Khamis, 7 April 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa di Kampung Baru Sungei Buloh

Posted: 07 Apr 2011 09:18 PM PDT

Khamis 7hb April - YB Sivarasa bersama YB Dr Nasir telah turun ke Kg Baru Sg Buloh untuk perjumpaan bersama penduduk-penduduk tempatan dan Ketua Kampung Sdri Ho.
Tujuan perjumpaan adalah perundingan untuk menaik taraf jalan di kawasan tersebut.
Untuk manfaat yang lebih besar, Ketua Kampung Sdri Ho telah mencetuskan idea dimana pemilik-pemilik tanah dapat bekerjasama dengan pihak ADUN memberikan sumbangan untuk kerja naik taraf jalan.
Pemilik-pemilik tanah bersetuju membiayai kos keparitan dihadapan lot tanah mereka dan pihak ADUN bertanggungjawab untuk naik taraf jalan.
Kerjasama sebegini memang digalakkan dan YB Sivarasa turut memberikan sokongan beliau untuk cadangan ini.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


YB Malik Dan Staf N37 DUN Batu Maung Berkampung membantu Calon PKR Di DUN Mas Gading

Posted: 07 Apr 2011 05:51 PM PDT






























Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


SAMM : Hentikan Politik ‘Lucah’ Segera !!

Posted: 07 Apr 2011 10:47 AM PDT

Kenyataan Terbuka SAMM

7 April 2011

Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak Tsunami Jepun), Kebangkitan rakyat ditumur tengah hingga Afrika, Krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi ‘kapitalis’ sehingga menyeret ada negara menjadi muflis…. namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan ‘politik’ berasaskan tuduhan seks dan video lucah.

Tidak tahu dimana salahnya , adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain – pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala ‘desparado’.

Ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea…Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru ‘desparado’nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang. Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah.

Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak – anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut….atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut…. Mana pergi pemikiran waras orang – orang politik yang bertindak sedemikian rupa ?

Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3… mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut.

Menteri seperti YB Nazri Abd Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai ?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik ‘kotor’ dan tidak mendidik ini.

SAMM mendesak agar pemain – pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat….atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang.

Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain.

Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara…. namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja.

Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli – ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan.

che’GuBard
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Miri

Posted: 07 Apr 2011 10:34 AM PDT

8 April 2011 (Jumaat)

4.30 ptg – Ceramah – Kampong Luak (DUN Senadin)

5.45 ptg – Hi-Tea – Kampong Dagang (DUN Bekenu)

6.45 ptg – Solat Maghrib – Masjid Kampong Dagang (DUN Bekenu)

8.00 mlm – Ceramah Umum – Kampong Tunku Abdul Rahman (DUN Lambir)

9.30 mlm – Ceramah Umum – Taman Tunku Abdul Rahman (DUN Lambir)

11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Rakyat – Miri (DUN Senadin/Piausau/Pujut )

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Questions Time: 06 April 2011 Mins of Information, Communication & Culture: ASTRO no monopoly

Posted: 06 Apr 2011 07:27 PM PDT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ] TARIKH : 6 APRIL 2011 SOALAN : Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan memandangkan bahawa Astro adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat asing dan telah mengaut untung bersih sebanyak RM689 juta bagi [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis minta orang ramai tangkap Penyerang Asid

Posted: 06 Apr 2011 11:46 PM PDT

Kerja gila ke polis minta rakyat pula menangkap Pasangan Penyerang Asid bermotosikal yang kini telah menyerang 14 mangsa di Kuala Lumpur dan 2 mangsa di Seremban. Penjenayah ini adalah amat merbahaya atau "armed and dangerous". Dalam kes serangan asid di Seremban , saspek berpakaian seragam hijau dan lencana seperti pakaian anggota Rela serta memakai kasut but hitam. Yang pasti Pasangan Penyerang Asid ini mereka yang professional, yang mahir mengendalikan motosikal, mahir mengendalikan bahan kimia dan mahir melakukan serangan hendap tanpa mendatangkan kecederaan kepada diri mereka sendiri. Sepatutnya pihak polis membuat sidang akhbar melalui TV1, TV2, TV3 menyuruh rakyat berhati-hati, sentiasa bawa air, mengelak dari bertembung dengan motosikal, memakai topi keledar dan sebagainya. Bukannya menyuruh orang ramai memberkas saspek, sepatutnya meminta orang ramai melaporkan segera jika ternampak saspek. Pihak polis juga sepatutnya menambahkan lagi rondaan, bukan banyak membuat road block bila Bob Lokman berceramah macam di Paroi baru-baru ini, bayangkan 4 tempat roadblock nak pergi program Bob Lokman. Make citizen's arrest Thursday, April 7th, 2011 ...but exercise caution with acid-splashers, police warn KUALA LUMPUR: The public can make a citizen's arrest of the suspects involved in the recent "acid-splashing" incidents by motorcyclists, says KL city CID chief Datuk Ku Chin Wah. "However, the public must exercise extreme caution as they are dangerous criminals," he told The Malay Mail yesterday. "Should such suspects be apprehended, it is best to hand them over to police straight away." When asked if police would offer any reward for information leading to the capture of the acid-splashers, Ku said the reward would not be monetary. "Of course, we will consider some kind of reward for those who come forward to help us nab these culprits, but it won't be money. "We urge those with information to contact the nearest police station." Last Saturday night, a housewife and her niece in Mantin, Negri Sembilan became the 15th and 16th victims, respectively, of "splash-and-run" motorcyclists that surfaced four times in KL over the past month. In the Mantin case, the suspects were said to be two heavyset men of dark complexion wearing green uniforms and badges resembling Rela uniforms. They also wore black boots and their bike was a red Yamaha Lagenda. Police have not ruled out the possibility the attack in Mantin could be linked to the cases in KL. In the first case, eight pupils and a teacher were splashed with "burning liquid" in Bangsar on the afternoon of March 2. Two marketing executives suffered burns near Jalan Tun Sambanthan in Brickfields on the evening of March 24. A history teacher suffered burns near Jalan Sultan Abdul Samad also in Brickfields on the morning of March 25, and a Frenchman and his female companion were similarly attacked at Jalan Conlay the day after. http://www.mmail.com.my/content/68779-make-citizens-arrest Method used in Mantin similar to that of KL 'splash-and-run' cases Tuesday, April 5th, 2011 14:12:00 KUALA LUMPUR: Police have not ruled out the possibility the latest liquid-splashing attack by motorcyclists in Mantin, Negri Sembilan on Saturday could have been carried out by the same culprits in the four splash-and-run cases in Bangsar and Brickfields here from March 2 to 26. Dang Wangi police chief ACP Zulkarnain Abdul Rahman, Sentul police chief ACP Zakaria Pagan and Brickfields police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, when contacted separately by The Malay Mail yesterday, said the method used by the two men in the Mantin case was similar to the other cases. The police chiefs said they would be working with their Negri Sembilan counterparts until the culprits were caught. On Sunday, Seremban police chief ACP Saiful Azly Kamaruddin had said the Mantin case was the first involving a caustic chemical in the district. On Saturday night a housewife from Mantin and her niece became the 15th and 16th victims of mysterious motorcycling liquid-splashers. Zuhainah Tengkis, 27, and Shakilla Sulaiman, 18, were on their way home from Jalan Mantin to Batu Lima at 9pm when two "fat" men with dark complexion rode alongside them on a motorcycle and said "Hi" and splashed "burning liquid" on them. Zuhainah suffered a swollen eye, burns on her face, chest and hands and is under intensive care at Hospital Kuala Lumpur. She told The Malay Mail the two men were in green uniforms with badges resembling Rela's, had black boots, and their motorcycle was a red-coloured Yamaha Lagenda. The KL attacks began on the afternoon on March 2 when eight pupils and a teacher in Bangsar were splashed with burning liquid. After that, three women were attacked in Brickfields on consecutive days: two marketing executives near Jalan Tun Sambanthan on the evening of March 24, and a history teacher near Jalan Sultan Abdul Samad on the morning of March 25. And on the afternoon of March 26, a Frenchman and his female companion were attacked by liquid-splashing motorcyclists in Jalan Conlay here. Police have urged witnesses and those with information to assist their investigations http://www.mmail.com.my/content/68528-method-used-mantin-similar-kl-splashandrun-cases

Pegawai JAS Sarawak mati jatuh dari tingkat 9

Posted: 06 Apr 2011 09:39 PM PDT


Kematian mengejut Pegawai Kanan Kastam di pejabat SPRM membuka lebih banyak misteri akan kematian mengejut sebelum ini. Apakah kesudahan kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie yang jatuh dari tingkat sembilan di sebuah bangunan yang menempatkan pejabat JAS di Pending pada 17 Sept, 2004.


Bernama.com Am 21 Mei, 2007 14:33 PM


Keputusan Kematian Rumie Ditangguhkan Pada 25 Jun


KUCHING, 21 Mei (Bernama) - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 25 Jun sama ada ia mempunyai kuasa untuk mengkaji semula keputusan Koroner kerana kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie tiga tahun lepas. Hakim David Wong Dak Wah, yang sepatutnya membuat keputusan hari ini menangguhkannya setelah peguam pemerhati bagi keluarga Rumie, Dominuque Ng, tidak hadir di mahkamah kerana beliau menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.


Wong akan membuat keputusan sama ada Ng, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk memohon bagi satu kajian semula penghakiman bagi pihak keluarga Rumie kerana di bawah perkara biasa, hanya timbalan pendakwaraya, yang berperanan sebagai pemeriksa dalam inkues itu, mempunyai locus standi untuk mengadakan kajian semula penghakiman terhdap keputusan tersbeut.


Menurut laporan itu, Rumie yang jatuh dari tingkat sembilan di sebuah bangunan yang menempatkan pejabat JAS di Pending di sini pada 17 Sept, 2004. Inkues itu diadakan apabila keluarga Rumie meminta polis membuka semula siasatan kes itu, dengan mendakwa beliau dibunuh dan kematiannya itu disebabkan perbuatan jahat. Sebanyak 31 saksi dipanggil memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari yang bermula pada 24 Okt tahun lepas. Mereka termasuk bapa Rumie Mahlie Jolihi, isteri beliau Suraidi Abdullazid, pegawai penyiasat polis Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS Sarawak Dr Abdul Rahman Awang.


Koroner Tengku Sharizam Tuan Lah tidak memberikan banyak maklumat terhadap keputusan mengenai kematian Rumie pada Otober tahun lepas. Beliau menyatakan bahawa kematian Rumie disebabkan jatuh dari tingkat yang tinggi kerana tidak banyak keterangan untuk membantu mengenal pasti punca kematian tersebut. -- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=263088


22/06/2007


Kes kematian Rumie: Permohonan semak keputusan koroner ditolak


KUCHING 22 Jun — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menyemak penemuan koroner dalam kes kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie tiga tahun lepas. Semasa membuat keputusan itu, Hakim David Wong Dak Wah berkata, beliau berpuas hati bahawa inkues berhubung kematian pegawai berumur 31 tahun itu telah dirumuskan mengikut fakta betul berdasarkan keputusan terbuka yang dibuat oleh koroner bahawa tiada keterangan menunjukkan beliau membunuh diri atau telah dibunuh.


Menurut laporan, kematian Rumie akibat terjatuh dari tingkat sembilan bangunan yang menempatkan pejabat jabatan itu di Pending di sini pada 17 Sept, 2004. Wong juga berkata, adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan pendakwa raya untuk membuka semula kes itu dengan pasukan penyiasat yang lebih cekap, seperti dipohon keluarga Rumie untuk membersihkan namanya, mendakwa yang dia telah dibunuh dan kematiannya disebabkan perbuatan khianat.


Bagaimanapun, beliau memutuskan peguam Dominique Ng, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Rumie, mempunyai locus standi (hak dari segi undang-undang) untuk memohon semakan penghakiman bagi pihak mereka kerana dalam keadaan biasa, hanya pendakwa raya yang memainkan peranan sebagai pemeriksa dalam sesuatu inkues mempunyai locus standi untuk mengemukakannya. Yang turut hadir di mahkamah ialah anggota keluarga Rumie, termasuk balunya Suraidi Abdullazid, dua anak lelakinya Syafi, 9, dan Hafeez, 6, yang jelas kelihatan kecewa dengan keputusan hari ini. Inkues itu, diadakan selepas keluarga Rumie meminta polis membuka semula siasatan kes itu, mendapati kematiannya adalah akibat terjatuh daripada satu tempat tinggi ekoran kekurangan bukti untuk membantu mengenal pasti punca kematiannya.


Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ng berkata, keluarga itu berasa lega dengan keputusan koroner yang menolak andaian bahawa Rumie membunuh diri kerana tekanan kerja, yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, beliau menggesa pendakwa raya menyemak semula penemuan mahkamah rendah itu, yang dikendalikan oleh koroner Tengku Sharizan Tuan Lah. Sebanyak 31 saksi memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari bermula 24 Okt. tahun lepas, termasuk bapa Rumie, Mahlie Jolihi, Suraidi, pegawai penyiasat Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS Sarawak Dr Abdul Rahman Awang. - Bernama http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Ketua Hakim Negara Malaysia Sakit Mental ke?

Posted: 06 Apr 2011 09:10 PM PDT


Boleh kah mereka yang dibicarakan di mahkamah di Malaysia ini mendapat keadilan jika seorang Ketua Hakim Negara bersikap begini di hadapan khalayak ramai ? Kepimpinan Melalui Tauladan?


Khamis April 7, 2011


Ketua Hakim Negara Tinggalkan Sidang Media Dalam Keadaan Marah...


Oleh SALWA SHA'ARI Mstar


SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian. Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya.


Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya. "Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam," katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris. Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi. Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.


Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang media tersebut. Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan. Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.


Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra. Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi. Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media. "Saya menanggung kesilapan itu," katanya.


Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad. Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/4/7/mstar_berita/20110406200258&sec=mstar_berita

Mustahil Pegawai Kanan Kastam bunuh diri di SPRM

Posted: 06 Apr 2011 05:07 PM PDT

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani The Malaysia Insider , April 06, 2011 KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi. Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi. Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat. Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan. Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media. Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat. Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu. "Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti. "Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya. "Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun. Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah. "Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. "Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi. Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri. "Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi. "Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini. Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum. Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya. "Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional. Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini. Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu. SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara. Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan. Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi. Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu. Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi. Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia." "Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu. SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang. "Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari. "Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. "Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi. "Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi. Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat. "Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut. "Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini. "SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi. Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mustahil-sarbani-boleh-bunuh-diri-kata-rakan-rakannya/

Kes pecah kereta naik begitu mendadak di Melaka

Posted: 06 Apr 2011 05:06 PM PDT


Akhbar The Star 7 April 2011 melaporkan kes pecah kereta naik dengan begitu mendadak sekali di negeri Melaka dengan 8 kes dalam tempoh 1 minggu sahaja. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila meletakkan kenderaan. Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan barangan, bungkusan atau beg yang boleh dilihat melalui tingkap cermin kereta.


Thursday April 7, 2011


Car break-ins on the rise


MALACCA: There has been an alarming increase in the number of car break-ins with about eight a week reported in the state State CID chief Asst Comm Raja Shahrom Raja Abdullah said besides car break-ins, the other common theft involved motorcycles. ACP Raja Shahrom urged motorists to play their part in reducing the number of thefts. "Some leave their valuables behind," he said, adding that car park operators should also install close-circuit television cameras to monitor their premises. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F4%2F7%2Fnation%2F8428637

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Ceramah Umum "Selamatkan Malaysia" bersama Chegubard

Posted: 06 Apr 2011 02:19 PM PDT

Ceramah Umum "Selamatkan Malaysia"
Penceramah : Chegubard

Pada : 17 April (Hari Ahad) Jam 9.30 Malam
Tempat : Bilik Gerakan UPU Simpang Perupok. Kubur Panjang, Pendang.
Anjuran : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pendang dan Pas cawangan Simpang Perupok, Kubur Panjang

Muslimin & Muslimat dan semua rakyat Malaysia dijemput Hadir Beramai-ramai...