Sabtu, 23 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR Cabang Kuala Krau edar Borang Permohonan Menjadi Peneroka Felda untuk Generasi Baru Felda

Posted: 23 Apr 2011 10:29 PM PDT

Berikutan dengan keputusan Pakatan Rakyat seperti yang termuat didalam Buku Jingga bahawa PR akan memansuhkan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari PR mengambilalih Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan diagih-agihkan kepada anak-anak Peneroka Felda dan lain-lain golongan yang layak untuk menjadi Peneroka Baru, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengedarkan Borang-Borang Permohonan menjadi Peneroka dari kalangan anak-anak Peneroka, Orang-Orang Asal, dan kaum India yang layak bermula pada 27hb April 2011. Peneroka-peneroka dan Gen. Ke-2 dan Ke-3 yang menghadiri Himpunan Warga Felda pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan akan dibekalkan Borang ini untuk diisi penuh dan dikembalikan ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau.

Borang-borang itu akan diedarkan peringkat awalnya di Himpunan Warga Felda di Felda Jenderak Selatan, dan selepas itu mana-mana pihak yang berminat mendapatkan Borang itu boleh datang sendiri ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau di No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.

Kawasan Parlimen Kuala Krau mempunyai kawasan Felda yang begitu banyak khususnya didalam DUN Jengka kerana selain dari Bandar Jengka hampir keseluruhan kawasan DUN itu adalah kawasan-kawasan Rancangan Felda, manakala DUN Kerdau mempunyai 3 buah Rancangan Felda dan DUN Jenderak mempunyai 2 Rancangan Felda.

Borang-Borang yang diedarkan tersebut adalah terbuka kepada semua Generasi Ke-2 dan Ke-3 serta lain-lain kaum yang layak tanpa mengira affliasi parti politik mereka. Borang-Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya.

Dan borang-borang ini diedarkan secara percuma.

Borang ini juga akan dibekalkan kepada semua Cabang-Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang didalam mesyuarat yang akan diadakan pada jam 4.00 petang, 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan.

Peneroka-Peneroka dan Generasi Baru mereka boleh mendapatkan Borang ini semasa diadakan Majlis Ceramah di Felda Jenderak Selatan pada 1hb Mei 2011 jam 9.00 malam.

YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Biro Komunikasi PKR Pusat dan Dato Fauzi Abdul Rahman akan berucap didalam Majlis Ceramah itu.

Mansuhkan Felda Plantation, Beri Tanah Ladang dan Rumah Kepada Generasi Baru Felda

Posted: 23 Apr 2011 02:53 AM PDT

Fakta 1: Peneroka Asal - 112,635 orang menghuni di 317 Tanah Rancangan Felda di seluruh Negara. Keseluruhan warga Felda hari ini sudah melebihi 1 juta orang, dan hampir 800,000 darinya adalah Generasi Baru.

Fakta 2: Jumlah terbesar dari Generasi Baru tidak mempunyai pekerjaan tetap (sesetengahnya menganggur) dengan pendapatan bulanan yang kecil.

Fakta 3: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tinggal bersama ibu-bapa mereka tanpa rumah sendiri.

Fakta 4: Sejak 1990, Felda mengujudlkan Felda Plantation dan tidak lagi menempatkan peneroka-peneroka. Seluas 367,710 hektar tanah kerajaan-kerajaan Negeri dimajukan oleh Felda untuk Felda Plantation. Keluasan ini, jika dipecahkan kepada lot-lot setiap satu 5 ekar, 160,000 peneroka-peneroka baru boleh ditempatkan. Inilah peluang terbaik untuk anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur untuk memiliki ladang dan rumah sendiri dan tidak lagi menumpang ibu-bapa masing-masing.

Fakta 5: Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga menawarkan untuk memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR mentadbirkan Putrajaya, dan ladang-ladang Felda Plantation akan dipecahkan kepada lot-lot untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka baru terdiri daripada anak-anak Peneroka.

Fakta 6: Tanah yang masih luas di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak juga boleh dimajukan menjadi Rancangan Felda untuk menempatkan anak-anak Peneroka serta lain-lain golongan yang layak menjadi Peneroka.

Fakta 7: Pakatan Rakyat sudah pun menyediakan Borang-Borang Permohonan untuk menjadi peneroka Felda dari kalangan anak-anak Peneroka dan golongan lain yang layak. Di peringkat Negeri Pahang, silalah pergi ke pejabat-pejabat PKR di peringkat Cabang-Cabang untuk mengambil dan mengisi-penuhkan Borang-Borang itu dan serahkan kembali kepada Cabang-Cabang berkenaan. Mereka yang layak akan ditemuduga untuk menjadi Peneroka Felda apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara ini selepas PRU-13 nanti.

Borang-borang diperingkat Kuala Krau boleh diambil dari Pejabat PKR Cabang Kuala Krau, No. 37 Jalan Besar, Kuala Krau.




Tiada ulasan: