The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Pembayaran wang dari MPOB kepada Jengka 23 adalah satu penipuan
- Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sudah mulai terasa penipuan "wang cess"
- 25 orang Peneroka Felda Jengka 25 menyertai kumpulan 700 Peneroka Jengka untuk saman Felda
Pembayaran wang dari MPOB kepada Jengka 23 adalah satu penipuan Posted: 05 Apr 2011 04:00 PM PDT Pergilah ke mana-mana Pejabat MPOB, samada di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, atau cawangan-cawanganya di Negeri Pahang, Kuantan atau Temerloh, tanyakanlah tentang wang insentif tanam semula dari MPOB sejumlah RM4,000.00, pejabat-pejabat itu akan menyatakan bahawa peruntukan untuk itu sudah kehabisan! Seorang peneroka Felda Jengka 3 telah menyerahkan surat daripada MPOB Kuantan yang jelas tertulis bahawa MPOB tidak ada lagi mempunyai dana untuk dibayar kepada peneroka-peneroka sebagai insentif tanam semula. Beberapa orang Peneroka dari Felda Jengka 9 menunjukkan cek-cek yang diterima daripada MPOB tetapi apabila mahu dituntut di Bank di Jengka, cek-cek itu ditendang, menunjukkan MPOB tidak lagi mempunyai sebarang dana untuk dibayar sebagai insentif tanam semula. Tetapi apabila berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, semua peneroka-peneroka Felda Jengka 23 telah masing-masing dibayar RM4000.00 dari MPOB. "Sebenarnya itulah rasuah Pilihanraya yang dilakukan oleh UMNO/BN dan Felda. Satu siasatan perlu dilakukan dari manakah sumber wang itu, kalau benar dari MPOB maka beribu orang peneroka bukan sahaja di Pahang bahkan diseluruh Negara layak menerimanya. Kalau wang itu bukan dari MPOB, maka itu adalah rasuah yang dilakukan UMNO/BN bagi menyogok peneroka-peneroka supaya mengundi calon UMNO/BN didalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau" kata Peneroka dari Jengka 3. Bagaimanapun, semua peneroka-peneroka didalam kawasan Tiga Segi Jengka akan mengemukakan tuntutan kepada MPOB supaya mereka dibayar wang insentif tanam semula, dan mereka akan mengemukakan melalui tuntutan guaman. "Kenapa Jengka 23 boleh dapat dan kami tidak boleh dapat?" Orang-orang UMNO di seluruh kawasan Jengka juga mahu mengemukakan tuntutan. "Kami juga orang UMNO, kenapa kami tidak dapat? Kenapa peneroka-peneroka Jengka 23 dapat?" Habuan rasuah kepada peneroka-peneroka Jengka 23 ini sudah memakan tuan, dan peneroka-peneroka dari UMNO sanggup berubah haluan didalam PRU-13 ini jika MPOB tidak membayar wang insentif itu kepada mereka. |
Peneroka-peneroka Felda Jengka 22 sudah mulai terasa penipuan "wang cess" Posted: 05 Apr 2011 03:40 PM PDT "Masa terima RM13,000.00 selepas PRU Kerdau baru-baru ini, saya saya rasa seronok. Bulan ini dah mula dikenakan bayaran kembali kepada Felda RM650.00," keluh seorang Peneroka Felda Jengka 22 semasa menghadiri taklimat manipulasi peratusan perahan KPG di Felda Jengka 25 semalam. "Berlambaklah hutang kami dengan Felda selepas ini," katanya. Beliau kesal kerana sehingga hari ini Felda masih gagal menyerahkan kunci kira-kira hutang peneroka kepada Felda. "Berapakah hutang kami sebenarnya? Sepatutnya Felda menyerahkan kepada kami setiap bulan penyata hutang ini, atau setidak-tidaknya tiga bulan sekali! Atau paling tidak setahun sekali," katanya dengan penuh perasaan kesal. "Adakah RM13,000.00 itu dicampurkan dengan "wang cess" yang diberikan kepada kami? Benarkah hutang kami kini sudah melebihi RM80,000.00? Benarkah hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang mengambil pinjaman perumahan sudah melebihi RM120,000.00?" beliau mendesak dengan pertanyaan. "Saya sudah membuat kiraan mudah bahawa jika saya kena membayar BK RM650.00 setiap bulan, bererti hutang saya atas bayaran itu sahaja dalam tempoh 20 tahun akan datang sudah berjumlah RM130,000.00, cekik darah betul Felda ni!" katanya. Beliau merasakan kekesalan kerana tidak menanam sendiri, bagi mereka yang tanam sendiri, bukan sahaja mereka tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, bahkan pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM5000.00 sebulan. Tetapi bagi mereka yang menanam melalui Felda hanya memperolehi sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang juga dikira hutang dan setiap bulan hutang mereka bertambah. "Ini bukan nak membantu peneroka! Bukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan petani-peneroka, tetapi mahu mengekalkan peneroka-peneroka sebagai satu kelompok manusia di Negara ini yang dibebankan dengan hutang! Kami bukan wariskan harta kepada anak-anak kami, tapi kami akan wariskan bebanan hutang kepada waris-waris yang kami tinggalkan, itulah kejayaan Felda iaitu menjadikan golongan terbesar orang Melayu menanggung hutang!" katanya dengan gerang. Didalam taklimat di Jengka 25 itu, beberapa orang peneroka bertanyakan tentang wang dana tanam semula yang dicarum oleh peneroka-peneroka. Mereka menyatakan bahawa mereka sudah berurus dan berunding dengan Felda untuk mendapatkan wang dana tanam semula itu tetapi hingga kini sudah beberapa tahun, Felda masih gagal mengembalikan wang kami, benarkah Felda sudah hampir bankerap? Mereka mempersoalkan. Kumpulan yang menuntut wang dana tanam semula itu akan menemui peguam minggu ini untuk memulakan saman terhadap Felda. |
25 orang Peneroka Felda Jengka 25 menyertai kumpulan 700 Peneroka Jengka untuk saman Felda Posted: 05 Apr 2011 07:03 AM PDT Razali Ithnin, bekas kakitangan MPOB menerangkan kepada hadirin bahawa tindakan menyaman Felda bukanlah tindakan politik tetapi tindakan bagi mendapatkan hak peneroka-peneroka yang kerugian berpuluh ribu ringgit hasil dari manipulasi peratusan perahan KPG. Beliau juga menerangkan bahawa hasil dari pengiraan buah yang dikatakan "muda" "mekal" dan tangkai panjang yang ditolak oleh Kilang Felda, setiap peneroka kerugian tidak kurang dari RM19,000.00 didalam tempoh 10 tahun. Adakah peneroka-peneroka mahu membiarkan kerugian ini? Felda hanya memberikan peratusan perahan KPG dalam lingkungan 20-21% setelah para peneroka berura-ura mahu menyaman Felda, walhal sebelum ini Felda hanya memberikan peratusan perahan diantara 17-19% sahaja. Razali membuat penjelasan itu kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 25 siang tadi. Peguam T. Kumar menerangkan bahawa saman terhadap Felda kerana manipulasi peratusan perahan KPG akan dibuat di Mahkamah Tinggi Temerloh dihujung bulan April ini. Sementara itu, beliau menyatakan bahawa tempoh 10 hari dari tarikh ini masih dibuka kepada mana-mana Peneroka yang mahu ikut serta kerana beliau diberitahu masih ramai peneroka yang belum kesempatan mendaftarkan diri untuk menyertai tindakan menyaman Felda. Peguam T. Kumar Peneroka Jengka 25 yang hadir mendengar penerangan dan salah seorang daripada Peneroka yang hadir (tiada dalam gambar) adalah ahli UMNO, beliau menyatakan bahawa beliau hadir untuk mendengar penerangan, dan apabila mendapati bahawa penerangan yang diberikan adalah semata-mata untuk kepentingan peneroka beliau turut serta mendaftarkan diri untuk menyaman Felda. Beliau betul-betul terkilan dengan Felda yang hanya memberikan peratusan perahan disekitar 20% dan sebelum ini tidak pernah melebihi 18% sedangkan ujian di makmal mencatatkan melebihi 30%. Kenapa Felda mahu menipu peneroka? Tak sangka Felda sanggup menipu Peneroka lebih dari RM1000.00 setiap bulan! Diatas permintaan seorang hadirin daripada Felda Sungai Tekam Utara, satu Majlis Penerangan mengenai isu peratusan perahan KPG akan diadakan di Felda Sungai Tekam Utara pada 7hb April 2011 untuk memberi peluang kepada peneroka-peneroka Jengak 1, Jengka 10 dan Sungai Tekam Utara mendengar penerangan mengenainya. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan