Isnin, 28 Mac 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Pemilihan PKR Cabang Subang

Posted: 28 Mar 2011 07:16 AM PDT

YB Sivarasa telah dilantik sebagai Ketua Cabang untuk PKR Cabang Subang dalam satu pemilihan dalam suasana yang penuh semangat dan keriangan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli-ahli and penyokong PKR Cabang Subang.



Masalah Pemotongan Air di Pelangi diselesaikan

Posted: 28 Mar 2011 04:08 AM PDT

Masalah pemotongan air di Pelangi Damansara adalah disebabkan oleh tunggakan bil air yang tinggi. Walaupun penduduk-penduduk telah berazam menjelaskan tunggakkan ini, namu bukan semua penduduk-penduduk bekerjasama. Akibatnya, SYABAS telah memotong bekalan air mereka.
ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong telah berusaha dan mendapatkan baucer air percuma daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu meringankan beban penduduk-penduduk Pelangi Damansara. Kerjasama antara pejabat ADUN dan Ahli Parlimen telah berjaya mengatasi masalah ini.
Satu Majlis oleh Penduduk-Penduduk untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Elizabeth Wong dan YB R. Sivarasa telah diadakan baru-baru ini.


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Di mana lagi tinggal integriti polis dan peguam Negara jika rakyat tidak pertahankan kebenaran!

Posted: 28 Mar 2011 05:28 PM PDT

Sodomi 1 penuh dengan muslihat, skandal dan tipu helah. Bukan anda dan saya memberikan pendapat itu, tetapi bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman. Beliau menyatakan bahawa bukti dipalsukan, DNA dipalsukan, dan penyiasatan telah dirampas darinya untuk dipalsukan oleh pihak polis dan peguam Negara.

Sodomi 2 penuh dengan pembohongan. Ada CCTV konon, tapi langsung tidak ditunjukkan Saiful berada didalam unit kondominium berkenaan. Ada cerita air mani, tapi langsung tidak dibuktikan bahawa air mani itu milik siapa, dan ada DNA tetapi tidak pernah dimakmalkan DNA siapa, pembohongan bukti bahawa Saiful tidak pernah berak dalam tempoh 60 jam kononnya semua bukti ada disana, tetapi perutnya kosong (bukti apa itu kalau bukan berak?) dan semua saksi mahu membuktikan adanya liwat, tapi satu bukti pun tidak ditunjukkan bahawa Saiful ini pernah diliwat, tidak ada tusukan, dan beliau nampak riang gumbira bukan sebagai seorang yang kena liwat, kenapa tuan kondominium yang dari mula kehadiran Anwar ke unitnya tidak pernah keluar dari unit itu, kecuali sekejap untuk Anwar menunaikan solat, ada seramai 9 orang lain bersama Anwar semasa itu, kenapa tidak seorang pun dipanggil sebagai saksi. Unit yang dikatakan liwat berlaku adalah unit yang bersebelahan, bagaimana liwat boleh berlaku jika Anwar tidak pernah meninggalkan unit yang diziarahinya? Ini semua pembohongan dan jika dengan pembohongan ini Anwar masih mahu disabitkan, maka inilah yang dikatakan konspirasi politik untuk membunuh Anwar dari segi karier politiknya!

Vidoe sex (fitnah 3) adalah high drama untuk membunuh imej Anwar. Video sex ini dibuat oleh 2 orang Datuk dan seorang Tan Sri, dan ditayangkan. Bayangkan seorang Tan Sri dan 2 orang Datuk membuat, memiliki, menyimpan dan menayangkan video sex tetapi tidak diambil tindakan mengikut undang-undang. Sepatutnya mereka sudah ditahan, dibawa ke Mahkamah dan disumbat ke penjara, tetapi UMNO menyatakan itu tidak salah, Najib tidak mengambil apa-apa tindakan, Nazri kata itu tidak salah kerana bukan untuk tujuan komersil. Bahalul betul mereka ini, dan itu pun UMNO boleh terima.

Alhamdulillah, diantara orang yang ditunjukkan video sex itu adalah Dato Johari Abdul, dan setelah selesai video ditayangkan, beliau terus menyatakan itu bukan Anwar. Si pelaku sex itu punggungnya besar, perutnya boroi, dan buka bahu ke bahunnya besar, tidak seperti Anwar.

CheguBard yang juga menyaksikan video itu menyatakan bahawa itu bukan Anwar.

Inilah perbuatan keji, jijik dan jahat dari UMNO untuk membunuh imej Anwar.

Pertsoalannya, kena Tan Sri Rahim Thambi Chik, Datuk Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang bertanggungjawab kepada video sex ini masih bebas dan tidak ditangkap dan ditahan oleh polis?

Mahukah polis dituduh bahawa mereka juga berkonspirasi dengan puak-puak jahat ini? Tetapi apakah persepsi rakyat apabila mereka yang membuat, menyimpan, dan menayangkan video sex ini tidak ditahan? Polis berkonspirasi dengan 3 orang Datuk dan UMNO untuk menjatuhkan imej Anwar?

Tidakkah, ini satu "blackmail" apabila Datuk T ini mengugut Anwar dan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan jika tidak mahu video sex ini ditayangkan kepada umum? Adakah "blackmail" sudah diklasifikasikan "bukan jenayah" oleh Polis?

Bekas Ketua Pegawai Penyiasat Polis Bukit Aman meminta pihak polis membebaskan diri mereka dari Peguam Negara untuk membuat penyiasatan yang jujur. Adakah ini akann berlaku?

Dimanakah integriti polis, Peguam Negara, Najib dan Malaysia?

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Beri kerjasama sepenuhnya kepada Khalid - Sultan Selangor

Posted: 28 Mar 2011 01:50 AM PDT

SHAH ALAM, 28 Mac: Sultan Selangor, Sultam Sharafuddin Idris Shah menggesa semua pihak termasuk pembangkang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meningkatkan pentadbiran negeri.

"Beta berharap kita semua akan bekerja dengan niat baik serta memberikan kerjasama perlu kepada kepimpinan negeri diketuai Memanda Menteri Besar.

"Beta sendiri sentiasa berbincang dengan Memanda Menteri Besar baik dalam soal pentadbiran, ekonomi dan permasalahan sosial terutama melibatkan negeri di mana beta banyak memberi nasihat kepada Memanda beta demi kesejahteraan rakyat," tegas baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian ketika merasmikan Sidang Dewan Negeri Selangor Pertama Penggal keempat Dun Kedua Belas pada pagi ini.

Baginda bertitah semua pimpinan terutama Adun hendaklah mengepikan fahaman politik kepartian dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Titah baginda, semua perkara yang dibincangkan dalam dewan hendaklah mengutamakan rakyat dan negeri.

Baginda berharap dewan kali ini menjadi medan terbaik menyelesaikan pelbagai isu khusus melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan amanah yang diberi, keutamaan semua wakil rakyat adalah untuk hadir ke dewan berbahas dan membawa suara akar umbi merentasi kepentingan agama, kaum, politik dan sosial, tambah baginda.

"Semua perkara berbangkit hendaklah dibincangkan dalam dewan mulia ini dengan penuh intelektual dan bukannya dengan emosi.

"Beta berbangga dengan kemajuan negeri yang memberikan sumbangan besar kepada hasil pendapatan negara," tegas baginda.

Dalam pada itu, baginda sedar Selangor sebagai negeri maju pada 2010 telah mendapat pelaburan sebanyak RM10.64 bilion dengan 325 projek industri berteknologi tinggi diluluskan.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 projek berbanding 2009.

"Namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

"Jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan, pengalaman lalu harus dijadikan tauladan," tegas baginda.

Baginda berharap Belanjawan 2011 bertemakan Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan empat startegi utama akan dilaksanakan Kerajaan Selangor; pengurusan sumber negeri secara bijaksana, pengurusan perbelanjaan cekap, mendokong pembangunan modal insan dan melestarikan pembangunan negeri dengan baik dan berkesan dapat memangkin agenda berkaitan.

Badrul hadir, Shuhaimi diminta ke mahkamah

Tan Sri Abdul Khalid dan semua Exco Kerajaan Negeri serta seluruh Adun hadir termasuk Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang diisytiharkan kosong oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim sebelum ini.

Meskipun Mahkamah memutuskan Badrul masih kekal sebagai Adun namun dalam sidang media terakhir, Teng sebutkan beliau belum menerima apa-apa secara rasmi dari mahkamah.

Sementara itu, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kesal dengan tindakan mahkamah yang tetap memerintahkan beliau hadir juga meskipun perasmian sidang Dun sedang berjalan.

Menerusi smsnya, beliau berkata, dalam masa 30 minit beliau diminta hadir atau waran tangkap dikeluar ke atasnya.

Beliau bagaimanapun hadir juga ke Mahkamah Sesyen, dekat sini selepas itu.


Sumber: Harakah Daily

Cabar tinggal BN: MCA terus perang dengan Nazri

Posted: 28 Mar 2011 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan.

Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.

Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup.

Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno
ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.

Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno.

Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.

"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu.

Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


Sumber: Harakah Daily

RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab

Posted: 28 Mar 2011 01:47 AM PDT


BUKIT KATIL, 28 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab dan digesa meletakkan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan orang Melayu.

"Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap," kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab.

Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu.

Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera.

Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni.

"Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini.

"Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya.

Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu.

"Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera.

"Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal.

Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu.



Sumber: Harakah Daily

Umno Jadi Dalang Paksa Hakim Ubah Keputusan Terima 3 Barang Bukti

Posted: 28 Mar 2011 01:45 AM PDT

SS19Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor memandang berat isu penerimaan semula tiga barang yang dikatakan mempunyai DNA Anwar Ibrahim oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zabidin Mohd Diah. DNA yang dikutip daripada tiga barangan tuala, berus gigi dan botol air adalah diperolehi secara tidak sah.

Selalunya penerbalikan keputusan hakim hanya akan berlaku sekiranya terdapat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi, namun sikap tidak konsisten Hakim Mohd Zabidin ini menimbulkan tanda tanya sama ada benar dakwaan sesetengah pihak dalam bidang kehakiman sendiri, bahawa Umno telah mendesaknya untuk berubah fikiran.

Ini kerana memandangkan keputusan awalnya untuk tidak menerima DNA daripada pemeriksaan haram, menghapuskan apa jua ruang untuk Umno dan si boneka Saiful, untuk memenangi kes tersebut.

Parti Keadilan Rakyat juga teringin untuk bertanyakan mengapa Hakim tersebut tidak memberikan kutukan keras atau 'reprimand' kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana melakukan perkara haram ketika menyiasat kes berkepentingan tinggi seperti ini?

Parti Keadilan Rakyat Selangor juga ingin membantah keras sikap talibarut Umno yang sekarang ini lebih dikenali sebagai trio Datuk T yang tanpa segan silu mengkhianati perintah Allah SWT dan junjungan Rasulullah SAW kerana melakukan Qazaf dan melanggar undang-undang negara dengan menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara.

Firman Allah SWT:

مْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلاَتَقْبَلُو

Ertinya:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik."
(Surah An-Nuur: 4)

Maka jelas, nyata dan teranglah bahawa Allah SWT membenci golongan fasik yang menuduh Datuk Seri Anwa Ibrahim dengan tuduhan zina tanpa mendapatkan empat orang saksi. Islam memelihara kehormatan individu dan tidak membenarkan sesiapa sahaja menuduhkan mereka tidak suci tanpa saksi; itupun sekiranya terdapat aib maka adalah lebih baik bagi mereka untuk menyembunyikan aib tersebut

"Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat" (Riwayat Muslim).

Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa

Whoever-

(a) sells, lets to hire, distributes, publicly exhibits or in any manner puts into circulation, or for purposes of sale, hire, distribution, public exhibition or circulation makes, produces or has in his possession any obscene book, pamphlet, paper, drawing, painting representation or figure or any other obscene object whatsoever…

shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine, or with both.

Namun, Polis bertindak seperti biasa, tanpa rasa malu dan segan silu menjadi agen Umno dengan membenarkan tayangan tersebut walaupun pihak Cawangan Khas telah mengetahui lebih awal berkenaan tayangan tersebut.

Dengan mengambil kisah kekecohan ketika ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak yang didalangi oleh pihak Polis dan membandingkannya dengan sikap acuh tak acuh di Carcosa, saya ingin memberi amaran bahawa sikap lidah bercabang ini akan mengakibatkan moto pihak Polis dihumban ke tong sampah oleh rakyat sendiri.

Rakyat kini hanya melihat Polis sebagai salah satu Bahagian Umno dan bukan sebagai sahabat dan pelindung mereka seumpama sikap polis dan tentera Muammar Gaddafi di Libya.

Bertindaklah mengikut Keluhuran Undang-Undang yang menjadi Rukun Negara kepada semua rakyat Malaysia. Pelanggaran kepada syarat asas ini akan menjahanamkan negara kita yang tercinta secara lansung tidak di hormati dunia luar.

Parti Keadilan Rakyat Selangor menuntut agar pihak Polis menghormati terlebih dahulu sistem Raja Berpelembagaan dan Perlembagaan Negara sebelum mereka bertindak sewenang wenangnya.

Shuhaimi Shafiei

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Seri Muda



Sumber: SuaraKeadilan

Penipuan Berterusan UMNO Mengenai Rekod Masa Twitter - Rafizi

Posted: 28 Mar 2011 01:44 AM PDT


Saya merujuk kepada laporan berterusan oleh Utusan Malaysia, media perdana dan blogger-blogger UMNO yang mempertikaikan kononnya masa pesanan-pesanan yang dibuat di laman Twitter pada 21 Februari 2011 adalah masa yang tepat. Mereka mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya mula menghantar pesanan pada jam 11:40 malam, seperti yang dipetik di laman Twitter.

Oleh itu, mereka mempersendakan kenyataan saya pada 26 Mac lalu yang menerangkan bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat 9 pesanan melalui akaun Twitter yang turut dipamerkan di laman Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari 2011. Pesanan-pesanan ini secara jelas menunjukkan adalah mustahil Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku di dalam video seperti yang difitnah oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Shazryl Eskay Abdullah.

Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di lama Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger UMNO mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran. Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu.

Tekaan saya tepat. Utusan Malaysia dan blogger-blogger UMNO tanpa usul periksa terus memutar belitkan perbezaan satu jam itu. Mereka tidak sedar bahawa tindakan itu mengiyakan pandangan umum bahawa mereka tidak pernah meletakkan kebenaran sebagai asas untuk membawa berita. Penulisan mereka adalah bermatlamatkan agenda politik busuk dan semua berita diselewengkan untuk menjalankan agenda politik busuk.

Perbezaan satu jam pada 21 Februari 2011 itu boleh diterangkan dengan mudah sekiranya mereka benar-benar memahami konsep daylight time saving dan bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi.

Masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan, kerana Facebook merujuk kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi atau laptop semasa akaun dibuka.

Oleh sebab itu, berbeza dengan akaun Twitter, Facebook tidak membenarkan pengguna menetapkan zon masa kerana rujukan masa dibuat secara terus kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi pengguna. Oleh itu, mereka yang arif mengenai teknologi maklumat tahu bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan di mana pengguna Facebook berada.

Sebaliknya, laman Twitter merujuk kepada masa di dalam pelayannya (server) yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan dibuat oleh pengguna dari seluruh dunia akan merujuk kepada masa di pelayannya kemudian ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia. Oleh sebab itulah, laman Twitter menetapkan bahawa pengguna perlu memilih zon masa semasa mula-mula membuka akaun.

Ini akan melibatkan isu perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia dengan San Francisco, Amerika Syarikat dan juga perubahan jam pada bulan Mac dan November setiap tahun. Oleh kerana Amerika Syarikat mengamalkan perubahan jam mengikut daylight saving, setiap tahun jam akan diubah pada hari Ahad kedua bulan Mac, dan diubah kembali pada hari Ahad pertama bulan November.

Ini akan memberi kesan kepada perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia, apabila jam diubah di Amerika Syarikat; yang bermakna masa di pelayan laman Twitter juga akan berubah.

Semasa waktu yang digunapakai bagi musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa di antara zon masa di San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan yang dibuat ke laman Twitter dalam tempoh masa itu akan berbeza selama 16 jam dan pelayan laman Twitter akan secara automatik mengira waktu ditempat asal berdasarkan perbezaan 16 jam itu.

Ini boleh ditunjukkan seperti berikut, mengambil kira pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari 2011 adalah bersamaan dengan jam 7:40 pagi di San Franciso (kerana jam Malaysia tidak diubah mengikut daylight saving). Tetapi pelayan Twitter akan menambah 16 jam, maka masa yang dipamerkan di laman Twitter adalah satu jam lebih cepat iaitu 11:40 malam (lihat bagaimana waktu di Malaysia menjadi 1 jam lebih cepat berbanding waktu sebenar, kerana Malaysia tidak mengubah jam seperti di Amerika Syarikat):

Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac mengikut daylight saving, perbezaan di antara zon masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang dibuat ke laman Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan, seperti berikut (mengambil contoh 21 Mac 2011):

Perkara yang semudah ini tidak dapat difikirkan secara rasional oleh Utusan Malaysia dan blogger UMNO kerana mereka taksub dan tenggelam dengan fitnah mereka sendiri. Mereka lupa prinsip mudah iaitu yang bertukar jam adalah pelayan Twitter di San Francisco kerana Amerika Syarikat menggunapakai sistem daylight saving sedangkan Malaysia tidak.

Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh laman Facebook yang menggunakan masa tempatan mengikut masa komputer peribadi dan laptop masing-masinglah adalah masa yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan satu jam akibat daylight saving itu.

Ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada pesanan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin pada 5 Disember 2010:

Beliau menghantar pesanan melalui laman Twitternya bahawa "PM @NajibRazak sedang memberi ucaptama di Konvenseyen BN". Laman Twitter mempamerkan masa pesana itu dibuat pada jam 9:55 pagi iaitu satu jam lebih cepat dari yang ditunjukkan oleh laman Facebook beliau.

Saya jemput Utusan Malaysia dan semua blogger UMNO untuk menyemak kembali aturcara Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 dan mereka perlu menerima hakikat bahawa ucapatama Perdana Menteri bermula sekitar jam 8:30 pagi, sekaligus membuktikan bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah tepat.

Saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat bahawa tindakan Perdana Menteri dan UMNO yang mengalih perhatian kepada video seks lucah tanpa mengambil hukuman berat ke atas dalangnya, membuktikan bahawa ia satu lagi konspirasi jahat UMNO.

Isunya bukanlah perbezaan satu jam atau aktiviti Twitter Dato' Seri Anwar Ibrahim. Isunya adalah nama dan maruah negara yang dimalukan kerana cubaan fitnah ini. Isunya adalah perlakuan jenayah oleh beberapa orang kuat UMNO yang sehingga kini masih bebas dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Isunya adalah tindakan pihak berkuasa membenarkan kegiatan jenayah itu berlaku di tempat awam yang rapat dengan kerajaan.

Isunya adalah perlakuan rasuah yang cuba membeli Ahli Parlimen KEADILAN yang sehingga kini belum diambil tindakan oleh SPR mahupun SPRM.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

28 MAC 2011

Teng : 'Saya Sekadar Patuh Perintah Mahkamah, Benarkan Badrul Bersidang'

Posted: 28 Mar 2011 01:42 AM PDT


Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim membenarkan Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk menghadiri Sidang DUN Selangor bermula hari ini sementara menunggu permohonan mengenepikan keputusan mahkamah bersabit status beliau sebagai wakil rakyat.

Teng berkata, tiada alasan untuk beliau ingkar dengan perintah mahkamah yang diserahkan oleh peguam Badrul kepadanya Rabu lalu, namun tetap dengan pendirian untuk membuat rayuan.

"Pada minggu lepas apabila saya memberi taklimat kepada pihak akhbar, masa itu saya belum lagi menerima perintah mahkamah daripada peguam beliau. Selepas taklimat saya disiarkan di akhbar, perintah tersebut telah disampaikan.

"Jadi memandangkan saya telah mendapat perintah tersebut, maka sementara menunggu perbicaraan permohonan saya untuk mengenepikan keputusan mahkamah sebelum itu dan juga sementara menunggu tarikh rayuan, maka perintah mahkamah itu kami hormati," jelas Teng kepada media selepas menghadiri perasmian Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas 2011.

Teng sebelum ini, mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang selepas mendapati Badrul tidak hadir sidang DUN selama enam bulan, bermula 15 Julai 2010 hingga 16 Januari lalu.

Pada 18 Februari, hakim Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan Badrul diiktiraf masih berhak memegang jawatan sebagai wakil rakyat daerah itu sekaligus mengenepikan keputusan Speaker Selangor.

Badrul memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum keluar Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober 2009.

Ditanya wartawan tentang kelibat Badrul pada perasmian sidang DUN Selangor di bangunan Sultan Salehuddin Idris Shah pagi tadi, Teng berkata beliau masih belum menyemak laporan kedatangan.

"Saya tidak pasti sebab saya pun belum lihat lagi daftar kehadiran. saya belum dapat laporan lagi sebab pagi tadi sudah sibuk dengan persiapan," ujar beliau lagi.

Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas 2011 yang berlangsung hari ini hingga 5 April nanti akan membincangkan usul yang dikemukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tumpuan utama termasuk rang undang- undang kebebasan informasi yang telah melalui bacaan kali kedua dan akan dibawa keperingkat jawatankuasa pilihan untuk dibahaskan.

Antara lain termasuk rang undang-undang pembekalan tambahan daripada pihak kerajaan, pindaan perhutanan, dan saraan ahli dewan undangan negeri turut akan dibincangkan dalam dewan.



Sumber: TVSNEWS

Kempen Najib Altantuya, Azmin Saman Polis

Posted: 28 Mar 2011 01:41 AM PDT


SHAH ALAM 28 MAC : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali akan mengambil tindakan undang- undang terhadap polis kerana menyerbu dan mencetuskan provokasi di majlis pelancaran kempen "Datuk Najib- Altantuya (DNA) di Gombak Sabtu lalu.

Awal pagi tadi, Azmin, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari diberikan notis untuk hadir di Balai Polis Ampang bagi memberi kenyataan bersabit majlis itu.

Azmin berkata pencerobohan polis pada majlis itu menyalahi undang- undang kerana ia diadakan di perkarangan pejabat beliau dan justeru itu tidak memerlukan permit sebagaimana yang dituntut oleh polis.

Pada majlis itu, Anwar dilarang meneruskan ucapan, malah dilaporkan dikasari oleh anggota Polis Simpanan Persekutuan yang cuba memaksa beliau untuk meninggalkan majlis berkenaan.

Anwar berkata beliau tidak menyalahkan polis kerana mereka hanya mengikut arahan tetapi mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Najib Razak yang begitu khuatir terhadap pendedahan hubung kait antara beliau dan Altantuya Sharibuu yang mati dibom pada tahun 2006.

Azmin memberitahu pemberita, polis bertindak diluar batas kuasa dalam keghairahan untuk menyuraikan pelancarkan kempen DNA itu.

"Saya telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang- undang kepada polis yang menganggu dan mencetuskan provokasi dalam ceramah di pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak pada tiga malam lalu," kata Azmin.

"Kekecohan itu hanya timbul apabila pihak polis menyerbu masuk (ceramah) dengan ganas dan tidak berperikemanusiaan untuk menggangu program kami pada malam itu. Ini adalah satu tempat persendirian. Mereka tidak ada hak untuk memasuki kawasan berkenaan," tambah beliau.

Azmin berkata tindakan polis memberikan notis kepada beliau dan dua pemimpin PKR yang lain untuk hadir member kenyataan juga menunjukkan niat jahat badan itu.

"Cara penyerahan itu seolah- olah saya dan teman- teman seperti penjenayah. Saari Sungib menerima notis jam 2 pagi. Amiruddin Saari menerima notis jam 2.30 pagi. Mengapa mereka dalam keadaan tergesa- gesa untuk menyerahkan notis ini. Seolah kami ini pengganas dan kami tidak dimaklumkan apa tujuan notis ini dan apakah keterangan yang hendak diambil daripada kami," kata Azmin.

"Saya telah menghubungi OCPD Ampang, ACp Amiruddin sebaik notis diterima dan beliau tidak memaklumkan tujuan keterangan diambil namun mendesak saya untuk hadir hari ini," kata Azmin.

Azmin berkata penguamnya telah memaklumkan polis bahawa beliau hanya akan hadir pada Rabu ini untuk member kenyataan yang dikehendaki.

Tinjau Kubu Kuat Sendiri, BN Gentar ?

Posted: 28 Mar 2011 01:40 AM PDT


SHAH ALAM 28 MAC : Langkah kerajaan meninjau negeri Johor dan menyeru rakyat negeri itu kembali mempercayai kepimpinan kerajaan dilihat seolah- olah kerajaan gentar akan tentangan yang diberikan Pakatan Rakyat, walhal umum sedia maklum negeri itu adalah kubu kuat Barisan Nasional.

Pengarah Pilihanraya PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti bermimpi disiang hari selain ia jelas mengambarkan Gagasan Barisan Nasional gentar dengan pencapaian dan penerimaan kepimpinan Pakatan Rakyat dimata rakyat hari ini.

"Semua tahu, di Johor Barisan Nasional telah diancam oleh Pakatan Rakyat dengan organisasi kepimpinan yang lebih teratur selain lebih ramai yang mendaftar menjadi ahli Pakatan Rakyat, ditambah pula dengan langkah awal Pakatan Rakyat dengan membuat penstrukturan semula," kata Jui Meng.

Terbaru, Najib dilaporkan menerusi Berita Harian meninjau negeri Johor sebagai langkah menzahirkan hasrat parti itu mahu menguasai sepenuhnya negeri tersebut.

Tsunami politik menerusi PRU-12 menyaksikan kubu kuat UMNO-BN dipecahkan apabila tiga kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat DAP dan PAS iaitu DUN Sungai Abong, Bentayan dan Maharani serta Parlimen Bakri di daerah Muar.

Rekod terdahulu menyasikan BN pernah menguasai sepenuhnya kerusi DUN dan Parlimen di Johor pada PRU 1995 dan 1999 sebelum mula dibocori oleh PAS menerusi kemenangan tanpa bertanding di DUN Senggarang pada PRU 2004.

Mengulas rekod ini, Chua berkata rakyat sudah berubah seiring dengan kehendak politik Malaysia yang menuntut kebebasan dalam berdemokrasi seperti mana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Chua yang juga merupakan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Johor berkata, menyedari hakikat ini Perdana Menteri tidak senang duduk, mengenangkan nasib yang UMNO-BN akan tempuh menjelang PRU-13 sehingga terpaksa turun padang menyakinkan rakyat.

"Dan hal ini membuatkan beliau (Najib Razak) tahu perkara ini tidak semudah Pilihanraya Umum (PRU) 12, dan untuk PRU-13 kita telah pun bersedia, tunggu sahaja tarikh dan kita akan buktikan kepada Najib khususnya UMNO-BN bahawa kita sangat berkaliber untuk mendepani PRU-13," katanya.

Selain itu, Najib juga dilaporkan memberi kenyataan negeri Johor akan terus menjadi sebuah negeri maju dengan kembali kepada BN bukannya mempercayai kepimpinan Pembangkang (Pakatan Rakyat).

"Saya rasa kalau Johor terus mempercayai kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi 'Buku Jingga' kita akan merealisasikan sebuah kerajaan di Johor yang lebih telus tanpa rasuah selain penjimatan wang daripada pembanterasan rasuah, dengan itu kita mampu membangunkan Johor lebih baik daripada UMNO-BN yang sedia maklum terpalit dengan pelbagai scandal rasuah dan ketidaktelusan"

Dengan memberi gambaran kebangkitan rakyat di negara timur tengah, Chua menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat sentiasa menjanjikan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam demokrasi.

"Kita juga jamin kebebasan kepada rakyat, kita lihat apa yang berlaku di Timur tengah, rakyat bangkit oleh kerana mereka sudah bosan dengan pemerintahan lama dengan menolak domekrasi korup seperti mana yang diamalkan oleh UMNO- BN," katanya.



Sumber: TVSNEWS

PKR: Rumah Azmin Ali Dikepung, Diberi Notis Temu Poli

Posted: 28 Mar 2011 01:39 AM PDT


KUALA LUMPUR, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran "Datuk Najib Altantuya (DNA)" di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu.

Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.

"YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis," kata kenyataan media ringkas PKR.

"Buat masa ini belum ada maklumat lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, "polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang."

Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: "@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan."

Difahamkan 20 hingga 30 anggota polis berada di pekarangan rumah Azmin sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk menyerahkan notis perintah hadir di balai polis.

Notis tersebut dikatakan diterima oleh isterinya kerana ketika itu Azmin menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Ampang Azmin yang dihubungi The Star berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya.

"Dia berkata bahawa notis tidak memberikan sebab bagi saya perlu hadir di ibu pejabat polis Ampang pukul 10 pagi (hari ini)," katanya lagi.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi 'hodoh' apabila anggota polis cuba menghentikan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.

Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula dikatakan membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.

Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dalam kenyataannya berhubung insiden itu berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA.

"Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.

"Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," katanya.

Dalam pada itu, Azmin menerusi mesej Twitter sekitar 8 pagi tadi berkata: "Saya terima notis Seksyen 111 daripada ASP Annas Sulaiman yang mengarahkan saya hadir di IPD Ampang pukul 10 pagi ini. Tiada alasan diberikan."

Mesej terdahulu pula berkata beliau dalam perjalanan ke Shah Alam untuk menghadiri majlis pembukaan sidang penggal keempat Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor pagi ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi pula berkata Azmin telah meminta Ketua Polis Daerah Ampang agar menukar tarikh pertemuan dengan polis kerana perlu menghadiri sidang DUN.-malaysianinsider

SPRM geledah pejabat ahli majlis MBSA

Posted: 28 Mar 2011 01:37 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah pejabat ahli perniagaan Ang Leng Kiat, yang juga ahli majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

NONE
Ang ketika dihubungiMalaysiakini, berkata enam anggota SPRM dari ibu pejabat Putrajaya tiba di pejabatnya sekitar jam 10 pagi tanpa sebarang makluman dan mula mengambil beberapa dokumen.

"Mereka berkata sedang menjalankan pemeriksaan rambang ke atas saya dan syarikat saya. Mereka tidak beritahu apa-apa mengenai MBSA," kata Ang.

Ang terbabit dengan perniagaan dalam industri perkapalan dan katanya pegawai SPRM berkenaan mahu memeriksa fail peribadinya.

"Saya kata teruskan."

Menurut Ang yang juga ahli jawatankuasa eksekutif DAP Selangor, beliau sedia bekerjasama dengan SPRM dan tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, anggota SPRM masih di pejabat ahli majlis itu dengan menyelak beberapa fail dan rekod pejabat.

NONE
"Saya tidak takut dengan semua ini, saya ada peguam yang bersiap sedia. Saya juga sudah biasa dengan perkara seperti ini," kata Ang.

Ditanya sama ada pegawai SPRM yang menjalankan tugas itu menunaikan tanggungjawab mereka secara berhemah dan profesional, Ang berkata: "Mereka hanya jalankan tugas. Mereka amat profesional."

"Saya tidak peduli jika mereka mahu mengambil apa-apa asalkan mereka menandatangani borang mengenai apa yang diambil," kata ahli majlis itu.


Sumber: Malaysiakini

MyKad bertindih: JPN, KDN gagal ketepi saman

Posted: 28 Mar 2011 01:35 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak satu permohonan bagi mengetepikan saman kecuaian oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama bagi individu berbeza.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu, di kamar selepas mendengar hujah, bagi mengetepikan permohonan yang difailkan oleh bekas dan Ketua Pengarah JPN pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

NONE
Peguam Yusfarizal Yusoff dan Mohamad Zaid Daud mewakili plaintif Mohammad Daud Salleh dan peguam kanan persekutuan Suhaila Haron mewakili keempat-empat defendan.

Yusfarizal memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapati wujud tindakan yang berasas untuk saman itu dibicarakan dan tidak diketepikan.

Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hujahnya bahawa penduaan kad pengenalan itu telah menimbulkan masalah kepada Mohammad Daud.

Yusfarizal berkata mahkamah menetapkan 24 April untuk pengurusan kes saman itu supaya defendan dapat memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman itu.

Pada 4 Jan, Mohammad Daud, 42, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati JPN telah mengeluarkan kad pengenalan kepada orang lain dengan nombor yang sama beberapa tahun lalu.

Katanya apabila beliau pergi ke JPN bagi menggantikan kad pengenalan lamanya kepada MyKad pada 2005, beliau terkejut apabila jabatan itu memaklumkannya bahawa ada orang lain telah mengambil MyKadnya dengan nama dan nombor yang sama.

Selepas itu, JPN mengeluarkan MyKad dengan nombor yang baru kepadanya.

Bagaimanapun, MyKad yang baru itu tidak menyelesaikan masalahnya apabila beliau menerima beberapa saman trafik bagi sebuah kereta bukan miliknya dan diikuti dengan lebih banyak panggilan dari bank untuk pembayaran semula pinjaman kereta dan beliau menafikan ada membuat pinjaman sedemikian.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad Daud berkata beliau enggan menerima MyKad itu kerana beliau telah menggunakan kad pengenalannya yang lama untuk semua transaksi termasuk bank dan sijil kelahiran anaknya dan begitu juga dengan sijil nikahnya.

Katanya MyKad baru dengan nombor baru tidak akan menyelesaikan masalahnya kerana pihak ketiga masih menggunakan nombor kad pengenalannya dan namanya.

Dalam samannya, Mohammad Daud menuntut agar JPN membatalkan kad pengenalan pendua dan membuat satu pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak ke atas kad pengenalan lamanya.

Beliau juga menuntut ganti rugi teladan dari JPN berhubung kecuaian jabatan itu mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama kepada orang yang berbeza sehingga menyebabkan beliau menghadapi masalah kerana ada individu lain menggunakan kad pengenalan lamanya.


Sumber: Malaysiakini

Video seks: Wartawan nafi dakwa Anwar terbabit

Posted: 28 Mar 2011 01:33 AM PDT


Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan laporan blogger Umno yang mendakwa beliau mengakui bahawa imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Nordin, beliau hanya menyatakan "muka individu itu adalah serupa dengan Anwar" tetapi selepas melihat susuk tubuh lelaki yang berperut buncit itu, katanya, beliau yakin bahawa individu tersebut bukan Anwar.

Beliau membuat penjelasan itu menerusi Harkahdaily hari ini berikutan dakwaan seorang blogger Umno yang menuduh pada pertemuan mereka, Wan Nordin ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar.

"Dalam satu blog Umno ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja pada hari itu terus pulang ke rumah saya di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia satu fitnah," katanya.

Wan Nordin adalah wartawan Harakah yang menyaksikan video itu yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Katanya, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui setiausaha agung PKR yang juga ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen.

Menurutnya, beliau kemudian mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan ada memberitahu ketua pembangkang bahawa beliau tidak percaya dengan ketulenan video berkenaan.



Sumber: Malaysiakini

Pakatan anjur solat hajat anti-fitnah

Posted: 28 Mar 2011 01:31 AM PDT

Genap seminggu munculnya video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat malam ini menganjurkan majlis solat hajat terhadap apa yang dikatakan "fitnah" terhadap ketua pembangkang itu.

Ia akan disusuli ceramah oleh pemimpin utama gabungan itu, termasuklah oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Anwar sendiri.

NONE
Selain itu, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul - dipercayai wakil rakyat tunggal pembangkang yang menonton video kontroversi itu - dijadual turut berucap.

Menurut kenyataan daripada lajnah penerangan PAS, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan menyampaikan kuliah Magrib di situ malam ini.

Isnin lalu, politik negara gempar apabila pihak media didedahkan dengan video seks yang pelakonnya mirip Anwar oleh sekumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

azlan
Selepas Anwar menafikan dan membuat laporan polis, dua daripada mereka - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - tampil mendesak supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan video itu.

Debat berhubung sama ada'pelakon' dalam video itu benar-benar Anwar berpanjangan apabila Johari dan seorang lagi bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin - yang turut mengaku menontonnya menafikan penglibatan Anwar.

Dalam perkembangan terkini, PKR semalam menyenaraikan semula status kemaskini laman sosial Anwar bagi membuktikan rekod alibi bahawa beliau berada di rumah ketika kejadian pada malam 21 Mac itu.


Sumber: Malaysiakini

SPR kenalpasti sembilan kerusi panas

Posted: 28 Mar 2011 01:29 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenalpasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka sengit pada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

NONE
Beliau berkata kawasan tersebut adalah Pantai Damai, Kota Sentosa, Batu Kawa, Kedup, Repok, Palawan, Nangka serta Balingian, yang bakal dipertahankan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kita mengambil keputusan untuk berbuat demikian setelah mengambil kira pengalaman lepas di mana kempen dijangka sengit yang memerlukan pemantauan yang lebih teliti," katanya pada sidang akhbar di Kuching hari ini.

Wan Ahmad berkata, SPR akan menubuhkan 80 pasukan pemantau kempen pilihan raya kali ini dengan dua pasukan pemantau dikerahkan di sembilan kawasan panas tersebut.

Katanya pasukan itu akan diketuai oleh seorang pegawai SPR, dibantu oleh pegawai polis berpangkat Inspektor, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan disertai oleh wakil parti-parti politik yang bertanding.

NONE
Menurut Wan Ahmad, pasukan tersebut akan menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seperti tindakan menggantung poster oleh parti yang tidak bertanding, kempen berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum.

"Mereka diberi kuasa untuk buat pemantauan dan membuat tindakan penguatkuasaan bila mana perlu dan ketua pasukan diberi kuasa untuk buat keputusan selepas berunding dengan pasukannya," katanya.

Ditanya mengenai Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Wan Ahmad berkata badan tersebut hanya sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR untuk tujuan pemantauan sahaja.

sibu nomination day 080510 pakatan leaders
"Tugas mereka (Mafrel) hanyalah melihat, memantau dan catat apa saja dan beri maklumbalas kepada SPR," katanya.

Menurut Wan Ahmad, SPR tidak akan melantik lagi NGO lain yang berminat untuk memantau PRN Sarawak, tetapi jika mereka masih berminat, mereka haruslah merujuk kepada Mafrel secara terus.

Mengenai jangkaan peratusan mengundi pada pilihan raya ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya optimis peratusan mengundi lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelumnya berdasarkan kesedaran rakyat yang meningkat mengenai hak mengundi.

azlan
"Kita juga mengharapkan cuaca baik pada hari mengundi," katanya.

SPR menetapkan hari penamaan calon pada 6 April manakala hari pengundian 16 April.

Sebelum DUN dibubarkan, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 daripada 71 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

- Bernama