Pengikut

Nuffnang

Ahad, 3 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

8 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Tindakan Susulan Selepas Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal Kebangsaan

Posted: 03 Apr 2011 07:23 AM PDT

Alhamdulillah, Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal Kebangsaan anjuran Task Force Felda Negeri Selangor pada 2hb April 2011 di Kuala Kubu Bharu telah selesai dengan jayanya.

Lebih 1000 orang peserta telah hadir dan mendaftarkan diri. 3 Kertas Kerja yang penting mengenai masalah Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda dan Orang Asal telah dibentangkan dengan menggariskan masalah dan cadangan-cadangan untuk diambil tindakan demi untuk kebaikan dan masa depan Peneroka dan Generasi Muda Felda dan Orang Asal.

Peneroka-Peneroka dan Generasi Kedua Felda dan Orang Asal yang hadir telah menunjukkan semangat yang tinggi dengan ikrar bahawa mereka mahu merubah keadaan dan akan berjuang dengan penuh yakin dan disiplin untuk kepentingan mereka dan generasi mereka yang akan datang.

Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan ditutup secara rasmi oleh Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah memberi pesanan bahawa keghairahan yang ditunjukkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu tersebut akan mati begitu sahaja jika tidak ada tindakan susulan. Dan hanya dengan tindakan susulan itu sahaja perjuangan peneroka-peneroka dan generasi muda mereka serta Orang Asal akan ditingkatkan.

Menyahut cabaran yang diutarakan oleh Konvensyen itu, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengambil langkah-langkah untuk tindakan susulan.

Pada 9hb April 2011 bertempat di Kg Penderas, Kuala Krau suatu Himpunan untuk Orang-Orang Asal Kaum Jahut yang mendiami Kuala Krau, Temerloh dan Jerantut akan diadakan, dan dijangka 500 orang peserta akan menghadirinya dengan program-program penerangan, dialog dan forum yang dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asal termasuk Tijah Yok Chopil, Bob Manolan, Yusri Ahon, Batin Berat, Pak Long Sudin, Ramli Lugan dan Shafei Deris.

Rumusan-rumusan yang dizahirkan disana akan memacu perjuangan Orang Asal bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap perjuangan bagi mereka di bidang sosial, politik, ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Dan kesedaran ini akan menjadi benteng kepada mereka untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Pada 1hb Mei 2011 pula akan diadakan Himpunan Peneroka-Peneroka dan Generasi Muda Felda Kuala Krau yang akan diadakan di Felda Jenderak Selatan yang akan menghimpunkan peneroka-peneroka dan generasi kedua dari kawasan Parlimen Kuala Krau iaitu dari kawasan DUN Jenderak, DUN Jengka dan DUN Kerdau, satu kawasan yang diliputi oleh rancangan Felda yang sangat luas.

Kertas kerja yang akan dibentangkan akan memacu peneroka-peneroka disana kearah satu perjuangan yang besar yang mampu meletakkan mereka diatas landasan kesedaran yang tinggi bagi menghadapi apa juga rintangan dan masalah yang dihidangkan keatas mereka oleh Felda dan Kerajaan Barisan Nasional.

Sebenarnya, ini bukanlah satu permulaan untuk perjuangan mereka tetapi adalah satu peningkatan perjuangan dengan pemahaman-pemahaman baru.

Disamping itu, saya selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bagi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang juga dengan kerjasama Jawatankuasa Biro tersebut di peringkat Negeri akan mengaturkan Himpunan-Himpunan yang sama untuk seluruh Cabang-Cabang PKR di seluruh Pahang.

Tindakan-tindakan susulan bagi menyahut cabaran yang dilimparkan oleh Presiden Parti diakhir Konvensyen di Kuala Kubu Bharu itu akan merebak ke seluruh rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di seluruh Pahang.

Dato Fauzi Abdul Rahman, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudahpun dimaklumkan tentang tindakan-tindakan susulan ini, dan Insya Allah, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mencapai tahap perjuangan yang besar diakhir tindakan susulan ini.

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Protes Pembinaan Loji Nuklear Di Klang

Posted: 03 Apr 2011 06:00 PM PDT

Pelabuhan Klang, 3 April - Hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti dalam perlembagaan untuk menyatakan pendirian memprotes pembinaan loji nuklear di Klang telah dinafikan pihak polis. 

Sekatan jalan telah dibuat oleh polis untuk menghalang majlis anjuran Pakatan Rakyat bagi membantah rancangan Kerajaan Persekutuan membina loji nuklear RM22 bilion di Pulau Ketam Selangor.

Kekangan polis itu bagaimanapun gagal menghalang Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar serta puluhan orang berkumpul di sebuah dewan orang ramai bagi meluahkan bantahan mereka terhadap projek loji itu yang mencetuskan keresahan orang ramai.


Deklarasi Klang di Bacakan YB Charles Santiago Kepada Wakil Media

"Kami, rakyat Malaysia yang hari ini berkumpul di Klang, mendesak Kerajaan Pusat membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear di negeri ini khususnya di Klang. Kami percaya loji nuklear tidak selamat seperti di Fukushima, Jepun dan memberi impak kepada kesihatan rakyat adalah serius."

"Kami cadang kerajaan beri fokus kepada tenaga boleh baru untuk tampung keperluan tenaga negara dan kami tak percaya propaganda kerajaan Pusat bahawa tenaga nuklear adalah bersih, efisien dan selamat. Dan akhir kami minta kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan pembinaan loji di Selangor."

Sejak awal pagi, kira-kira 100 anggota polis mengadakan kawalan ketat di sekitar jeti Pulau Ketam bagi menghalang tunjuk perasaan itu yang mendapat sokongan pelbagai parti politik dan pertubuhan alam sekitar.

Penganjur  kemudian mengambil keputusan untuk mengalihkan majlis ke sebuah dewan orang ramai yang berhampiran.

Menurut Charles, kerajaan Barisan Nasional hanya akan membazirkan wang rakyat jika meneruskan pembinaan loji nuklear berkenaan.

"Rancangan kerajaan sekarang ialah pada tahun 2021 dan 2022 ialah untuk bina loji nuklear di Malaysia. dan loji itu termasuk dalam program ekonomi kita," kata Charles. "Kosnya RM 22 Billion, tapi ikut masa, mungkin naik ke RM 50 Billion," tambah beliau.

Rakyat yang datang menyatakan bantahan mereka telah dihalau sebanyak dua kali dari kawasan jeti Pulau Ketam oleh polis sebelum mereka berkumpul di sebuah Dewan milik Majlis Perbandaran Klang untuk meneruskan protes.

Provokasi polis itu adalah memalukan kerana hak rakyat untuk bersuara telah dinafikan.

"Ini merupakan sesuatu yang memalukan. Kalau (loji nuklear) ada masalah, pejabat polis kena, anak-anak mereka kena. Jadi mereka patut bersama-sama kita dan bukan menentang hak kita," tambah Charles lagi.








Aduan Polis Terhadap Kolej Universiti MAHSA dan Masterskill

Posted: 30 Mar 2011 02:00 AM PDT

Kerana menipu beratus-ratus pelajar muda dengan;

  1. Mendapatkan matlumat peribadi beribu-ribu pelajar tingkatan lima
  2. Menawarkan mereka kursus seperti jururawat
  3. Menjalankan kursus yang tidak ada pendedahan klinikal yang mencukupi
  4. Membanjiri masyarakat dengan beratus-ratus graduan kursus jururawat yang tidak dapat mencari pekerjaan   

Oleh: Dr Jeyakumar Devaraj
         Ahli Parlimen Sg Siput

Pada : 20hb Mac 2011

Laporan Polis

  1. Tiap tahun pelajar yang telah mengambil peperiksaan SPM dibanjiri dengan surat-surat tawaran daripada beberapa kolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus. Surat-surat ini dihantar ke pelajar di rumah-rumah mereka.
  2. Kriteria yang dikehendaki untuk kemasukan ke kursus  adalah jauh lebih rendah daripada criteria yang diminta oleh kolej-kolej jururawat seperti Hospital Fatimah ataupun Hospital Assunta yang ingin mengambil jururawat yang dilatih sebagai kakitangan mereka pada masa depan. Umpamanya, Fatimah Hospital mengenakan kriteria 5 kredit di SPM termasuk dalam BM, BI, Matematik dan Sains berbanding dengan 3 kredit SPM untuk kemasukan ke Masterskill.
  3. Beberapa kumpulan pelajar di kursus jururawat di Masterskill dan Mahsa tidak dapat pendedahan klinikal yang mencukupi. Ada antara mereka yang dihantar ke Rumah Orang Tua di mana mereka tidak dapat pengalaman menjaga pesakit. Masalah ini wujud kerana kolej-kolej mahu mengambil masuk  lebih banyak pelajar baru supaya dapat beruntung dari pinjaman PTPTN sebanyak RM 55,000 yang didapati dengan kemasukan setiap orang pelajar.     
  4. Oleh kerana kemahiran pelatih daripada Kolej Masterskill dan Mahsa diragui oleh pihak majikan Hospital Swasta, dan oleh kerana terlalu graduan dikeluarkan setiap tahun, ada ramai graduan kursus jururawat yang tidak dapat kerja.

Saya  mahu polis siasat;

  1. Bagaimanakah kolej seperti Masterskill dan Mahsa dapat alamat pelajar-pelajar SPM? Adakah ini melanggari undang-undang yang mempertahankan "privacy" setiap orang rakyat Malaysia? Adakah butir-butir peribadi ini dijual pada kolej-kolej tersebut? Oleh siapa?
  2. Mengapa kolej-kolej swasta dibenarkan mengambil terlalu ramai pelajar jururawat sehingga sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari kerja? Siapakah pihak yang harus mengawasi situasi untuk memastikan pasaran untuk jururawat tidak dibanjiri? Mengapa pihak ini tidak menjalankan tugasnya?
  3. Mengapa kolej-kolej yang tidak ada kapasiti untuk memberi pendedahan klinikal yang mencukupi pada para pelajar mereka dibenarkan terus mengambil pelajar baru dua atau tiga kali se tahun? Mengapa pihak yang harus mengawasi situasi tidak ambil tindakan sewajarnya?
  4. Mengapa kemudahan pinjaman PTPTN diteruskan pada kolej-kolej yang kurang bertanggungjawab pada para pelajar mereka?


Sistem yang wujud sekarang sedang menjadikan beribu-ribu pemuda kita penghutang. Sebelum menyampai umur 24 tahun mereka dibeban dengan hutang sebesar RM 55,000. Tambahan pula, ramai antara mereka tidak dapat kerja kerana keraguan majikan terhadap latihan dan kemahiran mereka. 

Ini merupakan penipuan besar terhadap anak muda negara kita, dan pihak polis harus menyiasat untuk mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat.  


Jeyakumar Devaraj
550328-01-5553
HP: 019 5616807

Lautan Manusia Memenuhi Segenap Sudut Stadium Melawati Tolak Fitnah Anwar

Posted: 28 Mar 2011 09:00 PM PDT

Shah Alam, 28 Mac 2011 – Stadium Melawati yang boleh memuatkan 20,000 orang telah dipenuhi dalam Program Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Program yang ditunjangi oleh PAS itu telah menunjukkan komitmen setia kawan dan simpatinya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim serta tidak menunjukkan sebarang kegoyahan berikutan fitnah video seks oleh trio Datuk T.

Antara yang hadir pada malam itu adalah barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Presiden PAS, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Dato' Seri Wan Azizah, Dato' Menteri Besar Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang lain.

Turut hadir sasterawan negara, Datuk A Samad Said.


Program solat hajat tersebut diimamkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kemudiannya diteruskan dengan pidato.

Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya membuat bacaan doa, bermunajat memohon petunujuk dan kebenaran menolak fitnah.








Kumpulan Keenam Dari DUN Sri Andalas Jalani Pemeriksaan Mammogram

Posted: 28 Mar 2011 02:00 AM PDT

Klang, 27 Mac 2011 – Kumpulan Ke-6 wanita dari DUN Sri Andalas telah dihantar menjalani pemeriksaan mammogram. 

Seperti kumpulan-kumpulan peserta sebelum ini, kesemua peserta dihantar ke Pusat Perubatan Forest dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh Pejabat ADUN Sri Andalas.

Para peserta telah diberikan maklumat dan pendedahan tentang kepentingan melakukan pemeriksaan mammogram serta kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri setiap bulan.

Pemeriksaan mammogram secara percuma kepada wanita berusia 35 tahun keatas adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat untuk warga negeri Selangor.











Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Konspirasi Politik Keji Wajar Dihukum

Posted: 03 Apr 2011 05:15 PM PDT

Dari Merdeka Review

Oleh Lim Yew Chien

Seandainya negara ini adalah “waras”, sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang “waras”.

Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan. Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya. Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah.

Mengapa simpati terhadap Anwar?

Identiti Datuk T sudah terdedah – sama ada orang yang berdendam, atau bertentangan pendirian dengan Anwar dari politik. Apa yang diwar-warkan dalam kenyataan bahawa “mahu membongkar kemunafikan politikus” sebelum itu kini menjadi sesuatu yang tidak masuk akal. Seandainya “kelemahan” musuh atau seteru dikuasai, maka ia akan dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan sabotaj yang maksima – tanpa belas kasihan dan rasa simpati.

Jikalau itulah keadaannya, maka apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar.

Tetapi Datuk T tidak berbuat demikian, sebaliknya menyiarkan video tersebut sekali sahaja. Kemudian mereka mengugut agar Anwar meletakkan jawatan dengan sendiri, atau mereka akan mengedarkan kepada umum klip video tersebut. Apa perlunya Datuk T untuk bermurah hati, tidak memusnahkan Anwar sekaligus, sebaliknya memberi peluang agar Anwar berundur sambil menjaga kehormatan dirinya? Mungkin inilah jawapan yang rasional – Datuk T telah sedar sebermulanya, bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar. Ia terlalu senang untuk dibongkarkan. Maka pendekatan untuk memusnahkan Anwar sekaligus gagal mencapai tujuannya.

Sememangnya, klip video seks ini telah memberi impak berikutan “kerjasama” yang sungguh-sungguh dari media. Semestinya Datuk T mahu memaksimakan kesan sabotajnya. Jadi, dalam keadaan di mana mereka mahu memaksimakan impak tanpa bukti yang sah, maka nampaknya Datuk T hanya boleh menggunakan pendekatan yang sedia ada – biar media bertanggungjawab menyebarkan khabar, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan klip tersebut supaya segala penjelasan mahupun pembelaan diri boleh dilakukan dengan jelas dengan merujuk kepada bahan yang ada.

Media menjadi perkakas BN

Media yang asalnya menjadi perkakas Barisan Nasional semestinya tidak kisah untuk diperalatkan sepenuhnya. Malah media ini tetap menghebohkannya walaupun konspirasi di sebalik klip video tersebut dibongkarkan secara beransur-ansur. Fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan – inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain yang “waras”.

Media arus perdana yang lain, mungkin kurang “niat jahat”-nya berbanding perkakas BN, dan telah berhenti untuk memainkan isu ini. Namun, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah dipergunakan orang lain. Anwar dan Pakatan Rakyat membalas serangan dengan menyasarkan teras tampuk kuasa negara, namun media arus perdana ini hanya mencuit pada kulit. Ini adalah perbezaan terbesar antara media arus perdana dengan media internet. Walaupun media internet juga melaporkan berita klip video ini, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan kesangsian dalam video tersebut. Reaksi Pakatan Rakyat kemudiannya, teori konspirasi yang diketengahkan turut diberi liputan yang luas.

Media arus perdana mungkin menganggap “konspirasi politik” adalah spekulasi yang belum dikenalpasti, maka ia tidak wajar dihebohkan. Persoalannya, bukankah ia juga tuduhan yang sarat dengan kesangsian untuk mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Mengapa pula diheboh-hebohkan hal ini? Bukankah ini ibarat peribahasa Cina, “Menteri dibenarkan untuk membakar dengan api, tapi rakyat jelata dilarang untuk menyalakan api sebagai lampu?”

Secara keseluruhannya, media arus perdana telah menjadi perkakas politik, malah adalah perkakas kepada politik yang keji dan jijik. Media mungkin dipergunakan kerana kecuaian, maklumlah dalam masa yang suntuk, ditambah pula dengan percaturan Datuk T, maka ia bolehlah dimaafkan. Tetapi seandainya tiada muhasabah kemudiannya, tidak memberi ruang kepada mangsa untuk menjawab, maka persoalannya – di manakah profesional dan etika wartawan dan editor?

PR mempersoalkan, mengapa Datuk T tidak diambil tindakan undang-undang selepas mengakui bahawa dirinya menayangkan video lucah? Tiada pendakwaan setakat ini selepas polis menyoal siasat Datuk T. Setelah suspek secara terbuka mengakui dirinya melakukan jenayah, apa lagi yang sukar untuk polis? Tiada pendakwaan sehingga hari ini – bukankah ia sudah memadai untuk mengesyaki kewujudan konspirasi politik?

Siapa dalang di sebalik tabir?

Ada yang mendakwa cara pengendalian isu video seks ini adalah kasar, maka kemungkinan ia bukan didalangi pemerintah. Namun, seandainya sasarannya dituju kepada komuniti konservatif yang hanya terdedah kepada media arus perdana, maka ia tetap memberi kesan – sama ada pendekatan ini kasar mahupun halus. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan konspirasi boleh di-”outsource”-kan. Mana-mana politik yang berdarjat rendah boleh ditanggung pihak yang berkenaan. Ia seolah-olah politik yang tidak memerlukan modal.

Politik jijik menyelubungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyasarkan kerajaan PR, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim. Jelas, BN mahu meyakini rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya. Tetapi rakyat seharusnya berfikir, siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir?

Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Ia memperingatkan rakyat bahawa pilihan raya adalah penghakiman terhadap politik yang jijik. Jadi, pengundi bertanggungjawab untuk menghukum politik jijik ini dengan undinya dalam pilihan raya kali ini.

*Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 30 Mac 2011.

Polis Terus Menyekat Ceramah DSAI

Posted: 03 Apr 2011 05:10 PM PDT

Dari Malaysiakini

Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut – malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong – yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu – yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman – bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan “Reformasi”.

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.
Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan ‘mesyuarat luar biasa’ dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

“Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu,” katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

“Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik,” katanya kepada Malaysiakini.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 02 Apr 2011 08:08 PM PDT

3 Aprill 2011 (Ahad)

2.00 ptg – Ceramah – DUN Saribas

5.00 ptg – Cermah – DUN Krian

7.00 mlm – Solat maghrib di Masjid Saratok

8.00 mlm – Cermah – DUN Kalak

10.00 mlm – Cermah – DUN Betong

BULETIN RAKYAT

0 ulasan
sumber :-

BULETIN RAKYAT


TS KHALID - PELAN TERSUSUN UNTUK WARGA FELDA MENJELANG 2025

Posted: 03 Apr 2011 07:34 AM PDT

KUALA KUBU BHARU - Pembangunan yang kian rancak memungkinkan warga peneroka di tanah rancangan Felda termasuk Orang Asli akan kehilangan hak di atas tanah dan usaha mereka selama ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan kajian dilakukan, lebih 90 peratus dari kawasan tanah di Selangor bakal menjadi kawasan bandar menjelang 2025 sekali gus boleh meminggirkan hak warga peneroka dan Orang Asli sekiranya tiada perancangan teliti dilakukan. "Sebab itu, Selangor perlu memikirkan pelan rancangan pembangunan lebih tersusun khusus warga di tanah rancangan Felda dan Orang Asli. "Kerana kita dapati wujud masalah membabitkan warga Felda dan Orang Asli sehingga hasil usaha mereka selama tidak diperoleh sewajarnya dan ini mendorong Kerajaan Negeri terpaksa memperbetulkan dan melaksanakan usaha baru agar mereka tidak tertindas dan ketinggalan," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal 2011 di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Task Force Felda Negeri Selangor, Shamsul Iskandar Mohd Akim, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Elizebeth Wong Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail. 
Khalid berkata, banyak contoh usaha dilakukan pemaju di tanah-tanah rancangan Felda namun, semuanya tidak mendatangkan hasil kepada mereka yang wajar menerimanya. Beliau mengambil contoh bekas tanah rancangan Felda Sungai Buaya di sini yang menjadi bukti usaha kosong kerajaan terdahulu yang akhirnya hanya menindas rakyat. "Bukan saja peneroka kehilangan tanah malah pendapatan pun tidak ada. Ini bukan perkara aneh tapi sudah jadi kebiasaan. "Janji-janji pemilikan rumah dengan pulangan melebihi RM750,000 juga tidak berlaku dan yang tinggal hanya janji," katanya. Menurut beliau, nasib serupa turut dialami Orang Asli yang dijanjikan kediaman banglo atau rumah dua tingkat, bagaimanapun semuanya palsu. Beliau berkata, contoh tersebut perlu difikirkan bersama dan dibangkitkan sebagai perbincangan dalam konvensyen berkenaan. Sementara itu, Khalid berharap konvensyen yang julung kali diadakan itu menjadi medan perbincangan terbaik dalam memikirkan bentuk perancangan pembangunan sesuai untuk warga Felda dan Orang Asli. Menurutnya, sekiranya pengurusan tanah dan hasil pengeluaran Felda dilakukan dengan sempurna pendapatan warga Felda boleh ditingkatkan.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

0 ulasan
sumber :-

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Dari Meja SU MPN: Mengharungi Gelombang Perubahan di Sarawak

Posted: 03 Apr 2011 01:10 AM PDT

Semua telah maklum Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal berlangsung pada 16 April 2011 ini. Hari penamaan calon diadakan pada 6 April 2011.

PKR Negeri Sembilan turut sama menyertai pasukan jentera Pakatan Rakyat bagi membantu gerak-kerja di Sarawak. Kali ini, PKR Negeri Sembilan telah ditugaskan di Dun Asajaya dalam zon Kuching. Seramai 20 orang petugas tetap telah dihantar untuk membantu jentera PKR tempatan.

Gelombang perubahan kuat dirasai khususnya di kalangan masyarakat Dayak kesan daripada isu tanah adat Orang Asal (NCR). Imej PKR sebelum ini dilihat sebagai bermasalah oleh rakyat Sarawak tetapi kini PKR telah menjadi harapan baru buat rakyat Sarawak terutama masyarakat Dayak. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menjadi pelopor dalam perjuangan membela hak masyarakat Dayak yang kehilangan tanah adat akibat penipuan yang dijalankan oleh Taib Mahmud.

Semoga kali PRN Sarawak kali ini memberi satu anjakan baru yang bermakna buat rakyat Sarawak demi kemakmuran mereka dengan memberi mandat kepada PR memerintah negeri ini.

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid

Posted: 02 Apr 2011 11:40 PM PDT


Dua kes besar yang melanda PDRM ketika ini yang masih menjadi misteri. Serangan Adenovirus yang hanya menyerang Pulapol dan serangan asid ke atas penduduk Kuala Lumpur yang begitu membingungkan PDRM. Telah 3 orang pelatih PDRM meninggal dunia akibat serangan misteri Adenovirus dan 14 penduduk Kuala Lumpur menjadi mangsa serangan asid. Adakah penyerang asid tersebut mencabar kecekapan PDRM? Adakah serangan Adenovirus tersebut merupakan serangan senjata Biologi?

Justeru itu orang politik terutamanya pemimpin Umno hendaklah membiarkan polis bertindak secara professional. Biarlah PDRM memberi tumpuan untuk menyelesaikan kes ini, bukan diarahkan PDRM mengekang aktiviti Pakatan Rakyat yang sedikit pun tidak mendatangkan ancaman biologi dan kimia terhadap rakyat.

Cerita lanjut 14 penduduk KL menjadi mangsa serangan asid sepanjang Mac 2011 di http://amkns.blogspot.com/2011/04/warga-kl-dinasihat-bawa-air-hadapi.html

Rabu Mac 30, 2011

Kematian Ketiga Akibat Adenovirus

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Rabu mengesahkan seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus.

Mangsa itu yang ketiga maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam Selasa.

Liow berkata mangsa telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu meninggal akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.

"Mangsa ialah kes yang awal dan bukan kes terbaru. Kes terakhir yang dikesan ialah pada 19 Mac lepas," katanya ketika ditanya pemberita di sini.

Beliau berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari dari tarikh kes terakhir dikesan, tiada kes terbaru dilaporkan kementerian boleh mengisytiharkan bebas dari virus itu.

Sementara itu, kenyataan di facebook Polis Diraja Malaysia menjelaskan, jenazah mangsa Pelatih Konstabel, Mohammad Siman, 23, dibawa ke Tebuk Kiyai, Selekoh, Perak pukul 10 pagi tadi, untuk dikebumikan.

Sehingga kini, jumlah mereka yang masih dirawat di wad biasa hospital tersebut ialah dua pelatih inspektor perempuan. Masing-masing berada dalam keadaan stabil serta menunjukkan tanda-tanda memberangsangkan untuk sembuh.

Manakala jumlah pelatih yang menjalani pengasingan adalah 59 orang dan jumlah tersebut menunjukkan penurunan dari sehari ke sehari. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/30/mstar_berita/20110330155111&sec=mstar_berita

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Ceramah DSAI Di Sarawak!!(video)

Posted: 03 Apr 2011 05:04 AM PDT

ANWAR DUN KEDUP PART 1



Cawangan Umno bubar, Ranting ke-16 Lembah Pantai ditubuh

Posted: 03 Apr 2011 04:44 AM PDT

Umno cawangan Linear City 2 hari ini dibubar berikutan timbalan ketuanya, Mahadi Mohd Nor bersama hampir 20 penyokong beliau meninggalkan parti itu dan menyertai KEADILAN.

Pembubaran cawangan itu diganti dengan penubuhan Ranting baru KEADILAN yang ke-16 dalam Parlimen Lembah Pantai.

Borang penyertaan diserahkan kepada Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai yang juga Ahli Parlimen, Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Mahadi berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin dengan komitmen parti itu bersama Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, komitmen itu jelas apabila Selangor yang diterajui pimpinan KEADILAN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai dasar kebajikan.

"Di peringkat persekutuan, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat menawarkan dasar kebajikan yang jelas melalui agenda Buku Jingga.

"Antara yang menarik perhatian ialah tekad untuk menurunkan harga minyak dan menghapus tol secara berperingkat-peringkat," katanya pada 3 April lalu.

Mahadi juga mengakui Umno walaupun giat mencerca Buku Jingga dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya cuba meniru dasar itu secara diam-diam.

Pada masa ini, katanya, Umno hanya mampu meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang melalui gimik politik.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, Nurul Izzah menegaskan, KEADILAN sedia menerima individu yang komited bagi menjayakan perubahan besar di negara ini.

Turut hadir majlis itu ialah puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Lembah Pantai dan masyarakat setempat.

Nasib Baik Berlaku Di Bumi Johor Jika Berlaku di Bumi Azizan kompom tidoq tak lena pulak orang tua tuuu.....

Posted: 02 Apr 2011 08:35 PM PDT

Air mata Melayu di Johor Darul UMNO









Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..


Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...


setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...


Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..


Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..


Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..


kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..


hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..


Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..


* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat




Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang