Selasa, 5 April 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


RM8 juta wang GLC biayai kempen Umno Kedah

Posted: 05 Apr 2011 02:42 AM PDT


ALOR SETAR, 5 April: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah telah membelanjakan RM8 juta untuk membiayai program politik Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (gambar) mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang berlangsung semalam ketika menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berkaitan sumbangan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) berjumlah RM1.2 juta.

Antara perbelanjaan yang didedahkan ialah perbelanjaan persiapan mesyuarat perwakilan Umno, membiayai program Perdana Menteri di Padang Terap, sumbangan wang tunai kepada Umno Kedah dan bahagian-bahagian Umno untuk menghadapi PRU 12 lalu.

Amiruddin berkata, perbelanjaan yang tidak menepati objektif penubuhan syarikat itu telah mengundang 'teguran keras' Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Susulan dari itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung cukai korporat ekoran permohonan kemudahan pengecualian cukai telah ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat perbelanjaan yang bermotifkan politik Umno itu.

Amiruddin turut memaklumkan prestasi kewangan STDC yang berjaya dipulihkan sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan GLC Kedah.

STDC masih mencatatkan kerugian berjumlah RM144,000 pada 2008 tapi prestasi syarikat telah berjaya dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan RM334,000 (2009) dan RM826,000 (2010).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang) yang tidak berpuas hati dengan pendedahan tersebut bangun untuk mendapatkan penjelasan lanjut tetapi tidak dibenarkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail.


Sumber: Harakah Daily

Khalid : Dalang Video Lucah Mungkin Disaman

Posted: 05 Apr 2011 02:33 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Kesal dengan tindakan polis yang gagal mengambil tindakan tegas bersabit fitnah video lucah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah ke atas dalang rakaman itu.

"Sebagai kerajaan (Selangor), kita akan memantau perkara ini dan jika perlu kita akan ambil tindakan untuk bawa ke mahkamah," ujar beliau pada sidang akhbar bersama anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Khalid berkata, ketulenan video lucah berkenaan bukan menjadi isu utama sebaliknya ketelusan siasatan polis yang dipersoalkan.

"Kita tidak mahu tahu ia tulen atau tidak? (Pokoknya) adakah polis membuat siasatan atas dasar ketulenan video tersebut? Ada banyak perkara penting," kata Khalid yang turut menolak rakaman video itu sebagai fitnah licik untuk menjatuhkan Anwar.

Polis setakat ini hanya mengesahkan video 21 minit yang ditayangkan tiga Datuk T adalah tulen namun tidak mengulas persoalan pokok iaitu sama ada pelakunya adalah Anwar.

Adalah difahamkan polis juga tidak menyoal beberapa pihak yang dapat mengesahkan pergerakan Anwar pada 21 Febuari, tarikh video itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangn video berkenaak kepada media namun polis tidak mengambil tindakan menahan mereka.

Tan Sri Khalid melahirkan rasa kesal kerana politik negara diheret ke arah yang jijik dengan penggunaan video lucah fitnah untuk menjatuhkan seseorang.

"Fokus kita harus kepada penjanaan sektor ekonomi negara dan bukan politik jijik yang tidak tentu hala sehingga negara ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa.' kata beliau.

Justeru Khalid menggesa rakyat untuk bangkit menentang taktik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) yang merendahkan martabat negara.

"Bagaimana kita hendak memastikan supaya ekonomi dan harta negara diutamakan dan bukan perkara jijik yang diketawakan (oleh dunia) dan membawa kesedihan kepada kita semua. Oleh sebab itu saya bersama keluarga Anwar harap rakyat faham dan mengutuk mereka yang melakukan perkara ini. Tindakan membiarkan dan ada kalanya menggalakkan penayangan video (lucah yang (fitnah) adalah perbuatan jijik dan merendahkan kewibawaan Malaysia," ujar Khalid.


Sumber: TVSNEWS

PAS Umum Tiga Calon, Dua Lagi Malam Ini

Posted: 05 Apr 2011 02:32 AM PDT


KUCHING 5 APRIL : PAS semalam mengumumkan 3 nama calon yang akan berdepan dengan calon UMNO BN pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Ketiga- tiga nama itu diumumkan secara berasingan ditiga buah lokasi.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumumkan Abang Ahmad sebagai calon DUN Beting Maro.

Sementara Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengumumkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid sebagai calon DUN Sebuyau.

Manakala Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengumumkan Noraini Hamzah sebagai calon DUN Muara Tuang.

"Beliau dipilih oleh PAS sebagai calon DUN Muara Tuang"

"Beliau adalah aktivis masyarakat. Banyak aktiviti yang disertai beliau dan beliau terkenal dikalangan masyarakat," umum Mustafa.

DUN Muara Tuang dikatakan kubu kuat UMNO BN sejak tahun 1981.

Noraini dilihat menggalas cabaran yang berat apabila diamanahkan untuk 'berentap' dengan adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Noraini bagaimanapun optimis beliau mampu memberi saingan kepada Datuk Seri Mohd Ali Mahmud.

"Dengan perasaan rendah diri saya menerima amanah ini dan akan menjalankan tugas yang diamanakan ini dengan sebaik mungkin," kata Noraini.

Noraini yang juga aktivis PAS itu yakin setiap langkahnya diiringi dengan doa rakyat Sarawak yang mahukan pertukaran pucuk kepimpinan, demi sebuah masa depan yang terjamin.

Noraini dilahirkan di Kelantan namun beliau telah menetap di Sarawak hampir 30 tahun setelah mendirikan rumah tangga dengan Mursidi Ali, yang merupakan anak jati negeri ini.

Dalam pada itu, dua lagi calon PAS bagi kerusi DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjong Datu akan diumumkan malam ini.

Sejumlah 71 kerusi DUN dipertandingkan dalam pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan bermula 6 April ini dan hanya akan berakhir 16 April depan.


Sumber: Malaysiakini

P'raya Sarawak : Awas Taktik Barisan Nasional Guna RM, Kata Anwar

Posted: 05 Apr 2011 02:27 AM PDT

SIBU 5 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Barisan Nasional akan cuba memecahkan undi pembangkang dengan menaja calon bebas dan parti-parti kecil menjelang hari penamaan calon pilihanraya negeri Sarawak esok.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat tidak akan mengalih tumpuan daripada misi menamatkan pemerintahan rasuah BN di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tegas beliau.

"Ada usaha sekarang untuk menonjolkan beberapa tokoh bebas, parti-parti kecil dengan maksud pecahkan undi pembangkang dan Pakatan Rakyat," kata Anwar.

"Jadi kita harus waspada, kita lawan dengan Barisan Nasional tetapi Barisan Nasional akan juga gunakan kekuatan untuk pecahkan kekuatan melalui kalangan yang serpihan ini," tegas Anwar.

"Kita juga harus waspada kerana di Sarawak kekuatan wang dan dana Barisan Nasional itu cukup mudah memukau orang (pada masa lalu). Dia tak perlu bomoh, dia guna hanya wang. Sebab itu calon yang hendak diketengahkan mesti calon yang cukup wibawa, yang tidak akan khianat," tegas beliau.

Mengenai rundingan antara Parti Keadilan Rakyat dan SNAP yang gagal bersetuju atas pengagihan kerusi dalam menghadapi BN, Anwar berkata PKR dan Pakatan telah mengamalkan sikap terbuka sepanjang rundingan berjalan.

"Berulang kali kita runding dari peringkat negeri diketuai Baru Bian sehingga peringkat nasional diketuai oleh Azmin dan Tian Chua. Kita mengambil pendekatan yang cukup lunak beri kerjasama, dengar, sanggup bertolak ansur dalam apa-apa pertimbangan. Apa yang kita tidak boleh ansur ialah prinsip perjuangan," kata Anwar.

Anwar berkata rundingan itu gagal kerana SNAP secara tiba-tiba membuat desakan untuk diberikan jumlah kerusi yang banyak, malah menyerang PKR apabila tuntutan itu tidak dipenuhi serta merta.

"SNAP dulu hanya minta jumlah kerusi yang cukup kecil, mulanya sekitar enam dan akhirnya tandatangan persefahaman di antara SNAP dan KEADILAN di mana mereka pertahankan tiga kerusi dan nak runding tiga kerusi tambahan,' kata Anwar.

"Tetapi tak semena-mena beberapa minggu yang lalu jumlah itu telah meningkat mendadak. Itu menimbulkan kerisauan kita apa sebab peningkatan itu mendadak. Walau bagaimanapun kita masih meneruskan rundingan sehingga beberapa hari yang lalu bila SNAP dengan kasar dan dibantu oleh media Barisan Nasional diberikan laluan yang cukup luas untuk menyerang Parti Keadilan Rakyat," tambah beliau.

Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat masih terbuka kepada rundingan tetapi tidak akan berkompromi dengan perjuangan untuk membebaskan rakyat Sarawak daripada pemerintahan rasuah.

"Program kita dalam buku jingga baik di peringkat nasional atau di peringkat Sarawak iaitu soal tanah adat, soal nasib pekerja, soal pengambilan tanah dan kawasan balak oleh syarikat keluarga dan kroni menjadi tumpuan utamadan mengatasi isu-isu titik bengit," kata Anwar.


Sumber: TVSNEWS

Video Fitnah : Kenyataan Penuh Wan Azizah Dan Nurul

Posted: 05 Apr 2011 02:26 AM PDT

Berikut kenyataan penuh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar :

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

Persatuan Ulama Malaysia : Datuk 'T' Boleh Kena Sebat

Posted: 05 Apr 2011 02:24 AM PDT


KUALA LUMPUR 5 APRIL : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan "Datuk T" boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina yang dibuat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks adalah tidak benar.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi bagi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, sekiranya gagal individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu bagi tujuan mengaibkan orang lain.

"Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

"Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

"Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

"Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain," katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

"Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini," katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap "Datuk T" semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

Susulan tuduhan zina itu, Anwar telah membuat laporan polis sehari selepas video tersebut ditayangkan sekali gus menafikan beliau terlibat dalam rakaman video seks itu.


Sumber: Malaysiakini

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 02:19 AM PDT

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

NONE
Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video
yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.

Turut hadir dalam sidang media itu, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

NONE
"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton sedutan video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam video itu.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Wan Azizah berkata

"Tidak ada apa-apa (perkara lucah) berlaku...(Jadi saya) nak memuaskan hati.

(Individu) itu bukan Anwar Ibrahim dalam video tersebut," tegasnya ketika menjawab soalan wartawan mengenai identiti lelaki tersebut.

Ditanya sama ada penyebaran sedutan video itu mengganggu atau mempengaruhi ahli PKR, Wan Azizah berkata, ceramah di Subang Jaya dua hari lalu, membuktikan semangat mereka naik kerana menyifatkan video itu "tidak beretika, memalu dan mengaibkan".

Ditanya sama ada akan menyahut cabaran pihak yang meminta Anwar bersumpah cara Islam, Wan Azizah berkata: "Tangkap dulu (Datuk T)..."

Menurut Wan Azizah lagi, tidak timbul sama ada video itu tulen atau tidak, tetapi sebaliknya menegaskan sekali lagi bahawa lelaki dalam video tersebut bukan Anwar.

Sementara itu, Wan Ismail pula - ketika menjawab soalan wartawan - berkata video tersebut adalah tuduhan yang tidak bermoral terhadap menantunya.

"Ia satu tuduhan yang tidak ada asas sama sekali. Orang itu tidak ada cara lain dah (maka mereka) berusaha pelbagai cara untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Sumber: Malaysiakini

SPR: Calon dibenar 50 penyokong saja esok

Posted: 05 Apr 2011 02:18 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan tidak lebih daripada 50 penyokong mengiringi bakal calon sewaktu proses penamaan
calon bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penyokong yang lain tidak dibenarkan berada berhampiran bangunan yang digunakan untuk proses penamaan calon itu.

Katanya para penyokong parti yang bertanding juga tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik seperti gendang dan trumpet, serta pembesar suara ketika proses penamaan calon.

"Kalau mereka dilihat membawa alat-alat muzik itu, barang itu akan dirampas oleh polis. Kadang-kadang barangan seperti ini mereka letakkan di atas kenderaan... ini juga tidak boleh," katanya pada sidang berita di pusat penamaan calon di Dewan Bandaraya Kuching Selatan di Kuching hari ini.

Beliau berkata polis telah menyediakan tempat berkumpul dan laluan bagi penyokong calon di semua 71 pusat penamaan calon tetapi mereka diminta tidak datang terlalu ramai.

"Para penyokong juga diminta menjaga tingkah laku masing-masing. Jangan mengeluarkan perkataan yang tidak elok atau yang berbentuk provokasi. Orang Sarawak baik-baik, saya harap budaya sebegini diteruskan," katanya.

Abdul Aziz berkata sebanyak 883 set borang pencalonan bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 telah dibeli sehingga 10 pagi ini.

"Masih ada tempoh untuk mendapatkan borang pencalonan. Borang pencalonan yang banyak dibeli bukan bermakna ramai orang nak bertanding. Ada juga orang yang memang dapatkan borang yang banyak takut berlaku kesilapan dalam mengisi borang," katanya.

Beliau berkata tempoh berkempen selama 10 hari, bermula esok hingga 15 April, adalah kurang sehari daripada tempoh berkempen bagi pilihan raya negeri yang lepas.

Pengundian bagi pilihan raya negeri kali ini adalah pada 16 April.

- Bernama

Bekas timbalan GM Yayasan S'gor dituduh rasuah

Posted: 05 Apr 2011 02:10 AM PDT


Bekas timbalan pengurus besar (pengurusan) Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin Sulaiman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Dia menghadapi tiga tuduhan secara rasuah menyetujui menerima suapan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM45,000.

Mohd Saifulruddin dituduh melakukan kesalahan itu di antara 5 Oktober 2010 dan 11 November 2010. Dia didakwa dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Saifulruddin dituduh menerima wang tunai RM20,000 sebagai upah dalam membantu syarikat Drift Z Enterprise dipilih dan dilantik sebagai pengurus acara majlis sambutan 40 tahun Yayasan Selangor.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8 malam 5 Oktober 2010 di alamat no.3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7, Petaling Jaya, Selangor.

Bagi tuduhan kedua pula, dia dituduh menerima wang tunai berjumlah RM20,000 pada jam 9 malam 25 Oktober 2010 di alamat yang sama sebagai upah kerana tidak menahan pembayaran ketika itu kepada Syarikat Drift Z Enterprise.

Manakala bagi tuduhan ketiga, Mohd Saifulruddin dituduh menerima RM5,000 sebagai dorongan supaya melepaskan bayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 9 malm 11 November 2010 di hadapan Restoran The Skewers, Subang Avenue, Selangor.

Mohd Saifulruddin dituduh menerima wang rasuah dalam ketiga-tiga tuduhan tersebut dari Husni Abd Rahim.

Mohd Saifulruddin sebelum ini telah dipecat kerajaan Selangor pada 17 Februari lalu.

Dia tidak mengaku bersalah dan diwakili peguam Sawmee Ullah. Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 9 Mei depan.

Mahkamah juga membenarkan ikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwaraya Anthony Kevin Morais dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Hakim Mat Ghani.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.



Sumber: Malaysiakini

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pembayaran wang dari MPOB kepada Jengka 23 adalah satu penipuan

Posted: 05 Apr 2011 04:00 PM PDT

Pergilah ke mana-mana Pejabat MPOB, samada di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, atau cawangan-cawanganya di Negeri Pahang, Kuantan atau Temerloh, tanyakanlah tentang wang insentif tanam semula dari MPOB sejumlah RM4,000.00, pejabat-pejabat itu akan menyatakan bahawa peruntukan untuk itu sudah kehabisan!

Seorang peneroka Felda Jengka 3 telah menyerahkan surat daripada MPOB Kuantan yang jelas tertulis bahawa MPOB tidak ada lagi mempunyai dana untuk dibayar kepada peneroka-peneroka sebagai insentif tanam semula.

Beberapa orang Peneroka dari Felda Jengka 9 menunjukkan cek-cek yang diterima daripada MPOB tetapi apabila mahu dituntut di Bank di Jengka, cek-cek itu ditendang, menunjukkan MPOB tidak lagi mempunyai sebarang dana untuk dibayar sebagai insentif tanam semula.

Tetapi apabila berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, semua peneroka-peneroka Felda Jengka 23 telah masing-masing dibayar RM4000.00 dari MPOB.

"Sebenarnya itulah rasuah Pilihanraya yang dilakukan oleh UMNO/BN dan Felda. Satu siasatan perlu dilakukan dari manakah sumber wang itu, kalau benar dari MPOB maka beribu orang peneroka bukan sahaja di Pahang bahkan diseluruh Negara layak menerimanya. Kalau wang itu bukan dari MPOB, maka itu adalah rasuah yang dilakukan UMNO/BN bagi menyogok peneroka-peneroka supaya mengundi calon UMNO/BN didalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau"
kata Peneroka dari Jengka 3.

Bagaimanapun, semua peneroka-peneroka didalam kawasan Tiga Segi Jengka akan mengemukakan tuntutan kepada MPOB supaya mereka dibayar wang insentif tanam semula, dan mereka akan mengemukakan melalui tuntutan guaman. "Kenapa Jengka 23 boleh dapat dan kami tidak boleh dapat?"

Orang-orang UMNO di seluruh kawasan Jengka juga mahu mengemukakan tuntutan. "Kami juga orang UMNO, kenapa kami tidak dapat? Kenapa peneroka-peneroka Jengka 23 dapat?"

Habuan rasuah kepada peneroka-peneroka Jengka 23 ini sudah memakan tuan, dan peneroka-peneroka dari UMNO sanggup berubah haluan didalam PRU-13 ini jika MPOB tidak membayar wang insentif itu kepada mereka.

Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sudah mulai terasa penipuan "wang cess"

Posted: 05 Apr 2011 03:40 PM PDT

"Masa terima RM13,000.00 selepas PRU Kerdau baru-baru ini, saya saya rasa seronok. Bulan ini dah mula dikenakan bayaran kembali kepada Felda RM650.00," keluh seorang Peneroka Felda Jengka 22 semasa menghadiri taklimat manipulasi peratusan perahan KPG di Felda Jengka 25 semalam.

"Berlambaklah hutang kami dengan Felda selepas ini," katanya. Beliau kesal kerana sehingga hari ini Felda masih gagal menyerahkan kunci kira-kira hutang peneroka kepada Felda. "Berapakah hutang kami sebenarnya? Sepatutnya Felda menyerahkan kepada kami setiap bulan penyata hutang ini, atau setidak-tidaknya tiga bulan sekali! Atau paling tidak setahun sekali," katanya dengan penuh perasaan kesal.

"Adakah RM13,000.00 itu dicampurkan dengan "wang cess" yang diberikan kepada kami? Benarkah hutang kami kini sudah melebihi RM80,000.00? Benarkah hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang mengambil pinjaman perumahan sudah melebihi RM120,000.00?" beliau mendesak dengan pertanyaan.

"Saya sudah membuat kiraan mudah bahawa jika saya kena membayar BK RM650.00 setiap bulan, bererti hutang saya atas bayaran itu sahaja dalam tempoh 20 tahun akan datang sudah berjumlah RM130,000.00, cekik darah betul Felda ni!" katanya.

Beliau merasakan kekesalan kerana tidak menanam sendiri, bagi mereka yang tanam sendiri, bukan sahaja mereka tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, bahkan pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM5000.00 sebulan. Tetapi bagi mereka yang menanam melalui Felda hanya memperolehi sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang juga dikira hutang dan setiap bulan hutang mereka bertambah.

"Ini bukan nak membantu peneroka! Bukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan petani-peneroka, tetapi mahu mengekalkan peneroka-peneroka sebagai satu kelompok manusia di Negara ini yang dibebankan dengan hutang! Kami bukan wariskan harta kepada anak-anak kami, tapi kami akan wariskan bebanan hutang kepada waris-waris yang kami tinggalkan, itulah kejayaan Felda iaitu menjadikan golongan terbesar orang Melayu menanggung hutang!" katanya dengan gerang.

Didalam taklimat di Jengka 25 itu, beberapa orang peneroka bertanyakan tentang wang dana tanam semula yang dicarum oleh peneroka-peneroka. Mereka menyatakan bahawa mereka sudah berurus dan berunding dengan Felda untuk mendapatkan wang dana tanam semula itu tetapi hingga kini sudah beberapa tahun, Felda masih gagal mengembalikan wang kami, benarkah Felda sudah hampir bankerap? Mereka mempersoalkan.

Kumpulan yang menuntut wang dana tanam semula itu akan menemui peguam minggu ini untuk memulakan saman terhadap Felda.

25 orang Peneroka Felda Jengka 25 menyertai kumpulan 700 Peneroka Jengka untuk saman Felda

Posted: 05 Apr 2011 07:03 AM PDT

Razali Ithnin, bekas kakitangan MPOB menerangkan kepada hadirin bahawa tindakan menyaman Felda bukanlah tindakan politik tetapi tindakan bagi mendapatkan hak peneroka-peneroka yang kerugian berpuluh ribu ringgit hasil dari manipulasi peratusan perahan KPG. Beliau juga menerangkan bahawa hasil dari pengiraan buah yang dikatakan "muda" "mekal" dan tangkai panjang yang ditolak oleh Kilang Felda, setiap peneroka kerugian tidak kurang dari RM19,000.00 didalam tempoh 10 tahun. Adakah peneroka-peneroka mahu membiarkan kerugian ini? Felda hanya memberikan peratusan perahan KPG dalam lingkungan 20-21% setelah para peneroka berura-ura mahu menyaman Felda, walhal sebelum ini Felda hanya memberikan peratusan perahan diantara 17-19% sahaja. Razali membuat penjelasan itu kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 25 siang tadi.

Peguam T. Kumar menerangkan bahawa saman terhadap Felda kerana manipulasi peratusan perahan KPG akan dibuat di Mahkamah Tinggi Temerloh dihujung bulan April ini. Sementara itu, beliau menyatakan bahawa tempoh 10 hari dari tarikh ini masih dibuka kepada mana-mana Peneroka yang mahu ikut serta kerana beliau diberitahu masih ramai peneroka yang belum kesempatan mendaftarkan diri untuk menyertai tindakan menyaman Felda.

Peguam T. Kumar
Peneroka Jengka 25 yang hadir mendengar penerangan dan salah seorang daripada Peneroka yang hadir (tiada dalam gambar) adalah ahli UMNO, beliau menyatakan bahawa beliau hadir untuk mendengar penerangan, dan apabila mendapati bahawa penerangan yang diberikan adalah semata-mata untuk kepentingan peneroka beliau turut serta mendaftarkan diri untuk menyaman Felda. Beliau betul-betul terkilan dengan Felda yang hanya memberikan peratusan perahan disekitar 20% dan sebelum ini tidak pernah melebihi 18% sedangkan ujian di makmal mencatatkan melebihi 30%. Kenapa Felda mahu menipu peneroka? Tak sangka Felda sanggup menipu Peneroka lebih dari RM1000.00 setiap bulan!

Diatas permintaan seorang hadirin daripada Felda Sungai Tekam Utara, satu Majlis Penerangan mengenai isu peratusan perahan KPG akan diadakan di Felda Sungai Tekam Utara pada 7hb April 2011 untuk memberi peluang kepada peneroka-peneroka Jengak 1, Jengka 10 dan Sungai Tekam Utara mendengar penerangan mengenainya.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kerajaan Selangor Cadang Bantu Rakyat Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 03:10 AM PDT

SHAH ALAM 5 April - Kerajaan negeri bercadang menyalurkan bantuan melalui pelbagai saluran kepada penduduk Sarawak bagi membaik pulih beberapa kawasan di negeri tersebut menjelang Pilihanraya Sarawak pada 16 April nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika ditemui berkata, kesemua exco bersetuju untuk memberi bantuan kepada rakyat negeri Sarawak menerusi beberapa program yang dicadangkan di kawasan berkenaan.

"Bantuan ini adalah melalui kerajaan negeri di mana kita akan bina sebuah rumah panjang yang sebelum ini terbakar iaitu sebanyak 18 pintu. Selain itu, kerajaan negeri juga akan membina serta membaik pulih beberapa masjid dan surau untuk setiap kawasan masing-masing.

Dr Xavier menjelaskan, jumlah peruntukan yang bakal disalurkan kerajaan negeri kepada negeri Bumi Kenyalang itu adalah sebanyak RM500,000 dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


Sumber: Selangorkini

Pendapatan PBT Selangor Meningkat

Posted: 05 Apr 2011 01:50 AM PDT

SHAH ALAM 5 April - Hasil kutipan pelbagai cukai di Selangor yang dijalankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan peningkatan positif sepanjang tiga tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Demikian jelas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dalam satu sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK.

Ronnie menjelaskan jumlah kutipan cukai yang dicatatkan sehingga 2010 adalah sebanyak RM864,192,484.

Katanya, pada 2008, hasil kutipan cukai yang diperoleh PBT adalah sebanyak 89.4 peratus dan merupakan antara pencapaian baik yang direkodkan, namun ia tidak terhenti di situ sebaliknya terus diperbaiki pada tahun 2009.

"Pada tahun 2009, kita mencapai kutipan cukai sebanyak 90 peratus. Pada 2010, jumlahnya meningkat sedikit kepada 90.7 peratus. Ini menunjukkan pada keseluruhannya kutipan cukai pintu dan lain-lain di Selangor telah dipertingkatkan," katanya.


Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kepada PBT untuk membaik pulih beberapa kawasan pangsapuri dan jalanraya di Selangor sekiranya mereka memperolehi rizab.


Sumber: Selangorkini

Pemerdagangan Manusia : Kerajaan Selangor Gesa Putrajaya Tingkat Kerjasama

Posted: 05 Apr 2011 01:40 AM PDT

SHAH ALAM 5 April – Kerajaan negeri Selangor menggesa kerajaan persekutuan supaya memberikan hak sama rata dalam membanteras pemerdagangan manusia memandangkan ia adalah antara isu yang perlu ditangani bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, kerajaan persekutuan seharusnya memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk mengetahui perkembangan terkini berhubung isu berkenaan.

Ini kerana jelas Rodziah, segala kes pemerdagangan manusia yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Adalah tidak adil sekiranya kerajaan persekutuan tidak memberikan kebenaran atau hak kepada kerajaan negeri untuk mengetahui perkembangan terkini isu tersebut. Isu pemerdagangan manusia adalah sesuatu yang serius dan perlu ditangani bersama untuk kebaikan semua pihak," katanya.


Jelas beliau, kerajaan negeri Selangor masih tidak diberi akses untuk berjumpa mangsa dan mengetahui keadaan sebenar yang berlaku sehingga kini. Kementerian Dalam Negeri hanya membenarkan Kementerian Pembangunan Wanita untuk mengetahui perkembangan mangsa pemerdagangan.

Kata Rodziah, aspek perlindungan mangsa dan pendakwaan penjenayah pemerdagangan manusia seharusnya memerlukan interaksi, kerjasama dan hubungan berkesan di antara badan-badan yang diamanahkan.

Kerajaan negeri Selangor merupakan satu-satunya badan kerajaan yang telah mewujudkan unit anti pemerdagangan dinamakan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (Mapmas) dan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (Mapo), selain turut melibatkan kerjasama jabatan dan agensi penguatkuasa serta Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tambahnya, langkah awal kerajaan negeri untuk memperkemaskan hubungan tersebut adalah dengan mewujudkan mekanisme berkesan dan aktif di peringkat PBT bagi menangani jenayah pemerdagangan manusia, seperti mewujudkan unit anti pemerdagangan manusia di setiap PBT.

"Usaha memberi kesedaran kepada ahli-ahli mesyuarat PBT telah dimulai dan mereka diharap akan menjadi mata dan telinga kerajaan negeri agar berupaya mengenal pasti amalan-amalan yang disyaki sebagai pemerdagangan manusia dan berupaya pula menghalang dan membanteras jenayah tersebut di peringkat komuniti," katanya.

Justeru Rodziah menjelaskan, dasar pengambilan pekerja asing yang berlandaskan persetujuan di peringkat kerajaan-kerajaan, akan dipastikan bagi mengelakkan elemen-elemen penipuan, ancaman dan seumpamanya dengan tujuan eksploitasi daripada syarikat-syarikat swasta atau lainnya.

"Pendekatan teliti kerajaan Selangor ketika ini ialah memastikan bahawa infrastruktur dalam bidang pendakwaan penjenayah dan perlindungan mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini diperkemas dan berfungsi dengan berkesan.

Di samping itu, langkah proaktif dalam mensosialisasikan pengetahuan mengenai pemerdagangan manusia didedahkan kepada rakyat agar mereka juga menjadi agen membasmi jenayah keji pemerdagangan manusia," ujarnya.


Sumber: Selangorkini

Video Fitnah : Kenyataan Penuh Datuk Seri Wan Azizah Dan Nurul Izzah

Posted: 05 Apr 2011 01:30 AM PDT

Berikut kenyataan penuh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar :

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.


Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat


NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai


Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim