Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 20 Mei 2011

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Malaysia’s Food Price Increase In The First Four Months Of 2011 Is Double The Global Average

Posted: 20 May 2011 03:13 AM PDT

Press Release

The latest inflation statistics released by Bank Negara Malaysia[1] for the first four months of 2011 (up to April 2011) is alarming. I am particularly concerned with the prices for food and non-alcoholic beverages that saw a 4.9% increase for the period January to April 2011 when compared to a similar period in 2010.

If this pattern persists for the remainder of the year, 2011 will register the second highest food price increase for the people to bear since 2006. This will repeat the pain of 2008 when food prices increased by 8.8% due to a sudden hike in petrol and fuel prices.

2006 2007 2008 2009 2010 2011*
Food price increase 3.4% 3.0% 8.8% 4.1% 2.4% 4.9%

Table 1:

Food price increase was highest in 2008 due to petrol and fuel price hike; the similar trend is expected to repeat this year (*2011 is an estimate)

Food prices in Malaysia increase at more than twice the rate of global food prices in the first four months of 2011. A comparison of consumer price index (CPI) for global food prices published by United Nation's Food and Agricultural Organisation (FAO) against BNM's statistics foretells the economic misery that will affect millions of ordinary Malaysians if the Federal Government is reckless in its subsidy rationalisation program:

Jan 2011 Feb 2011 Mar 2011 Apr 2011 % increase Jan – Apr
CPI for food and non-alcoholic beverages (Source: BNM) 102.6 103.7 103.7 104.0 1.4%
Monthly Food Price Index

(Source: FAO)[2]

230.7 237.2 231.0 232.1 0.6%

Table 2:

Malaysia's food price increases at more than twice the rate of global food price increase

There is a direct correlation between haphazard removal of subsidies that affects the majority of Malaysians and the persistent food price increases registered in the first four months of the year.

Furthermore, the moral and social justification for offloading more financial burden to the public to solve the Federal Government's budget deficit is weak; when the main excesses and wastages that led to the budget deficit in the first place are left untouched. The rakyat will find it hard to swallow the reality that they have to shoulder the responsibility for a decade's worth of Barisan Nasional's economic mismanagement especially when they know the tycoons and cronies who benefitted most from the largess of the past decade are left unpunished.

Pakatan Rakyat has outlined a clear set of steps to be taken in order to reduce the national budget deficit without overly burdening the rakyat in its Buku Jingga. This includes the removal of the RM19 billion corporate subsidies given to the elite and well connected companies including the Independent Power Producers (IPPs) and instituting an effective war against corruption to prevent an estimated RM28 billion leak and wastages suffered by the Federal Government each year (as concluded from the 2008 Auditor General's Report).

At the rate that the food price is increasing, by the end of 2011 the rakyat will have to pay an extra 30% cost for each food item compared to 2005. Within 6 years, the food prices have increased by 30% when the average pay increase for Malaysian workers over the period of 2001 and 2010 is only 2.6%.

A vote for Barisan Nasional is a vote for economic mismanagement and escalating food prices.

ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
20 MAY 2011

======

KENAIKAN HARGA MAKANAN NEGARA DALAM JANGKA MASA 4 BULAN PERTAMA TAHUN 2011 MERUPAKAN KENAIKAN DUA KALI GANDA DARI HARGA DUNIA.

Statistik inflasi terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia untuk empat bulan pertama 2011(sehingga bulan April 2011) begitu membimbangkan. Saya perihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9% harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas.

Sekiranya kenaikan ini tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun 2011 akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak tahun 2006. Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8% akibat dari kenaikan mendadak harga minyak dan petrol.

2006 2007 2008 2009 2010 2011*
Kenaikan Harga Makanan 3.4% 3.0% 8.8% 4.1% 2.4% 4.9%

Jadual 1:

Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011( tahun *2011 merupakan satu jangkaan)

Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun 2011.  Perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation's Food and Agricultural Organisation [FAO] ) dengan statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.

Jan 2011 Feb 2011 Mar 2011 Apr 2011 % kenaikan Jan – Apr
Indeks Harga Pengguna untuk makanan dan minuman tidak beralkohol (sumberBNM) 102.6 103.7 103.7 104.0 1.4%
Indeks Harga Makanan Bulanan

(sumber: FAO)[1]

230.7 237.2 231.0 232.1 0.6%

Jadual 2:

Harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan seluruh dunia.

Kami yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi kerana ianya meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. Jelasnya rakyat yang terkesan akibat dari program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin. Rakyat mulai muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh Barisan Nasional apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum.

Pakatan Rakyat telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana yang terkandung dalam Buku Jingga. Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat yang berjumlah 19billion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/Swasta (IPP). Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM 28 billion setiap tahun( kesimpulan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara pada dari tahun 2008)

Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30% lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005. Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30% sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6% dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010.

Pakatan Rakyat akan jelaskan kepada rakyat bahawa memilih Barisan Nasional, adalah memilih penyelewengan pengurusan ekonomi dan kenaikan harga makanan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
20 MEI 2011


[1] Bank Negara Malaysia: Consumer Price Index Jan – Apr 2011

[2] FAO's CPI refers to 2002 as the reference price hence the indices

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


WIKILEAKS DEDAH 19 INDIVIDU BERPENGARUH DI SEKELILING NAJIB

Posted: 20 May 2011 01:34 AM PDT

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

"Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;
• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

KENYATAAN MEDIA : CUBAAN MENGHARAMKAN KEADILAN

Posted: 20 May 2011 01:28 AM PDT

HADIAH UNTUK MENTERI BESAR PERAK

Posted: 20 May 2011 01:26 AM PDT

ANWAR CUBA BUNUH AZIZAH.... BENARKAH???

Posted: 20 May 2011 01:10 AM PDT

Sedari awal, isu seumpama ini tidak mahu saya sentuh kerana bagi saya laporan polis telah pun dibuat oleh Abdullah Sani pada awal Mei yang lalu. Biarlah pihak polis menjalankan tugasnya untuk menyiasat samada memang benar kenderaan itu disabotaj ataupun sebaliknya.

DSAI atau sesiapa sahaja mempunyai hak untuk merasa terancam sekiranya berlaku sesuatu yang menimbulkan curiga, ditambah lagi dengan berlakunya satu kejadian yang hampir meragut nyawa Presiden Keadilan DS Wan Azizah.

Semalam, saya terbaca sebuah berita mengenai dakwaan Arman Azha yang menyatakan Anwar Ibrahim telah merancang sebuah 'drama kemalangan' dengan cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya sendiri. Ini sebuah dakwaan yang gila dan tidak masuk akal. Orang yang membuat dakwaan seperti ini mungkin mengalami tekanan perasaan ketika berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan PERKASA yang diagung-agungkannya sebelum ini.

Berikut adalah petikan berita mengenai dakwaan Arman Azha;
Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.

Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.

Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.
Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai perwatakkan warak dan dihormati seperti Anwar Ibrahim, juga seorang suami kepada isteri yang banyak berkorban sepanjang hayat perkahwinannya. Apakah DSAI sanggup merancang sebuah kemalangan apabila meletakkan nyawa isteri tersayang sebagai pertaruhan demi untuk mengaut sekelumit simpati rakyat ?

Dalam kejadian 19 April, saya mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Saya berada di tempat kejadian walaupun tiba sedikit lewat. Tanggal 19 April, saya menemani Chegubard dalam siri ceramahnya di Chemor. DS Wan Azizah juga turut menyampaikan ceramah di atas pentas yang sama bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim yang telah berlepas ke Jepun.

Habis ceramah sekitar jam 12, saya bersama Chegubard dan Nizam singgah di sebuah restoran yang menawarkan juadah Tomyam Poktek. Ketika sesi menikmati juadah berada dipenghujungnya, Chegubard telah mendapat berita mengenai kemalangan kecil yang menimpa DS Wan Azizah. Kami bergegas memasuki lebuhraya dan menuju ke arah tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari persimpangan Sungkai, kami berhenti di bahu jalan dan seterusnya memastikan keselamatan DS Wan Azizah. Dapat dilihat serpihan-serpihan 'brakedisk' yang pecah bertaburan sepanjang puluhan meter ke belakang. Abdullah Sani menceritakan detik-detik cemas ketika mengawal kenderaan dari terbabas. Kenderaan terhuyung-hayang sebelum satu letupan kuat berlaku di belakang. Mengelak daripada terperosok bawah lori, syukurlah kenderaan berjaya dikawal. Walaupun dilihat sebagai sebuah kemalangan kecil, tetapi musibahnya besar jika kenderaan tersebut gagal dikawal dengan baik.

Bayangkan bagaimana 'brakedisk' kenderaan lasak buatan Jerman, boleh pecah di jalan serata lebuhraya utara selatan? Lebuhraya Utara-Selatan tidak berlubang, dan jika jalan beralun sekalipun hanya terdapat di kawasan utara sahaja.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil apabila keadaan dilihat agak mencabar untuk menaikkan Merc tersebut ke atas tow-truck;





Sesungguhnya kejadian ini melibatkan nyawa seseorang dipenghujungnya, adalah wajar siasatan terperinci dilaksanakan dan pasti laporan polis yang dibuat bukan semata-mata untuk meraih simpati. Dalam keadaan ada pihak yang lebih terdesak kerana pelbagai kaedah untuk menjatuhkan DSAI tidak menjadi, maka adalah menjadi satu kewajaran untuk keluarga DSAI berasa terancam dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Mungkin kita beranggapan mungkin ia satu kebetulan apabila berlaku kemalangan sedemikian rupa. Mungkin kondisi 'brakedisk' tersebut memang sudah bermasalah retak menanti belah, dan kemalangan berlaku ketika kenderaan yang membawa Presiden Keadilan sedang menyusuri lebuhraya. Kemungkinan-kemungkinan seperti ini bisa sahaja untuk kita bicarakan. Tetapi, bukanlah dengan ilmu yang tidak setinggi mana, kita mengatakan DS Anwar Ibrahim merancang untuk satu kemalangan berlaku melibatkan isterinya, atau anaknya atau cucunya, atau dirinya sendiri!

Kepada mana-mana pendakwa dan pembawa berita yang sering bergelumang dengan segala bentuk penyebaran fitnah terutamanya melalui akhbar utusan, sila kaji dan teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar ianya tidak menjurus kepada fitnah dan kekeliruan. Sebagai anak muda ayuh kita tolak politik fitnah yang kotor, politik lucah yang jijik dan politik jahat yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada anak bangsa terutamanya golongan muda yang dahagakan politik matang yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan membuat kenyataan.

Setinggi-tinggi songkok yang disarungkan di atas batu jemala itu, yang melambangkan tingginya darjat kemelayuan itu, haruslah diselaraskan dengan tingginya akal dalam memberi komen, apalagi membuat kenyataan yang dipetik akhbar.

Jadilah anak muda pendesak perubahan, yang membawa panji-panji yang mengangkat martabat agama dan rakyat marhaen.


EDYES @ edyesdotcom

ANWAR ONLINE DALAM YAHOO! MALAYSIA

Posted: 19 May 2011 07:01 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa berkemungkinan beliau mengenali pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News. Beliau turut menyatakan bahawa beliau turut mengesyaki beberapa individu berdasarkan bentuk fizikal lelaki yang terdapat dalam video tersebut.

Ketua Umum dalam program yang dihoskan oleh Yahoo! Malaysia selama 75 minit itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T"bahkan secara tegas menyatakan bahawa ini adalah jenayah jijik dan kotor yang diatur oleh konspirator2 didikan Umno/Barisan Nasional.

DS Anwar juga mempersoal ketelusan siasatan video tersebut apabila ditanya oleh seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video tersebut yang dikatakan dianalisis pakar2 dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang. Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya. Kenyataan tersebut seolah-olah telah menjatuhkan hukuman terhadap DS Anwar sedangkan kesahihan pelaku seks dalam video tersebut dibuktikan. Sekiranya ia telah dibuktikan maka adalah wajar pihak berkuasa mendedahkan cara terperinci siasatan dilakukan. Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara tersebut menyatakan bahawa "tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik".

Penulis berpendapat kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebenarnya mengundang persepsi politik walaupun beliau menafikannya. Kenyataan tergantung yang diberikan oleh beliau sebenarnya memberi bola tanggung kepada media pro Umno untuk terus memutarbelitkan isu ini.

DS Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa "Datuk T" ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran "Dr MiM" bertanya, "DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda."

Anwar menjawab, "apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?"

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata "tiada sebab" beliau harus dipenjarakan.
"Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!" jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa. "Kita patut mengatasinya," janji Anwar.

PKR PENGKALAN HULU

0 ulasan
sumber :-

PKR PENGKALAN HULU


Pemimpin itu ibarat penoreh upahan, jadi menorehlah dengan jujur - Jangan curi-curi jual sekerap

Posted: 20 May 2011 05:04 AM PDT

Keadaan berubah dengan masa. Itulah sebabnya Islam mengingatkan yang kita mesti hidup mengikut masa dan zamannya. Apa-apa agama pun menyatakan yang perubahan itu adalah satu elemen yang tidak dapat di elakkan. Sedangkan secara fisiknya dunia ini pun berubah. Jika kita tengok peta dunia sebelum dan selepas 'ice age' misalnya, perubahan dalam bentuk dunia pun berubah dengan begitu besar.

Manusia sentiasa berubah dari muda sehingga tuanya usia. Semasa muda manusia mampu melakukan banyak kegiatan yang memerlukan tenaga, tetapi manusia itu berubah menjadi matang dan tua dan dituruti dengan tenaga dan kudrat yang berkurangan. Semua makhluk berubah dan tidak statik.

Pemikiran kita berubah dari masa ke semasa dan dari zaman ke zaman yang lain. Persepsi terhadap sesuatu perkara berubah dan perubahan ini akan memberikan reaksi kepada pihak lain kerana memang satu principle kepada sains yang menyatakan 'in every action there will be reaction'.

Hidup ini ibarat pusingan roda, kadangkala diatas, kadangkala di bawah. Tidak ada siapa yang dapat mengelak dari pusingan ini. Begitu juga kuasa; kita berkuasa di satu masa dan akan hilang kuasa itu pada suatu hari nanti. Kuasa itu akan datang atau hilang bergantung kepada perlakuan sendiri. Tidak ada kuasa yang hilang disebabkan kesalahan pihak lain.

Dunia ini berubah dengan sendirinya jika kita lihat dari zahirnya. Tetapi pada hakikatnya ianya berubah dengan afa'al tuhan atau dalam erti lainnya adalah disebabkan kehendak dan gerakNya. Kadangkala kita lupa bahawa kuasa yang paling dan Maha besar adalah kuasa Tuhan, dan selalu kita merasakan kuasa kecil yang dipinjamkanNya itu adalah hak kita untuk selamanya. Ingat kata-kata ini, 'The earth is much more intelligent and putting all human minds together'.

Saya menyebut isu ini kerana kita selalunya mendabik dada yang hanya kita sahaja yang mampu membawa pembangunan dan orang lain tidak berkeupayaan. Kitalah yang telah membangunkan negara, kitalah yang telah mencipta segala kejayaan, kitalah yang membawa penyatuan umat, kita adalah contoh kepada seluruh dunia dan semuanya kita. Kita telah mengambil segala keizinan Tuhan kepada kita seperti orang yang kufur nikmat. Semuanya adalah 'kerana aku..aku…dan…aku…seolah-oleh tidak ada Tuhan yang bersifat mukhalafah dan manawi di sebalik segala-galanya.

Tidak ada unsur maknawi yang lain apabila mendapat kejayaan selain dari kita dan parti kita. Segala kuasa ghaib dinafikan; hanya kita..aku…kita dan aku. Tuhan telah pun menunjukan sedikit demi sedikit untuk kita mengakui bahawa kuasa yang ada kepada kita ada PEMILIK MUTLAKNYA. Kita hanyalah peminjam sementara semata-mata.

Sedikit demi sedikit kuasa pinjamanNya telah diambil balik oleh pemilikNya, tetapi kita masih merasakan yang kita adalah pewaris kepada segala kuasa dariNya. Kita sedang diintai-intai oleh kelemahan dan kegagalan kita sendiri.

Kita sudah tidak dapat membezakan dua bentuk kesalahan hina yang sama, sehinggakan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain itu sahaja yang hina sedangkan kesalahan yang sama atau lebih hinanya yang kita lakukan tidak diperbetulkan. Kesalahan oleh pelaku seks haram itu sahaja yang salah tetapi salah guna kuasa dan rasuah itu tidak beberapa besar kesalahannya.

Kita lupa pelaku seks haram yang diintai dan dirakamkan itu merupakan dosa besar kepada Tuhan tetapi dosa rasuah itu adalah lebih besar kerana ianya melibatkan manusia lain. Lain-lain perkataan ianya adalah kesalahan sesama manusia dan isunya ialah isu 'hablum minan naas'. Ianya melibatkan harta dan wang ringgit manusia yang kita diamanahkan untuk memimpin.

Setahu saya isu 'hablum minan naas' adalah lebih besar dari isu 'hablum minallah'. Allah itu Maha pengampun dan pengasih dan dosa dengan Tuhan mudah terampun dari dosa kepada manusia lain apatah lagi dosa kepada rakyat yang puluhan juta ramainya.

Itulah sebabnya dosa kepada rakyat cepat mendapat balasan. Jika kita orang politik maka kita akan hilang sokongan dari mereka. Sebagai pihak yang memerintah parti kita sedang pemerhatian rakyat dan jika kita masih tidak berubah cara pendekatan kepada mereka kita tidak mustahil ditinggalkan oleh mereka kerana mereka tidak ada apa-apa 'obligation' terhadap kita.

Hanya kita sahaja yang merasakan yang mereka mesti membalas budi kepada kita sedangkan hakikatnya kitalah yang sepatutnya membalas budi rakyat yang telah memberikan mandat untuk mentadbir negara yang dianugerah kekayaan yang melimpah ruah.

Isu membalas budi tidak lagi menjadi bahan kempen yang sesuai kerana pemimpin dibayar gaji dan elaun yang besar untuk mentadbir mereka. Mereka yang mengupah pemimpin kita untuk mentadbir negara. Itulah sebabnya apabila mereka melihat pemimpin-pemimpin yang mereka upah itu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur mereka ada hak untuk mengganti manusia lain untuk diupah mentadbir negara. Sebenarnya pemimpin itulah hamba kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Rakyat mentertawakan pemimpin yang meminta rakyat membalas budi mereka sedangkan merekalah yang sepatutnya bersyukur kerana diberikan mandat untuk mentadbir negara.

Kalau kita mengambil upah untuk menoreh getah di kebun seseorang tuan punya kebun ada hak untuk menukar penorehnya jika didapati penoreh yang diupahnya itu tidak jujur dengan menjual torehan itu tanpa pengetahuan tuannya. Jadi pemimpin-pemimpin UMNO ini merupakan mereka yang telah diupah oleh rakyat untuk menoreh getah mereka.

Jadi menorehlah dengan baik. Jangan dicuri getah torehan itu dan dijual tanpa pengetahuan tuannya iaitu rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Pilihanraya yang akan datang ini ialah proses memilih siapa yang akan menjadi penoreh. Jangan pula penoreh upahan pula yang mengatur dan menggertak tuan punya kebun.

Rakyat sekarang sedang mengira berapa banyak getah mereka yang dicuri oleh penoreh-penoreh si kebun getah mereka. Dengarnya berbillion telah tiris dan telah banyak kerugian yang dialami oleh tuan punya ladang getah itu, iaitu rakyat.

Tuan punya ladang sekarang sudah sedar yang penoreh upahan mereka lebih kaya dari mereka. Isteri penoreh pun glamor gila! Ladang-ladang rakyat yang punya. Mana boleh jadi....

"Tunggu!!!" Kata mereka. "Nanti kami pilih penoreh-penoreh yang lain!!"

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Harga makanan naik dua kali ganda harga dunia- Anwar

Posted: 20 May 2011 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya dengan peningkatan harga makanan dalam jangka masa empat bulan pertama bagi tahun ini, iaitu merupakan kenaikan dua kali ganda harga dunia.


Menurutnya, statistik terbaru dikeluarkan Bank Negara menunjukkan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol bagi jangka masa yang sama tahun lepas.

"Sekiranya kenaikan ini tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun 2011 akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak tahun 2006.

"Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8% akibat dari kenaikan mendadak harga minyak dan petrol," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia berikutan kenaikan harga makanan tersebut.

"Alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi kerana ianya meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. Jelasnya rakyat yang terkesan akibat dari program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin," tegas Anwar.

Menurut Anwar, dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.

"Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," ujar Anwar.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan menteri kewangan berkata, rakyat mulai muak dengan tata kelola ekonomi yang lemah oleh Barisan Nasional menyebabkan mereka menanggung derita sedangkan kroni pemerintah mendapat keuntungan besar.

"Pakatan Rakyat akan jelaskan kepada rakyat bahawa memilih Barisan Nasional, adalah memilih penyelewengan pengurusan ekonomi dan kenaikan harga makanan," tegasnya lagi.

Justeru itu, Pakatan Rakyat telah merangka langkah bagi mengurangkan defisit belanjawan negara sepertimana yang digariskan dalam dokumen Buku Jingga.

"Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat yang berjumlah 19billion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/Swasta (IPP).

"Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM 28 billion setiap tahun," ujarnya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara pada 2008.

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ramainya Guru 1Malaysia marah pada Najib dan Muhyiddin

Posted: 20 May 2011 07:19 AM PDT



Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK

Berita Harian 2011/05/20

APABILA kerajaan mengumumkan berita baik untuk guru sempena Hari Guru baru-baru ini, majoriti saya lihat dan dengar ialah tidak enak didengar. Antara komen mereka ialah apa yang guru dapat? Nasib guru DG41, DG44 baik sekolah menengah ataupun sekolah rendah seperti terpinggir.

Berita baik itu hanya menggembirakan pengetua dan guru penolong kanan (GPK) yang bertukar secara automatik kepada DG48 atau DG52 yang mana ada antara mereka ini berkhidmat tidak sampai 10 tahun. Kononnya tugas mereka berat? Saya berpendapat tugas guru biasa lebih berat daripada mereka. Saya berpendapat tugas pengetua dan GPK, kerani biasa pun boleh buat. Itulah sebabnya kerani lebih banyak di pejabat. Sebab semuanya kerani yang buat. Jadi di mana rasionalnya kerajaan menaikkan gred GPK dan pengetua kepada DG48 dan 52 secara automatik mulai 1 Januari 2012? Tugas guru biasa lebih berat sebab mereka mengajar. Tugas mengajar sangat berat. Jika murid gagal, guru biasalah yang membantu murid meningkat. Sebab itu guru biasa sanggup buat kelas tambahan dan pulang lewat. Hasilnya sekolah akan meningkat prestasi muridnya.

Siapa yang dapat nama? Biasanya pengetua. Pada hal semua idea datang dari guru biasa itu sendiri. Mereka buat kertas kerja dan jawatankuasa. Pengetua hanya tanda tangan dan berilah sikit komen.

Begitu juga dengan GPK. Semua tugas berat, guru biasalah yang buat. Mereka kurang idea dan salah satu kerja mereka meronda dan tugas ini juga boleh dilakukan kerani.

TLS JELEBU,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Beritabaikhanyagembirakanpengetua_GPK/Article

Lagi Guru 1Malaysia marah pada Najib dan Muhyiddin

Posted: 20 May 2011 07:18 AM PDT



Utusan Malaysia 19/05/2011

Rintihan hampa seorang guru

Umum tahu 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru. Saya sendiri sudah 12 tahun bersara sebagai guru.

Saya teringat sambutan Hari Guru tahun 1977. Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Tiga atau empat hari sebelum tarikh tersebut, saya menerima sepucuk telegram daripada Jawatankuasa Sayembara Mengarang Novel Hari Guru 1976, menjemput saya ke majlis penyampaian hadiah di Dewan Tunku Canselor kerana karya saya berjaya memenangi salah satu hadiah tersebut.

Walaupun saya hanya mendapat hadiah sagu hati, saya rasa amat gembira, berbaloi penat lelah saya selama lebih kurang enam bulan menghasilkan karya saya berjudul Keretapi. Sesuai dengan judul novel, saya membawa isteri dan anak yang ketika itu berusia lima tahun menaiki kereta api dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Apabila sampai ke Dewan Tunku Canselor, saya dan lima pemenang lagi disambut oleh seorang petugas. Dibisikkan kepada saya bahawa di kalangan pemenang sagu hati, novel Keretapi adalah yang terbaik. Malah dibisikkan ia dicadang dijadikan buku teks sastera tingkatan tiga.

Saya hanya tersenyum. Saya tidak yakin novel saya akan terpilih. Novel saya hanya novel kanak-kanak. Kisah dalam novel itu hanya kisah biasa sahaja. Lagipun saya seorang penulis yang langsung tidak dikenali. Ketika itu saya hanya menulis dua buah buku, sebuah novel kanak-kanak dan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak terbitan Saudara Sinaran Berhad Pulau Pinang terbitan tahun 1967, sepuluh tahun terdahulu dari tarikh Hari Guru 1977.

Pemenang-pemenang hadiah utama iaitu Saudara Baharudin CD, Abd. Talib Hassan dan Ibrahim Omar adalah penulis-penulis yang sudah terkenal pada masa itu. Novel Desa Pingitan karya Ibrahim Omar telah pun dijadikan teks Sastera tingkatan lima. Tentu novel-novel mereka lebih berpeluang menjadi buku teks sastera bagi kelas seperi tingkatan tiga. Cukuplah novel saya menjadi buku bacaan di perpustakaan sekolah, saya terfikir.

Hari itu kami menerima hadiah masing-masing daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Masa itu hadiah tidaklah besar, hadiah utama RM3,000, RM2,000 dan RM1,000. Pemenang hadiah saguhati hanya menerima RM500 sahaja. Saya rasa sangat gembira bukan kerana RM500 tetapi mengenangkan tak berapa lama lagi saya akan melihat novel Keretapi di kedai-kedai buku termasuklah melihat novel itu di perpustakaan di sekolah tempat saya mengajar.

Tidak berapa lama kemudian, novel-novel yang mendapat hadiah utama diterbitkan. Saya membeli ketiga-tiga buah novel tersebut. Saya menunggu penerbitan novel saya pula. Tunggu punya tunggu tidak juga diterbitkan. Saya menulis di akhbar Utusan Malaysia, bertanyakan hal ini tetapi tidak mendapat reaksi dari mana-mana pihak. Saya amat kecewa.

Kemudian, saya menyertai Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya tidak memenangi sebarang hadiah. Saya berasa sedikit terkejut apabila DBP menghubungi saya mengatakan bahawa pihak DBP akan menerbitkan novel saya berjudul Cahaya dengan sedikit pindaan.

Saya tersenyum memikirkan novel saya yang kalah pun dapat diterbitkan. Pihak DBP mahu saya memberi persetujuan akan pindaan yang mereka buat. Saya pun bersetuju. Judul novel saya Cahaya telah ditukar kepada Inah. Saya merasakan tindakan DBP meminda manuskrip saya kerana mahu menyesuaikan isi buku untuk kanak-kanak dengan pembaca di kalangan kanak-kanak. Novel Inah telah dicetak dua kali. Terima kasih tak terhingga kepada DBP.

Hari ini, setelah menunggu 34 tahun, novel yang saya menangi ketika hadiah Sayembara Novel Hari Guru 1976 tidak juga diterbitkan. Saya berasa kecewa dan letih. Saya tidak lagi mengharapkan Keretapi diterbitkan kerana ceritanya mungkin tidak lagi memenuhi cita rasa pembaca di era zaman milinieum ini. Kalau dapat diterbitkan juga, syukur Alhamdulillah.

Di sini, saya meminta jasa baik sesiapa yang menyimpan manuskrip novel Keretapi agar memulangkannya kepada saya kerana saya tidak menyimpan salinannya. Tentu semua orang tertanya-tanya mengapa sampai tiada salinannya. Ketika menulis novel tersebut, saya cuma mencatat di kertas-kertas. Kemudian menaip dengan menggunakan mesin taip berjenama Brother dan saya tidak menggunakan kertas karbon sebagai penduanya kerana mengejar waktu.

Setelah selesai menaip tidak ada waktu pula untuk saya membuat salinan karya saya itu. Manuskrip saya sampai ke meja pengadil sehari sebelum tarikh tutup. Saya sebagai seorang guru selalu memastikan kerja sekolah yang akan saya dahulukan. Ini yang membuatkan saya kelam kabut. Lagipun saya selalu terfikir, kalau karya saya tidak dapat diterbitkan, pihak berkenaan akan mengembalikan manuskrip saya.

Bolehkah manuskrip novel Keretapi saya ditemui semula? Sejarah telah membuktikan dokumen-dokumen penting yang hilang ribuan tahun lalu dapat ditemui semula.

Saya sangat mengharapkan dapat membaca kembali karya Keretapi yang saya tulis 34 tahun lalu. Mungkin, pada ketika anak-anak sudah berjauhan, kesunyian adalah teman sejati. Selain mengisi waktu terluang di usia ini dengan beribadah, saya juga ingin sekali membaca novel hasil karya sendiri. Kasihanilah saya.

AHMAD IBRAHIM
Kuala Kedah, Kedah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Guru 1Malaysia marah pada Najib dan Muhyiddin

Posted: 20 May 2011 07:17 AM PDT



Utusan Malaysia 19/05/2011
Terlalu sedikit insentif guru lepasan Diploma

SELAMAT Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Itulah tema perayaan Hari Guru tahun ini yang disambut dengan begitu meriah di Kuching, Sarawak.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang berjaya menganjurkan perayaan Hari Guru tahun ini dengan kelainan. Pastinya ia menjadi nostalgia buat kami semua yang hadir sebagai tetamu, terutama Majlis Berambih yang diadakan sebagai meraikan tetamu warga pendidik yang hadir dari seluruh negara.

Majlis pelancaran Hari Guru yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching sekali lagi turut meninggalkan beberapa impak besar. Pastinya ramai yang ternanti-nanti apakah kejutan bakal diumumkan sebagai menghargai peranan guru selama Ini. Sambutan gilang-gemilang di pintu masuk utama amat meriah.

Sambil menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, serta dif-dif kehormat, warga pendidik disajikan klip video pengorbanan guru-guru yang bertugas di pedalaman. Juga guru-guru yang mendidik anak-anak istimewa di serata tanah air. Sungguh terharu melihat pengorbanan mereka yang kebanyakannya adalah para pendidik di sekolah rendah.

Warga pendidik secara umumnya mengetahui betapa sukarnya menjadi guru di sekolah rendah. Amanah dan tanggungjawab menjayakan KSSR, LINUS, Pendidikan Khas, Pemulihan Khas dan pelbagai lagi cabaran tugas yang datang bertimpa tanpa henti dilaksanakan dengan sebaik mungkin walaupun terdapat banyak kekangan yang tidak perlu dijelaskan di sini.

Malahan jumlah warga pendidik daripada Kumpulan Sokongan II masih mendominasi jumlah sebenar guru-guru. Begitu juga jumlah sekolah rendah termasuk Sekolah Kurang Murid, jumlahnya jauh melebihi Sekolah Menengah. Oleh itu, tentu sekali jumlah guru Lepasan Diploma juga amat besar dari keseluruhan jumlah warga pendidik dalam perkhidmatan awam.

Guru-guru terutama warga pendidik Lepasan Diploma amat berbesar hati atas usaha kerajaan memartabatkan profesion keguruan. Usaha mewujudkan Guru Wibawa dan Pendeta Guru sewajarnya disokong. Kejayaan-kejayaan seperti NKRA Pendidikan dan LINUS secara khususnya adalah usaha guru-guru sekolah rendah. Lihat sahajalah jumlah sekolah rendah yang mendapat penghargaan New Deal yang jauh melepasi unjuran awal Kementerian Pelajaran.

Namun ramai kecewa kenapa terlalu sedikit pengumuman insentif untuk warga pendidik Lepasan Diploma dari sekolah rendah yang telah berkorban. Ramai daripada mereka tertanya-tanya kerana sudah beberapa kali pengumuman semasa pelancaran perayaan Hari Guru sejak tahun 2009, yang menerima habuan adalah warga pendidik siswazah.

Begitu jelas terpancar kekecewaan di wajah mereka yang hadir pada majlis pelancaran Hari Guru 2011. Yang kuat bertepuk adalah yang menerima habuan. Maka menjelma kembali ulasan kecewa mereka yang telah menanti sekian lama sejak tahun 2009 hinggalah 2011, termasuk kekecewaan semasa Perhimpunan Guru 1Malaysia pada tahun 2010. Kepada Kongress dan beberapa kesatuan guru yang lantang bersuara, teruskanlah usaha murni memartabatkan kaum guru terutama mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan II.

Terharu dan simpati kepada Guru-Guru Besar Sekolah Kurang Murid yang masih terbelenggu pada Gred DGA 32. Kami juga simpati kepada Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Rendah yang sepatutnya diberi Elaun Tanggungjawab lebih tinggi daripada RM60 sebulan. Jika boleh tingkatkan gred perjawatan mereka ke DGA 34 agar dapat dibezakan dari guru-guru time-based DGA 32.

Kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah, terpaksalah terus membuat tuntutan Elaun Keraian bulanan yang tidak seberapa itu walaupun hakikatnya belanja keraian itu melebihi dari apa yang dituntut, walaupun banyak kerenah membuat tuntutan.

Teruskanlah mendidik anak bangsa kerana Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Selamat Hari Guru.

Al Zaman@ GMGBM, Kuching, Sarawak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Posted: 19 May 2011 07:06 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

0 ulasan
sumber :-

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Berbilion subsidi IPP, tapi kerajaan masih naikkan tarif elektrik- Rafizi

Posted: 19 May 2011 07:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata tidak ada sebab kerajaan menaikkan tarif elektrik di negara ini kerana peruntukan RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi gas yang diberikan kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), bertujuan untuk mengurangkan tarif tersebut. Menurut Rafizi, sekiranya dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih [...]

Mat Zain says Najib Risks Losing Muslim Support Over Datuk T

Posted: 19 May 2011 07:26 PM PDT

From Malaysian Insider A retired senior police cop today warned Datuk Seri Najib Razak of a severe Muslim backlash if he failed to punish the "Datuk T" trio for "ridiculing" Islam when they attended a recent sumpah laknat ceremony in a mosque wearing bulletproof vests. Former KL CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim said Najib could [...]

孟加兰工业区U转酿车祸,李文材促政府寻对策

Posted: 19 May 2011 07:22 PM PDT

(怡保19日讯)针对孟加兰工业区多个U型回转路口多次酿成车祸的问题,务边区国会议员李文材医生促政府立刻着手寻对策,以保障道路使用者的安全。 他表示,该处车祸的发生是属于道路的建设问题,这条笔直的道路是双车道路,道路中间筑上分阶堤,所以当车辆要进入对面的工厂就必定要使用U型回转路口。 "通往该处的车辆速度非常快,特别是行驶在右边的超车道,而落在右边车道的U转路口不但没有道路缓冲块,而且也没有任何U转路告示牌,当司机发现路口而紧急刹车时刻,尾随紧接的车辆就会撞上车尾。" 他是在昨日前往该处视察后发表文告表示。其他出席者包括人民公正党孟加兰支部主席吴芎山、妇女组主席温美乔、青年团团长方福兴、其特别助理美格、务边区回教党署理主席拉希再浓、符标隆、黄德友、张景华等党要。 李文材医生也是人民公正党霹雳州署理主席,他指出,其选区助理已经针对该项投诉致函于市政府,唯至今已经超过三个月仍然没有任何下文。 他表示,倘若市政府认真计划发展孟加兰工业区,例如将该处打造成为霹雳州鞋城,这样就不能忽视该处的道路提升工程,因为预料通往此道路的车辆将会增加,特别是重型的交通工具。

李文材促政府解决孟加兰交通阻塞问题

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

(怡保18日讯)务边区国会议员李文材医生促政府立刻着手解决孟加兰拿乞路交通阻塞问题,并要求政府立刻开始该段路段的道路提升工程,让该处居民们摆脱每日令人懊恼的交通阻塞问题。 他表示,该路段坐落在怡保发展大蓝图内的第二发展区,同时也属于发展蓝图的外环公路计划,但是目前的道路根本不能够负荷人口增长快速和发展频密的问题,市政府必须解决该处的平衡发展。 他指出,每次上班时段,从上环十八区前往拿乞的方向就必定阻塞;而在下班时段,车龙则从SPPK政府楼入口处排至万合花园入路口,另外从拿乞返回孟加兰靠近拿乞火车路的天桥也是出现车龙的热点。 "根据视察,交通阻塞问题相信是孟加兰工业区桥段和拿乞火车路天桥过于狭隘而引发。" 他是在昨日前往该处视察后发表文告表示。其他出席者包括公正党孟加兰支部主席吴芎山、妇女组主席温美乔、青年团团长方福兴、其特别助理美格、务边区回教党署理主席拉希再浓、符标隆、黄友德、张景华等党要。 李文材医生也是人民公正党霹雳州署理主席,他披露,孟加兰和上环十八无论在屋业和商业发展计划都如雨后春笋般冒起,该处附近一带布满商业区、购物区、酒店、以及临近的工业区,继金山广场和特易购商场后,全霹最大型的佳世客商场也会在明年初开始营业。 "佳世客尚未营业就出现车龙问题,而市政府较早前也曾宣布在孟加兰工业区打造霹雳州鞋城,该些计划肯定会影响该区数以万户来自孟加兰、华都亚也、上环十八、布先、拿乞等的居民。"

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Isu Sabotaj Rekaan Anwar, Dakwaan Arman Jauh Meleset !!

Posted: 20 May 2011 12:44 AM PDT

Sedari awal, isu seumpama ini tidak mahu saya sentuh kerana bagi saya laporan polis telah pun dibuat oleh Abdullah Sani pada awal Mei yang lalu. Biarlah pihak polis menjalankan tugasnya untuk menyiasat samada memang benar kenderaan itu disabotaj ataupun sebaliknya.
DSAI atau sesiapa sahaja mempunyai hak untuk merasa terancam sekiranya berlaku sesuatu yang menimbulkan curiga, ditambah lagi dengan berlakunya satu kejadian yang hampir meragut nyawa Presiden Keadilan DS Wan Azizah.

Semalam, saya terbaca sebuah berita mengenai dakwaan Arman Azha yang menyatakan Anwar Ibrahim telah merancang sebuah 'drama kemalangan' dengan cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya sendiri. Ini sebuah dakwaan yang gila dan tidak masuk akal. Orang yang membuat dakwaan seperti ini mungkin mengalami tekanan perasaan ketika berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan PERKASA yang diagung-agungkannya sebelum ini.

Berikut adalah petikan berita mengenai dakwaan Arman Azha;

Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.


Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.


Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai perwatakkan warak dan dihormati seperti Anwar Ibrahim, juga seorang suami kepada isteri yang banyak berkorban sepanjang hayat perkahwinannya. Apakah DSAI sanggup merancang sebuah kemalangan apabila meletakkan nyawa isteri tersayang sebagai pertaruhan demi untuk mengaut sekelumit simpati rakyat ?

Dalam kejadian 19 April, saya mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Saya berada di tempat kejadian walaupun tiba sedikit lewat. Tanggal 19 April, saya menemani Chegubard dalam siri ceramahnya di Chemor. DS Wan Azizah juga turut menyampaikan ceramah di atas pentas yang sama bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim yang telah berlepas ke Jepun.

Habis ceramah sekitar jam 12, saya bersama Chegubard dan Nizam singgah di sebuah restoran yang menawarkan juadah Tomyam Poktek. Ketika sesi menikmati juadah berada dipenghujungnya, Chegubard telah mendapat berita mengenai kemalangan kecil yang menimpa DS Wan Azizah. Kami bergegas memasuki lebuhraya dan menuju ke arah tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari persimpangan Sungkai, kami berhenti di bahu jalan dan seterusnya memastikan keselamatan DS Wan Azizah. Dapat dilihat serpihan-serpihan 'brakedisk' yang pecah bertaburan sepanjang puluhan meter ke belakang. Abdullah Sani menceritakan detik-detik cemas ketika mengawal kenderaan dari terbabas. Kenderaan terhuyung-hayang sebelum satu letupan kuat berlaku di belakang. Mengelak daripada terperosok bawah lori, syukurlah kenderaan berjaya dikawal. Walaupun dilihat sebagai sebuah kemalangan kecil, tetapi musibahnya besar jika kenderaan tersebut gagal dikawal dengan baik.

Bayangkan bagaimana 'brakedisk' kenderaan lasak buatan Jerman, boleh pecah di jalan serata lebuhraya utara selatan? Lebuhraya Utara-Selatan tidak berlubang, dan jika jalan beralun sekalipun hanya terdapat di kawasan utara sahaja.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil apabila keadaan dilihat agak mencabar untuk menaikkan Merc tersebut ke atas tow-truck;




Sesungguhnya kejadian ini melibatkan nyawa seseorang dipenghujungnya, adalah wajar siasatan terperinci dilaksanakan dan pasti laporan polis yang dibuat bukan semata-mata untuk meraih simpati. Dalam keadaan ada pihak yang lebih terdesak kerana pelbagai kaedah untuk menjatuhkan DSAI tidak menjadi, maka adalah menjadi satu kewajaran untuk keluarga DSAI berasa terancam dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Mungkin kita beranggapan mungkin ia satu kebetulan apabila berlaku kemalangan sedemikian rupa. Mungkin kondisi 'brakedisk' tersebut memang sudah bermasalah retak menanti belah, dan kemalangan berlaku ketika kenderaan yang membawa Presiden Keadilan sedang menyusuri lebuhraya. Kemungkinan-kemungkinan seperti ini bisa sahaja untuk kita bicarakan. Tetapi, bukanlah dengan ilmu yang tidak setinggi mana, kita mengatakan DS Anwar Ibrahim merancang untuk satu kemalangan berlaku melibatkan isterinya, atau anaknya atau cucunya, atau dirinya sendiri!

Kepada mana-mana pendakwa dan pembawa berita yang sering bergelumang dengan segala bentuk penyebaran fitnah terutamanya melalui akhbar utusan, sila kaji dan teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar ianya tidak menjurus kepada fitnah dan kekeliruan. Sebagai anak muda ayuh kita tolak politik fitnah yang kotor, politik lucah yang jijik dan politik jahat yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada anak bangsa terutamanya golongan muda yang dahagakan politik matang yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan membuat kenyataan.

Setinggi-tinggi songkok yang disarungkan di atas batu jemala itu, yang melambangkan tingginya darjat kemelayuan itu, haruslah diselaraskan dengan tingginya akal dalam memberi komen, apalagi membuat kenyataan yang dipetik akhbar.

Jadilah anak muda pendesak perubahan, yang membawa panji-panji yang mengangkat martabat agama dan rakyat marhaen.

Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/

YB Nizar Jamaluddin di jamuan Makan Malam Pakatan Rakyat di Ipoh Perak

Posted: 20 May 2011 12:08 AM PDT



Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang