Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- MAIM Seleweng Wang Zakat
- Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik
- Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan
- 'Tiada bukti exco S'gor salah guna dana negeri'
- Syed Husin: PKR terus siar lidah parti tanpa permit
- Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi
- Beban 24 kerusi: PKR bawa ke mesyuarat Pakatan
- Nik Aziz undang pengkritik ke Kelantan
- Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'
Posted: 26 Apr 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR 26 APRIL : Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujudnya penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sehingga menyebabkannya mengalami kerugian besar berikutan kaedah pengurusan hartanah yang lemah. Shamsul dalam laman blognya berkata, ia juga berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya siap pada Jun 2004. Menurut Shamsul, beliau juga mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan. "Berlaku kecuaian oleh pihak MAIM sehingga mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan. "Sementara projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta. "Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM," katanya. Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) berkata, di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Majlis Agama Islam Melaka telah membuat ketetapan untuk memastikan bahawa semua harta wakaf dan baitulmal terletak di atas nama MAIM, selaras dengan kuasa yang diberi. Malah katanya, pengurusan hartanah MAIM yang tidak memuaskan telah mengakibatkan kerugian, manakala pemantauan yang tidak berkala dan berterusan mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan. Sumber: TVSNEWS |
Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik Posted: 26 Apr 2011 01:35 AM PDT Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka. "Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang. "Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah. Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka. Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia. "Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," kata Anwar. Sumber: Malaysiakini |
Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan Posted: 26 Apr 2011 01:30 AM PDT PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar. "Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus. "Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri). Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi. Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kaku (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus). Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN. Polo sokongan Iban berbeza Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi. Dalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang. Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN. Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan. "Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya. Sumber: Malaysiakini |
'Tiada bukti exco S'gor salah guna dana negeri' Posted: 26 Apr 2011 01:25 AM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah. Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong - Teoh Beng Hock. Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh. Katanya, berdasarkan siasatannya "tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong (kanan) dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM." Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor. Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan. Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua." Sumber: Malaysiakini |
Syed Husin: PKR terus siar lidah parti tanpa permit Posted: 26 Apr 2011 01:20 AM PDT PKR akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu tanpa permit memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri masih tidak membuahkan hasil, kata senator Syed Husin Ali. Katanya, langkah itu diambil memandangkan parti itu telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu permit penerbitan lidah parti itu. "Tapi sampai sekarang temujanji itu masih belum berlaku," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini. Naib presiden parti itu, Tian Chua telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu pada Oktober dan seterusnya pada November tahun lalu. "Kami ingin tahu apakah kementerian mengambil sikap politik terhadap PKR," katanya lagi. Tambahnya, PKR kini tidak mempunyai pilihan selain menerbitkan akhbarnya tanpa permit. "(Nampaknya) pemerintah sengaja hendak galakkan satu benda haram dari segi undang-undang," katanya lagi. Katanya, permit bagi penerbitan Suara Keadilan tidak lagi diperbaharui oleh kementerian sejak Jun 2010. Bagaimanapun, Suara Keadilan tetap diterbitkan dengan menggunakan judul berbeza selepas permit penerbitan akhbar berkenaan berakhir pada 7 Julai 2010. Suara Keadilan mula berdepan masalah dengan KDN sejak akhbar itu memuatkan satu laporan kontroversi berhubung status kewangan Felda pada Jun tahun lalu. Siri laporan khas berhubung status kewangan Felda itu disiarkan dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun. Ekoran itu juga, akhbar berkenaan disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 kerana didakwa menyiarkan satu dokumen sulit kerajaan dalam satu edisi susulannya. Sumber: Malaysiakini |
Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi Posted: 26 Apr 2011 01:15 AM PDT Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina. Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi. Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti. "Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur. Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak. Berikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut. Akhbar milik Umno -Utusan Malaysiajuga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu. Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina. Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera. Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka. Sumber: Malaysiakini |
Beban 24 kerusi: PKR bawa ke mesyuarat Pakatan Posted: 26 Apr 2011 01:10 AM PDT Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli . Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon. "Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. Dalam pilihan raya negeri lalu, Pakatan menang di 15 kerusi. PKR mendapat tiga daripada 49 kerusi manakala DAP pula berjaya di 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi. PAS gagal di semua lima kerusi yang ditandinginya. Kesemua 71 kerusi dipertandingkan. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Rafizi berkata, jika mereka memberikan laluan mudah kepada BN di 25 kerusi lagi, sudah tentu keyakinan pengundi pada Pakatan tidak diperoleh. "Kalau kita bertegas bertanding 25 kerusi sahaja, BN memang 24 tanpa bertanding pada hari penamaan. Mereka hanya perlu 12 lagi untuk membentuk kerajaan. Jadi, semua slogan ubah yang kita laungkan tidak akan berguna lagi," katanya. 'Pengkhianatan SNAP' Menurutnya lagi, dengan menang hanya di tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi, ia memberi konotasi seolah-oleh parti tunjang dalam Pakatan itu lemah. "Ini berbeza kalau kita menang tiga daripada 25 (kerusi)," katanya lagi. Sementara itu, menyentuh soal cadangan penggabungan DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Rafizi berpendapat, berdasarkan realiti, ia tidak memberikan jalan pintas kepada DAP untuk meluaskan sayap kepada masyarakat Iban. "Akhirnya mereka kena turun juga semula ke bawah. Samalah prosesnya," katanya sambil mendakwa pengkhianatan SNAP masih belum boleh dilupakan. Katanya, sampai sekarang pihaknya masih belum mendapat penjelasan, antaranya berhubung dakwaan bahawa parti tertua Dayak di Sarawak itu mendapat tajaan daripada BN. Kegagalan rundingan PKR dan SNAP sebelum ini menyebabkan Pakatan gagal bertembung satu lawan satu dengan BN. Sumber: Malaysiakini |
Nik Aziz undang pengkritik ke Kelantan Posted: 26 Apr 2011 01:05 AM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya. Mursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu. "Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan. "Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN," tulisnya. Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini. "Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat," katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990. 'Tidak bersih' Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan cemuhan Umno-BN sejak sekian lama. Terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda. Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi. Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu. Malah penghujung tahun lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu. Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain. Sumber: Malaysiakini |
Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan' Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya. Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan. Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya. SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan. Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan