Selasa, 17 Mei 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan ke kawasan lombong batu besi di Kg Sementeh, Lanchang

Posted: 17 May 2011 06:49 AM PDT

Saya telah dipanggil oleh beberapa orang Tuan Tanah untuk menyaksikan sendiri Lombong batu besi di Kg Sementeh, Lanchang, Temerloh dan bagaimana operasi lombong itu telah merosakkan tanah-tanah yang berjiran dengan lombong tersebut.

Saya sampai di Kg Sementeh jam lebih kurang 1.30 tengah hari, 17hb Mei 2011. Dengan berbekal dengan sebuah kamera, saya telah melawat tanah milik Sdr Yunus, dimana batu besi dari sebahagian dari tanahnya telah dikorek, dan kebun getahnya ditanah itu seolah-olah tidak dapat bertahan lama lagi kerana sudah tidak ada tempat akar pokok getah itu boleh bertahan lama.

Saya telah ambil gambar foto, mengikut kata Yunus, Pelombong itu telah bekerja siang dan malam mengorek tanah itu untuk mengeluarkan batu besi sehingga tanahnya yang tidak memberi sebarang kebenaran kepada pelombong itu turut dikorek.

Selepas itu saya melihat pula tanah Esah yang dilimpahi dengan air lumpur dan diwaktu hujan baru-baru ini air lumpur itu telah melimpah ke tanah Haji Ismail, tempat beliau memelihara lembunya.

Haji Ismail telah membawa saya ke Tanahnya yang bersempadan dengan tanah Esah, dan Haji Ismail menyatakan bahawa beliau telah menyewa backhoe untuk menggali parit bagi mengalirkan air lumpur itu dari tanahnya dan tanah Esah, digali sehingga hampir 3 kaki dalamnya.

Tetapi air lumpur itu tidak dapat dikeluarkan kerana Pelombong telah menyekat aliran air itu dihujung tanah sehingga air dan air lumpur melimpahi tanahnya dan tanah Esah.

Saya juga ambil gambar foto air lumpur itu.

Kemudian saya dibawa berjumpa dengan Towkay Lombong yang tidak membuat apa-apa tawaran terhadap kerosakan keatas tanah-tanah itu. Setelah didesak dia menawarkan hanya sekadar RM1000.00 sedangkan kerosakan itu adalah kerosakan yang berkekalan dan tanah-tanah yang rosak itu tidak lagi dapat digunakan (khususnya tanah si Esah).

Oleh kerana itu, saya akan lantik seorang Penilai dan seorang lagi Surveyor untuk membuat laporan lengkap berapakan jumlah kerugian yang telah menimpa tuan-tuan tanah berkenaan.

Nampaknya, perlombongan ini telah menganiayai orang kampong dan bagaimanakah lombong yang sebegini boleh dibenarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Temerloh. Tidakkah mereka perihatin dengan penderitaan tuan-tuan tanah yang terdiri daripada golongan petani miskin itu?

Gambar-gambar yang saya ambil itu tidak menjadi, ada masalah teknikal kepada kamera saya, dah terlalu tua agaknya dan perlu diganti dengan yang baru.

Lawatan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Sembilan

Posted: 17 May 2011 06:34 AM PDT

Lawatan kerja Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Tn Haji Suhaimi Said ke DUN Palong pada 19hb Mei 2011 (Khamis).

Jam 2.00 petang berkumpul di Rumah Sdr Latip, Palong 10.

Jam 2.30 petang melawat Sdr Jarudin (seorang jentera PKR yang terlantar sakit jantung).

Jam 3.00 petang lawatan ke rumah Pn Zarina di Palong 11 yang disingkir dari Felda tanpa alasan.

Jam 4.00 petang dialog bersama Peneroka Felda Palong 5.

Solat Maghrib di Masjid Palong 9.

Jam 7.45 malam perjumpaan bersama Pertubuhan Kecil Felda Palong 10.

Jam 9.45 malam Perjumpaan dengan ahli-ahli PKR Ranting Palong 14, 15 dan 16.


Rebin Birham,
Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal,
PKR Pusat

sk Sdr Sabbaruddin, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan.

Tiada ulasan: