The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Di mana lagi tinggal integriti polis dan peguam Negara jika rakyat tidak pertahankan kebenaran! Posted: 28 Mar 2011 05:28 PM PDT Sodomi 1 penuh dengan muslihat, skandal dan tipu helah. Bukan anda dan saya memberikan pendapat itu, tetapi bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman. Beliau menyatakan bahawa bukti dipalsukan, DNA dipalsukan, dan penyiasatan telah dirampas darinya untuk dipalsukan oleh pihak polis dan peguam Negara. Sodomi 2 penuh dengan pembohongan. Ada CCTV konon, tapi langsung tidak ditunjukkan Saiful berada didalam unit kondominium berkenaan. Ada cerita air mani, tapi langsung tidak dibuktikan bahawa air mani itu milik siapa, dan ada DNA tetapi tidak pernah dimakmalkan DNA siapa, pembohongan bukti bahawa Saiful tidak pernah berak dalam tempoh 60 jam kononnya semua bukti ada disana, tetapi perutnya kosong (bukti apa itu kalau bukan berak?) dan semua saksi mahu membuktikan adanya liwat, tapi satu bukti pun tidak ditunjukkan bahawa Saiful ini pernah diliwat, tidak ada tusukan, dan beliau nampak riang gumbira bukan sebagai seorang yang kena liwat, kenapa tuan kondominium yang dari mula kehadiran Anwar ke unitnya tidak pernah keluar dari unit itu, kecuali sekejap untuk Anwar menunaikan solat, ada seramai 9 orang lain bersama Anwar semasa itu, kenapa tidak seorang pun dipanggil sebagai saksi. Unit yang dikatakan liwat berlaku adalah unit yang bersebelahan, bagaimana liwat boleh berlaku jika Anwar tidak pernah meninggalkan unit yang diziarahinya? Ini semua pembohongan dan jika dengan pembohongan ini Anwar masih mahu disabitkan, maka inilah yang dikatakan konspirasi politik untuk membunuh Anwar dari segi karier politiknya! Vidoe sex (fitnah 3) adalah high drama untuk membunuh imej Anwar. Video sex ini dibuat oleh 2 orang Datuk dan seorang Tan Sri, dan ditayangkan. Bayangkan seorang Tan Sri dan 2 orang Datuk membuat, memiliki, menyimpan dan menayangkan video sex tetapi tidak diambil tindakan mengikut undang-undang. Sepatutnya mereka sudah ditahan, dibawa ke Mahkamah dan disumbat ke penjara, tetapi UMNO menyatakan itu tidak salah, Najib tidak mengambil apa-apa tindakan, Nazri kata itu tidak salah kerana bukan untuk tujuan komersil. Bahalul betul mereka ini, dan itu pun UMNO boleh terima. Alhamdulillah, diantara orang yang ditunjukkan video sex itu adalah Dato Johari Abdul, dan setelah selesai video ditayangkan, beliau terus menyatakan itu bukan Anwar. Si pelaku sex itu punggungnya besar, perutnya boroi, dan buka bahu ke bahunnya besar, tidak seperti Anwar. CheguBard yang juga menyaksikan video itu menyatakan bahawa itu bukan Anwar. Inilah perbuatan keji, jijik dan jahat dari UMNO untuk membunuh imej Anwar. Pertsoalannya, kena Tan Sri Rahim Thambi Chik, Datuk Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang bertanggungjawab kepada video sex ini masih bebas dan tidak ditangkap dan ditahan oleh polis? Mahukah polis dituduh bahawa mereka juga berkonspirasi dengan puak-puak jahat ini? Tetapi apakah persepsi rakyat apabila mereka yang membuat, menyimpan, dan menayangkan video sex ini tidak ditahan? Polis berkonspirasi dengan 3 orang Datuk dan UMNO untuk menjatuhkan imej Anwar? Tidakkah, ini satu "blackmail" apabila Datuk T ini mengugut Anwar dan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan jika tidak mahu video sex ini ditayangkan kepada umum? Adakah "blackmail" sudah diklasifikasikan "bukan jenayah" oleh Polis? Bekas Ketua Pegawai Penyiasat Polis Bukit Aman meminta pihak polis membebaskan diri mereka dari Peguam Negara untuk membuat penyiasatan yang jujur. Adakah ini akann berlaku? Dimanakah integriti polis, Peguam Negara, Najib dan Malaysia? |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan