Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Najib tidak ikhlas dengan 1Malaysia..
- Ada cawangan Umno di Ketereh bakal dibubar
- DAP Saran Najib Hapuskan Dulu 'Candu Besar' Sebelum Sasar 'Candu Kecil'
- Biasiswa: Lim bidas 'Napolean Kecil' JPA
- 'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'
- Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB?
- Batal PKR: RoS didakwa rujuk fasal tak wujud
- Sekolah vernakular: K'jaan mungkin disaman
- SPR: Tiada lagi pilihan raya kecil mulai esok
- Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok
Najib tidak ikhlas dengan 1Malaysia.. Posted: 19 May 2011 04:05 AM PDT Sejak akhir-akhir ini, pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan rakyat negara ini dicengkam dengan keresahan dan kecurigaan mengenai kestabilan politik dan tahap toleransi kaum. Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diterajui Datuk Ibrahim Ali bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah - Umno/BN. Tiada tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim. Bakar sentimen Mengikut sifir Umno, "kebencian" itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13. Bermuka-muka Beliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim dan Utusanuntuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain. "Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar," kata Ibrahim. Tidak ikhlas Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno. Sebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan. |
Ada cawangan Umno di Ketereh bakal dibubar Posted: 19 May 2011 01:40 AM PDT KETEREH, 19 Mei: Di tengah-tengah kekalutan Umno mengadakan demontrasi membantah Ladang Rakyat dan pelancaran gelombang merah, lebih 100 bekas ahli Umno di bahagian ini menyertai PAS. Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini. Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah. Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno. "Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini. Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok. Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata. "Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan. "Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya. Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang. Sumber: Harakah Daily |
DAP Saran Najib Hapuskan Dulu 'Candu Besar' Sebelum Sasar 'Candu Kecil' Posted: 19 May 2011 01:35 AM PDT SHAH ALAM 19 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghapuskan "candu besar" seperti pemberian subsidi bernilai RM19 bilion kepada Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sebelum menekan rakyat dengan memotong subsidi keperluan mereka. Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, Putrajaya sepatutnya menghapuskan pemberian subsidi gas kepada IPP terlebih dahulu daripada menghapuskan subsidi yang hanya akan membebankan rakyat. "Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan terlebih dahulu candu besar pemberian RM19 bilion subsidi gas kepada IPP dan sektor komersial sebelum menghapuskan 'candu kecil' subsidi gula, diesel dan petrol untuk rakyat. "Pihaknya menentang sekeras-kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna," kata Lim dalam satu kenyataan. Tegas Setiausaha Agung DAP itu, pentadbiran Najib sepatutnya menghapuskan "candu besar" itu yang telah menyebabkan kerugian minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah AS$100 bilion (RM303.06 billion) sejak 1980. "Mengapa 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut? Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambah derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat. "Justeru kerajaan harus memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh menyelamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit," katanya. Najib dalam ucapannya di London baru-baru ini berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi. "Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford. Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan BN sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan "candu subsidi" yang memanfaatkan kroninya. Ini kerana kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak dan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi. Sumber: TVSNEWS |
Biasiswa: Lim bidas 'Napolean Kecil' JPA Posted: 19 May 2011 01:30 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas Jabatan Perkhidmatan Awam kerana berulang-kali gagal membekalkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan. Lim berkata JPA ketika mengagihkan biasiswa baru-baru gagal membezakan di antara pelajar cemerlang yang memperolehi tempat teratas dengan mereka yang mendapat keputusan kedua tertinggi. Katanya, tindakan mesti diambil terhadap "Napolean Kecil" yang bertanggungjawab melakukan kesilapan itu kerana tindakan mereka menjejaskan masa depan pelajar yang terbabit. "Sama ada lantik orang baru menjalankan kerja itu atau dapatkan TPM baru (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran)," kata Lim pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat pengarah InvestPenang. "Apa yang berlaku? Ini perkara mudah tetapi kesilapan seperti ini menimbulkan kepayahan, kegusaran dan kemarahan rakyat," bidasnya. Setiausaha agung DAP juga mempersoalkan kemampuan kerajaan membekalkan perkhidmatan awam berkelas pertama sedangkan mereka kerap membuat kesilapan seumpama itu. Bagi membekalkan perkhidmatan kelas pertama, kata Lim, kerajaan mesti memastikan terdapat sistem yang betul, etika baik, khususnya dalam pemberian biasiswa serta semangat pasukan yang baik. Namun, katanya bukan semua kakitangan awam adalah bermasalah tetapi tindakan segelintir mereka ini merosakkan nama baik rakan mereka yang lain. Sumber: malaysiakini |
'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan' Posted: 19 May 2011 01:25 AM PDT Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau. Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu. Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat. Sumber: Malaysiakini |
Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB? Posted: 19 May 2011 01:20 AM PDT PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam. "Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub. BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB". Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi. "Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat," katanya. Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas. "Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya," hujahnya. Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB. "Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?" soal pempin PAS itu lagi. Sumber: Malaysiakini |
Batal PKR: RoS didakwa rujuk fasal tak wujud Posted: 19 May 2011 01:15 AM PDT PKR mendakwa tindakan mahu membatalkan pendaftaran parti itu pada 9 Jun depan bermotifkan politik dan berniat jahat. "Ini adalah tindakan terdesak Umno-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran PKR dengan asas yang dangkal dan jahat," kata Setiausaha PKR Saifudin Nasution. PKR menerima Mei bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftarannya selepas sebulan. Notis itu menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan melainkan parti itu menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan. Saifuddin berkata, dakwaan berlakunya pelanggaran peruntukan dalam perlembagaan parti dalam pemecatan seorang anggotanya Rajagopal Andaikallam -- seperti dipetik Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam surat bertarikh 9 Mei -- juga tidak benar. Ini kerana, fasal yang dirujuk RoS (Fasal 32.2.1) -- yang didakwa menyebut seorang anggota mestilah disoalsiasat dan dibicarakan Lembaga Disiplin sebelum dipecat -- didakwa tidak wujud. "Walaupun (mungkin) ia kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," katanya sambil menuduh RoS mem buat dakwaan karut. Saifudin juga berkata, nama individu yang disebut juga sebenarnya salah. Nama sebenarnya, seperti dalam rekod parti ialah Jayagopal (bukan Rajagopal). Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, individu itu dipecat pada 27 April 2009 setelah diputuskan Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh yang sama. "Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil. "Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti," katanya. Sumber: malaysiakini |
Sekolah vernakular: K'jaan mungkin disaman Posted: 19 May 2011 01:10 AM PDT ADUN Kota Alam Shah mengancam untuk menyaman Kementerian Pelajaran kerana gagal mengenalpasti semua sekolah venakular sebagai layak mendapat bantuan penuh seperti sekolah kebangsaan. Notis untuk prosiding itu dikeluarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri berkenaan hari ini. Ia memberikan masa kepada kementerian menyelesaikan tuntutan Manoharan dalam masa 21 hari atau akan disaman. Menurut notis itu, terdapat 108 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJCK) dan 97 Sekolah Jenis Kebangsaan India di negeri itu. "Menyedihkan, hanya 55 SJKC dan 30 SJKT dikategorikan sebagai sekolah bantuan penuh sedangkan 53 SJKC dan 67 SJKT dikelaskan sebagai sekolah bantuan separa," notis itu dipetik. Manoharan berhujah bahawa semua sekolah harus dilayan secara adil, selari dengan Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan keharmonian kaum. Bagaimanapun, masih banyak sekolah di kawasan membangun berkeadaan menyedihkan. Dihubungi Malaysiakini, Manoharan memberi contah tentang SJK (C) Chung Hua di Klang yang dilaporkan meluas tidak mampun membayar bil air dan elektrik. "Pelajar hendak dapat makanan yang baik daripada kantin pun tidak boleh kerana pengusahanya tidak dapat menyimpan makanan dalam peti ais kerana elektrik dipadamkam di sebelah malam. "Ini kerana ia sekolah separa bantuan. Kerajaan hanya bantu gaji guru dan membiarkan perkara lain," dakwanya. Sumber: malaysiakini |
SPR: Tiada lagi pilihan raya kecil mulai esok Posted: 19 May 2011 01:05 AM PDT Tiada lagi pilihan raya kecil peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara selepas tarikh 20 Mei, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008. "Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan. Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun. Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang tarikh persidangan dewannya sama dengan tarikh persidangan Parlimen iaitu pada 28 April lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan. Katanya terdapat juga negeri-negeri yang tarikh persidangannya lebih awal berbanding persidangan Parlimen seperti Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April). Tiada kerusi DUN Manakala Kedah dan Sabah mengadakan sidang DUN pada 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei), katanya. Pilihan raya DUN Sarawak baru sahaja diadakan 16 April lalu, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai kerusi DUN. Sebelum ini Abdul Aziz berkata pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya. Mandat kerajaan Persekutuan akan berakhir pada April 2013. Abdul Aziz berkata bagaimanapun sekiranya ada keperluan khas, Speaker DUN perlu menulis surat kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil. Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Parlimen atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri. "Jika berlaku keadaan 50-50, mana-mana parti yang bergabung tak boleh wujudkan kerajaan. Speaker Dun boleh menulis kepada SPR menyatakan masalah itu dan SPR boleh panggil pilihan raya untuk selesaikan 'deadlock' (kebuntuan) itu," katanya. Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta. 13 wakil meninggal dunia PRK diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi adalah kerusi Parlimen manakala selebihnya adalah kerusi DUN. Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak terbabit dalam PRK dalam tempoh tiga tahun ini. Sebanyak 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu. Jumlah itu termasuk bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah, apabila penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya. Manakala tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya meletak jawatan iaitu di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi negeri di Penanti, Pulau Pinang dan Bukit Selambau, Kedah. Ketiga-tiganya adalah wakil rakyat dari PKR. Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 yang menyaksikan 17 PRK diadakan. - Bernama |
Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok Posted: 19 May 2011 01:00 AM PDT Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant yang sedang membina kilang pemprosesan nadir bumi di Geneng, Kuantan akan diadakan esok pada jam 2 petang. Peserta dijadualkan berkumpul di KLCC dan kemudiannya berarak ke Pejabat Suruhanjaya Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pesuruhjaya tinggi negara berkenaan. Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menulis selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif. "Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera," katanya. Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia esok bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan. Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan pelbagai acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak. Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu dan bertindak menagkap mereka yang berdemo. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan