Khamis, 19 Mei 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Najib tidak ikhlas dengan 1Malaysia..

Posted: 19 May 2011 04:05 AM PDT

Sejak akhir-akhir ini, pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan rakyat negara ini dicengkam dengan keresahan dan kecurigaan mengenai kestabilan politik dan tahap toleransi kaum.

NONEUtusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diterajui Datuk Ibrahim Ali bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah - Umno/BN.

Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian.

"Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

"Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini.

NONE"Nik Aziz (tengah) ini tuan-tuan dan puan-puan, PAS ini mereka bukan tahu apa pun. Betul lah dia alim. Bangun pagi dia mengajar kuliah subuh. Saya tahu. Saya pernah solat dengan dia, saya tahu. Memang selepas sembahyang Zuhur pukul 1 mengajar bab agama, tapi dia tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini. Sekitar alam ini dia tidak tahu apa yang berlaku. Video pun dia tidak tahu apa itu. Dia tidak tahu apa. Dia hanya dengar orang bercakap," kata Ibrahim.

Tiada tindakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (bawah, kiri) pula berkata, ucapan Ibrahim itu lumrah pada masa sekarang dan tidak perlu diambil tindakan.

NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim.

Kenapa Ibrahim membuat ugutan perang salib atau jihad itu? KeranaUtusan menyiarkan laporan kononnya ada konspirasi oleh paderi dan DAP untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri Kristian.

Malah Ibrahim membuat kenyataan "jihad" itu kerana, menurut beliau, Hishamuddin sendiri mengesahkan laporan Utusan itu mempunyai asas.

NONEKenapa Hishamudin (kanan) berkata demikian? Ini kerana beliau perlu mencari alasan bagi menghalalkan tindakannya tidak mengenakan hukuman lebih keras terhadap Utusan selain daripada hanya mengeluarkan surat teguran.

Segala perkembangan ini menjadi contoh begitu jelas bagaimana Umno, PERKASA dan Utusanbersekongkol untuk terus menanam bibit-bibit benci dalam sanubari orang Melayu terhadap kaum lain, khususnya Cina.

Bakar sentimen

Mengikut sifir Umno, "kebencian" itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

utusan malaysia kritsian agama rasmiJusteru dengan perlindungan penuh KDN yang dipimpin oleh naib presiden Umno Hishamuddin,Utusan dan PERKASA bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda pemerintah.

Hakikatnya, ketegangan kaum menjadi fenomena yang mewarnai sepanjang pemerintahan Najib sejak 2009.

Kenapakah isu-isu perkauman ini begitu menyerlah di bawah pemerintahannya walhal beliau yang memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia dan membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat untuk mempromosikan slogan itu.

Jawapannya berpaksi kepada keikhlasan.

Bermuka-muka

Najib tidak boleh mencanang 1Malaysia dan pada masa sama, secara berselindung, merestui segala tindak-tanduk PERKASA dan Utusan.

NONEBeliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim dan Utusanuntuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain.

Ibrahim sendiri mendedahkan pada ceramahnya di Gombak bagaimana Najib terpaksa bermuka-muka untuk menawan sokongan pengundi bukan Melayu demi jangka hayat Umno sendiri.

Berikut petikan ceramah itu:

"Sebab apa, Datuk Najib pun sudah panggil saya, berbahas saya dengan Datuk Najib. Betul juga dia cakap pada saya, kuat pun kuat, saya tidak ada bertolak ansur, Dia kata saya faham,saya pun lebih kurang sama kamu, juga Melayu, tapi saya pimpin parti politik.

sarawak election miri dap ceramah 160411 03"Saya Perdana Menteri. Baru ni Barisan kalah. Kalau tidak dapat undi Cina, kalau tak banyak pun 30 peratus, tak dapat tarik balik, Selangor kita tak menang. Sebab kerusinya 60 40, 70 30, You Kelantan tak apalah. Di Terengganu tak apalah, di Selangor,di Negeri Sembilan, di Perak tak dapat 20, 30 peratus undi Cina, gabung dengan undi Melayu, jangan berpecah, kita boleh menang.

"Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar," kata Ibrahim.

Tidak ikhlas

Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno.

NONESebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan.

Beliau adalah pemimpin yang menentukan siapa menjadi ketua pengarang Utusan Malaysia. Justeru beliau tidak boleh memberi alasan kononnya beliau tidak ada kena mengena dengan desakan Utusan mahukan gagasan 1Melayu 1 Bumi untuk kononnya bersaing penyatuan orang Cina di bawah DAP.

NONEGagasan sebegitu, seperti PERKASA adalah cara licik untuk menebalkan sentimen perkauman dan memastikan mereka bernaung di bawah Umno.

Justeru selagi Najib tidak ikhlas terhadap konsep 1Malaysia yang dicanangnya sendiri, selagi itu rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu akan disajikan dengan ugutan-ugutan jihad, konspirasi negara Kristian dan apa sahaja yang mengisi agenda sempit politik perkauman Umno.

Utusan dan PERKASA tidak perlu bimbang terhadap sebarang tindakan – selagi Kementerian Dalam Negeri di pimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin Hussein.

Ada cawangan Umno di Ketereh bakal dibubar

Posted: 19 May 2011 01:40 AM PDT

KETEREH, 19 Mei: Di tengah-tengah kekalutan Umno mengadakan demontrasi membantah Ladang Rakyat dan pelancaran gelombang merah, lebih 100 bekas ahli Umno di bahagian ini menyertai PAS.

Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini.

Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah.

Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno.

"Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini.

Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok.

Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata.

"Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan.

"Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya.

Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang.


Sumber: Harakah Daily

DAP Saran Najib Hapuskan Dulu 'Candu Besar' Sebelum Sasar 'Candu Kecil'

Posted: 19 May 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 19 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghapuskan "candu besar" seperti pemberian subsidi bernilai RM19 bilion kepada Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sebelum menekan rakyat dengan memotong subsidi keperluan mereka.

Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, Putrajaya sepatutnya menghapuskan pemberian subsidi gas kepada IPP terlebih dahulu daripada menghapuskan subsidi yang hanya akan membebankan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan terlebih dahulu candu besar pemberian RM19 bilion subsidi gas kepada IPP dan sektor komersial sebelum menghapuskan 'candu kecil' subsidi gula, diesel dan petrol untuk rakyat.

"Pihaknya menentang sekeras-kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna," kata Lim dalam satu kenyataan.

Tegas Setiausaha Agung DAP itu, pentadbiran Najib sepatutnya menghapuskan "candu besar" itu yang telah menyebabkan kerugian minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah AS$100 bilion (RM303.06 billion) sejak 1980.

"Mengapa 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut? Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambah derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat.

"Justeru kerajaan harus memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh menyelamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit," katanya.

Najib dalam ucapannya di London baru-baru ini berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan BN sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan "candu subsidi" yang memanfaatkan kroninya.

Ini kerana kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak dan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi.


Sumber: TVSNEWS

Biasiswa: Lim bidas 'Napolean Kecil' JPA

Posted: 19 May 2011 01:30 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas Jabatan Perkhidmatan Awam kerana berulang-kali gagal membekalkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan.

NONE
Lim berkata JPA ketika mengagihkan biasiswa baru-baru gagal membezakan di antara pelajar cemerlang yang memperolehi tempat teratas dengan mereka yang mendapat keputusan kedua tertinggi.

Katanya, tindakan mesti diambil terhadap "Napolean Kecil" yang bertanggungjawab melakukan kesilapan itu kerana tindakan mereka menjejaskan masa depan pelajar yang terbabit.

"Sama ada lantik orang baru menjalankan kerja itu atau dapatkan TPM baru (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran)," kata Lim pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pengarah InvestPenang.

NONE
"Apa yang berlaku? Ini perkara mudah tetapi kesilapan seperti ini menimbulkan kepayahan, kegusaran dan kemarahan rakyat," bidasnya.

Setiausaha agung DAP juga mempersoalkan kemampuan kerajaan membekalkan perkhidmatan awam berkelas pertama sedangkan mereka kerap membuat kesilapan seumpama itu.

Bagi membekalkan perkhidmatan kelas pertama, kata Lim, kerajaan mesti memastikan terdapat sistem yang betul, etika baik, khususnya dalam pemberian biasiswa serta semangat pasukan yang baik.

Namun, katanya bukan semua kakitangan awam adalah bermasalah tetapi tindakan segelintir mereka ini merosakkan nama baik rakan mereka yang lain.


Sumber: malaysiakini

'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'

Posted: 19 May 2011 01:25 AM PDT

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

electric bill 130608
Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.


Sumber: Malaysiakini

Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB?

Posted: 19 May 2011 01:20 AM PDT

PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.

"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

NONE
BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB".

Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat," katanya.

Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.

islamic financing islam bank finance 100609 04
"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya," hujahnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.

"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?" soal pempin PAS itu lagi.


Sumber: Malaysiakini

Batal PKR: RoS didakwa rujuk fasal tak wujud

Posted: 19 May 2011 01:15 AM PDT

PKR mendakwa tindakan mahu membatalkan pendaftaran parti itu pada 9 Jun depan bermotifkan politik dan berniat jahat.

"Ini adalah tindakan terdesak Umno-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran PKR dengan asas yang dangkal dan jahat," kata Setiausaha PKR Saifudin Nasution.

NONE
PKR menerima Mei bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftarannya selepas sebulan.

Notis itu menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan melainkan parti itu menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.

Saifuddin berkata, dakwaan berlakunya pelanggaran peruntukan dalam perlembagaan parti dalam pemecatan seorang anggotanya Rajagopal Andaikallam -- seperti dipetik Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam surat bertarikh 9 Mei -- juga tidak benar.

Ini kerana, fasal yang dirujuk RoS (Fasal 32.2.1) -- yang didakwa menyebut seorang anggota mestilah disoalsiasat dan dibicarakan Lembaga Disiplin sebelum dipecat -- didakwa tidak wujud.

"Walaupun (mungkin) ia kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," katanya sambil menuduh RoS mem buat dakwaan karut.

Saifudin juga berkata, nama individu yang disebut juga sebenarnya salah. Nama sebenarnya, seperti dalam rekod parti ialah Jayagopal (bukan Rajagopal).

NONE
Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, individu itu dipecat pada 27 April 2009 setelah diputuskan Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh yang sama.

"Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil.

"Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti," katanya.


Sumber: malaysiakini

Sekolah vernakular: K'jaan mungkin disaman

Posted: 19 May 2011 01:10 AM PDT

ADUN Kota Alam Shah mengancam untuk menyaman Kementerian Pelajaran kerana gagal mengenalpasti semua sekolah venakular sebagai layak mendapat bantuan penuh seperti sekolah kebangsaan.

Notis untuk prosiding itu dikeluarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri berkenaan hari ini.

hindraf btn 151209 manoharan
Ia memberikan masa kepada kementerian menyelesaikan tuntutan Manoharan dalam masa 21 hari atau akan disaman.

Menurut notis itu, terdapat 108 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJCK) dan 97 Sekolah Jenis Kebangsaan India di negeri itu.

"Menyedihkan, hanya 55 SJKC dan 30 SJKT dikategorikan sebagai sekolah bantuan penuh sedangkan 53 SJKC dan 67 SJKT dikelaskan sebagai sekolah bantuan separa," notis itu dipetik.

Manoharan berhujah bahawa semua sekolah harus dilayan secara adil, selari dengan Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan keharmonian kaum.

Bagaimanapun, masih banyak sekolah di kawasan membangun berkeadaan menyedihkan.

Dihubungi Malaysiakini, Manoharan memberi contah tentang SJK (C) Chung Hua di Klang yang dilaporkan meluas tidak mampun membayar bil air dan elektrik.

"Pelajar hendak dapat makanan yang baik daripada kantin pun tidak boleh kerana pengusahanya tidak dapat menyimpan makanan dalam peti ais kerana elektrik dipadamkam di sebelah malam.

"Ini kerana ia sekolah separa bantuan. Kerajaan hanya bantu gaji guru dan membiarkan perkara lain," dakwanya.


Sumber: malaysiakini

SPR: Tiada lagi pilihan raya kecil mulai esok

Posted: 19 May 2011 01:05 AM PDT

Tiada lagi pilihan raya kecil peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

NONE
Beliau berkata ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.

"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.

Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun.

NONE
Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang tarikh persidangan dewannya sama dengan tarikh persidangan Parlimen iaitu pada 28 April lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya terdapat juga negeri-negeri yang tarikh persidangannya lebih awal berbanding persidangan Parlimen seperti Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April).

Tiada kerusi DUN

Manakala Kedah dan Sabah mengadakan sidang DUN pada 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei), katanya.

Pilihan raya DUN Sarawak baru sahaja diadakan 16 April lalu, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai kerusi DUN.

NONE
Sebelum ini Abdul Aziz berkata pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Mandat kerajaan Persekutuan akan berakhir pada April 2013.

Abdul Aziz berkata bagaimanapun sekiranya ada keperluan khas, Speaker DUN perlu menulis surat kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil.

Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Parlimen atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau
negeri.

najib visit kerdau 270211 02
"Jika berlaku keadaan 50-50, mana-mana parti yang bergabung tak boleh wujudkan kerajaan. Speaker Dun boleh menulis kepada SPR menyatakan masalah itu dan SPR boleh panggil pilihan raya untuk selesaikan 'deadlock' (kebuntuan) itu," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

13 wakil meninggal dunia

PRK diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

NONE
Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi adalah kerusi Parlimen manakala selebihnya adalah kerusi DUN. Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak terbabit dalam PRK dalam tempoh tiga tahun ini.

Sebanyak 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu.

Jumlah itu termasuk bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah, apabila penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supporters
Manakala tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya meletak jawatan iaitu di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi negeri di Penanti, Pulau Pinang dan Bukit Selambau, Kedah. Ketiga-tiganya adalah wakil rakyat dari PKR.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 yang menyaksikan 17 PRK diadakan.

- Bernama

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok

Posted: 19 May 2011 01:00 AM PDT

Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang.

NONE
Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan.

Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

"Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera," katanya.

NONE
Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo.


Sumber: Malaysiakini

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


PDRM: Jangan Terlebih UMNO Dari UMNO

Posted: 19 May 2011 02:00 AM PDT

Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor, 19 Mei 2011


Semacam ada satu ketakutan dasyat yang melanda parti pemerintah di Putrajaya sehingga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dikerah bertindak keterlaluan mengganggu proses perjalanan siri Ceramah KEADILAN Selangor 'JELAS - Tawan Malaysia!'.

Tindakan keterlaluan pihak PDRM dengan mengenakan sekatan jalanraya ketat menuju ke tempat ceramah, mengarah trak FRU berkumpul di hadapan kawasan ceramah, meletakkan pita garisan had sempadan ceramah di premis persendirian / markas parti dan melengahkan urusan pemberian permit merupakan tindakan luar biasa pihak PDRM, diyakini ianya demi untuk menjaga kepentingan politik UMNO. Ia berlaku di Pelabuhan Klang dan terbaru di Kuala Langat / Sepang.

KEADILAN Selangor ingin ingatkan PDRM, rakyat di Selangor bukanlah pengganas atau puak pelampau yang perlu dikawal sedemikian rupa ataupun pertubuhan perkauman melampau seperti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.


KEADILAN Selangor sekali lagi menggesa PDRM menghormati keputusan rakyat di Selangor yang memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan yang sah pada PRU 12. Segala tekanan yang cuba diberikan oleh PDRM kepada Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia!' dengan sendirinya jelas menunjukkan yang pihak PDRM ini ibarat 'terlebih UMNO dari UMNO'. Lagak PDRM tidak ubah seperti 'budak suruhan' UMNO dalam menghalang aktiviti demokrasi Pakatan Rakyat menyampaikan penerangan kepada rakyat di Selangor.

KEADILAN Selangor ingin bertanya, mengapakah institusi PDRM sendiri yang merendahkan martabat yang ada pada mereka? Sedangkan kalau dilihat pada sejarah PDRM sejak puluhan tahun, pernah ketikanya wibawa PDRM tidak boleh dipertikai. Perubahan dan transformasi yang diwar-warkan oleh institusi PDRM satu ketika dahulu seakan dimandulkan dengan tindakan keterlaluan pihak PDRM yang 'terang lagi bersuluh' kelihatan mengambil arahan dari UMNO untuk bertindak.

Sebagai contoh; Di Kuala Langat dan Sepang, pentadbiran polis bagi kawasan Parlimen Sepang terbahagi pada dua pentadbiran iaitu, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat. Bagi 5 buah Kampung bermula dari Bukit Changgang ianya terletak dibawah bidang kuasa IPD Kuala Langat. Pada 16 Mei lalu IPD Kuala Langat yang bertanggungjawap tidak membenarkan ceramah di Bukit Changgang dengan menyita Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Pihak KEADILAN Cabang Sepang cuba mengalih tempat ke Dewan Orang Ramai Salak Tinggi, dibawah pentadbiran IPD Sepang. Namun ianya telah ditolak atas alasan permohonan permit adalah terlalu singkat.

Mengikut maklumat yang disampaikan, pihak PDRM Kuala Langat dan Sepang telah menerima tekanan dari UMNO untuk membatalkan ceramah tersebut. Kelihatan kuncu-kuncu UMNO pengikut Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil telah dilihat bersama-sama polis dan sentiasa berulang alik di depan Dewan Orang Ramai Bukit Changgang bagi memantau persiapan yang telah dijalankan.

Apa yang menyedihkah pada hari Ahad 15/05/2011 Dewan Bukit Changgang telah disita menyebabkan pelajar-pelajar sekolah yang mengikuti Program Kelas Tuisyen Rakyat (PTRS) anjuran kerajaan Negeri takut untuk hadir. Hanya 4 pelajar hadir dari 25 orang pelajar. Akhirnya ceramah penerangan ini di buat di Markas PAS Kampung Labuan Dagang, Banting. Itupun ada unsur provokasi pihak PDRM

Tindakan dan lagak PDRM yang 'terlebih sudu dari kuah' dalam menjaga kepentingan politik UMNO ini semakin membosankan rakyat.

Tugas PDRM yang utama adalah menjunjung ikrar taat setia Institusi Kepolisan menjaga keselamatan rakyat seluruhnya.

Ketua Polis Negara wajib jelaskan kepada rakyat di Selangor mengapakah tindakan PDRM mutakhir ini tidak langsung mencerminkan kewibawaan PDRM itu sendiri. Bagaimana PDRM boleh bersekongkol dalam komunikasi halus bawaan APCO Worldwide dengan logo 1Malaysia pada kenderaan yang dimiliki PDRM kalau benar institusi ini bebas dari kongkongan politik?

Tahap kekesanan PDRM wajib dinilai dalam menyelesai kes jenayah yang dialami negara ini dan bukannya Key Performance Indicator (KPI) PDRM dinilai dari segi tindakan keterlaluan menghalang Kempen 'JELAS - Tawan Malaysia! mahupun ceramah penerangan seumpamanya.

Apa pun agenda politik yang tersemat pada PDRM ini, kami tidak akan mengalah dan menghentikan kempen penerangan pada seluruh rakyat di Selangor.

'JELAS - Tawan Malaysia!' diteruskan pada malam ini di Bandar Baru Bangi anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Serdang manakala pada 20hb Mei 2011(Jumaat) diadakan di Dewan Serbaguna Cheras Baru, Jalan Kuari, Cheras anjuran KEADILAN Selangor dan Cabang Pandan yang akan dihadiri oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Penerangan ini merupakan satu tanggungjawab kami sebagai parti yang diberi mandat oleh rakyat di Selangor untuk memerintah negeri ini.

Semoga teguran ini diambil dari sudut positif supaya Institusi PDRM ini dihormati oleh rakyat di Selangor dan bukannya menjadi bahan jenaka kerana terang terangan menjadi perkakas politik pada UMNO.

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / Adun Sri Muda

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan kerja ke DUN Palong, Jempol

Posted: 19 May 2011 06:02 PM PDT

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah mengadakan lawatan kerja ke DUN Palong, Jempol, Negeri Sembilan semalam 19hb Mei 2011 bermula jam 2.00 petang. Terlibat didalam lawatan ini adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro, Sdr T Kumar, Timbalan Pengerusi Biro, Sdr Karip, Bendahari Biro dan saya sendiri selaku Pengerusi Biro.

Saya sampai di Felda Palong 9 jam 2.00 petang untuk mengadakan pertemuan dengan anggota-angota PKR di Rumah Sdr Hashim.

Jam 3.00 petang kami beredar ke Felda Palong 11 ke rumah Sdr Jarudin, seorang pendokong Pakatan Rakyat, yang menderita sakit jantung. Jarudin telah menceritakan beberapa kali beliau dimasukkan ke ICU termasuk di Hospital Besar Melaka, dan kini hanya berehat di rumah.

Pihak Biro akan mendapatkan bantuan yang sememangnya disediakan oleh Felda untuk membantu pesakit-pesakit sepertinya, dan Sdr Rebin akan juga membawa masalah yang dihadapi Jarudin ini ke Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan disamping menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan tertentu.

Selepas meninggalkan rumah Jarudin, kami pergi pula ke Felda Palong 10, ke sebuah rumah milik Zarina dan suaminya, tetapi telah dirampas oleh Pihak GPW, dan rumah itu dijadikan pejabat GPW Palong 10.

Zarina dan suaminya menyatakan bahawa mereka meninggalkan rumah mereka selama 2 bulan dan tinggal bersama ibu mereka di rancangan Felda berdekatan apabila menghadapi masalah kesihatan, dan berulang alik dari Felda Palong 10 dari masa ke masa.

Tetapi apabila keluarga ini mahu pulang ke rumahnya di Palong 10, mereka dapati rumah mereka sudah berkunci dan mereka dipinta menyerahkan rumah itu kepada Felda.

Zarina menyatakan bahawa beliau atau suaminya tidak pernah menerima apa-apa surat atau notis daripada Felda dan tindakan Felda serta GPW yang merampas rumahnya itu adalah satu tindakan yang tidak berpandu kepada perundangan.

Zarina memohon bantuan daripada Biro Masyarakat Felda untuk keluarga itu mendapatkan kembali rumah itu dan haknya sebagai peneroka Felda.

Biro akan mengambil tindakan dengan secara berunding diperingkat awalnya supaya rumah itu dikembalikan.

Tetapi jika jalan rundingan ditutup oleh Felda maka Biro akan mengambil tindakan undang-undang kepada Felda dan GPW Palong 10 menuntut kembali rumah itu selain daripada gantirugi selama mana GPW telah menggunakan rumah itu dan semua harta benda dan barangan yang hilang daripada rumah itu.

Seterusnya kami melawat Felda Palong 5 bertemu dengan peneroka-peneroka Felda yang terlibat mengambil alih kebun-kebun mereka dari diuruskan oleh Felda Technoplant, dan peneroka-peneroka itu mengemukakan tuntutan-tuntutan daripada Felda Technoplant, dan tuntutan-tuntutan itu telah juga dihantar kepada Felda, Felda Technoplant dan juga kepada Perdana Menteri, Najib Razak.

Satu Majlis Dialog telah diadakan dan dihadiri oleh semua peneroka yang terlibat menarik diri daripada Felda Technoplant, dan peneroka-peneroka itu telah menyediakan senarai kerugian yang mereka tanggung selama ladang mereka diuruskan oleh Felda Technoplant yang lembab yang menyebabkan setiap daripada peneroka itu kerugian tidak kurang dari RM70,000.00 setiap seorang.

Lawatan ke DUN Palong ditangguhkan setelah rombongan Biro melawat Masjid Felda Palong 9 yang telah bocor dengan tenatnya dan pihak pentadbiran Felda dan Agama Daerah tidak melakukan apa-apa pembaikan walaupun sudah diberitahu berkali-kali oleh Jawatankuasa Masjid.

Selepas solat Maghrib dan Isya, lawatan Biro diteruskan ke Rumah Ustaz Roslan di Felda Palong 10 untuk Majlis Ceramah berkelompok dan menjamu selera. Majlis itu berakhir jam lebihkurang 10.00 malam.

Jam 10.30 malam rombongan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal meneruskan lawatannya ke Felda Palong 16 ke rumah Sdr Sharifuddin, bekas calon PKR 2004 DUN Palong yang mengumpulkan anggota-anggota PKR di rancangan itu.

Didalam pertemuan itu, suatu susunan organisasi dapat disempurnakan untuk PKR Ranting Palong 16 menghadapi Pilihanraya yang akan datang.

Jadual lawatan Biro ke DUN Palong berakhir lebihkurang jam 12.30 pagi tadi, dan saya kembali ke Temerloh dan sampai di rumah lebihkurang jam 2.00 pagi.

Lawatan kedua ke DUN Palong akan dibuat pada 9hb Jun 2011 dan akan dimulakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam.

Hari ini 20.5.11 saya selaku Pengerusi Biro Felda PKR Pusat akan ke Felda Keratong 9 untuk bertemu dengan wakil-wakil peneroka Felda di gugusan Keratong, Rompin, Pahang khususnya untuk menerangkan isu pemansuhan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari PR memerintah Putrajaya dan menangani isu anak-anak peneroka Felda yang bakal menjadi peneroka baru setelah Felda Plantation dimansuhkan.