Selasa, 26 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Tiada Bukti Exco Selangor Salah Guna Dana

Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.

Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong – Teoh Beng Hock.

Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Katanya, berdasarkan siasatannya "tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM."

Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.


Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.

Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua."


Sumber: Malaysiakini

Kerajaan Negeri Sumbang RM100 Ribu Kepada Yayasan SSL

Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT

PETALING JAYA, 26 April – Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan cek RM100,000 kepada Yayasan SSL, Strok dan Pembangunan Masyarakat bagi menanggung sebahagian kos  pembelian mesin bagi membantu penderita strok.

Pemberian sumbangan itu bersesuaian dengan langkah  kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Selangor.

Penyampaian itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan,  Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Rodziah Ismail kepada Pengerusi yayasan tersebut, Sze Chang Heng di bangunan yayasan tersebut di sini.

Menurut Rodziah sumbangan itu dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak setahun lalu.

"Saya di sini sebenarnya membawa satu janji , datang ke sini untuk menyelesaikan janji saya  daripada kerajaan negeri Selangor  untuk kami memberikan RM100 ribu seperti mana yang telah dijanjikan  hampir setahun lepas untuk disumbangkan kepada Yayasan Strok SSL ini  untuk memastikan bahawa pembelian satu teknologi terkini untuk membantu pesakit-pesakit strok  akan dapat dijadikan kenyataan.


Saya dapat tahu kos mesin itu RM1.4 juta  dan kini masih lagi dalam konteks mencari penyumbang atau mencari dermawan untuk  dapat kita pastikan bahawa pembelian  mesin ini dapat disempurnakan," katanya.

Pihak Yayasan masih memerlukan sumbangan sekitar RM430,000 bagi menanggung kos  peralatan rawatan memulihkan pesakit strok melalui mesin dikenali sebagai Lokomat iaitu  teknologi dari Switzerland.

Mesin Lokomat itu menelan kos RM1.4 juta dan setakat ini hanya terdapat satu unit di negara ini iaitu di Yayasan SSL di sini.

Melalui mesin Lokomat, pesakit strok dan lumpuh akibat kecederaan otak traumatik  dan saraf tunjang boleh menjalani rawatan pemulihan dengan lebih selesa dan intensif.

Menurut Rodziah pengunaan mesin Lokomat terbukti mampu membantu pesakit kembali berjalan semula dan telah diguna di beberapa negara antaranya Jepun, Australia dan Singapura.


Sumber: Selangorkini

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


MAIM Seleweng Wang Zakat

Posted: 26 Apr 2011 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 APRIL : Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujudnya penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sehingga menyebabkannya mengalami kerugian besar berikutan kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

Shamsul dalam laman blognya berkata, ia juga berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya siap pada Jun 2004.

Menurut Shamsul, beliau juga mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan.

"Berlaku kecuaian oleh pihak MAIM sehingga mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

"Sementara projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta.

"Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM," katanya.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) berkata, di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Majlis Agama Islam Melaka telah membuat ketetapan untuk memastikan bahawa semua harta wakaf dan baitulmal terletak di atas nama MAIM, selaras dengan kuasa yang diberi.

Malah katanya, pengurusan hartanah MAIM yang tidak memuaskan telah mengakibatkan kerugian, manakala pemantauan yang tidak berkala dan berterusan mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.


Sumber: TVSNEWS

Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik

Posted: 26 Apr 2011 01:35 AM PDT

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

NONE
Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

"Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.

"Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.

Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.

Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.

"Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," kata Anwar.


Sumber: Malaysiakini

Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan

Posted: 26 Apr 2011 01:30 AM PDT

PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar.
NONE

"Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus.

"Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri).

Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi.

Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kaku (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus).

Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN.

Polo sokongan Iban berbeza

Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi.

Dalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang.

ulu niah 5 iban longhouse sarawak 011007 ritual
Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN.

Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan.

"Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya.


Sumber: Malaysiakini

'Tiada bukti exco S'gor salah guna dana negeri'

Posted: 26 Apr 2011 01:25 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.

NONE
Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong - Teoh Beng Hock.

Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Katanya, berdasarkan siasatannya "tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong (kanan) dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM."

Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.

Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.

Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua."


Sumber: Malaysiakini

Syed Husin: PKR terus siar lidah parti tanpa permit

Posted: 26 Apr 2011 01:20 AM PDT

PKR akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu tanpa permit memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri masih tidak membuahkan hasil, kata senator Syed Husin Ali.

Katanya, langkah itu diambil memandangkan parti itu telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu permit penerbitan lidah parti itu.

suara keadilan cover 11 july 2010

"Tapi sampai sekarang temujanji itu masih belum berlaku," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Naib presiden parti itu, Tian Chua telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu pada Oktober dan seterusnya pada November tahun lalu.

"Kami ingin tahu apakah kementerian mengambil sikap politik terhadap PKR," katanya lagi.

Tambahnya, PKR kini tidak mempunyai pilihan selain menerbitkan akhbarnya tanpa permit.

"(Nampaknya) pemerintah sengaja hendak galakkan satu benda haram dari segi undang-undang," katanya lagi.

Katanya, permit bagi penerbitan Suara Keadilan tidak lagi diperbaharui oleh kementerian sejak Jun 2010.

Bagaimanapun, Suara Keadilan tetap diterbitkan dengan menggunakan judul berbeza selepas permit penerbitan akhbar berkenaan berakhir pada 7 Julai 2010.


Suara Keadilan mula berdepan masalah dengan KDN sejak akhbar itu memuatkan satu laporan kontroversi berhubung status kewangan Felda pada Jun tahun lalu.

Siri laporan khas berhubung status kewangan Felda itu disiarkan dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun.

Ekoran itu juga, akhbar berkenaan disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 kerana didakwa menyiarkan satu dokumen sulit kerajaan dalam satu edisi susulannya.


Sumber: Malaysiakini

Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi

Posted: 26 Apr 2011 01:15 AM PDT

Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina.

NONE
Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi.

Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti.

"Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak.

azlan
Berikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut.

Akhbar milik Umno -Utusan Malaysiajuga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu.

Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina.

Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera.

Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka.


Sumber: Malaysiakini

Beban 24 kerusi: PKR bawa ke mesyuarat Pakatan

Posted: 26 Apr 2011 01:10 AM PDT

Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli .

Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

NONE

"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

Dalam pilihan raya negeri lalu, Pakatan menang di 15 kerusi. PKR mendapat tiga daripada 49 kerusi manakala DAP pula berjaya di 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

PAS gagal di semua lima kerusi yang ditandinginya. Kesemua 71 kerusi dipertandingkan.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Rafizi berkata, jika mereka memberikan laluan mudah kepada BN di 25 kerusi lagi, sudah tentu keyakinan pengundi pada Pakatan tidak diperoleh.

"Kalau kita bertegas bertanding 25 kerusi sahaja, BN memang 24 tanpa bertanding pada hari penamaan. Mereka hanya perlu 12 lagi untuk membentuk kerajaan. Jadi, semua slogan ubah yang kita laungkan tidak akan berguna lagi," katanya.

'Pengkhianatan SNAP'

Menurutnya lagi, dengan menang hanya di tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi, ia memberi konotasi seolah-oleh parti tunjang dalam Pakatan itu lemah.

"Ini berbeza kalau kita menang tiga daripada 25 (kerusi)," katanya lagi.

Sementara itu, menyentuh soal cadangan penggabungan DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Rafizi berpendapat, berdasarkan realiti, ia tidak memberikan jalan pintas kepada DAP untuk meluaskan sayap kepada masyarakat Iban.

"Akhirnya mereka kena turun juga semula ke bawah. Samalah prosesnya," katanya sambil mendakwa pengkhianatan SNAP masih belum boleh dilupakan.

Katanya, sampai sekarang pihaknya masih belum mendapat penjelasan, antaranya berhubung dakwaan bahawa parti tertua Dayak di Sarawak itu mendapat tajaan daripada BN.

Kegagalan rundingan PKR dan SNAP sebelum ini menyebabkan Pakatan gagal bertembung satu lawan satu dengan BN.


Sumber: Malaysiakini

Nik Aziz undang pengkritik ke Kelantan

Posted: 26 Apr 2011 01:05 AM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.

NONE
Mursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu.

"Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan.

"Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN," tulisnya.

NONE
Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.

"Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat," katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

'Tidak bersih'

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan cemuhan Umno-BN sejak sekian lama.

NONE
Terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda.

Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu.

azlan
Malah penghujung tahun lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.


Sumber: Malaysiakini

Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'

Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT

Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 02
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 01
SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.

Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pendakwaraya Tidak Nafi Saiful Berbohong

Posted: 25 Apr 2011 11:28 PM PDT

Dari Malaysia Wave

Penggulungan Karpal semalam tidak dapat dijawab dan dipatahkan oleh Pendakwaraya.

Antara pembohongan Saiful adalah:

1.0 Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. PAdahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa.

2.0 Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong.

3.0 Saiful mengaku beliau merapati "Anwar" apabila beliau dipanggil. Padahal pada waktu itu beliau boleh menjerit dan lari keluar dari bilik, sekiranya beliau dipaksa. Lagi bukti Saiful berbohong.

(Laporan kronologi boleh dibaca di sini).

Pendakwaraya pula tidak menjawab hujjah2 Karpal ini. Pendakwaraya tidak berjaya membuktikan bahwa Saiful tidak makan karipap dan minum kopi selepas diliwat.

Pendakwaraya tidak pula menjelaskan mengapa Saiful tidak lari dan menjerit apabila beliau dipanggil masuk ke dalam bilik.

Pendakwaraya semata-mata bergantung kepada tuduhan kononnya wujud air mani Anwar dalam jubur Saiful. Pada waktu yang sama, Pendakwaraya tidak dapat beritahu bagaimana air mani Anwar boleh masuk jubur Saiful sedangkan pakar-pakar membuktikan tiada “tembusan” berlaku ke atas lubang jubur Saiful Bukhari.

Namun, kita semua tahu air mani lelaki Y itu adalah sebenarnya air mani Saiful Bukhari sendiri.

Dengan kata lain, Pendakwaraya tidak mampu menafikan Saiful Bukhari seorang pembohong. Dan Pendakwaraya sendiri pembohong sebab kata air mani lelaki Y adalah air mani Anwar Ibrahim.

Akhir sekali, Allah SWT menunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit bahawa seluruh kes ini adalah satu fitnah yang maha besar ke atas Anwar tajaan Najib dan UMNO.

Tulang Besi

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


GAMBAR KENANGAN SEBELUM HARI PELANCARAN PTRS (23 APR SABTU 3 PTG DEWAN JUBLI SUK)

Posted: 26 Apr 2011 10:44 AM PDT




Gambar Bengkel Smart Learning Osman Affan 17 Apr Ahad FRIM Kepong

Posted: 26 Apr 2011 10:09 AM PDT




Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nik Aziz mahu Tuan Ibrahim tanding Timbalan Presiden PAS?

Posted: 26 Apr 2011 12:14 AM PDT



Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.

Berita Panas seterusnya di http://msomelayu.blogspot.com/2011/04/berita-panas.html

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban
Besama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Omar, PJ N9
Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 5 ptg
Tempat : No 6, Kg Panchor, Seremban
Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Umno jemput DAP masuk BN?

Posted: 25 Apr 2011 08:51 PM PDT



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 26 April 2011: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

(Jangan lupa baca artikel : Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas PRN Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html )

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2977:umno-jemput-dap-masuk-bn&catid=36:headline&Itemid=68

Hospital baru di kawasan DAP Negeri Sembilan, YAHOO

Posted: 25 Apr 2011 08:28 PM PDT



Meloponglah orang Rembau terutama di DUN Chembong yang wakil rakyatnya Umno. Tahun 2008 Menteri Besar dah bina batu asas Hospital Rembau di DUN Chembong, akhirnya Nilai yang diwakili DAP pula yang dapat Hospital BARU. Nampak gayanya DUN Chembong, Kota, Rantau lepas ni, pengundi kena pilih wakil rakyat dari PAS dan PKR, baru cepat projek turun.

Artikel Janji Pilihanraya Umum 2008 untuk Bina Hospital Rembau belum ditunai pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Anak muda semua, mari kita sertai DAP macam anak Tan Sri Khir Johari di sini http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

***********************
Sambut baik pengumuman hospital di Nilai
Sinar Harian 26 April 2011

SEREMBAN – Pengumuman Kerajaan Negeri untuk mendirikan sebuah hospital besar di daerah Nilai akan datang disambut baik wakil rakyatnya, Yap Yau Weng (DAP - Nilai).

Menurut Yau Weng, jika kemudahan tersebut diwujudkan di kawasan itu, akan memudahkan orang ramai khasnya pesakit untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Pada pengetahuan saya, Kerajaan Negeri sudah mengumumkan kepada orang ramai akan membina sebuah hospital besar di Nilai.

"Jika adanya hospital besar di situ, orang ramai khasnya pesakit di Nilai tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Yau Weng berkata demikian semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini, semalam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9018417.asp

Ramai pelatih PLKN buta huruf, Menteri Pelajaran GAGAL

Posted: 25 Apr 2011 05:40 PM PDT



Lebih 10 peratus pelatih PLKN kita BUTA HURUF. Iaitu lebih 1,300 daripada 13,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengikuti program berkenaan akhir tahun lalu, didapati buta huruf. Dah canggih sistem pelajaran Malaysia, ada Wifi, ada Notebook, ada poco-poco, ada PPSMI, sekarang MBM MBI masih ramai lagi buta huruf? Apa kelas Kementerian Pelajaran dan Menteri Pelajaran kita? Macamana ramai belia BUTA HURUF ini ambil Lesen MEMANDU?

FATWA PLKN PULA POCO-POCO HARAM DI KEM PLKN PERAK, TAPI HALAL DI KEM PLKN LUAR PERAK???? ADUH , BERTAMBAH PONING, PONING UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI !!!

**********************
Ramai pelatih PLKN buta huruf

Berita Harian 26 April 2011

Lebih 1,300 daripada 13,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengikuti program berkenaan akhir tahun lalu, didapati buta huruf.

Ketika mengulas mengenai pengharaman senaman tarian poco-poco di Perak, Abdul Hadi berkata, semua 10 kem yang memuatkan kira-kira 4,000 pelatih untuk kemasukan Kumpulan Kedua pada 15 Mei ini di negeri itu tidak lagi melakukan poco-poco, sebaliknya diganti dengan senam seni.

"Bagi kem PLKN selain di Perak, kita teruskan senaman tarian poco-poco memandangkan muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ia tidak haram," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RamaipelatihPLKNbutahuruf/Article

566 Kamera perangkap laju canggih, tapi BODOH

Posted: 25 Apr 2011 05:40 PM PDT



Ni satu lagi projek bijak kerajaan, pasang 566 kamera canggih untuk rakam pemandu laju konon. Ya memang canggih, tapi BODOH. Kamera bukan ada otak, samseng jalanraya ada otak, mereka dah tahu ada kamera canggih, mereka pakailah topeng, cat muka dan sebagainya. Akhirnya duit rakyat juga yang lebur juta-juta. Siapa yang dapat projek pasang kamera canggih ni?

Lagi satu, nak pasang kamera bukan main canggih, TAPI lampu isyarat kat Malaysia ni manjang rosak saja, timing tak betul, padam dan sebagainya. Itu yang ada lampu isyarat, yang banyak simpang sibuk tak ada lampu isyarat apa CERITE?

Kamera canggih ni dapat KE rakam pemandu lori dan bas yang bawa laju waktu malam di jalan Segamat-Kuantan yang selalu banyak kes kemalangan maut tu?

Kamera canggih Konon, SIAPA UNTUNG?

*************
566 kamera canggih rakam pemandu laju
Berita Harian 26 April 2011

Teknologi Jerman mampu imbas wajah, kenderaan lebih 100km/j

KUALA LUMPUR: Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.

Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/566kameracanggihrakampemandulaju/Article

Shamsul dedah penyelewengan wang Zakat di Melaka

Posted: 25 Apr 2011 05:39 PM PDT



KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujud penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengalami kerugian akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

Ia berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya disiapkan pada bulan Jun 2004.

Dalam blognya hari ini, Shamsul mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan.

"Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

"Manakala projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta.
http://www.keadilandaily.com/shamsul-dedah-penyelewengan-wang-zakat-di-melaka/

Juga sila baca artikel di bawah ini :

BANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA DIJUAL KE TAUKEH CINA?
Pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html