Pengikut

Nuffnang

Selasa, 17 Mei 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

0 ulasan
sumber :-

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Ceramah - Jelajah Sgor Tawan Malaysia - 13 Mei 2011

Posted: 17 May 2011 09:50 PM PDT

Sivarasa sedang berucap


Penceramah termasuk Haniza, MB, Sivarasa dan Irwan

YB Dr Nasir Hashim

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

YB Haniza Talha, Timb Speaker DUN Sgor

Sivarasa Rasiah
Sivarasa bersama PKR Cabang Subang telah menganjurkan ceramah bertajuk JELAJAH SELANGOR - TAWAN MALAYSIA pada Jumaat 13hb Mei bertempat di Kampung Melayu Subang Tambahan. Hadir bersama pada malam tersebut adalah Mentri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Zuraida, Ketua Wanita PKR, YB Dr Nasir ADUN Kota Damansara, YB Haniza Timbalan Speaker DUN Sgor dan Sdr Izwan Ismail Ketua AMK Sgor.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan ke kawasan lombong batu besi di Kg Sementeh, Lanchang

Posted: 17 May 2011 06:49 AM PDT

Saya telah dipanggil oleh beberapa orang Tuan Tanah untuk menyaksikan sendiri Lombong batu besi di Kg Sementeh, Lanchang, Temerloh dan bagaimana operasi lombong itu telah merosakkan tanah-tanah yang berjiran dengan lombong tersebut.

Saya sampai di Kg Sementeh jam lebih kurang 1.30 tengah hari, 17hb Mei 2011. Dengan berbekal dengan sebuah kamera, saya telah melawat tanah milik Sdr Yunus, dimana batu besi dari sebahagian dari tanahnya telah dikorek, dan kebun getahnya ditanah itu seolah-olah tidak dapat bertahan lama lagi kerana sudah tidak ada tempat akar pokok getah itu boleh bertahan lama.

Saya telah ambil gambar foto, mengikut kata Yunus, Pelombong itu telah bekerja siang dan malam mengorek tanah itu untuk mengeluarkan batu besi sehingga tanahnya yang tidak memberi sebarang kebenaran kepada pelombong itu turut dikorek.

Selepas itu saya melihat pula tanah Esah yang dilimpahi dengan air lumpur dan diwaktu hujan baru-baru ini air lumpur itu telah melimpah ke tanah Haji Ismail, tempat beliau memelihara lembunya.

Haji Ismail telah membawa saya ke Tanahnya yang bersempadan dengan tanah Esah, dan Haji Ismail menyatakan bahawa beliau telah menyewa backhoe untuk menggali parit bagi mengalirkan air lumpur itu dari tanahnya dan tanah Esah, digali sehingga hampir 3 kaki dalamnya.

Tetapi air lumpur itu tidak dapat dikeluarkan kerana Pelombong telah menyekat aliran air itu dihujung tanah sehingga air dan air lumpur melimpahi tanahnya dan tanah Esah.

Saya juga ambil gambar foto air lumpur itu.

Kemudian saya dibawa berjumpa dengan Towkay Lombong yang tidak membuat apa-apa tawaran terhadap kerosakan keatas tanah-tanah itu. Setelah didesak dia menawarkan hanya sekadar RM1000.00 sedangkan kerosakan itu adalah kerosakan yang berkekalan dan tanah-tanah yang rosak itu tidak lagi dapat digunakan (khususnya tanah si Esah).

Oleh kerana itu, saya akan lantik seorang Penilai dan seorang lagi Surveyor untuk membuat laporan lengkap berapakan jumlah kerugian yang telah menimpa tuan-tuan tanah berkenaan.

Nampaknya, perlombongan ini telah menganiayai orang kampong dan bagaimanakah lombong yang sebegini boleh dibenarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Temerloh. Tidakkah mereka perihatin dengan penderitaan tuan-tuan tanah yang terdiri daripada golongan petani miskin itu?

Gambar-gambar yang saya ambil itu tidak menjadi, ada masalah teknikal kepada kamera saya, dah terlalu tua agaknya dan perlu diganti dengan yang baru.

Lawatan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Sembilan

Posted: 17 May 2011 06:34 AM PDT

Lawatan kerja Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Tn Haji Suhaimi Said ke DUN Palong pada 19hb Mei 2011 (Khamis).

Jam 2.00 petang berkumpul di Rumah Sdr Latip, Palong 10.

Jam 2.30 petang melawat Sdr Jarudin (seorang jentera PKR yang terlantar sakit jantung).

Jam 3.00 petang lawatan ke rumah Pn Zarina di Palong 11 yang disingkir dari Felda tanpa alasan.

Jam 4.00 petang dialog bersama Peneroka Felda Palong 5.

Solat Maghrib di Masjid Palong 9.

Jam 7.45 malam perjumpaan bersama Pertubuhan Kecil Felda Palong 10.

Jam 9.45 malam Perjumpaan dengan ahli-ahli PKR Ranting Palong 14, 15 dan 16.


Rebin Birham,
Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal,
PKR Pusat

sk Sdr Sabbaruddin, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan.

AMK KEDAH

0 ulasan
sumber :-

AMK KEDAH


AMK CABAR NAJIB

Posted: 17 May 2011 11:50 AM PDT


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan debat khas dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, Najib perlu menerima pelawaan itu sekiranya beliau ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan demi kepentingan rakyat.

"Debat cara terbaik untuk memberi peluang kepada Anwar untuk menyatakan kebenaran kerana kita tahu media selama ini tidak pernah memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan fitnah yang dihadapinya.

"Sekiranya Datuk Seri Najib boleh diberi ruang di dalam radio untuk sampaikan misi dan visi, sepatutnya Anwar juga diberi peluang untuk menjelaskan segala-galanya kepada rakyat," ujar beliau kepada Keadilandaily.com

Baru-baru ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa Najib mengadakan debat khas dengan Anwar bagi menentukan kesalahan yang pernah dilakukan bapanya.

Pada masa yang sama, Izzah turut memohon Perdana Menteri mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan mendedahkan kesalahan yang dilakukan Anwar, khususnya dalam pentadbiran negara ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Izzah lagi, perancangan fitnah yang jahat dan jijik seperti isu liwat dan video seks tidak perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja mengaibkan keluarganya tetapi juga memburukkan imej negara di mata umum.

Mengulas lanjut, Azmizam berkata, debat itu boleh diadakan bukan sahaja menjurus kepada tuduhan peribadi, tetapi juga menyentuh masalah ekonomi dan politik semasa yang semakin haru.

"Debat itu nanti juga boleh menentukan ke mana arah tuju nak dihala kan Malaysia kerana kita tengok hala tuju Umno kini ke arah video lucah," ujarnya.

Tambah Azmizam, medan itu juga sesuai untuk merungkai apakah kesalahan yang pernah dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu masa dahulu.

"Kita ambil contoh semasa Mahathir menjadi perdana menteri. Jika saya pada masa itu Timbalan perdana Menteri, kalau lah saya nak selamatkan diri sudah tentu saya akan ikut saja arahan Dr mahathir.

"Sebagai Menteri Kewangan, Anwar boleh ikut saja arahan Dr Mahathir untuk mengguna pakai wang rakyat seperti Tabung Haji, Petronas dan KWSP untuk menyelamatkan konsortium perkapalan dan pelbagai projek mega melibatkan projek kroni Umno," katanya.

Tambah beliau, sejak Dr Mahathir mengambil alih kementerian kewangan, langkah itu diikuti perdana menteri selepasnya yang juga berkuasa penuh ke atas kementerian berkenaan.

"Jadi siapa yang nak check and balance. Ibarat saya ini Pengerusi persatuan penduduk, saya juga bendahari.

"Perkara itu berlarutan ketika zaman Pak Lah (Abdullah Badawi) sebagai PM, Khairy Jamaluddin berkuasa penuh dan banyak projek yang diperolehnya seperti ECM Libra. Dengan mudah dia menjadi jutawan segera sebab bapa mertuanya menteri kewangan.

"Di Zaman Najib pula, kita lihat Rosmah pula yang bermaharajalela malah lebih hebat dari Ketua Wanita Umno," ujarnya.

Keadilandaily

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


PR Tetap Teruskan Sesi Penerangan

Posted: 17 May 2011 05:33 PM PDT

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat akan mempelbagaikan cara untuk memastikan rakyat memperolehi maklumat tepat yang ingin disampaikan kepimpinan parti itu walapun sering dihalang polis.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, sesi penerangan yang dianjurkan gabungan parti itu merupakan platform utama penyaluran fakta kepada rakyat setelah media arus perdana dikawal oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau yang ditemui Tv Selangor petang tadi menyifatkan rakyat berhak untuk dibekalkan dengan informasi selain daripada kerajaan seraya memberi ruang menilai dasar-dasar yang relevan untuk diterima pakai.

“Ini menunjukkan Umno cukup goyah sekiranya rakyat mendapat maklumat kerana apabila rakyat diberikan maklumat dan fakta, pastinya rakyat akan yakin dengan Pakatan dan akan menolak Umno-BN,” jelasnya.

Azmin diminta mengulas tindakan dwi standard pihak polis menyekat pengeluaran permit perhimpunan awam dalam program anjuran Pakatan Rakyat apabila mendapati beliau dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim diundang memberi ucapan.

Ini termasuk melakukan sekatan jalan raya selain mengumpulkan Unit Simpanan Khas (FRU) untuk berkawal di lokasi-lokasi ceramah gabungan parti itu.

Turut dikesali provokasi yang dilakukan pihak polis sehingga mengakibatkan pertempuran kecil di antara pengunjung-pengunjung dan FRU ketika Anwar hadir ke sesi penerangan di Taman Melawati Mac lalu.

“Maka Umno terpaksa menggunakan jentera kerajaan termasuk polis bagi menghalang usaha-usaha dan program penerangan yang dianjurkan Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

Dalam pada itu Azmin yang turut hadir ketika Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan memanggil Anwar untuk membela diri bersabit tuduhan kes fitnah liwat dua berkata, sistem kehakiman semakin dipandang remeh oleh rakyat.

Ini berikutan katanya, jangkaan rakyat terhadap keputusan hakim ternyata tidak meleset walaupun jelas kes itu tidak kukuh dimata umum untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan.

“Tetapi pokoknya, apabila umum (rakyat) telah menjangkakan sesuatu keputusan daripada mahkamah, ini adalah satu perkara yang tidak sihat.

“Jelas menunjukkan rakyat tidak lagi yakin kepada badan kehakiman di Malaysia dan ini akan memberi kesan parah kepada negara Malaysia termasuk dalam isu pelaburan dan ekonomi masa akan datang kerana sistem kehakiman sudah dipertikaikan oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru Azmin menggambarkan seolah-olah hakim telah menghukum Ketua Pembangkang itu dengan mengatakan pengadu Saiful Bukhari Adzlan sebagai saksi yang berwibawa sebelum mendengar hujah daripada pihak pembelaan.

Mahkamah menetapkan 6 hingga 30 Jun sebagai tempoh Anwar dipanggil untuk membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Petrol RON95: Kerajaan Tak Peduli Beban Rakyat

Posted: 17 May 2011 05:28 PM PDT

Dari KeadilanDaily

Kerajaan memang tidak pernah memegang janji berhubung soal kenaikan barangan dan terbaru petrol RON 95 yang dijangka mengalami nasib yang sama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdul Rahman Yusof.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah memikirkan bebanan rakyat yang terpaksa menanggung implikasi daripada kenaikan petrol terhadap barangan lain.

"Kerajaan tidak pegang janji kerana menterinya sendiri mengumumkan supaya rakyat bersiap sedia untuk menghadapi kenaikan petrol RON95 yang rata-ratanya digunakan rakyat kelas pertengahan dan rendah.

"Implikasi kenaikan petrol akan memberikan kesan yang besar kerana semua barangan keperluan dinaikkan harga. Mangsanya adalah rakyat yang terpaksa menanggung beban selain menambahkan hutang isi rumah," kata Abdul Rahman ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam kerajaan yang acap kali menaikkan harga barangan keperluan dan petrol sedangkan gaji rakyat tidak dinaikkan.

"Pendapatan rakyat tidak dinaikkan, tetapi yang naik harga barang keperluan. Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi kerajaan, tapi subsidi kepada syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP) tidak ditarik.

"Sekiranya mahu kurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan kurangkan subsidi kepada syarikat kroni supaya rakyat tidak dijadikan mangsa dengan menanggung kenaikan harga. Tapi yang berlaku sebaliknya kerana kerajaan mementingkan kroni-kroni mereka," kata beliau.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Sebelum ini kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 akan ditangguhkan sama ada berlaku kenaikan ataupun tidak sehingga selepas pilihan raya

BULETIN RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

BULETIN RAKYAT


WANITA HULU SGR KE PEMERIKSAAN MAMMOGRAM SEL 15 MEI AHAD

Posted: 16 May 2011 12:43 PM PDT




Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang