Jumaat, 20 Mei 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


WIKILEAKS DEDAH 19 INDIVIDU BERPENGARUH DI SEKELILING NAJIB

Posted: 20 May 2011 01:34 AM PDT

Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

"Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;
• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

KENYATAAN MEDIA : CUBAAN MENGHARAMKAN KEADILAN

Posted: 20 May 2011 01:28 AM PDT

HADIAH UNTUK MENTERI BESAR PERAK

Posted: 20 May 2011 01:26 AM PDT

ANWAR CUBA BUNUH AZIZAH.... BENARKAH???

Posted: 20 May 2011 01:10 AM PDT

Sedari awal, isu seumpama ini tidak mahu saya sentuh kerana bagi saya laporan polis telah pun dibuat oleh Abdullah Sani pada awal Mei yang lalu. Biarlah pihak polis menjalankan tugasnya untuk menyiasat samada memang benar kenderaan itu disabotaj ataupun sebaliknya.

DSAI atau sesiapa sahaja mempunyai hak untuk merasa terancam sekiranya berlaku sesuatu yang menimbulkan curiga, ditambah lagi dengan berlakunya satu kejadian yang hampir meragut nyawa Presiden Keadilan DS Wan Azizah.

Semalam, saya terbaca sebuah berita mengenai dakwaan Arman Azha yang menyatakan Anwar Ibrahim telah merancang sebuah 'drama kemalangan' dengan cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya sendiri. Ini sebuah dakwaan yang gila dan tidak masuk akal. Orang yang membuat dakwaan seperti ini mungkin mengalami tekanan perasaan ketika berkira-kira untuk meninggalkan perjuangan PERKASA yang diagung-agungkannya sebelum ini.

Berikut adalah petikan berita mengenai dakwaan Arman Azha;
Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.

Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.

Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.
Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai perwatakkan warak dan dihormati seperti Anwar Ibrahim, juga seorang suami kepada isteri yang banyak berkorban sepanjang hayat perkahwinannya. Apakah DSAI sanggup merancang sebuah kemalangan apabila meletakkan nyawa isteri tersayang sebagai pertaruhan demi untuk mengaut sekelumit simpati rakyat ?

Dalam kejadian 19 April, saya mengesahkan kemalangan itu benar-benar berlaku. Saya berada di tempat kejadian walaupun tiba sedikit lewat. Tanggal 19 April, saya menemani Chegubard dalam siri ceramahnya di Chemor. DS Wan Azizah juga turut menyampaikan ceramah di atas pentas yang sama bagi menggantikan DS Anwar Ibrahim yang telah berlepas ke Jepun.

Habis ceramah sekitar jam 12, saya bersama Chegubard dan Nizam singgah di sebuah restoran yang menawarkan juadah Tomyam Poktek. Ketika sesi menikmati juadah berada dipenghujungnya, Chegubard telah mendapat berita mengenai kemalangan kecil yang menimpa DS Wan Azizah. Kami bergegas memasuki lebuhraya dan menuju ke arah tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari persimpangan Sungkai, kami berhenti di bahu jalan dan seterusnya memastikan keselamatan DS Wan Azizah. Dapat dilihat serpihan-serpihan 'brakedisk' yang pecah bertaburan sepanjang puluhan meter ke belakang. Abdullah Sani menceritakan detik-detik cemas ketika mengawal kenderaan dari terbabas. Kenderaan terhuyung-hayang sebelum satu letupan kuat berlaku di belakang. Mengelak daripada terperosok bawah lori, syukurlah kenderaan berjaya dikawal. Walaupun dilihat sebagai sebuah kemalangan kecil, tetapi musibahnya besar jika kenderaan tersebut gagal dikawal dengan baik.

Bayangkan bagaimana 'brakedisk' kenderaan lasak buatan Jerman, boleh pecah di jalan serata lebuhraya utara selatan? Lebuhraya Utara-Selatan tidak berlubang, dan jika jalan beralun sekalipun hanya terdapat di kawasan utara sahaja.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil apabila keadaan dilihat agak mencabar untuk menaikkan Merc tersebut ke atas tow-truck;





Sesungguhnya kejadian ini melibatkan nyawa seseorang dipenghujungnya, adalah wajar siasatan terperinci dilaksanakan dan pasti laporan polis yang dibuat bukan semata-mata untuk meraih simpati. Dalam keadaan ada pihak yang lebih terdesak kerana pelbagai kaedah untuk menjatuhkan DSAI tidak menjadi, maka adalah menjadi satu kewajaran untuk keluarga DSAI berasa terancam dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Mungkin kita beranggapan mungkin ia satu kebetulan apabila berlaku kemalangan sedemikian rupa. Mungkin kondisi 'brakedisk' tersebut memang sudah bermasalah retak menanti belah, dan kemalangan berlaku ketika kenderaan yang membawa Presiden Keadilan sedang menyusuri lebuhraya. Kemungkinan-kemungkinan seperti ini bisa sahaja untuk kita bicarakan. Tetapi, bukanlah dengan ilmu yang tidak setinggi mana, kita mengatakan DS Anwar Ibrahim merancang untuk satu kemalangan berlaku melibatkan isterinya, atau anaknya atau cucunya, atau dirinya sendiri!

Kepada mana-mana pendakwa dan pembawa berita yang sering bergelumang dengan segala bentuk penyebaran fitnah terutamanya melalui akhbar utusan, sila kaji dan teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar ianya tidak menjurus kepada fitnah dan kekeliruan. Sebagai anak muda ayuh kita tolak politik fitnah yang kotor, politik lucah yang jijik dan politik jahat yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada anak bangsa terutamanya golongan muda yang dahagakan politik matang yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan membuat kenyataan.

Setinggi-tinggi songkok yang disarungkan di atas batu jemala itu, yang melambangkan tingginya darjat kemelayuan itu, haruslah diselaraskan dengan tingginya akal dalam memberi komen, apalagi membuat kenyataan yang dipetik akhbar.

Jadilah anak muda pendesak perubahan, yang membawa panji-panji yang mengangkat martabat agama dan rakyat marhaen.


EDYES @ edyesdotcom

ANWAR ONLINE DALAM YAHOO! MALAYSIA

Posted: 19 May 2011 07:01 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa berkemungkinan beliau mengenali pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News. Beliau turut menyatakan bahawa beliau turut mengesyaki beberapa individu berdasarkan bentuk fizikal lelaki yang terdapat dalam video tersebut.

Ketua Umum dalam program yang dihoskan oleh Yahoo! Malaysia selama 75 minit itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T"bahkan secara tegas menyatakan bahawa ini adalah jenayah jijik dan kotor yang diatur oleh konspirator2 didikan Umno/Barisan Nasional.

DS Anwar juga mempersoal ketelusan siasatan video tersebut apabila ditanya oleh seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video tersebut yang dikatakan dianalisis pakar2 dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang. Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya. Kenyataan tersebut seolah-olah telah menjatuhkan hukuman terhadap DS Anwar sedangkan kesahihan pelaku seks dalam video tersebut dibuktikan. Sekiranya ia telah dibuktikan maka adalah wajar pihak berkuasa mendedahkan cara terperinci siasatan dilakukan. Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara tersebut menyatakan bahawa "tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik".

Penulis berpendapat kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebenarnya mengundang persepsi politik walaupun beliau menafikannya. Kenyataan tergantung yang diberikan oleh beliau sebenarnya memberi bola tanggung kepada media pro Umno untuk terus memutarbelitkan isu ini.

DS Anwar terus tegas dengan pendirian beliau yang telah pun menafikan dakwaan berkaitan dengan video seks dan sekali lagi menegaskan tidak perlu baginya menjelaskan keputusannya tidak menyerahkan jam tangan Omega, yang didakwa "Datuk T" ada dirakamkan dalam video seks.

Seorang pengunjung dengan nama samaran "Dr MiM" bertanya, "DSAI, apakah rasional mengelak daripada menunjukkan jam Omega kepada media dan publik? Secara logik, langkah mudah ini akan mengatasi isu moral anda."

Anwar menjawab, "apa isunya? Pertama, Eskay mendakwa bahawa ia diberikan oleh seorang putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Apa perlunya saya membuat penjelasan?"

Seorang lagi pengunjung yang mengenalkan dirinya Brandon bertanya sama ada Pakatan Rakyat akan berpecah jika Anwar masuk penjara kerana kes liwat memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan beliau agar membela diri.

Anwar menolak tanggapan sedemikian dengan berkata "tiada sebab" beliau harus dipenjarakan.
"Tiada sebab bagi saya dipenjarakan berdasarkan fakta dan undang-undang. Buat sekarang (yang diperlukan), reformasi!" jawab beliau.

Beliau menekankan tuduhan-tuduhan ke atasnya diperangkap dan adalah akibat konspirasi pemimpin-pemimpin Umno yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu urus tadbir, rasuah dan salah guna kuasa. "Kita patut mengatasinya," janji Anwar.

Tiada ulasan: