur dengan tuntutan peneroka...

Posted: 22 May 2011 08:21 PM PDT

Apabila Biro Masyarakat Peneroka Felda dan Orang Asal menjalankan kempen diseluruh Negara untuk mempromosikan Buku Jingga yang berhubung dengan pemansuhan Felda Plantation dan kempen penyerahan Borang untuk menjadi Peneroka Baru Felda khususnya untuk Generasi ke-2 dan Generasi ke-3, anak-anak muda dari kalangan keluarga UMNO memandang sepi kononnya hingga kucing bertanduk kempen ini tak akan berjaya kerana Barisan Nasional akan terus memerintah Negara dan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya memansuhkan Felda Plantation, dan anak-anak peneroka tidak akan berjaya menjadi Peneroka Baru Felda.

Mari kita perhatikan pandangan sempit anak-anak muda dari keluarga UMNO di rancangan-rancangan Felda ini. Pertamanya, mereka tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan tanah sebagai peneroka baru apabila Felda Plantation dimansuhkan dan ladang-ladang seluas lebihkurang 800,000 ekar akan disukat mengikut keperluan untuk dibahagi-bahagikan kepada anak-anak peneroka yang layak menjadi peneroka-peneroka baru Felda.

Keduanya, mereka mempunyai pemikiran yang sempit dan pendek kerana tidak mampu berfikir secara objektif bahawa manusia ini berubah-ubah mengikut perkembangan dan keperluan yang dituntut.

Anak-anak muda khususnya anak-anak muda didalam rancangan Felda yang kini menganggur atau separuh-menganggur dan menggantung hidup mereka kepada belas ikhsan orang tua masing-masing juga inginkan perubahan.

Mereka tidak mampu untuk mendapatkan kerja yang baik di luar rancangan Felda kerana tahap pendidikan mereka tidaklah setinggi mana, dan mereka juga tidak mempunyai apa-apa kemahiran untuk mendapat pekerjaan yang memerlukan kemahiran. Luang dan Peluang untuk berniaga juga tidak ada kepada mereka.

Yang ada luang untuk mereka hanyalah membantu diladang-ladang kepunyaan ibu bapa mereka, dengan pendapatan yang tak sebanyak mana.

Mereka masih dan terpaksa tinggal bersama-sama ibu bapa mereka, dan sesetengah mereka sudah pun berkahwin dan mempunyai anak dan kesemuanya tinggal bersama-sama ibu bapa mereka.

Adik-beradik mereka pun ramai juga dan kesemuanya, samada yang belum dan yang sudah berkahwin, tinggal bersama ibu-bapa dibawah satu bumbung.

Ditakdirkanlah ibu-bapa mereka meninggal dunia, maka dibawa Akta GSA hanya seorang sahaja daripada mereka boleh memiliki/mewarisi harta (ladang dan rumah) ibu-bapa mereka.

Semasa ibu-bapa masih ada, mereka boleh secara berkongsi tinggal di rumah ibu-bapa mereka, tetapi apabila ibu-bapa sudah meninggal dunia, mungkinkah mereka adik-beradik dengan keluarga masing-masing tinggal dalam satu rumah? Inilah persoalan yang mesti diselesaikan segera.

UMNO, melalui Timbalan Menterinya yang juga Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan mengatakan bahawa Kerajaan UMNO/Barisan Nasional tidak akan membubarkan Felda Plantation; dan justeru kerana itu anak-anak peneroka yang menganggur atau separuh menganggur yang berjumlah beratus ribu orang itu tidak akan dapat ditempatkan sebagai peneroka-peneroka baru.

UMNO, sejak 1990, telah membuat dasar baru bahawa Kerajaan dibawah pentadbiran mereka tidak akan membuka rancangan-rancangan Felda baru untuk menempatkan peneroka-peneroka.

Maka dibawah pemerintahan UMNO, pintu untuk menjadi peneroka-peneroka Felda baru dari kalangan anak-anak peneroka sudah tertutup rapat.

Melalui dasar yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan didalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan memansuhkan Felda Plantation dan 800,000 ekar tanah dibawah Felda Plantation itu akan diagih-agihkan kepada peneroka-peneroka baru khususnya dari kalangan anak-anak peneroka Felda. Inilah harapan untuk anak-anak peneroka memiliki tanah dan keluar dari kepungan kemiskinan dan pengangguran.

UMNO kini sudah mennjadi Pembangkang didalam Rancangan-Rancangan Felda. Apabila peneroka-peneroka yang sedar mula mengambil tindakan saman terhadap Felda berhubung dengan peratusan perahan KPG, UMNO mula membantah. Mereka buat demo. Mereka setuju dengan peratusan perahan antara 17%-19% dan menolak perahan hingga 27% dan mereka bersetuju supaya mereka rugi hingga RM1000.00 setiap bulan.

Orang-orang UMNO juga menentang apabila peneroka-peneroka menyaman Felda untuk mendapatkan kembali dana tanam semula.

Orang-orang UMNO turut menentang apabila PR melancarkan gerakan memansuhkan Felda Plantation dan mereka tidak mahu anak-anak mereka mendapatkan tanah ladang sebagai peneroka baru.

Bagaimana pun Felda mulai akur dengan keberkesanan tindakan dari peneroka-peneroka Felda. Di kawasan Felda Jengka, Felda mulai menaikkan peratusan perahan KPG dari 17% kepada 21% hasil daripada kempen yang dijalankan oleh peneroka-peneroka mahu menyaman Felda kerana kerugian berpuluh tahun disebabkan peratusan kpg yang diberikan adalah sangat kecil.

Walaupun Felda mulai akur dengan tuntutan peneroka,, tetapi Felda masih enggan berunding untuk membayarkan gantirugi berjumlah tidak kurang dari RM50,000.00 kepada setiap peneroka kerana peratusan kpg yang rendah yang sudah melebihi 15 tahun, dan juga kerana tandan-tandan reject yang apabila dibawa ke makmal masih menunjukkan peratusan perahan tidak kurang dari 21%.

Sekonyong-konyongnya Felda Wilayah telah memanggil penneroka-peneroka ke pejabat untuk diberikan wang dana tanam semula yang selama ini dinafikan kepada mereka.

Semua ini adalah gejala ekoran tuntutan daripada peneroka-peneroka Felda. Hasil daripada perjuangan peneroka yang berani ini, semua peneroka-peneroka Felda yang selama ini memperolehi peratusan perahan yang rendah memperolehi peratusan yang tinggi, dan mereka yang belum dibayar dana tanam semula memperolehi hak mereka.

Namun begitu peneroka-peneroka yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO masih lagi bebal dan tidak mahu mengakui kejayaan itu. Walaupun begitu terdapat juga ahli-ahli UMNO yang sudah mulai sedar dan mereka turut menyertai peneroka-peneroka yang sedar untuk menuntut peratusan perahan yang lebih tinggi dan gantirugi yang selama ini mereka telah tertipu.

Kepada mereka yang tidak menyertai saman peneroka-peneroka itu, mereka berjaya juga mendapatkan perahan dengan peratusan yang lebih tinggi dari dahulu, tetapi apabila peneroka-peneroka yang menyaman Felda memperolehi gantirugi, maka peneroka-peneroka UMNO itu akan kempunan daripada gantirugi itu.

Buah reject adalah satu lagi kategori saman yang akan dikemukan oleh peneroka-peneroka di Felda Jengka. Telah diperkirakan bahawa kerugian buah reject ini membawa kerugian tidak kurang dari RM50,000.00 bagi setiap seorang peneroka, dan peguam-peguam telah memasukkan kategori buah reject ini kedalam Penyata Tuntutan didalam saman yang sedang diproses untuk dikemukakan kepada Felda. Maka setiap peneroka akan menyaman Felda tidak kurang daripada RM100,000.00 setiap orang.

Masa masih belum terlewat untuk Felda mengadakan rundingan dengan peneroka-peneroka dan dibawah rundingan ada kemungkinan peneroka-peneroka boleh menerima pampasan yang sedikit kurang dari jumlah yang dituntut.

Bola sudah ditendang ke gol Felda, terserah kepada Felda untuk menendang kembali!

Nostaqia 1980-an, dan Melayu mudah takut...

Posted: 22 May 2011 03:58 PM PDT

"Saya bukan tak sokong perjuangan ini, saya tahu jika perjuangan ini berjaya, saya dan peneroka-peneroka lain juga akan mendapat faedahnya" adalah percakapan umum dari kalangan peneroka-peneroka Felda di tahun-tahun 1980-an apabila satu perjuangan besar untuk menuntut supaya setiap peneroka Felda dianugerahkan geran secara individu untuk ladang dan kawasan kampong mereka.

Dan majoriti daripada mereka menyatakan, "Buatlah apa yang patut, saya menyokong dari belakang."

Rata-rata inilah pandangan bagi mereka yang mengambil sikap positif terhadap perjuangan itu. Mereka takut, apa yang mereka takutkan? Mereka takut disingkirkan dari rancangan Felda, mereka takut kepada tekanan yang didatangkan oleh JKKR, mereka takut kepada Ketua Blok, mereka takut kepada Pengurus Rancangan, mereka takut anak-anak mereka tidak mendapat bantuan pelajaran, mereka takut walau pun didalam lubuk hati mereka, apa yang diperjuangkan itu adalah untuk kepentingan mereka.

Perasaan takut ini adalah dari kalangan mereka yang positif menyambut perjuangan. Di sebelah sana pula, iaitu disebelah mereka yang dipelopori oleh UMNO, mereka bukan sahaja takut, bahkan mereka menjadi agen pengugut.

UMNO diperingkat cawangan-cawangan merupakan agen penentang perjuangan untuk peneroka. Apabila mereka dihadapkan kepada persoalan samada mereka mahukan geran bagi tanah mereka secara individu, mereka rata-rata menjawab, "Nak buat apa dengan geran tanah secara individu, bukan boleh buat makan, kalau Kerajaan sudah tetapkan geran tanah secara berkongsi seramai 20 orang atas nama koperasi, maka itulah yang terbaik."

Memang sukar untuk memberikan kefahaman kepada peneroka-peneroka supaya mereka menerima geran tanah secara individu dan tidak dimiliki secara beramai-ramai.

UMNO dan Felda mempromosikan bahawa pegangan geran secara berkongsi beramai-ramai adalah yang terbaik buat mereka, dan mereka menolak supaya geran tanah diberikan secara individu.

Majlis-majlis penerangan didalam rancangan-rancangan Felda di seluruh Negara pada waktu itu banyak yang gagal kerana tekanan dan ugutan daripada Felda, JKKR, Ketua Blok dan cawangan UMNO.

Disamping itu pula, pemimpin UMNO diantaranya Dr Mahathir Mohamed menyifatkan peneroka-peneroka yang berjuang untuk mendapatkan geran tanah secara bersendirian ini sebagai tidak mengenang budi, dan akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tidak sudah-sudah menentang perjuangan ini dengan isu menakut-nakutkan peneroka Felda.

Namun begitu segelintir daripada peneroka-peneroka ini sanggup juga kehadapan dan menjadi wira didalam perjuangan itu, ada diantara mereka yang tersingkir, dan ada diantara mereka diambil tindakan keras oleh Felda, namun tetap ada peneroka-peneroka yang berani walaupun golongan mereka itu kecil.

Merekalah sebenar-benarnya wira peneroka-peneroka Felda, mereka sanggup duduk dihadapan, mereka sanggup menganjurkan majlis-majlis penerangan, mereka sanggup dipulaukan oleh JKKR, Blok, UMNO dan Felda.

Akhirnya perjuangan yang dipelopori oleh golongan yang kecil ini berjaya apabila En Ghafar Baba, Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa bagi mereka yang telah menjelaskan hutang mereka kepada Felda akan dianugerahkan geran secara individu.

Anihnya, cawangan-cawangan UMNO di rancangan-rancangan Felda yang tidak pernah menyokong perjuangan untuk mendapatkan geran secara individu, mengalu-alukan pengumuman dari Ghafar Baba dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan seolah-olah merekalah yang mempelopori perjuangan itu, itulah muka tak malu UMNO dan sikap hipokrit mereka!

Satu "hurdle" (halangan) telah dapat diatasi dengan kemenangan bagi pihak peneroka berhubung dengan isu hak milik individu terhadap geran tanah mereka.

Namun begitu bukanlah semudah itu Felda mahu melepaskan geran secara milik individu ini, dan sehingga hari ini puluhan ribu daripada peneroka-peneroka yang sudah menjelaskan BK dan sudah menjelaskan CAC masih belum menerima geran-geran tanah mereka.

Felda masih mahu mengongkong peneroka-peneroka Felda dan perjuangan peneroka dibidang ini iaitu memperolehi geran secara individu masih belum berakhir!

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


RENUNGAN BUAT PUTERI UMNO - PENGAKUAN DARI BEKAS KETUA PUTERI UMNO

Posted: 22 May 2011 07:45 AM PDT

Selain dari mendedahkan UMNO kini memang dalam masaalah.. Azalina juga mendedahkan Rafidah dan Pak Lah tidak menyukai Puteri UMNO atau dalam lain ayat Pak Lah menyampah..

Jelas kini UMNO sudah berada didalam situasi panik.. mereka mula menyalahkan satu sama lain..

Dan buat yang masih bersama Puteri UMNO tu.. takkan nak tunggu lagi.. korang tu sudah umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. sorong pipi kat Pak Lah pun Pak Lah tak pandang jadi.. kenapa masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO?

Umno sedang hadapi masalah

SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.


"Banyak sabotaj dalam Umno, " katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

"Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

"Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik)," tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

"Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka," katanya.


Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua

SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu Puteri Umno hari ini mendedahkan Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.

Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.

Azalina berkata," maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya."

Katanya, hanya mantan perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong Puteri Umno.

"Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.

"Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.

"Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini.

Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,

Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.

Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.

"Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja," kata Ketua Umno Pengerang itu.

SIMPANAN NEGERI SELANGOR BERTAMBAH 100%... JOHOR???

Posted: 22 May 2011 07:25 AM PDT

UMNO AKAN GUNA TAKTIK "JIJIK" UNTUK MENANG PRU-13

Posted: 22 May 2011 07:18 AM PDT

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bagaimana PERKASA Tahu Kereta Disabotaj?

Posted: 22 May 2011 06:23 PM PDT

Dari Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan bagaimana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dapat mengetahui mengenai kerosakan yang berlaku kereta yang dinaiki anggota keluarganya – berbulan-bulan sebelum insiden berkenaan berlaku.

Anwar berkata, PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang
dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya.

Ketua pembangkang itu berkata, PERKASA kini perlu tampil dengan penjelasan ekoran ancaman yang diterima oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan juga anaknya Nurul Izzah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak menuduh PERKASA sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas dakwaan sabotaj berkenaan.

Isnin lalu, bekas ketua pemuda PERKASA, Armand Azha Abu Hanifah pula ketika dihubungi berkata beliau membuat laporan
polis berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa Anwar dan beberapa pemimpin PKR didakwa merancang untuk mengadakan kemalangan berkenaan bagi meraih simpati.

Armand juga berkata, PKR didakwa berbuat demikian bagi membolehkan Anwar – yang diperintah oleh mahkamah supaya membela diri berhubung kes Liwat II – dibawa keluar ke negara lain bagi mendapatkan suaka politik.

Armand yang juga ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara turut menggesa supaya pasport Anwar dserahkan kepada mahkamah.

Kata Armand lagi, beliau bimbang sekiranya Anwar akan menjadi dalang kepada mobilisasi massa dan keadaan huru-hara.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak ingin memberi reaksi kepada dakwaan yang ditimbulkan PERKASA itu kerana tidak ingin menguatkan lagi dakwan berkenaan.

Tambahnya, beliau tidak ingin membangkitkan perkara itu sebelum ini sehinggalah diberitahu bahawa kerosakan pada kenderaan Mercedes itu hanya akan berlaku jika sengaja dibuat oleh seseorang.

Anwar berkata, sekiranya dakwaan itu melibatkan elemen jenayah, polis perlu menyiasat dan tidak menutup perkara itu.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Isu Sabotaj Rekaan Anwar, Dakwaan Arman Jauh Meleset !!

Posted: 22 May 2011 06:32 AM PDT

Sedari awal, isu seumpama ini tidak mahu saya sentuh kerana bagi saya laporan polis telah pun dibuat oleh Abdullah Sani pada awal Mei yang lalu. Biarlah pihak polis menjalankan tugasnya untuk menyiasat samada memang benar kenderaan itu disabotaj ataupun sebaliknya.

DSAI atau sesiapa sahaja mempunyai hak untuk merasa terancam sekiranya berlaku sesuatu yang menimbulkan curiga, ditambah lagi dengan berlakunya satu kejadian yang hampir meragut nyawa Presiden Keadilan DS Wan Azizah.

Semalam, saya terbaca sebuah berita mengenai dakwaan Arman Azha yang menyatakan Anwar Ibrahim telah merancang sebuah 'drama kemalangan' dengan cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya sendiri. Ini sebuah dakwaan yang gila dan tidak masuk akal. Orang yang membuat dakwaan seperti ini mungkin mengalami tekanan perasaan ketika berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan PERKASA yang diagung-agungkannya sebelum ini.

Berikut adalah petikan berita mengenai dakwaan Arman Azha;

Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.


Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.


Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai perwatakkan warak dan dihormati seperti Anwar Ibrahim, juga seorang suami kepada isteri yang banyak berkorban sepanjang hayat perkahwinannya. Apakah DSAI sanggup merancang sebuah kemalangan apabila meletakkan nyawa isteri tersayang sebagai pertaruhan demi untuk mengaut sekelumit simpati rakyat ?

Dalam kejadian 19 April, saya mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Saya berada di tempat kejadian walaupun tiba sedikit lewat. Tanggal 19 April, saya menemani Chegubard dalam siri ceramahnya di Chemor. DS Wan Azizah juga turut menyampaikan ceramah di atas pentas yang sama bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim yang telah berlepas ke Jepun.

Habis ceramah sekitar jam 12, saya bersama Chegubard dan Nizam singgah di sebuah restoran yang menawarkan juadah Tomyam Poktek. Ketika sesi menikmati juadah berada dipenghujungnya, Chegubard telah mendapat berita mengenai kemalangan kecil yang menimpa DS Wan Azizah. Kami bergegas memasuki lebuhraya dan menuju ke arah tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari persimpangan Sungkai, kami berhenti di bahu jalan dan seterusnya memastikan keselamatan DS Wan Azizah. Dapat dilihat serpihan-serpihan 'brakedisk' yang pecah bertaburan sepanjang puluhan meter ke belakang. Abdullah Sani menceritakan detik-detik cemas ketika mengawal kenderaan dari terbabas. Kenderaan terhuyung-hayang sebelum satu letupan kuat berlaku di belakang. Mengelak daripada terperosok bawah lori, syukurlah kenderaan berjaya dikawal. Walaupun dilihat sebagai sebuah kemalangan kecil, tetapi musibahnya besar jika kenderaan tersebut gagal dikawal dengan baik.

Bayangkan bagaimana 'brakedisk' kenderaan lasak buatan Jerman, boleh pecah di jalan serata lebuhraya utara selatan? Lebuhraya Utara-Selatan tidak berlubang, dan jika jalan beralun sekalipun hanya terdapat di kawasan utara sahaja.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil apabila keadaan dilihat agak mencabar untuk menaikkan Merc tersebut ke atas tow-truck;




Sesungguhnya kejadian ini melibatkan nyawa seseorang dipenghujungnya, adalah wajar siasatan terperinci dilaksanakan dan pasti laporan polis yang dibuat bukan semata-mata untuk meraih simpati. Dalam keadaan ada pihak yang lebih terdesak kerana pelbagai kaedah untuk menjatuhkan DSAI tidak menjadi, maka adalah menjadi satu kewajaran untuk keluarga DSAI berasa terancam dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Mungkin kita beranggapan mungkin ia satu kebetulan apabila berlaku kemalangan sedemikian rupa. Mungkin kondisi 'brakedisk' tersebut memang sudah bermasalah retak menanti belah, dan kemalangan berlaku ketika kenderaan yang membawa Presiden Keadilan sedang menyusuri lebuhraya. Kemungkinan-kemungkinan seperti ini bisa sahaja untuk kita bicarakan. Tetapi, bukanlah dengan ilmu yang tidak setinggi mana, kita mengatakan DS Anwar Ibrahim merancang untuk satu kemalangan berlaku melibatkan isterinya, atau anaknya atau cucunya, atau dirinya sendiri!

Kepada mana-mana pendakwa dan pembawa berita yang sering bergelumang dengan segala bentuk penyebaran fitnah terutamanya melalui akhbar utusan, sila kaji dan teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar ianya tidak menjurus kepada fitnah dan kekeliruan. Sebagai anak muda ayuh kita tolak politik fitnah yang kotor, politik lucah yang jijik dan politik jahat yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada anak bangsa terutamanya golongan muda yang dahagakan politik matang yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan membuat kenyataan.

Setinggi-tinggi songkok yang disarungkan di atas batu jemala itu, yang melambangkan tingginya darjat kemelayuan itu, haruslah diselaraskan dengan tingginya akal dalam memberi komen, apalagi membuat kenyataan yang dipetik akhbar.

Jadilah anak muda pendesak perubahan, yang membawa panji-panji yang mengangkat martabat agama dan rakyat marhaen.

http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/05/isu-sabotaj-rekaan-anwar-dakwaan-arman.html
EDYES @ edyesdotcom

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


ALFATIHAH - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

Posted: 22 May 2011 03:52 AM PDT

Bagi pihak pejabat Pusat Khdmat Rakyat DUN Batang Kali, kami mengucapkan takziah dan alfatihah untuk kaum keluarga dan mangsa tanah runtuhan Madrashah AtTaqwa Hulu Langat pada 21 Mei lepas...

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Dunia akan terkejut jika pelakon video itu diumumkan, bukan Anwar

Posted: 22 May 2011 05:36 AM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Tiada apa lagi yang mengejutkan dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Polis atau mungkin pendakwa hanya menunggu masa saja untuk mengumumkan bahawa pelakon video lucah sensasi itu ialah Anwar. Tiada 'nilai berita' langsung jika pelakunya Anwar tetapi dunia jadi hairan kalau mereka umumkan pelakonnya bukan Anwar.

Dalam tahun 70an dahulu, pengumuman hari raya puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja sangat dinantikan kerana pada malam melihat anak bulan, kebarangkalian untuk raya atau tidak adalah 50-50 kerana ia benar-benar bergantung sama ada anak bulan kelihatan atau tidak. Hari ini, orang tidak peduli lagi pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kerana tarikh berdasarkan hisab yang tercetak ditaqwim tidak pernah silap.

Begitulah tamsilnya, pengumuman bahawa Anwar adalah pelakon video lucah oleh pihak polis atau pendakwa sudah diketahui pada hari Datuk Eskay mendedahkan video tersebut lagi. Adakah dengan membuat pengumuman serupa itu oleh pihak berkuasa maka peratus sokongan terhadap Anwar atau Pakatan Rakyat akan turun mendadak?

Sehingga ke hari ini, selepas 13 tahun Anwar dijatuhkan dari kerajaan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada ia benar-benar berlaku atau konspirasi, maka ia tidak banyak mengubah persepsi rakyat. Jika Anwar boleh dijatuhkan dengan isu moral, maka karier politik Anwar sudah berkubur 13 tahun lalu atau selepas Saiful Bukhari membuat sumpah laknat. Tapi sumpah laknat rupanya meningkat kan jumlah undi KeADILan di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil 2008.

Saya sering diajukan soalan oleh rakan-rakan, "Betulkah orang dalam video itu Anwar?" Bila soalan itu diajukan, ia menggambarkan orang yang bertanya sedang berperang dengan diri sendiri sama ada untuk mengiyakan atau menafikan bahawa orang itu Anwar.

"Kalau betul orang itu Anwar pun tiada apa yang pelik," saya menjawab.

"Mengapa?" mereka menduga lagi.

"Mengikut rekod dia pernah memasuki UMNO, kemungkaran yang besar bagi orang PAS ialah sertai UMNO, jika masuk UMNO pun dia sanggup takkanlah nak…," jawapan diberi tidak ikhlas, sekadar untuk melepas geram akibat terklalu kerap diajukan soalan yang sama.

Jawapannya yang sebenarnya ialah; apa juga kekukusan yang berlaku di dalam masyarakat Islam maka Islam mengemukakan penyelesaian terhadapnya. Tuduhan berzina tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa empat saksi yang adil yang menyaksikan secara zahir. Sesiapa yang gatal mulut untuk menuduh juga maka dia boleh dikaitkan dengan perbuatan qazaf iaitu menuduh seseorang berzina melalui lisan atau tulisan tanpa membawa saksi yang disyaratkan mengikut syarie.

Qazaf adalah dosa besar yang jika tidak diampunkan Allah maka pelaku akan dihumban ke neraka. Harus difahami bahawa qazaf beraku kerana kegagalan penuduh membawa saksi, bukan kerana peristiwa zina tidak berlaku.

Andaikata, orang dituduh benar-benar berzina maka orang itu bakal menerima padah yang berat di akhirat, tapi sekurang-kurangnya di atas dunia sempat jugak penzina itu menyedap. Malang bagi pihak yang melakukan qazaf kerana mereka bukan merasa nikmat apa pun di atas dunia hasil menuduh orang berzina tanpa saksi tetapi di akhirat bala sedang menunggu.

"Sebab itulah saya memilih sikap kepimpinan PAS yang mempertahankan bahawa Anwar tidak berzina selagi pihak penuduh tidak mampu membawa 4 saksi yang adil, mengikut apa yang Allah syaratkan dalam Al-Quran," itu penjelasan saya di mana-mana.

Itulah juga menjadi pandangan segolongan rakyat Malaysia yang faham ajaran Islam berhubung isu Anwar. Mereka tidak sibuk memikirkan jam omega, raut wajah, ujian poligraf dan sumpah laknat yang bukan dari ajaran Islam itu. Ramai ahli dan penyokong PAS berada dalam golongan ini.

Golongan yang kedua ialah golongan yang benar-benar yakin bahawa Anwarlah orangnya pelakon video lucah itu. Justeru Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Maka beliau diserang setiap detik. Golongan kedua ini merasakan mereka adalah pihak yang prihatin dengan dosa pahala, membenci penzinaan serta mempercayai apa juga perbuatan yang dikaitkan dengan nama Allah (sumpah) adalah dari ajaran Islam. Hakikatnya mereka adalah golongan yang ghurur, tertipu kerana kejahilan diri sendiri dalam memahami ajaran Islam. Mereka merasa diri alim, walhal mereka adalah jahil. Ramai yang berada dalam golongan kedua ini, datangnya dari ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Golongan ketiga adalah pihak yang mempercayai Anwar melakukannya atau mungkin juga menganggap tidak penting untuk mengesahkan Anwar melakukannya atau tidak; tetapi menganggap ianya isu peribadi dan tidak perlu dikaitkan dengan soal kepimpinan atau politik. Ramai yang berada dalam golongan ketiga ini adalah terdiri dari masyarakat bukan Islam. "Kami tak marah Anwar mau main sama sapa pun, tapi kami marah minyak naik, gula naik.." itu suara yang mewakili golongan ketiga ini.

Dalam menilai isu Anwar ketiga-tiga kumpulan itu adalah yang terbesar di negara ini. Selain dari gabungan ketiga-tiga kumpulan itu, terdapat segolongan lagi rakyat Malaysia yang sudah terlalu muak dengan isu Anwar. Siang, malam, pagi, petang; buka akhbar tengok tv asyik-asyik isu tersebut yang disuap. Mereka bosan untuk turut memikirkan perkara yang dirasakan tiada kaitan dengan kepentingan hidup mereka. Mereka tidak menyukai tindakan penyokong atau penentang Anwar.

Isu Anwar sudah tidak sekuat tahun 1999 dalam menentukan pola sokongan rakyat. Maka golongan keempatlah sebenarnya yang sepatutnya menjadi kumpulan sasaran untuk dialihkan kecenderungan mereka. Jangan terlalu menumpu isu Anwar. Hidangkan gula, minyak, tol, peningkatan kos hidup, rasuah, penyelewengan, pengkhianatan UMNO terhadap Islam/Melayu dan sebagainya.

Percayalah golongan keempat ini boleh menjadi penentu kuasa politik negara. Bergantung kepada ikhtiar kita untuk mengolahnya.

Sumber: http://www.kedahlanie.info/

Video Sham Kamikaze insaf

Posted: 22 May 2011 03:59 AM PDT



KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, akhirnya saya dikurniakan hidayah daripada Yang Maha Berkuasa. Syukur, kini saya kembali ke pangkal jalan dan menginsafi apa yang pernah saya lakukan sebelum ini," kata artis terkenal, Shamril Mohd Salleh, 36, atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze.

Sham mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kenyataan dan video menerusi laman sosial facebook miliknya serta menjelaskan ingin menarik diri daripada dunia hiburan jika dikurniakan rezeki dalam bidang berbeza.
"Saya sudah berbincang dengan ulama dan ustaz berkaitan pekerjaan dalam bidang ini. Selagi tidak menyalahi hukum syarak, tidak mengapa.

"Namun, saya turut merancang untuk meninggalkan dunia hiburan jika mempunyai peluang lain. Insya-Allah, semuanya bergantung kepada rezeki Allah," katanya kepada Metro Ahad.
Bekas pemain gitar kumpulan rock yang pernah popular pada era 1990-an ini turut menjelaskan, perubahan dialaminya kini kerana petunjuk dan hidayah pemberian Allah.
"Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As Sudais ketika saya merayau-rayau di utara.

"Orang kata, memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.
"Syukur, saya akhirnya mendapat petunjuk daripada Allah. Sekurang-kurangnya, saya tidak lagi hanyut dengan pelbagai perkara yang melalaikan," katanya.

"Saya akui, dulu saya jahil. Dengan penampilan memakai subang dan pakaian tidak sopan serta melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.
"Bagaimanapun, kini saya mula tersedar daripada lamunan. Saya memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan hidayah yang nyata adalah milik-Nya," katanya.
Sham artis terbaru yang 'berhijrah' dan mengikuti jejak langkah Azmil Mustapha, Bob Loqman, Cico dan Ashraf Muslim.

Sumber: http://abushahid.wordpress.com/

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TERKINI !! 8 BERJAYA DIKELUARKAN (11.00 MLM)

Posted: 21 May 2011 09:44 AM PDT