Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 23 April 2011

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Kerajaan Selangor Umum 10 Kejayaan Merakyatkan Ekonomi Selangor

Posted: 23 Apr 2011 03:00 AM PDT

SHAH ALAM 23 April - Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan  Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi.

Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.

Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut.


Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.

Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

"Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar," katanya.

Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan.

Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan.


Sumber: Selangorkini

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR Cabang Kuala Krau edar Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda untuk Generasi Baru Felda

Posted: 23 Apr 2011 10:29 PM PDT

Berikutan dengan keputusan Pakatan Rakyat seperti yang termuat didalam Buku Jingga bahawa PR akan memansuhkan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari PR mengambilalih Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan diagih-agihkan kepada anak-anak Peneroka Felda dan lain-lain golongan yang layak untuk menjadi Peneroka Baru, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengedarkan Borang-Borang Permohonan menjadi Peneroka dari kalangan anak-anak Peneroka, Orang-Orang Asal, dan kaum India yang layak bermula pada 27hb April 2011. Peneroka-peneroka dan Gen. Ke-2 dan Ke-3 yang menghadiri Himpunan Warga Felda pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan akan dibekalkan Borang ini untuk diisi penuh dan dikembalikan ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau.

Borang-borang itu akan diedarkan peringkat awalnya di Himpunan Warga Felda di Felda Jenderak Selatan, dan selepas itu mana-mana pihak yang berminat mendapatkan Borang itu boleh datang sendiri ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau di No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.

Kawasan Parlimen Kuala Krau mempunyai kawasan Felda yang begitu banyak khususnya didalam DUN Jengka kerana selain dari Bandar Jengka hampir keseluruhan kawasan DUN itu adalah kawasan-kawasan Rancangan Felda, manakala DUN Kerdau mempunyai 3 buah Rancangan Felda dan DUN Jenderak mempunyai 2 Rancangan Felda.

Borang-Borang yang diedarkan tersebut adalah terbuka kepada semua Generasi Ke-2 dan Ke-3 serta lain-lain kaum yang layak tanpa mengira affliasi parti politik mereka. Borang-Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya.

Dan borang-borang ini diedarkan secara percuma.

Borang ini juga akan dibekalkan kepada semua Cabang-Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang didalam mesyuarat yang akan diadakan pada jam 4.00 petang, 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan.

Peneroka-Peneroka dan Generasi Baru mereka boleh mendapatkan Borang ini semasa diadakan Majlis Ceramah di Felda Jenderak Selatan pada 1hb Mei 2011 jam 9.00 malam.

YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Biro Komunikasi PKR Pusat dan Dato Fauzi Abdul Rahman akan berucap didalam Majlis Ceramah itu.

Mansuhkan Felda Plantation, Beri Tanah Ladang dan Rumah Kepada Generasi Baru Felda

Posted: 23 Apr 2011 02:53 AM PDT

Fakta 1: Peneroka Asal - 112,635 orang menghuni di 317 Tanah Rancangan Felda di seluruh Negara. Keseluruhan warga Felda hari ini sudah melebihi 1 juta orang, dan hampir 800,000 darinya adalah Generasi Baru.

Fakta 2: Jumlah terbesar dari Generasi Baru tidak mempunyai pekerjaan tetap (sesetengahnya menganggur) dengan pendapatan bulanan yang kecil.

Fakta 3: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tinggal bersama ibu-bapa mereka tanpa rumah sendiri.

Fakta 4: Sejak 1990, Felda mengujudlkan Felda Plantation dan tidak lagi menempatkan peneroka-peneroka. Seluas 367,710 hektar tanah kerajaan-kerajaan Negeri dimajukan oleh Felda untuk Felda Plantation. Keluasan ini, jika dipecahkan kepada lot-lot setiap satu 5 ekar, 160,000 peneroka-peneroka baru boleh ditempatkan. Inilah peluang terbaik untuk anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur untuk memiliki ladang dan rumah sendiri dan tidak lagi menumpang ibu-bapa masing-masing.

Fakta 5: Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga menawarkan untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR mentadbirkan Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan dipecahkan kepada lot-lot untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka baru terdiri daripada anak-anak Peneroka.

Fakta 6: Tanah yang masih luas di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak juga boleh dimajukan menjadi Rancangan Felda untuk menempatkan anak-anak Peneroka serta lain-lain golongan yang layak menjadi Peneroka.

Fakta 7: Pakatan Rakyat sudah pun menyediakan Borang-Borang Permohonan untuk menjadi peneroka Felda dari kalangan anak-anak Peneroka dan golongan lain yang layak. Di peringkat Negeri Pahang, silalah pergi ke pejabat-pejabat PKR di peringkat Cabang-Cabang untuk mengambil dan mengisi-penuhkan Borang-Borang itu dan serahkan kembali kepada Cabang-Cabang berkenaan. Mereka yang layak akan ditemuduga untuk menjadi Peneroka Felda apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara ini selepas PRU-13 nanti.

Borang-borang diperingkat Kuala Krau boleh diambil dari Pejabat PKR Cabang Kuala Krau, No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.




Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Strategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal

Posted: 23 Apr 2011 01:45 AM PDT

KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.

Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.

"Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.

"Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.

"Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir.

Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur.
Katanya, pada pertemuan yang disifatkan diatur khas turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena," ujarnya.

Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie.

Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan.

Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding.

Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor.


Sumber: Harakah Daily

Noh Omar Ahli Politik Tidak Matang - Serikandi

Posted: 23 Apr 2011 01:40 AM PDT


SHAH ALAM 23 APRIL : Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar dilabel sebagai ahli politik yang tidak matang berikutan enggan akur pada pilihan pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru- baru ini.

Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail berkata Noh dan juga pemimpin UMNO BN yang lain harus akur pada undi rakyat, bukannya mempersalahkan dan menyifatkan pengundi sebagai tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan pemerintah.

Hakikatnya, Aishah berkata jika kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak tidak korup, tidak mungkin rakyat akan beralih arah memangkah Pakatan Rakyat.

"Saya rasa Noh Omar sebagai ahli politik yang tidak matang apabila dia menyalahkan rakyat secara keseluruhannya secara terang- terangan khususnya masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional di Sarawak.

"Bagi saya gelombang ini bukan sahaja dirasai di Sarawak tetapi juga di Semenanjung di mana kita lihat majoriti masyarakat Cina memang terang- terangan memperlihatkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Noh Omar yang disifat tidak senang dengan perkembangan itu. Banyak kenyataan pimpinan UMNO salahkan orang Cina kerana pilih Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional," ujar Aishah.

Aishah turut menasihati Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani agar belajar menerima kenyataan bahawa rakyat kini sudah matang berpolitik dan mampu memilih parti politik yang benar- benar menjaga kebajikan mereka.

"Jika dizinkan Allah dengan semangat pemimpin- pemimpin, semangat jentera Pakatan Rakyat bukan saja di kalangan majoriti masyaakat Cina tetapi percayalah dalam masa terdekat masyarakat Melayu juga akan merubah perspektif politik mereka dan akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Aishah juga berkata Noh Omar harus menerima kenyataan bahawa UMNO BN kini ditolak dan hilang kewibawaanya dalam arena politk semasa kini.


Sumber: TVSNEWS

Apa kaitan video seks dengan buat bom?

Posted: 23 Apr 2011 01:35 AM PDT

Tidak jauh daripada daripada beberapa bangunan kodominium mewah yang dinamakan Bangsar South, ada sebuah rumah usang yang dibina menggunakan papan lapis dan beratapkan zink,. Beberapa tulisan dalam bahasa Arab menyambut kehadiran tetamu di ruang masuk.

NONE
Di dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.

Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.

Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

"Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.

NONE
"Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku," katanya.

Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,

"Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.

"Saya cacat. Macam mana nak buat bom?" soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur.

Main mercun

Malah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.

NONE
Meskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.

Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.

"(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen," katanya.

NONE
Menurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.

"Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.

"Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.

"Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera," katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.



Sumber: malaysiakini

Fiasco 1Melayu buktikan Najib 'satu lagi Pak Lah'

Posted: 23 Apr 2011 01:30 AM PDT

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata reaksi yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan Utusan Malaysia agar konsep "1Melayu, 1Bumi" diutamakan membuktikan beliau tidak lagi mempunyai kuasa dalam partinya sendiri.

sarawak election miri dap ceramah 110411 lim kit siang
Malah kata Lim, Najib boleh diibaratkan sebagai 'pak turut' yang menjejaki langkah presiden Umno sebelum ini, Tun Abdullah Badawi.

"Soalan yang diingin diketahui ramai sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Najib Razak telah menjadi seorang lagi Pak Lah (Abdullah), perdana menteri kelima yang tidak mengendalikan Umno meskipun beliau adalah Presiden Umno sehingga menyaksikan beliau dipaksa bersara sebagai ketua Umno dan perdana menteri," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

"Jawapan semakin diperlukan selepas pendirian Najib yang langsung tidak boleh diterima berhubung cadangan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan," kata Lim.

Beliau juga membidas perdana menteri yang memberikan alasan dayus bahawa kenyataan rasis yang disiarkan akhbar milik Umno itu adalah pendapat peribadi penulisnya.

Semalam, Najib berkata gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang disaran Utusan Malaysia bukan pandangan kerajaan.

najib abdullah umno 100408
"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita," katanya.

Menurut pemimpin veteran DAP itu, cadangan Utusan tersebut ibarat satu tamparan terus ke muka perdana menteri yang sebelum ini sibuk mencanang-canangkan konsep 1Malaysia yang kononnya bagi menyatukan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.

Katanya, alasan Najib tidak dapat diterima, khususnya akhbar bahasa Melayu itu adalah 'lidah rasm' Umno dan laporannya menggambarkan pandangan pemimpin Umno dalam kerajaan.


Sumber: malaysiakini

MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia

Posted: 23 Apr 2011 01:25 AM PDT

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05
Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaranUtusan Malaysia yang terus menjunam.

"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya.

NONE
Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 lim guan eng
"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".



Sumber: malaysiakini

Azmin dakwa tidur malam Rosmah tak lena

Posted: 23 Apr 2011 01:20 AM PDT

Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.

NONE
Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.

Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.

"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah," katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.

Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.

"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN," katanya.

najib and rosmah 250608 01
"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam," katanya.

Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.

Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkanUtusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.

NONE
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.

Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

"Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.

"Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahuUtusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman," kata Azmin.


Sumber: malaysiakini

NGO desak kenaikkan harga barangan dikekang

Posted: 23 Apr 2011 01:15 AM PDT

Sebanyak 25 kumpulan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan persatuan mahasiswa menuntut kerajaan menghentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minimum.

azlan
Sempena deklarasi Hari Pekerja Sedunia itu, kumpulan tersebut juga menuntut supaya BN mengawal kenaikan harga barangan yang berterusan meningkat sehingga membebankan rakyat ekoran kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.

"Kenaikan harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah.

"Alasan yang diberikan oleh kerajaan – 'penyelarasan subsidi' iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis.

"Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

factory workers 021208
Menurut deklarasi 1 Mei sempena hari pekerja itu lagi pembaziran seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini.

"Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat.

"Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.," kata mereka dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu juga membidas amalan nepotisme, kronisme, ketidaktelusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku di peringkat atasan sehingga menyebabkan pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil.

azlan
"Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara.

"Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara.

"Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara."

Memetik sumber daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, kumpulan itu berkata 34 peratus daripada pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

"Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil.

budget belanjawan negara civil workers
"Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja," kata mereka.

Sehubungan itu menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini, mereka menuntut 18 perkara daripada kerajaan:

  • Hentikan rundingan Perjanjian Perdagagan Bebas (FTA) dengan EU dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
  • Hentikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat
  • Gubal rang uUndang-undang anti gangguan seksual untuk mengelakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.
  • Tingkatkan penglibatan tenaga kerja wanita yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7 peratus. Sediakan tempat asuhan kanak-kanak yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.
  • Hentikan penswastaan khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
  • Laksanakan pendidikan percuma untuk semua dengan memansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.
  • Isytihar kesatuan sekerja secara automatik dengan mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.
  • Iktiraf hak tanah adat orang Asli/Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi orang Asli.
  • Hak perumahan hak rakyat dengan sediakan perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.
  • Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
  • Wujudkan tabung pemberhentian kerja dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
  • Wujudkan polisi dan perundangan domestik bagi melindungi pekerja tidak rasmi.
  • Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak migran, pelarian dan pencari suaka bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.
  • Laksanakan polisi ekonomi berlandaskan keperluan tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua
  • Menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
  • Selamatkan bumi kita, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.

Mereka yang menandatangani deklarasi 18 tuntutan itu adalah seperti berikut:

  • AWAM - All Women's Action Society
  • CAN - Community Action Network
  • CDC- Community Development Centre
  • CIJ – Centre for Independent Journalism
  • DEMA – Malaysia Youth and Students Democratic Movement
  • EMPOWER - Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
  • JAG - Joint Action Group for Gender Equality
  • JERIT - Jaringan Rakyat Tertindas
  • KOMAS - Pusat Komunikasi Masyarakat
  • ODHA - Orang yang Hidup Dengan HIV dan AIDS
  • Pemuda Sosialis
  • PERMAS - Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan
  • PRM - Parti Rakyat Malaysia
  • PSM - Parti Sosialis Malaysia
  • PSWS - Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  • PWW - Perak Women for Women
  • SABM - Saya Anak Bangsa Malaysia
  • SAWO - Sabah Women's Action-Resource Group
  • SIS - Sisters in Islam
  • SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia
  • SUARAM - Suara Rakyat Malaysia
  • WAO - Women's Aid Organization
  • WCC- Women's Centre for Change
  • KAMI - Kumpulan Aktivis Muda Independen
  • Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS

Sumber: malaysiakini

DAP atur strategi pilihan raya 2016

Posted: 23 Apr 2011 01:10 AM PDT

Selepas kejayaan memberangsangkan dengan menawan 12 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri sabrtu lalu, DAP membuat persiapan cukup awal.

Kali ini, sasaran mereka adalah lapan lagi kerusi yang mempunyai pengundi majoriti penduduk pribumi di selatan Sarawak pada pilihan raya negeri yang dijadualkan sebelum 2016.

Kerusi berkenaan adalah di Satok, Tupong, Bengoh, Tarat, Kedup, Opar, Tasik Biru dan Balai Ringgin - semuanya mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau, Iban atau Bidayuh dan sedikit pengundi Cina.

NONE
Kerusi majoriti Melayu/Melanau di Samariang juga sedang dipertimbangkan.

Bagi pilihan raya peringkat parlimen, DAP mahu bertanding di beberapa kerusi tambahan seperti di Mas Gading, Mambong, Serian dan Sri Aman, semuanya juga di selatan Sarawak.

"Kami juga mungkin bertanding di Petra Jaya," kata setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen kepada wartawan di Kuching hari ini.

Sebekum ini, secara tradisionalnya, DAP hanya memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina di kawasan bandar.

Chong, yang bertanggungjawab mengenai hal ehawal parti di selatan sarawak berkata beliau akan membentangkan cadangan berkenaan kepada mesyuarat jawatankuasa parti negeri yang dijadualkan di Sibu, esok.


Sumber: Malaysiakini

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

Posted: 23 Apr 2011 01:05 AM PDT

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai, laporHarakahdaily.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu, beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

NONE
Menurut Mustafa, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkan perkara yang sama.


Sumber: malaysiakini
Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Qazaf: Dua lagi pemimpin PKR beri keterangan

Posted: 23 Apr 2011 01:00 AM PDT

Dua pemimpin pemuda PKR semalam memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) berhubung laporan qazaf yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin awal bulan ini.

Laporan qazaf itu dibuat ekoran pendedahan video seks yang dikaitkan seorang pemimpim pembangkang yang didakwa mirip dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pkr batu 210808 rozan azen mat sarip
Dua pemimpin tersebut - Ketua AMK Wilayah Persekutan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMK cabang Batu Rozan Azen Md Rasip (kiri) - memberi keterangan secara berasingan di jabatan berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketika dihubungiMalaysiakini, Mohd Hamdi berkata beliau bersama Rozan memberi keterangan sebagai saksi setelah mengiringi Shamsul Iskandar sewaktu membuat laporan pada 4 April lalu.

Sewaktu memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat JAWI, Mohd Hamdi berkata antara soalan yang ditanya mengenai latar belakang peribadi dan penglibatannya dalam parti.

Selain itu, Mohd Hamdi berkata, beliau juga ditanya berkisar mengenai tempoh video seks yang disiarkan dalam internet termasuk tempoh beliau mengenali Anwar yang juga ketua pembangkang.

NONE
Menjawab soalan pegawai penyiasat berhubung dari mana beliau mendapat bukti video seks tersebut, Mohd Hamdi berkata:

"Saya memberitahu bahawa mendapat bukti video lucah itu melalui internet, blog dan laporan berita termasuk kenyataan daripada (ahli parlimen Sungai Petani) Datuk Johari Abdul," katanya.

Menurut Mohd Hamdi, beliau juga turut bertanyakan kepada pegawai penyiasat berhubung tindakan JAWI untuk memanggil trio 'Datuk T' - iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Mohd Hamdi mendakwa pegawai penyiasat akan memanggil Datuk 'T' "selepas menyiasat" laporan yang dikemukakan oleh mereka.

azlan
"Saya minta JAWI memanggil ketiga-tiga trio itu untuk memberikan keterangan... Orang yang mendakwa orang lain berzina perlu mengemukakan empat orang saksi," katanya dengan nada kecewa.

Mohd Hamdi yang juga ketua AMK Wangsa Maju berkata Rozan turut diajukan soalan yang sama sewaktu memberi ketrangan kepada pegawai penyiasat JAWI dalam bilik yang berasingan.

Mereka memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah.

Mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan semula jika diperlukan oleh JAWI, tambah Mohd Hamdi.

NONE
Pada 23 Mac lalu, trio 'Datuk T' itu mengakui bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya.

Susulan itu, Shamsul Iskandar membuatlaporan qazaf(tuduhan zina) kepada Jawi dan memberi keterangan kepada agensi kerajaan itu pada Isnin lalu.


Sumber: Malaysiakini

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang