Khamis, 10 Mac 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengalaman di Felda Jengka 22 semasa PRK DUN Kerdau

Posted: 09 Mar 2011 11:42 PM PST

Saya memasukki Felda Jengka 22 pada 17hb Februari 2011 untuk bertemu dengan Anggota-Anggota Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Ranting Felda Jengka 22 dengan harapan untuk membuka Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat bagi membantu PAS untuk menghadapi PRK DUN Kerdau.

Setelah berbincang dengan Sdr Rosli Yasin dan anggota-anggota Jawatankuasa PKR Ranting Felda Jengka 22, kami bersetuju untuk merasmikan Bilik Gerakan itu pada 19hb Februari 2011, dan melantik Jawatankuasa yang akan bertugas di Bilik Gerakan itu serta Jawatankuasa Operasi bagi menjalankan kempen di Felda Jengka 22.

Pada 19hb Februari 2011, suatu Majlis telah diadakan di Felda Jengka 22, dan pada malam itu Dato Fauzi Abdul Rahman, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang telah merasmikan Bilik Gerakan itu terletak di Kedai Sdr Rosli No. 20 Felda Jengka 22.

Keesukan harinya, petugas-petugas dari Kuala Krau bersama-sama dengan petugas-petugas dari Felda Jengka 22 telah mendirikan khemah dihadapan kedai Sdr Rosli di tanah lapang milik tuan rumah dihadapannya, dan Tuan Rumah telah mengizinkan rumahnya serta halaman rumahnya itu digunakan untuk tujuan sambungan Bilik Gerakan itu.

Peyokong-penyokong parti di Felda Jengka 22 menunjukkan semangat yang sangat tinggi dan mereka sanggup meninggalkan kerja di ladang untuk memberikan bantuan kepada jentera PKR di Felda Jengka 22.

Malangnya, saya tidak mempunyai apa-apa dana untuk makan-minum mereka yang hadir dari pagi hingga ke malam.

Melalui bantuan dari Dato Fauzi, dapatlah saya atasi masalah kewangan untuk petugas-petugas. Mereka tidak mengharapkan apa-apa bayaran, tetapi makan-minum mereka perlulah ditanggung.

Bersama-sama denga Sdr Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang dengan mandat dari Dato Fauzi, kami telah menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di Markas Besar PAS di Kerdau, dan saya dilantik menjadi salah seorang daripada Pengarah Pilihanraya PRK DUN Kerdau bertanggungjawab keatas petugas-petugas dari Parti Keadilan Rakyat.

Didalam mesyuarat itu saya meminta supaya saya diberikan tugas untuk mempelopori gerakan untuk kawasan Felda iaitu di Felda Jengka 25, 23 dan 22. Tetapi Felda Jengka 23 telah diserahkan kepada Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Felda Jengka 25 pula diserahkan kepada pihak PAS. Oleh itu saya meminta agar Jengka 22 itu diserahkan kepada PKR, dan dipersetujukan.

Maka mulai 22hb Februari kami pun mendirikan khemah untuk tapak Ceramah di Felda Jengka 22, dan disamping itu mulai menerima panggilan dari rakan-rakan di luar Kuala Krau dan di luar Negeri Pahang yang meminta kami menyediakan rumah-rumah kerana mereka mahu turun membantu.

Saya merasa cukup terdesak kerana Bilik Gerakan Jengka 22 yang kami kendalikan itu tidak diperuntukan dengan apa-apa bantuan kewangan dan walaupun kami mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan dari luar, kami tidak mempunyai kemampuan.

Alhamdulillah, pada malam pengumuman calon PAS untuk PRK itu oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, YB Azmin Ali membawakan peruntukan daripada Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pusat. Peruntukan itu walaupun tidak besar sudah memadai dan boleh mencukupi sekurang-kurangnya sehingga 4 atau 5 hari; namun, Sdr Azmin berjanji untuk menambahkan peruntukan itu selepas Tarikh Penamaan Calon.

Daripada peruntukan permulaan itu, dapatlah diatasi masalah makan-minum dan kami telah menyewakan 5 buah rumah untuk penempatan di Felda Jengka 22.

Mulai penamaan calon pada 26hb Februari 2011, kami telah menyusun langkah dan menjalankan tugas-tugas harian bagi memperolehi sokongan di Felda Jengka 22.

Gerak kerja kami mungkin sedikit berbeza dengan gerak kerja yang dilakukan oleh petugas-petugas lain. Kami memulakan gerakan dengan "breakfast" bersama-sama mulai jam 8.00 pagi, dan selepas itu kami pecahkan kumpulan kami kepada 3 kumpulan untuk bertanggungjawab kepada 3 zon di Felda Jengka 22. Zon 1 adalah untuk blok 1, 2, 3, dan 4. Zon 2 adalah untuk blok 5, 6, 7, dan 8; manakala zon 3 adalah untuk blok 9,. 10, 11, 12, dan 13.

Tugas pertama selepas sarapan pagi adalah untuk melakukan kerja-kerja "touch-and-go" mengedarkan risalah khusus untuk peneroka-peneroka Felda, kami tidak mahu mengedarkan risalah-risalah yang tebal-tebal yang sarat dengan isu nasional dan antarabangsa, kerana peneroka-peneroka mestilah didatangi dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka.

Tindakan touch-and-go itu mengambil masa hanya 1 jam dan selepas itu petugas-petugas kami akan kembali semula ke markas, dan kami ulangi semula gerak-kerja pergi rumah ke rumah dengan jemputan ke Majlis Ceramah pada waktu malamnya.

Tenaga ini kami hantar juga ke Felda Jengka 25 dan Jengka 23 untuk mengedarkan risalah Warga Felda secara touch and go.

Sebelah petang kumpulan wanita pula akan pergi ziarah dari rumah ke rumah mengenal pasti peneroka-peneroka yang boleh menyokong dan mengundi PAS dan mengenalpasti pengundi-pengundi yang bermasalah seperti sakit dan sebagainya dan mengenalpasti mereka yang diatas pagar.

Mulai jam 5.00 petang, petugas-petugas khas pula akan membuat laungan menggunakan kenderaan untuk menjemput peneroka-peneroka keluar pada jam 9.00 malam untuk mendengar ceramah-ceramah yang diaturkan.

Selepas 28hb Februari 2011, kumpulan kami di Jengka 22 telah menjadi lebih besar apabila kumpulan yang telah menghadiri kursus selama 2 hari di Temerloh menyertai kami.

Saya menjangkakan dengan kehadiran kumpulan ini bersama dengan kehadiran wanita-wanita dari Kelantan dan Perak, kami boleh bergerak dengan lebih agresif di Felda Jengka 22. Rupa-rupanya, mereka berada diluar kawalan saya selaku Pengarah Pilihanraya, mereka mempunyai pimpinan sendiri dan tugas mereka pun bukan di Jengka 22. Mereka hanya makan dan tidur di Jengka 22, tetapi hakikatnya mereka bukan sebahagian dari tenaga di Felda Jengka 22, dan mereka pula menganggapkan apa yang dilakukan di Felda Jengka 22 itu adalah "same old story, tidak ada perubahan" dari segi mendapatkan pengundi-pengundi.

Amat terasa saya dan petugas-petugas di Felda Jengka 22 kerana kami bolehlah diklasifikasikan sebagai menggunakan sistem "kolot"; selain daripada Wanita Perak yang selepas itu membantu kami di Felda Jengka 22, kumpulan "ahli kursus" itu tetap bertugas diluar kawasan Jengka 22.

Setiap malam kami mengadakan ceramah, tetapi bukan ceramah untuk ceramah. Ceramah kami adalah sebahagian dari kerja kami sepanjang hari dari jam 8.00 pagi dan disudahi dengan ceramah pada waktu malamnya.

Penceramah-penceramah yang didatangkan termasuklah Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Wan Azizah, Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Saifuddin Nasution,Dato Fauzi Abdul Rahman, YB Fuziah Salleh, YB Zuraida Kamaruddin, CheguBard, Shamsul Iskandar, Azmizam, Rebin Birham, Sabbaruddin (SU PKR N. Sembilan) dan ramai lagi pimpinan PKR Pusat yang didatangkan selain dari Timbalan Presiden PAS dan calon PAS.

Di dalam rancangan Felda Jengka 22 ini, kehadiran hanya bermula dari jam 9.45 malam, tetapi mulai 9.00 malam sudah mulai didatangi oleh para hadirin. Maka sayalah kena korbankan masa dan suara selama 30-45 minit menunggu kehadiran yang lebih ramai, dan seperti biasa ucapan saya berkisar hanya kepada masalah Peneroka Felda dan lebih khusus kepada isu-isu di Felda Jengka 22.

Pada 27hb Februari 2011, Dato Seri Najib Tun Razak telah hadir ke Jengka 22, puluhan bas dan ratusan kereta dari luar telah didatangkan untuk Majlis meraikan Dato Seri Najib.

Dato Seri Najib telah mengumumkan pengembalian baki wang cess sejumlah RM13,000.00 dengan membuat tiga pilihan kepada peneroka-peneroka seperti berikut:

Peneroka-peneroka boleh memilih untuk menerima bayaran RM13,000.00 dengan syarat peneroka-peneroka dikenakan bayaran BK setiap bulan ssebanyak RM650.00; peneroka-peneroka juga boleh memilih untuk menerima bayaran RM6000.00 dengan syarat membayar BK kepada Felda sebanyak RM550.00 setiap bulan; dan pilihan ketiga ialah Peneroka-Peneroka tidak mengambil apa-apa bayaran wang cess dengan syarat peneroka-peneroka kena membayar BK kepada Felda sebanyak RM400.00 sebulan.

Inilah jenaka zaman ini. Pertama sekali, mana bisa wang cess dikembalikan kepada peneroka kerana wang cess adalah wang yang terkumpul dari potongan harga produk khusus untuk tanam semula. Keduanya, kenapa pula wang cess yang kononnya dikembalikan tetapi Felda akan mengenakan bayaran BK yang beratus kali ganda dari wang yang diterima, suatu sistem yang jauh lebih teruk dari ALONG.

Inilah rasuah politik untuk mendapatkan undi peneroka-peneroka.

Walaupun rasuah politik dari UMNO ini begitu hebat, namun, lebih ramai peneroka-peneroka sudah menjadi lebih insaf dan sedar, dan didalam PRK ini, majoriti UMNO dapat dikurangkan di Felda Jengka 22, inilah rekod kegagalan UMNO untuk menguasai undi peneroka-peneroka.

Felda Jengka 22 telah menunjukkan jalan.

Kami pulang ke kawasan masing-masing dengan perasaan puas!

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


DAP - Depa Auta PooSing!

Posted: 08 Mar 2011 11:55 PM PST

(Ah Cheng, appa manyak seram itu aji kasi halam itu Yong Tau FOO loh!!!)

Salam 2 all.

Berikut kenyataan Ketua Pemuda DAPSY (DAP SocialistYouth) Anthony Loke mengenai punca kekalahan PAS di Merlimau dan Kerdau, dan punca merosotnya undi Cina kepada PAS khususnya dan Pakatan pembangkang umumnya:

"The DAP believes that the ban on the sale of lottery tickets and the prohibition against Valentine's Day celebrations affected Chinese votes in the Kerdau and Merlimau by-elections. DAP Socialist Youth chief Anthony Loke Siew Fook said the approach taken by PAS on the two issues recently had created fear and confusion among the Chinese. - The Star

"DAP percaya pengharaman penjualan tiket loteri dan larangan sambutan valentin memberi kesan kepada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam dua isu tersebut baru-baru ini menimbulkan ketakutan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Cina - The Star".

Pada teman, kenyataan ini membuktikan keangkuhan dan cauvinisnya sikap DAP walaupun terhadap rakan sekongkolnya PAS yang telah banyak diperkudakan mereka selama ini. Pengorbanan PAS kepada Pakatan pembangkang bukan sedikit, daripada penggunaan jentera PAS dalam segala macam program termasuk pilihanraya, sehingga ke peringkat ada pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati untuk pemimpin DAP!!!

Tup..tup..bila PAS kalah dalam beberapa siri pilihanraya kecil dari Galas ke Tenang dan kini termasuk Merlimau dan Kerdau baru-baru ini, DAP tanpa segan silu dan penuh kebiadapan menuding jari menyalahkan PAS! Pada teman, ini adalah cara ALLAH memberi penampar-pelempang kepada kepimpinan dan ahli akar umbi PAS supaya bangkit sedar daripada mimpi indah yang dibuaikan kepada mereka akibat berkhalwat sekongkol-sebantal dengan DAP!

Teman mengambil pendirian bahawa Kerajaan PAS mengambil sikap yang betul mengharamkan judi loteri dan melarang sambutan valentin. Bukan sahaja kedua-duanya tidak Islamik, malahan ianya pembawa dan punca penyakit didalam masyarakat, tidak kira apa agama dan bangsa. Judi loteri melahirkan masyarakat berhutang, menimbulkan masalah Ah Long dan banyak lagi. Pagi tadi satu berita dilapurkan mengenai seorang wanita Cina kehabisan RM200,000-00 dimeja perjudian semata-mata untuk menebus kekalahan RM500-00 yang dialaminya! Valentin bukan sahaja difatwakan haram, ianya salah satu punca penyakit sosial yang melanda negara ini, termasuk kes pembuangan bayi!

Sebagai umat Islam, kita memandang judi, zina dan lain-lain sebagai dosa besar. Jangankan melakukannya, menghampirinya pun dilarang. Dan kita mematuhi perintah itu kerana iman kita, kerana disuruh ALLAH. Dan ALLAH menjanjikan penduduk suatu negeri yang patuh dan beriman kepada ALLAH kemakmuran dan keberkatan. Pembangunan ekonomi, macam mana hebat pun, tetapi tidak mendapat keberkatan daripada ALLAH, pasti akan merudum, akan hancur. Lihat tamaddun Fir'aun, lihat tamaddun Namrud. Keberkatan, kemakmuran, keamanan, kestabilan dan lain-lain adalah hak ketentuan ALLAH untuk dianugerahkan kepada sesiapa juga yang Dia kehendaki!

Pada pandangan teman, kenyataan kepimpinan DAP menuding jari kepada PAS sebagai punca kekalahan dan pengurangan undi kaum Cina adalah sekadar cubaan menutup kelemahan mereka sendiri. Mereka mahu menutup hakikat bahawa rakyat, termasuk kaum Cina, sudah muak dengan politik pootar-belit dan pootar-Poosingh yang diamalkan oleh Pakatan pembangkang. Mereka mahu menyembunyikan angin perubahan yang sudah melanda dikalangan rakyat. DAP adalah sekadar parti Depa Auta PooSing sahaja!!!

Sebenarnya, rakyat sendiri sudah muak dengan politik pembohongan, cakap tak serupa bikin, politik tunggang-tonggeng Pakatan pembangkang ini termasuk dikalangan kepimpinan DAP. Kempimpinan DAP sebenarnya mahu menyembunyikan hakikat sebenarnya rakyat umum, khususnya kaum Cina sudah mula menyedari tembelang mereka dan mula meninggalkan Pakatan pembangkang. Antaranya perkara yang menjadi punca kekeliruan dan ketakutan kaum Cina kepada Pakatan pembangkang khususnya DAP ialah :

1. Contohnya, ramai yang keliru dengan peranan talam-2-muka Pengerusi DAP Karpal Singh yang pada 22.10.1997 dalam Parlimen mendedahkan Anwar terlibat dengan amalan homoseks & liwat, tetapi sekarang menjadi loyer membela Anwar daripada pertuduhan liwat! Kong kali kong, wal hasil balik asal. Pengikut tegar DAP pun ada yang keliru yop!!! Kompius kompius!!!

2. Ramai juga yang bertanya mengapa Karpal tidak menasihatkan Anwar supaya memberikan sampel DNA kepada Mahkamah untuk dijadikan perbandingan dengan DNA sperma yang dijumpai didalam dubur Saiful. Ramai yang hairan kalau benar Karpal dan DAP benar-benar mahu mengeakkan keadilan, dan yakin Anwar tidak bersalah, Karpal sebagai peguam Anwar sepatutnya menasihatkan Anwar supaya tidak berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, sebaliknya berani memberikan sampel DNA nya untuk dinilai oleh Mahkamah. Kegagalan berbuat sedemikian menyebabkan ramai rakyat, termasuk pengikut DAP sendiri yang mula ragu-ragu, bukan sahaja dengan Anwar, malahan terhadap kepimpinan DAP!!! Kompius kompius!!!

3.Ramai juga yang keliru mengapa kepimpinan DAP, terutamanya Karpal masih lagi boleh bersekongkol dengan Anwar setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Mereka bertambah hairan dan keliru kerana Karpal PooSingh sendiri telah membuat kenyataan menempelak Anwar dan mendesak supaya Anwar bertaubat dan mengundurkan diri. Tau-tau, bukan sahaja Pengerusi DAP terus menerus bersekongkol dengan Anwar, malah beriya-iya pulak menjadi loyer Anwar dalam kes meliwat stafnya Saiful!!! Kompius kompius!!!

4. Begitu juga ramai rakyat termasuk kaum Cina keliru mengapa kepimpinan DAP masih menyokong Anwar sedangkan Parlimen telah menggantung Anwar kerana berbohong didalam Dewan mengenai isu APCO. Ramai pengikut DAP juga keliru kerana mereka menjangkakan kepimpinan DAP yang selalu menyalak tentang kebenaran tiba-tiba masih mahu bersekongkol dengan pembohong saperti Anwar!!! Kompius kompius!!!

5. Selanjutnya, kaum Cina khususnya pengikut DAP ramai yang kehairanan mengapa kepimpinan DAP saperti Karpal, Kitsiang atau anak lakinya tidak menjadi Ketua Pembangkang, sedangkan DAP sekarang mempunyai kerusi pembangkang terbanyak didalam Dewan dengan 28 kerusi. Mereka hairan mengapa kepimpinan DAP masih mahu mengekalkan Anwar sedangkan PKR hanya mempunyai 21 kerusi, malahan PAS mempunyai lebih dengan 23 kerusi. Mereka merasakan saperti ada sesuatu yang tidak kena bila kepimpinan DAP yang selalu menyalak tentang demokrasi tiba-tiba memilih tidak mengamalkan demokrasi dengan mengambil alih kerusi Ketua Pembangkang. Dan yang mengejutkan ramai kaum Cina termasuk pengikut DAP, kepimpinan DAP masih mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau sudah digantung sebagai Ahli Parlimen!!! Kompius kompius!!!

6. Ramai juga dikalangan kaum Cina termasuk penyokong dan pengikut DAP kehairanan bagaimana Karpal masih boleh bersekongkol dengan PAS yang ceritaya mahu berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam, sedangkan Karpal pernah mengisytiharkan "langkah mayat saya dulu!!!". Sehingga ada pengikut DAP yang mula ragu-ragu adakah kemungkinan Karpal juga sudah bersetuju dengan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam? Kerana kalau mengikut kenyataan Mursyidul Am PAS, kepimpinan DAP sekarang sudah semakin insaf dan sedar tentang perjuangan PAS. Malah ada yang tidak akan terkejut kalau tiba-tiba ada orang mohon kad pengenalan baru untuk menukar nama kepada Abdul Kapal Singah?? Kompius kompius!!!

7. Kehairanan, kekeliruan dan ketakutan kaum Cina termasuk pengikut DAP menjadi bertambah apabila ada pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati untuk Karpal! Mereka menjadi keliru dan hairan; takkan pemimpin "pejuang-pejuang yang mengisytihar diri sebagai tulin dan asli Islam" ini sanggup mati untuk Karpal yang pernah sanggup mati untuk menafikan Islam, melainkan sebenarnya kepimpinan DAP termasuk Karpal sudah mula "berlembut dan berjinak" dengan PAS saperti yang disebut oleh Mursyidul Am PAS itu!? Silap-silap sudah bersedia untuk berjumpa Tok Mudim!!! Kompius kompius!!!

Sebenarnya teman boleh baris dan aturkan banyak alasan dan sebab yang menjadi punca mengapa kaum Cina, termasuk pengikut DAP yang bukan sahaja keliru dan hairan dengan gelagat kepimpinan DAP ini, malah menjadi takut dengan trend politik mereka yang terlalu cauvinis, rasis, cakap tak serupa bikin, tunggang-tonggeng dan tonggang-terbalik. Semuanya hanya untuk menghalalkan mereka merampas Putrajaya, mencapai cita-cita manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan!

Kepada para para ustad, ilmuan, pemuda, muslimah dan ahli akar umbi PAS, sedarlah bahawa sebenarnya kekuatan PAS letaknya pada perjuangan Islam yang dislogankan selama ini. Cita-cita menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam yang dtakbirkan selama ini itulah yang menjadi gam cop gajah yang membuatkan ada orang Melayu menyokong PAS. Tetapi persekongkolan PAS dengan Anwar yang terbukti pembohong dan DAP yang terang-terang kafir harbi yang menentang penubuhan negara Islam telah menyebabkan sokongan kepada PAS makin merosot. Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau adalah isyarat jelas daripada orang Melayu bahawa mereka sudah mula meragui keikhlasan PAS untuk memperjuangkan sebuah negara Islam saperti yang dikompangkan selama ini. Dan yang paling menggerunkan, bukan sahaja orang Melayu, dikalangan ahli dan penyokong PAS sendiri sudah mula timbul keraguan itu.

Pada pandangan teman, PAS masih punya masa untuk menyelamatkan diri. Formulanya mudah, kembali kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mufaraqahlah daripada para pembohong dan kafir harbi. Berjuanglah atas nama Islam, tanpa bergantung kepada pembohong dan kafir harbi. Bantulah diri kamu sendiri, bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu.

Firman ALLAH, "intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH dan pasti ALLAH akan bantu kamu". Dan PAS boleh membantu agama ALLAH bermula dengan menceraikan Anwar (dan penyembah-penyembah Anwar dalam PAS) & DAP dengan talaq 3, dan kembali kepada Al Quran & Sunnah. Insyallah kebenaran dan kemenangan akan bersama mike semua kelak.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
04 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Fitnah 2: ‘Sedikit Percanggahan’ Pegawai Penyiasat Dikategori Sebagai ‘Hilang Ingatan’

Posted: 10 Mar 2011 07:09 PM PST

Dari Malaysiakini

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan.

Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.

Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.

“Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka."

Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan.

Karpal: Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?

Pereira: Ya.

Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.

Karpal kemudian bertanya, “Apa penemuan inkuiri itu?” Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.

Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.

Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.

Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai ‘hilang ingatan’.

Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.

Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.

Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.

“Namun, waran itu wujud," katanya.

“Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa."

Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.

“Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang.”

Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.

Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.

“Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang," kata Karpal.

Pereira berkata dia memahmi peraturan itu – iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

KEADILAN Gesa LHDN Siasat Kewangan Gobala

Posted: 10 Mar 2011 01:26 AM PST

Dari Harakah

PKR menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu mempersoal keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan.

Menurut Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang, Gobalakrishnan secara tiba-tiba dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah di antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd beralamat 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort, Kedah dengan Kumpulan Pertanian KElantan Bhd bernilai RM1,401,250,00.

Katanya, bayaran cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 jelas menunjukkan kemampuan kewangan Gobalakrishnan yang secara berterusan menyerang PKR.

“PKR menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri memulakan tugas ‘bertanya khabar’ keupayaan kewangan beliau yang membolehkan bayaran berjuta ringgit dibuat terhadap urusniaga ini. Dari mana sumbernya? Siapa yang ‘bermurah hati’ menolong? Urusniaga apa yang dilakukan beliau yang memungkinkan wang sebanyak ini diperoleh?

“Januari dan Mac 2011 adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah ahli Parlimen Padang Serai terhadap PKR. Ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1,401,250 untuk bayaran tanah ini,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Gobalakrishnan pernah menjual rumahnya sendiri, kedai kek isterinya terpaksa ditutup dan kesukaran menjelaskan pelbagai bil-bil lain.

Beliau tabah dan sabar menghadapi situasi itu sehingga memenangi kerusi Padang Serai dengan tiket PKR.

Namun dakwa Saifuddin, Gobalakrishnan mula berubah apabila tiga tahun bersama PKR akibat masalah kewangan dan beliau mua tidak berpuas hati akibat tidak dilantik menduduki jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri yang difikirkan menjanjikan pulangan lumayan.

PKR tegasnya mengulangi pendirian bahawa pengkhianatan keluar parti sejumlah ahli-ahli Parlimen PKR didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh mereka jika kekal dalam PKR.

“Kerana dorongan inilah ramai tewas. Ralatnya mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan khianat mereka.

“Persoalannya ialah jika ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapa agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga pengkhianatan ini?

“Dan kalau ‘nilai’ ahli Parlimen Padang Serai sejumlah tersebut, berapa pula habuan yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru dan Nibong Tebal, ‘rakyat hakim terbaik’,” katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam terkejut dengan kemampuan Gobalakrishnan membayar hutangnya dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

“Saya terkejut dengan kemampuan Gobala. Saya yakin semua yang keluar parti itu dibeli dan seharusnya SPRM menyiasat bagaimana mereka ini boleh menjadi senang secara tiba-tiba,” katanya.

Najib dan Mubarak: Persamaan Yang Ketara

Posted: 10 Mar 2011 12:54 AM PST

Dari Malaysiakini

Pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sering menindas dan bersikap kuku besi dilihat persis corak pemerintahan bekas diktator Mesir Hosni Mubarak dakwa kepimpinan PKR.

Naib Presidennya, N Surendren berkata Najib yang menerajui BN sentiasa secara konsisten menggunakan apa-apa cara walaupun jahat untuk kekal berkuasa seperti parti yang diterajui Mubarak, Parti Demokratik Nasional (NDP) di Mesir.

"Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan BN ke atas Malaysia.

"Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan televisyen; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihanraya yang tidak bebas ataupun adil," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Namun menurut Surendran, persamaan yang paling ketara adalah kedua-dua pemimpin itu dari masa ke semasa mengheret pesaing politik mereka ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka.

"Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka.

"Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang," katanya.

Mubarak digulingkan oleh rakyatnya selepas jutaan mereka berkumpul dan memprotes secara aman di Dataran Tahrir sejak 25 Januari lalu selepas tidak tahan dengan pemerintahan kuku besi beliau selama 30 tahun.

Menurut Surendran, kes Liwat II yang membabitkan Anwar sama dengan apa yang dilakukan Mubarak ke atas pemimpin pembangkang Mesir Ayman El Nour pada tahun 2005 sehingga menyebabkan Alyman dipenjara selama lima tahun.

Anwar semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir juga pernah dipenjara selama 6 tahun.

“Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja. Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad yang dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara,” katanya lagi.

Justeru Surendren berkata rakyat perlu bangkit untuk memastikan kerajaan BN disingkirkan agar penindasan, korupsi dan kezaliman dapat dihentikan sepertimana Mubarak dan NDP.

“Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas BN dan pemimpinnya Najib Razak.

"Pemerintahan BN yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, BN perlu disingkirkan,” akhiri kenyataannya itu.

Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah

Posted: 09 Mar 2011 09:30 PM PST

Oleh Fiona Macrae

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin — yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti. 

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA – satu ‘kod bar’ genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina ‘perpustakaan’ yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari ‘perpustakaan’ untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: ‘Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

‘DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.’

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

‘Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

‘Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.’

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: ‘Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

‘DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.’

—–

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Questions Time: 10-03-2011 Sime Darby’s Forensic Report

Posted: 10 Mar 2011 06:16 AM PST

Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab mengapa laporan forensik ke atas kerugian Sime Darby Bhd yang berjumlah melebihi RM2 billion yang telah disiapkan tetapi tidak dibentangkan di Parlimen seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan di Parlimen bahawa Kerajaan akan membentangkan laporan tersebut apabila ia telah siap. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Borang Dana Pilihanraya PAS Rembau

Posted: 09 Mar 2011 08:44 PM PST


Tabung Dana Pilihanraya PAS Rembau telah dilancarkan semasa Majlis Makan Malam PAS Rembau yang telah diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Dr Haron Din, YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Zulkefly Mohamad Omar, Yau Con Seng, Chegubard serta YB Hj Taufek yang merupakan Yang Dipertua PAS Rembau.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Rembau bolehlah dimasukkan ke akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137
SMS atau hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com selepas transaksi.

Kepada mereka yang ingin memberi komitmen untuk menyumbang pada masa yang terdekat atau akan datang sila isi Borang Sumbangan di atas atau sila isi butiran di bawah dan e-melkan ke hamizi_ahmad@yahoo.com atau poskan ke :

Hamizi bin Ahmad
Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan

Nama :
Alamat :
Tel :
E-mel :
Komitmen sumbangan : RM
Tarikh dijangka akan memberi sumbangan :

Pantai Porti Dickson semakin tercemar, bahaya dan berbau busuk

Posted: 09 Mar 2011 07:37 PM PST



10 Mac 2011 - Air sungai yang berbau busuk dan berwarna hitam pekat nyata menjejaskan serta mencemarkan kawasan sekitar, di Port Dickson. Fenomena itu dapat dilihat dengan jelas di Pantai Avillion Admiral Cove Batu 6, Port Dickson. Seorang peserta Malaysia My Second Home, Paul, 53, yang menetap di sebuah apartmen paling hampir dengan sungai terbabit, melahirkan rasa kecewa berhubung masalah pencemaran yang sudah lama berlarutan.

Menurutnya, dia tertanya-tanya bagaimana pihak berkenaan boleh terlepas pandang berhubung perkara itu sehingga sungai berkenaan dilanda pencemaran teruk.

"Air dari sungai ini hitam dan ia berlarutan sekian lama, malah semakin teruk sejak beberapa bulan lalu.

"Airnya turut berbau busuk dan mengalir ke laut mencemarkan kawasan pantai," katanya.

Menurutnya, bau busuk dari sungai yang tercemar itu turut mengganggu kehidupannya.

"Saya berasa tidak selesa di sini. Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana Port Dickson adalah kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar," katanya.

Paul yang mula menetap di Port Dickson di bawah program Malaysia My Second Home sejak Februari 2003 menggesa agar tindakan segera dapat dilaksanakan bagi memulihara semula sungai dan mengelakkan pantai serta laut tercemar.

Sementara itu, pengurus sebuah apartmen di sini, Phang Han Kim berkata, sejak pencemaran sungai berlaku, ramai pelancong asing membatalkan hasrat mereka untuk membeli, seterusnya menetap di apartmennya berikutan terganggu serta tidak selesa.

"Dua tahun lalu, ada seorang lelaki Jerman yang sudah menyewa di sini selama enam bulan, malah telah membayar deposit, membatalkan hasrat membeli apartmen di sini.

"Hobinya bersama isteri adalah berenang di pantai dan dia tidak selesa selepas mendapati pantai tercemar," katanya.

Han Kim berkata, ada juga beberapa penghuni apartmennya yang sudah tidak lagi menginap di situ disebabkan tidak selesa dengan pencemaran yang berlaku.

"Kebanyakan pembeli tertarik untuk menetap di sini kerana suasana nyaman dan pantainya yang bersih serta keselamatan terkawal.

"Namun, disebabkan pencemaran sungai semakin teruk, ia mendatangkan pelbagai masalah dan hilang daya tarikan semula jadi di sini," katanya.

Han Kim berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pelbagai pihak bertanggungjawab namun sehingga kini tiada tindakan proaktif diambil.

"Kali terakhir pihak berkuasa atau jabatan berkaitan turun meninjau kawasan adalah awal tahun lalu dan sehingga kini tiada maklum balas diterima.

"Akibatnya, masalah pencemaran bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan malah menjejaskan sektor pelancongan di Daerah Port Dickson," katanya.

Di beberapa sistem perparitan dan longkang di kawasan sekitar juga mendapati ia tidak diselenggarakan dengan baik, selain sampah mengalir terus ke sungai berkenaan.


http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8850753.asp

Hj Md Sabu lancar jentera Rembau 20 Mac 2011

Posted: 09 Mar 2011 06:24 PM PST


CERAMAH PERDANA
Serta Pelancaran Jentera Pilihanraya Rembau

Bersama :
Tuan Hj Mohd Sabu
Dato Fauzi Abd Rahman
YB Taufek
che'GuBard
Cikgu Mala

TARIKH : 20 Mac 2011 (AHAD)
MASA : 9 malam
TEMPAT : Kg Selemak, REMBAU

Saman Ekor, para pemandu bas sokong Pakatan Rakyat

Posted: 09 Mar 2011 05:08 PM PST


Apakah polis trafik tidak cukup kereta peronda di lebuhraya dan jalanraya untuk mengejar pemandu bas yang bawa melebihi had laju lalu mereka sekadar saman ekor saja? Adakah ini mendidik pemandu bas namanya? Hentikanlah saman ekor ni, Najib berilah lebih banyak kereta peronda dan anggota polis trafik untuk kejar pemandu bas ni. Barulah mereka akan sedar, bukan selepas bertahun-tahun diberi mereka saman ini. Kalau tak nak , tak apa. Pemandu bas semua pakat sokong Pakatan Rakyat, dia ugut kita saman ekor, kita ugut dia sokong Pakatan Rakyat !

Batalkan semua saman ekor tertunggak ! Buka buku saman baru yang bukan saman ekor !

POTONG GAJI LANGSAI SAMAN TAK PRAKTIKAL
Berita Harian 10 Mac 2011

KUALA LUMPUR: Cadangan memotong gaji pemandu bas untuk melangsaikan saman kesalahan trafik bagi mengurangkan beban syarikat akan menyebabkan kerjaya itu tidak lagi menjadi pilihan sekali gus menyebabkan industri berdepan kekurangan pemandu yang lebih serius.

Sekiranya Kementerian Sumber Manusia meluluskan cadangan itu, kemungkinan kerajaan terpaksa mengambil warga asing sebagai pemandu bas bagi mengatasi kekurangan pemandu di negara ini.

Ia berikutan cadangan berkenaan hanya membebankan pemandu kerana gaji mereka terlalu rendah terutama pemandu bas ekspres yang bergantung kepada komisen setiap perjalanan.

Kelmarin, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) berkata, sekurang-kurangnya 8,000 pemandu bas ekspres dan henti-henti berkemungkinan dipotong gaji berjumlah RM4.8 juta kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Potonggajilangsaisamantakpraktikal/Article

Jambatan sempit sebelum Merdeka di Johor

Posted: 09 Mar 2011 05:06 PM PST


Keadaan jambatan sempit di Parit Limbong, Jalan Temenggong Ahmad, Muar di sini, mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan, berikutan laluan itu sering mengalami kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak. Jambatan yang dibina sekitar 1950-an itu disifatkan orang ramai sebagai tidak lagi sesuai digunakan dalam arus pembangunan semakin pesat sekarang kerana jumlah kenderaan yang melalui jalan berkenaan semakin bertambah.

Tinjauan mendapati permukaan jambatan yang sempit mengundang kesesakan lalu lintas, terutama jika kenderaan dari kedua arah bertentangan berselisih di atas jambatan itu.

Sebelum ini, Jalan Temenggong Ahmad diwartakan sebagai laluan untuk kenderaan ringan iaitu bagi kereta dan lori di bawah berat lima tan, selain motosikal.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, laluan itu dilalui pelbagai jenis kenderaan termasuk lori berat, bas ekspres, bas penumpang, teksi, bas sekolah serta van pekerja.

Tinjauan juga mendapati jambatan di Parit Limbong itu adalah satu-satunya laluan yang masih belum dilebarkan di sepanjang Jalan Temenggong Ahmad sepanjang kira-kira 15 kilometer dari bandar ini ke Parit Jawa.

Beliau berkata, bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin, pihak berkuasa perlu melebarkan jambatan itu sebagaimana dilakukan di beberapa tali air di jalan berkenaan, sebelum ini.

"Ini kerana Jalan Temenggong Ahmad semakin sibuk dengan kenderaan berikutan pembinaan jalan pintas Jambatan Kedua lima tahun lalu yang menjadikan laluan itu sebagai pilihan pemandu kenderaan.

"Pada pengamatan kami laluan itu dilalui ribuan kenderaan setiap hari terutama dari arah selatan untuk ke pusat bandar dan keluar melalui jalan pintas sama ada ke plaza tol Tangkak atau Pagoh melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jambatansempit/Article

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


JAWAPAN PARLIMEN: Kaedah banduan bunuh diri dalam lokap

Posted: 09 Mar 2011 09:33 PM PST

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 10 MAC 2011. TUAN GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kaedah gantung diri 10 banduan di dalam penjara sepanjang tempoh 2005 hingga Julai 2010 seperti yang dinyatakan di Parlimen melalui jawapan pada 18 Oktober 2010. JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua, Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang [...]

s

s


Makluman Pertukaran Jadual YB.Amirudin Shari

Posted: 10 Mar 2011 07:47 AM PST

Mulai minggu hadapan, 14 Mac 2011. Jadual YB.Amirudin Shari berada di pejabat akan bertukar dari khamis & jumaat kepada setiap isnin & Jumaat. Pada setiap isnin, YB.Amirudin akan berada dipejabat dari 3 petang - 8 malam. Manakala setiap jumaat, akan berada dari 11 pagi - 4 petang. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada jadual semasa YB.Amirudin sekiranya tiada perkara-perkara yang mendesak dan terpaksa berada di Shah Alam untuk urusan rasmi. Sekian, harap maklum.

Majlis Penyerahan Sumbangan Yuran Persekolahan Pelajar-pelajar Tamil DUN Batu Caves

Posted: 10 Mar 2011 07:37 AM PST

Tarikh : 10 Mac 2011
Masa  :  7 - 9 malam
Tempat : Dewan Kuil Batu Caves
Anjuran : Pejabat DUN Batu Caves & Ketua Komuniti Masyarakat India














Majlis Penyerahan Kunci Rumah "Town House"

Posted: 09 Mar 2011 07:26 PM PST

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH "TOWN HOUSE" KEPADA 72 KELUARGA SETINGGAN 
OLEH DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.

TARIKH : 12 MAC 2011 (SABTU)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT :TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG KEMENSAH HULU KELANG

(Melalui Zoo Negara)

SEMUA DI JEMPUT HADIR. Sebarkan
.

Sekitar Lawatan YB.Amirudin Melawat Kawasan Bersama TVSelangor

Posted: 09 Mar 2011 07:19 PM PST

Tarikh : 8 Mac2011
Tempat : Kg.Sg.Kertas, Kg.Nakhoda, Kg. Melayu
Masa : 3 petang