Khamis, 7 April 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa di Kampung Baru Sungei Buloh

Posted: 07 Apr 2011 09:18 PM PDT

Khamis 7hb April - YB Sivarasa bersama YB Dr Nasir telah turun ke Kg Baru Sg Buloh untuk perjumpaan bersama penduduk-penduduk tempatan dan Ketua Kampung Sdri Ho.
Tujuan perjumpaan adalah perundingan untuk menaik taraf jalan di kawasan tersebut.
Untuk manfaat yang lebih besar, Ketua Kampung Sdri Ho telah mencetuskan idea dimana pemilik-pemilik tanah dapat bekerjasama dengan pihak ADUN memberikan sumbangan untuk kerja naik taraf jalan.
Pemilik-pemilik tanah bersetuju membiayai kos keparitan dihadapan lot tanah mereka dan pihak ADUN bertanggungjawab untuk naik taraf jalan.
Kerjasama sebegini memang digalakkan dan YB Sivarasa turut memberikan sokongan beliau untuk cadangan ini.

Tiada ulasan: